Wednesday 25 November 2015

Ketua Menteri Sarawak nak guna Bahasa Inggeris, kenapa nak melenting?

Salam..

Kenapa orang dok tegur Ketua Menteri Sarawak pasal nak jadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di samping bahasa melayu kat Sarawak?

Tak ada masalah pun, kami yang dibiasakan dengan bahasa Melayu dialek semenanjung pun masih fasih berbahasa bahasa ibunda masing-masing. Paling seronok, orang Sarawak selalunya akan fasih bahasa lain-lain bangsa.

Kami tak akan lupa asal usul pun.

Dulu dalam perjanjian, bahasa inggeris memang bahasa rasmi pun. Cuma parlimen (yang majoriti dikuasai ahli dari semenanjung) yang dok ubah. Sekarang bila ketua menteri nak bahasa inggeris balik kenapa melenting?

Persoalannya,

Kenapa menteri-menteri yang dok tegur pun belajar luar negara?

Belajar sungguh-sungguh bahasa inggeris?

Kenapa orang semenanjung pulak melenting?

Kat drama lagu media dok guna bahasa rojak, 'i', 'u', bagai tak kena tindakan pun?

Yang penting, kenapa hendak merosakkan bahasa melayu itu sendiri dengan membenarkan dewan bahasa dan pustaka menggunakan bahasa inggeris sebagai kata ganti erti yang sama? Seperti, 'aktual', 'target', 'sinonim' secara berleluasa? Sedangkan bahasa melayu sendiri tak dijaga, nak sibuk bahasa inggeris pulak. Bahasa kat Malaysia ni banyak pilih je mana satu, sibuk nak ambik bahasa inggeris tak heboh?

Bukan nak agungkan bahasa inggeris, tapi kenyataannya bahasa inggeris menjadi kuasa bahasa dunia. Kena lah belajar.

Bukan nak suruh lupa terus. Untuk berjaya, kena lah belajar bahasa inggeris agar senang kita nak ambil rujukan yang berbahasa inggeris. Buku ilmiah bahasa lain pun banyak kena terjemah bahasa inggeris. Tak fikir lagi?

Lepas tu, tingkatkan kemahiran kita. Barulah mula buat buku ilmiah pengkajian bagai dalam bahasa kita. Atau kita belajar bahasa inggeris untuk menterjemah bahasa inggeris kepada bahasa kita tapi dengan tambahan ilmu daripada kita.

Lama-lama nanti pandai lah orang nak belajar bahasa kita jugak.

Ni lah..dok komen. Tapi tak fikir panjang. Buat apa nak memusnahkan idea bagus? Cuba bagi idea untuk kembangkan bahasa inggeris dan memperkasakan bahasa melayu dengan serentak. Baru lah betul.

Ni lah orang negatif. Semua nak lawan. Tak pernah nak fikir elok-elok sebelum terus kritik. Memalukan!

Tuesday 20 October 2015

Guardian: Aloe Vera Gel & Sun Play!

Hi everyone. :)

I'm so happy like a seagull flipping its body on slimy ice and fall on the ice cold water at Antarctica. Haha. Just yesterday, I got this sparks on my mind to buy something for my skin's beauty. It's because I have a series of flashback about my scene at Herba Line Miri.

**Flashback:

My cousin sisters and I went to Herba Line cause I've wanted to go there badly to fix my black-hole-head on my nose. Yes I suffered from this comedones. (T^T). I forgot the consultant's name (I'll put a credit on her when I can recall it back) but she's nice and kind. Didn't even afraid to share tips with us. I'll share with your guys later on.

She carefully inspected my bare face and guess what? Comedones. Lots of small comedones. Basically you won't be able to see it clearly unless you bring that spot light and view it in a short distance. Phewww..

Wait. Not just comedones. I got freckles or melasma? But she told me that it was freckles all over my face. Not too obvious, merely a bit darker tone comapred to my original skin. It's a genetic. Duh~ caused I got it since I was a child. Muehehe..
What the hell that I'm worried much? Caused the freckles getting multiply in numbers as my skin is too much overly overexposed with over sunlight. :P

I'm sorry face, I am lazy to put sunblock. I promised, I will work hard.

Since I was so hehe..scared to be alone doing facial treatment as my cousin sisters wanted to do it next month, we've agreed to do it together next month. Will share my review and experienced with Herba Line Miri. :D **

Thus, her tips?

1. Use aloe vera gel to soothe and repair your skin.
2. Always use sunblock to avoid warts, freckles, wrinkles and lots of unhealthy skin problems.
3. Use 3 steps -> Aloe Vera-Moisturizer-Sunblock. If you want to apply make up, use it after sunblock~

That's why I got this flashback in my mind and decided to go to Watsons (cause I got membership card. :p) but unfortunately at Watsons, there is no sun care section. It's  hard to go by brands section sometimes. Therefore I've decided to go Guardian and...I'm in heaven! I found sun care section~ Wahhhh.. definitely I'll make a Guardian membership next time. And I hope I can use it at Brunei since I only found Guardian there. No Watsons~

Watsons, I'm sorry. But this is the truth. No worries, I'll go there again and again.:)

Tadaaaa~ My sunblock. Newest in my
collection. Love you. Please protect me
from sun rays. Haippp..

Great deal. Seriously non sticky and
have a cooling effect. Love it! Guradian
brand, not bad~
And I got a very great deal! I got Aloe Vera with 100% and a very high SPF value of 130++!

Woohooo.. Why I said it was a great deal? Cause normally Aloe Vera with 100% will be sold at average RM 20-200/100ml-300ml or even more? Gahhh and I just got it for like RM 8.91/250ml during promotion time~
But the smaller one is much cheaper great deal with 100ml only cost you RM 3 only! You can get it with Guardian: Aloe Vera Gel.
Soothes-Moisturize-Repair your skin from irritation, sunburn, oily, dry and all!

How bout SPF? Cause I always get directly into sunlight so SPF 130++ really excites me. And the Sunplay with red theme all over the bottle (hehe) is suitable for water sports activities too! To indulged you with my review, it can be used as make up base! Wow!
Really good!
Normally there will be a range of 30,50 and 60 SPF value. SO what a deal! Even so, to be noted, normal range of SPF is already enough. :D

Before I ended this, be smart in buying things.

Take care of your skin (not just your face), and be confidently beautiful. Don't forget to strut with cat walking pose once a day in front of mirror to boost your confidence!

Tata..

Friday 18 September 2015

Dilema Politik Orang Sarawak

Salam semua. :)

Sebenarnya saya kongsi bukan niat nak menghasut ke apa nanti kena akta hasutan pulak. Mak oiii tak nak lah jadi. Tiba-tiba kena tahan polis karang, mampuih! Sebab tu letak hak menafikan awal-awal hahahaha..

Macam ni kisahnya.. kitaorang kat Sarawak majoritinya ni tersangat lah sukanya Ketua Menteri Baru kitaorang iaitu Tan Sri Adenan Satem!!!!! OOOOHaaaaa You You! Tu termasuk saya jugak lah. Sebab:

1. TEGAS
2. MEMANG DENGAR CAKAP RAKYAT
3. MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG DALAM MASA SINGKAT
4. KAW-KAW CAKAP DEPAN-DEPAN
5. MEMPERJUANGKAN HAK SARAWAK
6. TERBAIKKKKK!

