Tuesday, 25 March 2014

Sehari bersama Tesco dan AEON

Assalammualaikum :)

Pergh.. saja je Thirteen nak kongsi waktu sakan masa kat Tesco dan AEON minggu lepas. Alkisahnya bermula apabila Kucal atau nama sebenar Timothius Ngau Wan telah mengajak saya serta Khadijah. Konon saja nak luangkan masa sebab dah lama tak jumpa lepas cuti semester tu kan.. Hahaha.. konon~ Tapi hakikatnya Kucal tu mengalami hormon tak stabil secara tetiba.. Heh heh heh.. Kenapa pergi Tesco dan Aeon tu sebab saya ada kad Tesco manakala Khadijah ada kad Aeon. Masa ni jugak kiteorang pergi beli barang dapur dan teman Kucal beli barang rumah dia.

Jadi mari kita jalan-jalan!!
Benda pertama yang melekat kat mata Thirteen kat Tesco.
Tempat menimbang tu depan lagi tapi tanda timbang tu kosong.
Jadi acah-acah ler ambik gambar konon jadi penimbang.. Hee~

Saja je.. nak bagitau yang Thirteen memang
ada membeli sayur-sayuran gitu. Heh heh heh

Kucal nak jadi Robocop?? XD

Hmmm.. jangan tanya.. dia yang suruh tangkap
gambar dia macam ni dan siap suruh
masuk blog lagi.. HAHAHAHAHA.. janji
ditepati!!

Hahaha.. saja tangkap rawak sikit.
Dia tak makan kat Secret Recipe sebab
nak pergi Chatime.. jadi kek di atas
ini merupakan kek saya dan Kucal~ Ni kat
Secret Recipe kat Aeon ler.. jauh ke hujung
tempat makan banyak-banyak tu.

Apa yang Thirteen paling suka beli pada hari ini adalah~~~ Tadaaaaaa:

Bantal leher.. Hee.. Boleh pakai
masa tengok TV dengan khusyuk.. :P

Botol air ala-ala 'cowboy' tapi
plastik dari BROS. Memang sangat
seronok pakai ni. Ada rasa minum
'wine' gitu. Heh heh heh.. tak elok nak
mencontohi perasaan macam ini tau!

Pandangan atas pulak




Benda kedua pun botol, tapi botol ni
cantik sangat. Macam senget tapi senget
yang cantik.. HAHAHAHA

Pandangan atas botol senget~~


Botol ni pun dari BROS
Thirteen tak lah kongsi semua benda yang Thirteen beli. Karang tetiba nampak Ayamas ke.. kempunan karang.. Hehehe.. Oh ye.. sebelum terlupa.. kat Aeon Bandaraya Melaka, kiteorang sempat tengok wayang~ :DDDDDDD Wayang cerita 'The Journey'. Bapak lama sangat Thirteen mengidam nak tengok baru sampai hajat minggu lepas. Nasib baik tayangan dilanjutkan. Serius cerita 'The Journey' memang terbaik!

Sekian saja~ Tata~




No comments:

Post a comment