Tuesday 11 March 2014

Sarawak bunyi nya sa-ra-wak bukan se-ra-wak!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya orang Sarawak, jadi kalau orang cakap pasal Sarawak memang telinga ni meliar nak dengar apa cerita kan? Tapi apa kes ni kan entri kali ni kan?

Sebab kali ni saya nak bagitau bahawa cara nak sebut Sarawak ialah sa-ra-wak. Bunyi 'a' bukannya 'e'. Heh heh  heh.. Maaflah bukan nya nak marah atau kutuk tapi... hmm orang semenanjung suka guna 'e' kan? Hahaha.. tu lah sebut Sarawak tu jadi se-ra-wak.

Kalau boleh lah kan, panggil lah Sarawak tu dengan bunyi 'a', manis je bunyinya. Hee~ Bukan apa sebab kalau orang Sarawak dengar memang dalam hati tu paling-paling bermonolog, "Sarawak lah.. bukan Serawak.. tolonglah jangan salah sebut". Pergh.. saya je kot. :P

Namun kadang-kadang tu... kenapa orang Sarawak pun tak boleh nak sebut cara betul? Mereka pun sebut se-ra-wak! Apa kes?! Hahaha.. ni mesti sebab terpengaruh dengan kawan-kawan semenanjung kita ye.. Heh heh heh.. tapi kena betulkan jugak ye. Jadi anda-anda di luar sana ya, jangan lupa cara sebutan bumi kenyalang ni vokal 'a' bukan vokal 'e' ye. Heee..

Jika anda mempunyai kesempatan mengunjungi Sarawak, jangan segan nak tanya jalan nanti tersesat pergi lorong gelap. Hahaha.. dan sila dengar sebutan orang-orang Sarawak, sebab mereka mempunya dialek berbeza walaupun mereka menggunakan bahasa melayu. TAPI... kalau dah lain-lain tu maksudnya memang bahasa lain lah tu ye. Hee.. jangan nak paksa telinga tu nak faham bahasa tu. Cakap je lah tak faham. (^o^). Mereka boleh je tolong anda~

Oh ya, sebelum lupa... hmm jangan keliru antara Sarawak dan Sabah ye. Negeri Sarawak tu panjang dan Sabah tu lebar~ kedua-dua negeri ini berbeza ye namun ada jugak yang salah kenal. Ni sebab ada orang fikir saya orang Sabah (T^T)! Tapi saya boleh cakap Sabah lagi dari cakap Sarawak. Heh heh heh.. Udah-udah ler, yang penting kita sudi mengenal dan mengetahui sesama rakyat Sarawak.

Sila lah mengunjungi Sarawak kerana saya menyokong 'TAHUN MELAWAT SARAWAK 2014'!!!! Mari-mari datang. :)

Tu je.. Tata~

No comments:

Post a Comment