Ada lagi tapi banyak sangat lah nak taip kan. Senang cerita, walau pun belum maju sangat berbanding tanah seberang tapi Tan Sri Adenan banyak kemajuan sampaikan Jalan Pan Borneo yang tergendala sebab rasuah dah mula balik berjalan. Hehehe.. "This is much better than just saying without doing it so"

Bukan nak kata apa, dulu Ketua Menteri lama kitaorang bertahun lamanya pegang kuasa. Tapi kemajuan tu punyalah lembik lembap lepeh sangat-sangat. Tapi mak oiiii rumah dia, rumah keluarga dia dan rumah "kawan-kawan" dia bukan main canggih. Bak istana kot. Korang boleh tanya Cik Google~ Sekarang ni Alhamdulillah Tan Sri Adenan dah jadi ketua menteri yang baru.

Kesian lah kat dia sebab dia kena usaha keras untuk memperbaiki reputasi bekas Ketua Menteri lama tu. Harapnya beliau kekal menjadi pemimpin yang jujur dan kerja keras macam ni!

Cuma...masalahnya..

DIA ORANG BN! BARISAN NASIONAL. "What the fishing fat fish!" (pengsan kejap!)

Memanglah parti dia PBB, Tapi PPB bawah BN. Orang Sarawak ni tak suka parti dari seberang. Hehehe.. maaf lah. Lebih-lebih lagi orang tak suka Perdana Menteri Najib tu. Kenapa? DIA TAK JELASKAN PUN DUIT DARI MANA DAN KAT MANA. Antara Sebab:

1. Sikit-sikit nak maju belah sana, program bantuan semua sanalah dulu mula.

2. Hasil minyak semua pergi sana, siap banyak bangunan ikonik lagi. Ha! Nak kata sebab Petronas yang buat kerja? Logik sikit. Dorang buat kerja dah bagi 95% kot!!! 5% je kiteorang? Berbaloi ke tak? Nak orang Sarawak cari syarikat luar ke? TAK ADA MASALAH. Brunei dekat je.. (jeng jeng jeng)

3. Parti kat seberang sikit-sikit nak gaduh sesama sendiri. Sampai siap bawa-bawa Tan Sri Adenan lagi. Tan Sri buat ape je kat dorang sampai nak cuba buat skandal kejujuran Tan Sri?

4. PERKAUMAN terlampau! Rakyat buat de, tapi pemimpin parti dari seberang yang cuba melaga-lagakan kaum yang ada. Kiteorang kat sini dekat 30 etnik tak lah nak bergaduhnya siap banyak lagi orang kawin campur kat sini.

Dah rasanya bagi 4 je. Nanti akta hasutan. MUAHAHAHA.. maaflah kalau terasa tapi ni yang majoriti orang Sarawak boleh lihat apa yang ada kat tanah seberang.

Pasal satu lagi ni dilema yang sangat memeningkan kepala. Sebab ramai sokong Ketua Menteri tapi fikir nak undi ke tak lain kali? Sebab bila undi Tan Sri Adenan = PBB = BN = UMNO! APA?? Ye, kat sini tak suka UMNO. Sebab UMNO kebelakangan ni macam sewel sikit pun ada. Sikit-sikit keluar kenyataan yang entah apa-apa. Merapu. Buat orang benci pun ada. Dan dilemanya lagi kat sini, kiteorang pun tak suka PKR, DAP dan PAS sebab 2x5!!! Orang seberang lah katakan. DAP tu sikit-sikit nak cari kesalahan Tan Sri Adenan, poyo habis kotttttt.. Orang tak buat salah nak kacau. TENGOK?!!! Dasar nak cari gaduh je memanjang, depa punya kes DEIG, ROS, Betty Lim vs Rosmah Mansor in Who's more richer?, Hal perkauman di Pulau Pinang dan lain lain tak selesai lagi dah sibuk nak kacau Sarawak orang. "pathetic!"

Tu sebab kiteorang tak suka!!! Tak matang langsung!

Jadi faham tak? Tu sebab wujud S4S (Sarawak for Sarawakians) walaupun agak ada merapu sikit masa perarakkan S4S ni tapi saya faham kenapa dorang buat macam ni. Sebab letih tengok drama orang seberang yang berlebihan sampai kiteorang aman damai ni kena tempias. "get a life please!"

Jadi dilema nya.. PM kita tak letak jawatan! Sekiranya lah dia tak bersalah..sekiranya..
Tak kan dia tak tau ada wujud terma "Ministrial Responsibilities", "Undi tidak percaya" ataupun "Scarifying for good" ??? Kalau tak salah pun, turun je lah asal orang tak kecoh. Selesaikan lah masalah tu tapi tak perlu jadi PM. Asalkan tak kecoh sudah. Tapi ni masih degil nak jadi PM. Tu sebab kecoh dan membuatkan orang takut nak melabur kat MALAYSIA!

Jadi, ni pun kira salah PM lah sebab tak nak mengalah. Cuba letak je jawatan dan selesaikan masalah dari segi pengurusan. Tak kan lah tak ada penyelesaian terbaik. Ni lah dinamakan tanggungjawab menteri untuk memberi kepercayaan rakyat! TAPI kalau salah, semestinya kena letak jawatan lah. Dan masuk penjara sekali. Tak perlu lah nak takut kalau tak salah.

Faham tak dilema kiteorang orang Sarawak ni? "we don't hate you, we just upset because of you" 

Nak undi Tan Sri Adenan pun orang Sarawak takut sebab nanti PM Najib terus jadi PM atau Ketua Menteri jadi macam Tan Sri Taib. Walauapapun harapan saya:

"PM takes a ministrial responsibility act without being self centered to his self or party and think about giving chance to new faces"

"DAP stops picking unnecessary stupid childish fight with Sarawak wholly"

"PKR stops from being the US baby whiner"

"UMNO stops uttering unimaginable ridiculous statements"

"PAS stops manipulating religion for the sake of your politic"

Akhir sekali, saya hanya mahukan Sarawak menjadi damai tanpa ada penghasut yang mahukan kesenangan untuk diri mereka. Saya tak membenci orang seberang/semenanjung cuma saya membencikan pemimpin anda yang begitu bersifat perkauman dan sanggup memutarbelitkan agama, kepercayaan dan fakta demi kepentingan mereka. Saya juga sedih kerana segelintir kita dalam jumlah yang besar mahu dipermainkan oleh mereka dan menyokong mereka membuta tuli tanpa tahu diri telah dipergunakan dan dipesongkan demi mengejar matlamat utama iaitu memajukan diri sendiri dan negara Malaysia.

Akhir kata, saya bukan berniat hendak menghasut tapi saya cuma meluahkan apa kebanyakkan rakyat Sarawak berfikir.

Terima kasih.




Thursday 10 September 2015

"Enjen"

Salam semua,

Saya kongsi satu perkataan ni "Enjen". Apakah yang anda fikir tentang perkataan ini?

'Engine'?

Heh heh, saya pun fikir macam tu buat pertama kali. Rupanya "enjen" ni ialah bahasa Melayu Sarawak bermaksud "pikat" atau "ushar". Haha, pergh macam jauh sangat bunyi kan. Alkisahnya bermula bila saya ni kongsi satu cerita pasal satu lelaki ni dia cakap benda yang penting tapi saya yang tak faham apa maksud dia tu. Sebab masa tu dia tengah tanya apa entah pasal barang apa.

Masa tu punya tak faham. Perbualan tu macam ni lah kiranya:

"Saya tak tau bila nak balik, penting sangat ke nak balik awal ni?", saya yang tengah menaip. HAHAHAHA..

"Eh penting, ni kena jumpa jugak"

"Bukan dah kata akan jumpa jugak ke hujung bulan nanti bagi barang awak ni?"

"Eh tak lah, nak jumpa terus sebab lama tak jumpa kan"

"Lah, saya kirim pos je lah kalau tak sabar nak jumpa" (punya bangang fikir dia nak jumpa barang, MUEHUEHUE)

"Tak apa lah, tak perlu lah..tengah buat apa tu?"

Tiba-tiba pulak dia ubah topik. Dah tu sebab saya bangang abadi, saya meluahkan kebangangngan tu dengan kakak saudara. Masa orang dok sibuk buat kerja masa tu jugak dia tanya bila orang nak balik. Muehehehe..

Kakak saudara saya dengan pantas nya berkata, "nak mengenjen perempuan lah tu.."

Fuiyooo bapak oi, punya lah saya fikir kenapa dia nak "engine"kan saya. Kena servis bagai. HOIIIII tak lah orang ni tak berakal sampai nak kena servis bagai. Heiiiii. Saya pun punya lah marah nya kenapa lah lelaki tu boleh nak menservis kepala hotak saya ni.

Dengan amarah yang membuak-buak tu, kakak saudara saya tanya lah. "Tau tak apa maksud enjen". Hehehehe, saya senyum je. Terus geleng kepala. Baru lah kakak saudara saya bagitau yang enjen tu maksud dia pikat. MUAHAHAHAHA..

Oh kiranya dia nak pikat lah tu dok suruh orang balik awal. Fikir dia tak sabar nak ambik barang dia tu dari saya sebab dah lama sangat saya pegang kan. Muehehehe. Mana lah tau kot-kot dia benci marah kat saya sebab dah lama tak pulangkan kan. EH tapi saya dah bagi tau lah yang saya memang akan pulangkan sekian-sekian hari. Saya tak bersalah~

Jadi anda semua, enjen ialah pikat yerrrrr dalam bahasa Sarawak. Tapi cara penggunaan tu saya masih tak jelas. Sebab tak kan nak kata "hei saya nak enjen awak ni". Macam lucah je bunyi. LEL!!! Dah-dah, merapu dah ni. Hue hue hue..

p/s: Saya rasa lelaki ni jenis layan semua perempuan macam ni pun.  MUAHAHAHAHA.. kalau dorang tak enjen perempuan memang tak sah kan! Ala..tak lama lepas tu YAKIN dan PASTI dia akan ada teman wanita punyer. Hue hue hue.. Kira dok lepas kejap kat saya lah ya dalam masa yang sama kat orang lain jugak. Jadi wanita-wanita Abby Abadi luar sana, jangan lah mudah percaya lelaki ni. Mereka perlu buktikan dengan membelah dada mereka dan berenang di lautan api baru lah kita mesti terima mereka. Setakat SMS, PANGGILAN PERCUMA dan BONUS belian, ANDA katakan TIDAK! B-)

HAHAHAHA, ada berani?

Tata~

Wednesday 2 September 2015

Saya buat Serunding ayam~

Salam semua,

Saya sangat gembira yang amat! Heh heh..

Masa tu mak saya yang kat KK tu pergi lawat anak dia ni yang kat kampung. Masa tu mak saya bawa punyalah banyak ayam mentah bahagian peha yang seksi tu~ Oleh sebab saya pergi Brunei, ayam tu tertinggal lah agak lama kat kampung.

Jadi bila ada kesempatan balik kampung semula, saya dengan gigihnya menyahbekukan ayam dan membuka bungkusan ketuhar. HAHAHA, ketuhar dok berbalut dengan plastik tu harus dibuka dan dirasmikan oleh saya!

Jadi bermula lah kerja membuat serunding express tu. Langkah-langkahnya tanpa resepi ialah~:

1. Menyah beku
2. Rebus hingga empuk
3. Sejukkan sedikit dan mencarik isi ayam dengan kasar
4. Goreng dengan rempah
5. Mencarik isi ayam dengan lembut pasal baru teringat serunding ni halus. HAHAHA.. bapak masa panas-panas siap berempah ratus kot masa buat ni.
6. Goreng semula
7. Tak puas hati sebab malas menggoreng hingga kering, masukkan dalam ketuhar.
8. SIAP!
9. Eh, saya lupa letak kerisik kelapa. =..='' BAPAKKK LAHHHH
10. Tak kisah, ambik je gambar kongsi kat blog. Hehe..

Mempersilakan~ tadadada~ 

Kira baik gak lah walaupun pertama kali buat kan. Hehe, punya nak buat terus tanpa semak bahan ada jadilah serunding ayam tanpa kerisik. Walaupun macam tu, perghhhh rasa dia sedap. Pedas dan terasa ayam tulen tu. Hahaha. Nampak tak agak kasar serunding saya tu? Tak rajin nak bagi halus lagi sebab jari dah kebas. Ayam tu banyak sangat!

Tu je, saja nak kongsi!

Tata~

Tuesday 25 August 2015

Duit Ringgit Jatuh Teruk! TAPI JANGAN PANIK

Salam semua,

Sejak beberapa bulan dari kisah 1MDB ke 'Derma 2.6 Billion', masa tu jugak lah duit RINGGIT dengan berhemahnya menjatuhkan dirinya.

Belum cukup tu lagi, orang sekeliling kongsi gambar pertukaran USD ke RM tiap masa. Macam orang lain tak ada internet pulak. Haha. Ini bermaksud semua orang panik yang amat! Ye lah, dalam TV dan Internet bukan main kata ekonomi Malaysia ni 'Top 10' terbaik, tapi apa yang jadi? Duit terus jatuh je.

Bagi pandangan 13 sen saya, semua orang panik ni mesti panik gelabah tak tentu pasal sebab tak sedia lagi. Jadi, tolong lah bersedia dari segi mental fizikal dan harta masing-masing. Masa macam ni lah berjimat beli benda yang patut. Kalau rasa takut sangat, pergi buat bank kat luar negara yang stabil dan sikit-sikit ada duit pergi masukkan kat bank dalam luar negara tu. Ha! Ke beli emas ke! Macam-macam cara.

Kalau korang kaya sikit, beli tanah, bercucuk tanam. Aman sikit hidup. Eh.. tapi bukan ni saya nak kongsi. Saya nak kongsi benda lain, atas ni dah macam penyelesaian untuk kalis ringgit jatuh dan inflasi pulak.

Saya nak kongsi pertukaran matawang USD ke RM terkini. Dan bagi orang yang berdarah Brunei ni bukan setakat susah hati duit USD tapi dengan duit Brunei Dollar jugak. Masa dulu-dulu zaman mak bapak duit kita sama dengan Brunei lepas tu makin naik sampailah masa saya budak-budak dulu tukar duit Brunei Dollar ke RM dah cecah 2.00. Seronok kot masa tu, biasalah dulu tinggal kat Brunei sekarang merana pulak bila dah naik sampai 2.93!!! Weiii!! Asal bila dah tinggal sini semua nak naik??

Mahal gila nak beli duit Brunei balik~ Saya pun nak duit Brunei tau, pakai beli apa benda merapu kat situ. LEL! Walau apa pun, tengok lah betapa kasihannya duit kita ni:

Tadaaaa.. tinggi kan~

Tengok lah dalam 12 jam je bagaimana matawang
kita turun naik tapi lebih banyak naik!





TENGOK 1 Bulan mata wang kita naik!
Walaupun demikian, anda kat luar sana kena bijak sendiri jugak jangan nak harapkan kerajaan buat kerja sebab tengok lah apa jadi. Kalau betul pun duit kita akan naik suatu masa, perkara ini boleh terlaksana NAMUN mengambil masa yang agak lama. Gerak hati kata dalam 3-5 tahun untuk cecah pertukaran USD ke RM dalam 3.5! Ni gerak hati lah.. Dalam masa tu, pandai-pandai lah~

Dalam tempoh 5 tahun apabila tahun 2014 dan 2015
mencatat bermulanya mata wang naik agak mendadak!
Kenapa saya kata macam ni? Kan kerajaan dah ambik GST tak kan tak dapat bayar hutang berbillion-billion tu walau seciput kan! Dan dah ambik GST patut nya dorang dah boleh laksanakan pengukuhan mata wang agar dapat kurangkan inflasi. Tu ler, jangan harap sangat dengan dorang, jangan buat perhimpunan merapu-merapu jugak. Nanti makin teruk!

Simpan ketidakpuas hati anda dengan cara betul jangan bagai menambah minyak ke api yang membara. Cadangan saya:

1. Jangan terikut-ikut dalam memburukkan negara. (Kerajaan dan negara tak sama ya~) Contoh: Perhimpunan yang merapu. Sebab nanti orang luar tak nak datang melancong atau melabur. Weiii duit jatuh mereka nak datang tau~

2. Cuba variasi kan pelaburan, siap sedia jangan simpan dalam bank sangat. Usahakan sesuatu yang bernilai aset (emas, tanah, mata wang luar, pertanian dsbg) bukan liabiliti (kereta silih berganti, pakaian mahal-mahal dsbg).

3. BERTENANG!!!! Jangan panik. Panik nak buat apa jugak. Terpengaruh sana sini sampai kita tak dapat nak buat apa.
Kalau Kerajaan kata mata wang akan naik kalau kita percaya PM - TIPU! Dorang fikir kalau kita percaya orang luar akan percaya? Ceh, tipu bebudak je lah. PM tu yang kena telus dulu. Percaya rakyat tak yah kisah, tu pergi mintak kepercayaan dengan orang luar agar masih nak melabur-labur dalam negara kita. Hue hue hue.
Kalau Pembangkang kata kita akan bankrap macam kes Greece - TIPU! Ni kes menambahkan panik dan masalah ada lah. Pergi baca ulasan pakar ekonomi bebetul! Paling teruk pun inflasi tinggi nak mampuih dan ekonomi lembab. Kira kita jadi orang indon lah duit beribu-ribu tapi beli apa jer dan pembangunan kita punyalah ala-ala zaman kuno tu. Eh tapi tu pun teruk jugak kot~~~

p/s: Kakak saya kongsi benda ni kat keluarga kiteorang dengan ringkasnya:
1. Ekonomi melembab sebab harga minyak dunia jatuh. Malaysia ni bergantung sangat dengan minyak tu.
2. Ekonomi China tak seimbang, terjejas lah Malaysia sebab China merupakan rakan niaga terbesar. Dorang tengah kawal mata wang dorang nak acah-acah Amerika dengan tahan matawang sendiri. Bila China buat sebegini, kita ni dok terkena tempias.
3. Pelabur asing takut dengan skandal politik negara kita. Ehem-ehem~ Jadi sedikit sebanyak banyak yang tarik diri, rendahkan pelaburan dan sebagainya.

Dah tu je. Anda jangan PANIK dan Berbijaklah Berduit tu.

Tata~

Tuesday 14 July 2015

Pelanggan tak suka SIKAP BIADAP peniaga kedai makan!

Salam semua. :)

Saya nak cerita pengalaman pahit yang sakitnya tuh disini yang berlaku sekitar tahun lepas. Cerita tahun lepas baru nak terasa nak kongsi sebab boleh pulak terkenang kan. Alkisahnya berlaku kat kedai Makan Islam (Melayu gak kot, tak pasti sebab nama kedai nama Melayu tapi yang penting Islam) yang berdekatan dengan kawasan rumah nenek saya.

Lagipun kedai ni kira banyak orang tau kat kawasan perumahan terancang kat Miri tu. Hehe. Saya pergi sana pun cuma nak makan satay dengan rojak dia jual gerai kecik asing kat luar sebab sedap. Bab makanan dan minuman tu biasa-biasa je lah bagi saya. Kedai yang tak disebut nama ni, kerjanya memang selalu tutup entah kenapa, bila dah buka tu selalu jugaklah buka sampai lewat malam. Mungkin ikut suka dia kot.

Tapi apakah saya kisah? Memang tak lerrr..

Kisahnya bermula apabila saya dan kawan-kawan bukan Islam makan kat kedai ni. Biasalah waktu malam, mata agak tak terang, lampu dia pun menguning sikit masa tu. Hahaha, apa tak kabur pandangan masa tu kan. Jadi masa tu ada lah kawan saya cina seorang ni, si Jason nak minum sup. Dia berhenti sekejap dan berkerut-kerut. Lepas tu pegi tanya sorang-sorang apa benda nya dalam sup dia.

Semua kitaorang masa tu haram jadah tak tau apa benda tu. Nak kata bawang tak macam bawang, nak kata serangga pun tak macam serangga. Wei tak jelas kot! Memandangkan si Jason ni ragu-ragu tahap antarabangsa (kiteorang punggg), dia pun pegi lah panggil pelayan lelaki muda nih.

"Abang, apa benda dalam ni? serangga ke?", si Jason bertanya dengan sopan sebab dia jenis sopan bab-bab tanya orang lain. Dengan kiteorang je dia main hantam. Haha..

Si pelayan tu pun ragu-ragu sebab dia pun tak nampak sangat, "Hmm kejap, saya pergi ambik ni tanya orang kat dapur" [Bab ni tak ingat apa dia cakap, tapi yang penting dia ambik mangkuk sup bawa pergi dapur. :p]

Tak lama lepas tu, datang seorang kakak tua atau mak cik atau perempuan umur pertengahan dengan muka BENGIS! BENGIS kotttt. Terus datang menerpa meja kami.

Perempuan tu kata dengan BIADAPnya, "Ni bawang bukan serangga! Jangan nak tuduh sebarangan sebab nanti merosakkan perniagaan kami. Kalau pelanggan lain dengar macam mana? Lain kali tengok betul-betul."

Huish bapak kau. SOMBONG bukan main. Kawan saya tu punya tanya sopan je, bukannya terjerit-jerit kat pelayan awak tu! MENGADA sungguh bak tauke besar. Tauke besar pun tak mengada macam awak. Awak yang lebih sentap. Masa tu dah panas dah kepala nak je jawab perempuan tak sedar diri (hehe, geram sangat sebab biadap sungguh!). Tapi masa tu kawan saya seorang ni si Aaron pergi lah tengok saya dengan maksud tersirat - TOLONG BERSABAR. HAHA, dia memang tahu saya spesis jenis tak boleh dengan orang biadap.

Masa tu jugak muka kawan saya lagi seorang ni cik Siew Hui pucat lesi je kena ceramah percuma perempuan tuh siap tangan nak hadang bagi saya duduk je. Dalam hati ni masa tuh banyak nak cakap tapi akhirnya si Aaron selaku orang yang tua sekali (NGAHAHAHAHA) pun meredakan pertelingkahan.

Eleh, nasib kena pelanggan yang baik hati macam dia. Kalau kena yang panas hati macam saya? Awak fikir saya perempuan masih muda tak berani nak cakap kat tauke ke? Mentang-mentang awak tua dari kiteoeang yang muda belaka ni, awak rasa dah lama hidup ya? ke awak tu cuma pekerja lama yang berlagak tauke? Ya Allah masa tu jugak saya nak cakap macam-macam. Ala kira macam nak cakap macam ni:

"Eh mak cik sentap kenapa?"

"Kawan saya tanya baik-baik je sebab tak nampak bukan tuduh! Pelayan mak cik pun tak pasti apa dia nampak sampai bawa ke dapur! Tak kan kami tak boleh tak pasti jugak kot"

"Bagus lagi kawan saya tanya dari dia terus sebar bukan-bukan. Mak cik ni kerek lah!"

Ni lah dorang tak sedar lagi. Kalau pergi kedai bukan Islam kalau kita tanya mereka minta maaf dan terus tukar baru. Paduhal tu baru tanya je. Tapi mereka akan cepat-cepat kata, "minta maaf, tak apa saya tukar baru". Kita pulak jadi segan. Ni tauke diva ni pulak HARAMnya nak sopan dengan orang.

Dia ni jenis berlagak sangat:
1. Tak minta maaf
2. Tuduh pelanggan
3. Muka bengis nak mampuih
4. Kasar datang dan pegi meja orang
5. Bersuara tinggi
6. Riuh sekampung!

Eh, mak cik, tak adanya saya nak datang kedai awak lagi tau. Kalau nak pergi pun akan singgah beli satay dengan rojak je kat luar kedai tuh. Tapi itu pun macam rasa tak nak pergi dah beli satay dan rojak tu. Sampai sekarang tak ingin tau. Memang lah saya tak sebut nama sebab tu periuk nasi awak tapi kalau awak buat macam tu jugak kat orang lain, padan muka nanti satu hari orang pakat tak nak datang dah!

Kalau keluarga atau kawan saya pergi makan kat sana saya tak kisah. Cuma jangan bawa saya makan kat tempat BIADAP tu je. Menyampah, saya pun tak nak pergi kat cawangan dia yang lain. Mana tau mak cik diva tu pergi tempat cawangan lain jugak. Memang tak lerrrr. Nama je Islam pakai tudung bagai tapi tak mengamalkan perniagaan dan kelakuan cara Islam pun. =.='' Memalukan je depan kawan saya bukan Islam tu.

Kalau nak tahu kenapa orang suka dan tak suka bisnes dan pernigaan korang:
1. SIKAP/LAYANAN
2. HARGA
3. KUALITI

Ini lah tempat tiga teratas mengikut susunan ya. Kalau murah sedap nak mampuih kalau layanan macam HARAM pun orang tak hengen. Kalau layanan A+, Harga A+ dan kualiti A+, awak punya kedai jauh kat ceruk pun orang tetap pergi jugak.

Mak cik nak bukti ke? (hehe, macam lah mak cik diva tu baca ye), tengok je KFCK, jauh ceruk belah dalam. Orang tetap suka makan kat sana sebab dorang sempoi, harga berpatutan dan makan SEDAP wei. Lain kali saya kongsi pasal KFCK ya. ;)

Haihhhh, menyumpah seranah pulak dalam entri ni ya dalam bulan puasa pulak tu! Maaf ya. Hehe, cuma saya boleh terkenang pulak kisah menyakitkan hati ni. Walau apa pun, kalau tak suka jangan sesekali menabur pasir di periuk orang, cerita ringan-ringan je~ Apa-apa tu urusan dia dengan Allah dan kalau tak berubah, mungkin pelanggan lain yang akan kena kan dia.

Tu je, tata~

Monday 22 June 2015

Where is Yahoo.com? Yahoo Malaysia anyone?

Hey hi everyone,

Ever visiting your yahoo website lately? I think it happened since past few weeks. Hehe, I shared it so late that it become lame. Haha.. During that time, I was at Yahoo Malaysia then the next day, poof it turns into Singapore Yahoo.

Almost half of the day I try to change the Singaporean to Malaysian sites at the top right corner. I really mean ALMOST HALF DAY! I really in a panic state thinking that my website or internet broke down. LEL. Until I give up the next day as I am too innocent thinking that it would turn back to old one. But sigh, sadly it still the Singapore Yahoo!

So, I was searching at the internet who ever face the same problem with me. Hey, hey, hey guess what? Malaysian people of course! HAHAHAHA.. and what shocked me the most, Phillipines Yahoo! also having the same problem as Malaysia Yahoo! High-5 to this miserable life. LEL.

The Yahoo! acting so weird without announcement or warning terminating the websites or merging it to Singapore Yahoo!

Can you see the suggestion turns into Singapore Yahoo! And since when "www.yahoo.com" belongs to Singapore?
And here we are at Yahoo! Singapore. You can see Singaporean flag in the top right corner.

But Why??? Did Yahoo! want to make a website only for SEA region? Then make a new one rather than redirecting us to Singapore one. Come on, it's not like we don't like Singapore but there are tonnes of Singapore news! or less of our news. Dude we are not Singaporeans. And hey, that flag is from another country.We want to see ours too! What Yahoo! is thinking?

And not just that, if you really want to make something, tell us! And make a fair website to other citizen too. Poor us. Don't assume that we just use Yahoo for emails, some of us do read from Yahoo News like we read other news material online. Duhhhh.. I think I am a bit of piss off. Okay fine I am piss off!

Tata

Tuesday 16 June 2015

Tengku Muda Johor, Kami bersama anda!

Salam semua :)

Mesti ada yang tengah dok stress sebab saya tulis pasal politik kan. Hehe, jangan risau, dah lepas seminggu puasa 18 Jun ni saya kurangkan dan balik macam dulu ya. Saya pun tak suka jugak sebab tak bagus politik berpanjangan ni.

Tapi KALI NI, saya sokong oenuh Tengku Ismail, Tengku Muda Johor. Dan KALI NI jugak, saya bagi 'letak ibu jari kebawah' hahaha kepada YB Nazri Aziz. Ya hari tu sokong dia sebab bab tu dia memang betul tapi bab ni, TIDAK sesekali pun betul dan bapak sombong biadap sungguh.

Apa salah TMJ nak tegur PM? Dia cuma tegur kenapa tak datang bersemuka dengan Tun Mahathir pasal 1MDB pada forum "Nothing To Hide" anjuran sukaguam. Memanglah pedas kalau dah tak salah tak yah lah rasa sentap kan. Namun yang kena bagi makan cili tu tak kisah sangat. Yang YB Nazri Aziz ni pulak lebih rasa pedas. Dah kenapa?

Dan adakah patut seorang menteri boleh nak 'belasah' TMJ? Mari kita tengok kenyataannya:
"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

“Raja-raja dan keluarga diraja berada di luar daripada undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," lapor portal itu.


Teruk betul kan! Eh, Agong pun sokong PM bukan masuk politik ke? Asal tak jadi isu. Pasal Sultan Selangor dengan MB Selangor pun bukan politik ke? Kerek kot. Mesti lah Institusi beraja kena ambil tahu sebab tu negeri dorang, tak kan nak biarkan kerjaan dok memerintah buat suka hati. Kalau tak salah kenapa sentap?

Oleh itu, kaw-kaw TMJ buat status. Status berbunyi:
MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?
Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.
Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.
-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Saya sokong TMJ dengan status baginda. Baca sampai habis!

Dan ada pulak halnya Nazri Aziz ni boleh mengadu kenapa dia kena panggil kerana mempertahankan Najib. Ewah, bukan sebab dok sokong PM tapi kenyataan hang tu dah macam nak ugut TMJ nak belasah bagai~ Tu yang orang buat laporan bukan sebab sokong siapa. Oleh kerana tu jugak dia menambah marah orang dengan kata Institusi Raja kebal dari politik, macam kira tak adil lah tu kan. Dah tau kenapa nak bahasa kasar jugak? Yang buat laporan tu RAKYAT bukan TMJ ye. Harap maklum.

Walauapapun, ini mungkin ada gerakan baru seperti Sarawak for Sarawakian di Johor. Mungkin pergerakkan "Daulat Johor"? Siapa tahu jugak. Allah lebih mengetahui. Sebab kali ni memang YB tu cari bala padan muka nak lawan Tengku orang johor. Mereka sokong Raja dorang okeh.

Sedih sebab seagama boleh berlawan macam ni. Mungkin ini lah "wahan" yang dikurniakan kepada hati ummah yang takut untuk berjihad dan mengejar harta dunia. Harap kita tak terjerumus lebih dalam. Saya pun macam ni jugak. Seagama pun saya dok kutuk jugak contohnya entri ni. Tapi kalau tak kongsi siapa nak tahu? Masalah jugak, Saya harapkan umat Islam paling-paling tu pun, ingat Allah dan bermula semula untuk menuju kebaikkan dan kesejahteraan. Insha Allah. Amin.

Sebelum tu, Daulat Tuanku!

Tata~

Monday 15 June 2015

Semua badan yang tertubuh memerlukan 'Peti Cadangan'

Salam semua,

Saya merasakan bahawa Peti Cadangan ni tersangatlah penting sebab dari situ lah kita dapat tahu apa yang orang hendak daripada kita. Peti cadangan ini boleh berbentuk elektronik, tradisional mahupun forum dan sebagainya.

Contohnya, blog saya sendiri pun ada peti cadangan iaitu emel saya sendiri thirteenpersona@yahoo.com dan Alhamdulillah terlayan lah jugak. Yang tak terlayan tu mungkin sebab saya terlepas pandang dan sebagainya. Nanti saya akan huraikan juga tentang ini ya.

Apa pula maksud badan yang tertubuh ni? Anda boleh kaitkan dengan jabatan kerajaan ke, syarikat jual makanan ke, laman sesawang rasmi siapa-siapa ke asal ada alasan kenapa peti cadangan perlu wujud. Sebagai contoh badan yang perlu sangat ada peti cadangan ni ialah Perdana Menteri kita. Ya, anda mungkin berkata dia ada emel, pergi lah semak kat Jabatan Perdana Menteri.

Apa saya jawab, "Nama pun emel kat Jabatan Perdana Menteri. Jabatan tu yang tolong jawab bukan Perdana Menteri ada masa nak semak emel tu pun. Orang yang tukang semak tu pulak jenis kerja nak senang, dia tak endah punya. Ada dia kisah?" Tapi betul lah, dorang ada peti cadangan tapi sampai tak sampai tu jadi isu. Tu sebab kadang-kadang orang tulis kat komen, blog, status sebagainya sebab dah hantar yang rasmi pun tak kena layan bukan.

Jadi sini saya nak cadangkan satu benda -> Buat peti cadangan yang berfungsi dan memang langsung terus kat orang yang dituju. Ala macam contoh atas, emel PM kita betul-betul. Selagi boleh sendiri baca, sendiri pergi baca. Kalau tak dapat, buat satu pejabat komunikasi peti cadangan gitu. Semua orang dalam tu kerja nya baca je memanjang dan catat soalan-soalan tersebut dalam sistem dorang.

Kira PEJABAT tu ada bahagian macam ni lah:

1. Tukang baca memanjang dan masukkan dalam sistem dan penyaring umum takut ada emel pasal Tesco Giant semua tu kan. Haha. SEMUA soalan walau teruk mana masukkan tiada tapis-tapis.

2. Penyaring soalan berganda dan memperhalusi ayat. Tau lah kadang-kadang ada orang nak bertanya tapi penuh lengkap dengan hiasan kata kesat.  Tapi tetap semua soalan kena masukkan dalam sistem. Kalau dah buang apa guna suruh orang tu bagi cadangan kan walaupun merapu, sebab kita mungkin tak tahu kebenarannya berbanding orang lain.

3. Pengkategorian di mana dia ni bagi label kat soalan-soalan tu. Macam soalan ni khas untuk kerajaan Sarawak dan Imigresen. Satu soalan cadangan tu boleh letak dalam 5 label untuk kelima-lima 'Bawah Label' dapat jawab soalan.

4. Tukang jawab umum. Maksudnya soalan mahupun cadangan tu tak lah bapak teruk sangat. Contoh: "saya mencadangkan agar sungai baru dibuat oleh Jabatan Kerja Raya di Miri kerana saya suka sungai".
Jawapan: "Sungai anda TELAH di masukkan dalam cadangan JKR. Sila ke laman JKR untuk melihat projek cadangan itu"

5. Tukang jawab berlabel. Maksudnya ini mesti PM sdri jawab dan orang yang berkaitan kena jawab. Tak da jawapan klise seperti "sedang diambil kira, sudah di proses".
Contoh: "saya mencadangkan agar rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan mempunyai gaji asas terendah RM 1000 sebulan kerana barangan di sini lebih mahal berbanding di Semenanjung"
Jawapan tak bagus: "Cadangan anda diterima. sila rujuk Jabatan Human Resource (tak ingat pulak apa bahasa melayu dia ni dahhh) untuk pengetahuan lebih lanjut"
Jawapan bagus: "Encik Ali Baba, Pegawai Besar kerajaan Sarawak (konon lah) telah membuat jawatan kuasa 'gaji pokok bunga' untuk menghantar surat ke JPM"

Bezanya jawapan bagus ni -> Dia dah letak nama, jawatan, cara nak hubungi orang tu, dah memang buat kerja nak lakukan apa yang kita nak. Kalau tak pun, masukkan dalam satu portal cadangan rakyat.

6. Ahli Portal Cadangan Rakyat. Dorang kerja terima cadangan dari beberapa badan dan kumpul bagi tengok kat orang. Sebab bila kita tunujukkan kita memang ambik perhatian dan kita pulak tunjukkan orang tu punya soalan, dia akan rasa di hargai. Bahagian ni jugak adalah seronok, saya rasa kalau JPM buat ni, kaw-kaw berkesan. Tapi harap je kalau Kerajaan Negeri Sarawak yang dapat dulu. Boleh lah jadi contoh lain. Hehe. Kiranya portal ni sama ada menjadi "peti cadangan khusus untuk cadangan", "jawapan peti cadangan setiap badan yang dikumpulkan" dan "peti suara isi rakyat". Bagus bukan? Tak kan tak da bajet buat ni kut. 

Harapan saya: SAYA NAK JUMPA PM DAN KETUA MENTERI SARAWAK DALAM PERSENDIRIAN (mesti lah ada orang lain tapi tetap tak ramai. husih, elakkan maksiat. lel). Kenapa saya nak jumpa? Sebab saya nak sampaikan SEMUA cadangan dalam otak saya ni daripada tulis kat blog kan. Dan kalau saya tulis dalam blog, nanti akan cetuskan kemarahan dan serius mereka akan rugi. Ya, idea saya ni memang akan cetuskan kemarahan sebab saya jenis tuntut apa yang HAK!

Jugak, kenapa saya tak buat sesuatu untuk jumpa mereka? Sila lah ke laman rasmi mereka, banyak sangat benda yang "rasmi" yang tak akan sampai kat dorang. Dan kalau FB sebagainya adalah tidak profesional. Jangan padang enteng tau walaupun saya macam ni~ saya tahu apa yang saya nak cakap~ saya dah puas tanya cik google dah macam mana nak hubungi mereka pun~

Tu je, kalau PM dengan Pak Nan baca kan bagus. Serius SAYA ADA BENDA PENTING NAK CAKAP!

Tata~


Saturday 13 June 2015

Soalan Lazim Kerajaan dan Pembangkang

Salam,

Hari ni tetiba nak rasa berpolitik. Hehe, tak pun! Cuma rasa nak kongsi jugak soalan lazim rakyat kita sebab saya sendiri pun nak tau jawapannya. Kalau korang baca mesti banyak pasal Sarawak sebab saya orang Sarawak, haha jadi mesti lah ni yang paling banyak saya dengar. Jadinya jugak tak semua soalan yang masuk sebab ambik yang 'PISANG GORENG KEJU' je ya.

Tapi entah lah siapa nak jawab ek. Kongsi je lah~

Soalan lazim:

1. Harga barang kat Sarawak dan Sabah lagi mahal tapi kenapa gaji asas penjawat awam kat Semenanjung lebih RM 100 dari kat Sabah dan Sarawak? Semenanjung - RM 900 manakala Sabah dan Sarawak RM 800 sebulan.

2. BR1M mempunyai banyak slogan antaranya wang rakyat untuk rakyat. Jadi orang yang berpendapatan lebih RM 4,000 bukan rakyat ke?

3. DAP dan PAS gaduh putus kawan, PKR pergi mana?

4. DAP hendakkan PERSAMAAN TARAF, PAS hendakkan HUDUD/UNDANG-UNDANG ISLAM, PKR hendakkan APA? Ada orang kata PKR hendakkan KEBEBASAN DS Anwar tapi tu bukan dah hal peribadi ke.

5. Cina masuk Islam salah. India masuk Islam salah. Siapa bawa masuk ajaran agama Islam awal-awal sebenarnya? Bukan dulu-dulu melayu dulu pun masuk Islam pasal dorang ke masa kita belajar sejarah.

6. Sarawak ada GAS, MINYAK, BALAK, dan HASIL BUMI lain. Tapi kenapa tak maju macam kat Semenanjung? Tenetttttt, tu sebab lah sekarang ni wujud Sarawak for Sarawakians nak keluar Malaysia sebab tu je satu-satu nya nak dapat royalti semua. Harap sedar.

7. 1MDB syarikat naungan kerajaan, tapi kenapa buat kat KL je banyak pembangunan? Negeri lain bukan kerajaan dah ke maksudnya. Siap ada Tun Razak Exchange bagai tapi kat Sarawak haram.

8. Royalti oh royalti, kenapa royalti setiap kerajaan negeri dapat 5% je? Lain-lain pergi mana sebab  setahu rakyat banyak pembangunan buat kat kawasan luar negeri yang dapat royalti tu. Kebabom lagi. Siap dorang tak bagi komisen untung pun kat kerajaan negeri yang sumbang tu. Apa cer.

9. Kenapa Universiti banyak kat Semenanjung? Lepas tu bila orang Sarawak Sabah datang belajar sana kena pulau, kalau tak kena pulau buang duit bayar tempat tinggal dan tiket kapal terbang. Konon dapat tuntut' tapi ada had! Tuntut pun bukan semua dapat pun. Sama lah ni dengan orang yang kerja kat sana.

10. Oh ironinya, MACAI bukan maksud 'Mahu Apasaja Cakap Anwar Ibrahim' ke? Kenapa dorang kata MACAI ni penjilat BN. Yang ni saya nampak ada orang komen kat FB. Hehe.. serius saya pun terfikir keras jugak!

11. Rakyat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selalu kata dorang punya pemimpin tak dapat jalankan manifesto sebab duit kerajaan persekutuan yang pegang betul ke? Bukan setiap negeri ada duit masing-masing ke. Bahagian mana pulak dorang tak boleh laksanakan manifesto pulak. Duit ada, cuma dorang yang tak nampak duit tu sebab tangan dah ambik dulu. Hahahaha..

12. Tak boleh percaya pengundi atas pagar ni konon neutral tapi sebenarnya undi BN lah tu kan? Eleh, tak boleh wujud ke orang neutral. Tak berakali mahupun berasid. Sukahati dia lah nak neutral sebab orang neutral yang pandai ambik peluang kat kerajaan dan pembangkang. Hati senang banyak ma. Tak susah hati nak lawan atau sokong malah terus merembat peluang. Bukan macam tu ke.

13. Bukan dulu ada janji nak selaraskan harga barang kat Malaysia ni ke? Masih mahal pun kat Sabah Sarawak ni. Janji di capati. Capati tu bukan makanan ke. Saya selalu pelik jugak dengar ayat ni.

14. Pakatan Rakyat tu wujud ke? Apa pasal dorang punya target membatalkan salah satu yang lain. Ala macam DAP tak nak hudud dan PAS tak nak sama taraf. Yang PKR pulak dua-dua sokong, dua-dua pun tarak sokong. Aiyo.

15. GST ni perlu ada untuk mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan gas negara, dah tu kenapa tak reti nak naikkan royalti minyak negeri orang?

16. Menteri Besar Selangor buat apa? "Awak kat mana~ Awak-awak kat mana?~ Hey awak kat mana?" Macam sikit-sikit masalah muncul kat sana je. Negeri lain tak lah bermasalah macam tu sekali. Bukan Selangor 'the very the vogue the modern the state gittew ke'.

17. [Tambahan oleh kawan saya], PM pergi mana masa dialog bersama rakyat? Ala kes dengan Tun Mahathir tu. Tak kata apa-apa pun kat televisyen. Setakat polis tolong cakap tak main lah. Mari nyanyi lagi sambungan kat atas, "Awak kat mana~ Awak-awak kat mana~ di tanya-tanya lagi~"

18. Kenapa KKM dan KPDNKK ni merosakkan mata pencarian peniaga atas talian koyak bungkusan orang kat pos? Kerajaan nak cari duit lebih ke atau dah tak da kerja nak buat lagi.

19. Kutuk isteri PM kaya raya dengan cincin bergerlapan, cuba kutuk Betty isteri YB Lim Guan Eng, apa jadi? Sama je kot. Cik Rosmah ada cincin - Cik Betty ada rantai mahal wo. Bergabung! Buat kedai perhiasaan. Soalannya jugak, dari mana dapat duit. Tadaaaaaaa..

20. Cik Rosmah berseronok pergi Bangkok, Cik Betty berseronok pergi Paris, Cik yang lain pergi berseronok kat mana pulak?

21. Guru kafa kena pecat gara-gara dia tuntut elaun yang kerajaan negeri Selangor janji nak bagi, apa salah dia?

22. Kenapa pembangkang suka main tukar-tukar kerusi parlimen dan DUN? Contoh Keluarga Lim dan Keluarga Anwar Ibrahim. Macam tak ada haluan je. Eh kejap, ni parti pembangkang ke parti keluarga sebenarnya.

Hehe, tu je saya nak kongsi. Kebanyakkan saya ambik dari FB masa tengah baca-baca komen membara daripada rakyat Malaysia yang perihatin lah sangat ni. Ada soalan ni dah lama, ada yang baru dan ada yang masih hijau gitu~
Harapnya ada orang yang sudi bagi jawapan. Sebab saya pun nak tahu! Dan saya merupakan penyokong Pakatan Barisan Rakyat Nasional. Heh heh heh. TAK DA MAKNA NYA. Bagi saya, siapa yang merosakkan kehiudpan bangsa dan agama saya, orang tu yang saya akan lawan!

Saya seorang yang neutral dan soalan nombor 12 tu saya punya jawapan sendiri. Heh heh.

Insha Allah kalau ada apa-apa saya tambah ya. Haih berdosa pulak nak taip soalan lazim ni takut menimbulkan pertelingkahan pulak namun saya pun ada rasa ingin tahu kenapa soalan ni boleh timbul oleh rakyat dan saya sedar di setiap soalan mempunyai kebenarannya sendiri.

Tu je. Tata~

Friday 12 June 2015

Politik Bodoh Bhg.1

Salam korang semua,

Maaf tajuk tak sopan. Hehehe.. kalau sopan sangat tak sampai mesej.

Sebenarnya dari hari tu lagi sakit hati pasal duit RM kita ni jatuh lagi! Haishhh.. Bila lah nak meningkat ni. Dah tak stabil. Menyampah pulak rasa. *mata tengok tepi, tangan ke bahu*

Yang saya tahu duit kita jatuh disebabkan faktor luaran di mana USD ni makin naik gara-gara ekonomi Amerika Syarikat yang meningkat. Tu satu hal, yang satu hal, hari ni tengok pertukaran duit RM dengan Brunei Dollar ialah 1 BD$ bersamaan dengan RM 2.73++!!! Bapak lahhhhhhhhh!

Rasa macam tak nak ada duit Malaysia pun ada~ Tapi kerajaan kita tu kata yang kejatuhan ni bersifat sementara. Jadi mari doakan yang benda ni memang sementara sebab Isnin hari tu 1 USD bersamaan dengan RM 3.78 tapi hari ni semak balik dah jadi RM 3.74. Kira duit kita naik balik lah. Tapi sampai bila sifat sementara ni??

Sebelum tu saya nak kongsi pasal benda panas iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan kita -> YB DS Nazri Aziz. Ni kes bangang gak lah. Bukan menteri yang bangang, orang yang komen benda tak pakai otak tu lah bangang! Nak tau kenapa saya kata bangang?

Tolonglah, orang yang buat benda ni patut taubat sikit. Orang ni
mesti tak dengar atau baca pun apa menteri ni cakap. Main rembat je!

Kenapa saya kata orang tu bangang?

1. YB kata dia antara yang paling gembira sebab bagus untuk perlancongan dari orang luar dan orang malaysia sendiri. Ye lah, orang luar nak masuk negara kita sebab mereka akan rasa murah dan kaya raya gittew~ Manakala orang malaysia pun tak da bajet nak pergi luar negara dan melancong je lah kat malaysia sendiri. KAN DUIT TU masuk Malaysia balik! Mesti lah dia gembira.

2. Dia kata bagus untuk PERLANCONGAN. Korang sentap kenapa? Tak da kan dia kata bagus untuk perniagaan dan lain-lain kan. Dah dia menteri bahagian perlancongan, mestilah dia cakap bahagian dia je!

3. Sebab korang benci abadi kat dia. Kutuk macam-macam! Tapi sebenarnya poyo sebab korang bagi pahala GRATIS korang kat dia! Kata benci tapi diam-diam cinta ek? HAHAHA..

Tapi kan korang, bukan nya nak sokong kerajaan ke apa, tapi dah menteri ni cakap betul. Saya sokong lah dia! Lainlah kalau korang kata pasal YB satu lagi tu. YB Ahmad Maslan.. HAHAHA.. Pasal kes GST tu ler.

Adakah patut dia kata memasak untuk elakkan GST, macam lah barang masakkan tu tak kena GST ek! Ha yang ni saya sokong kalau korang kutuk dia. Haha, tapi jangan kutuk lebih-lebih, nanti karang pahala kurang! Saya kutuk pun kutuk sebab dia main cakap je tak lah sampai nak keluar kata kesat. Sebab tak elok kottttt guna kata kesat.

DAH memang dunia politik kan. BODOH tu memang ada. Kalau tak kat YB-YB, kat PENYOKONG YB-YB.

Hehe, lain kali pulak ya saya kongsi pasal pembangkang! Sama jer tu!

Bebalik kepada mata wang kita, ada dengar kisah betul ke tak. Pasal kat Bangkok, hotel dorang tak nak tukar duit Malaysia sebab tak stabil. Ya Allah! Harap je duit kita ni naik je lah lepas tu kekalkan paras +/- 0.001 je. Kalau macam ni, kemungkinan ramai lah orang nak labur kat luar negara ye.

Tata~



Saturday 6 June 2015

Kerja Kat Rumah je? Biar Betul?

Salam semua :)

Hari ni kalau ada yang perasan kat sebelah kanan blog ni ada iklan Jobdirumah kan. Ha, kalau nak tau saya jenis bukan kongsi benda tipu-tipu. Benda tu mesti saya kena alami nya dulu baru nak cerita.

Jobdirumah ni sebenarnya:

1. Pelantar (Platform) bagi peluang pekerjaan alam maya.

2. Yang mendaftar BUKAN bekerja untuk Jobdirumah!

3. Peluang kejayaan bergantung kepada kerajinan masing-masing. Lagi rajin dan berkualiti anda buat, lagi banyak kejayaan dan pendapatan anda.

4. Kerja yang di cadangkan oleh mereka ni berbentuk "penulisan", "seni lukis", "reka bentuk", "soal selidik berbayar", "Kerja penterjemahan" dan macam-macam lagi asal boleh dilakukan melalui alam maya.

5. Korang kena yakin dengan apa korang buat. Kalau tak yakin jangan buat. Sebab yang buat tu anda dan bukan orang lain.

6. Tak perlu kemahiran tinggi dan anda boleh memperbaiki kemahiran yang sedia ada.

Apa-apa anda boleh terus ke Jobdirumah!

Jom lah cuba dan isi masa lapang dengan berfaedah~

Jika ada apa-apa soalan boleh emel saya (rujuk kat tepi kanan blog) atau baca terus melalui pautan yang saya kongsi ya. Kat situ ada penulisan tentang soalan yang bermain difikiran kita. :D

Tata~

Wednesday 27 May 2015

Cara Pemikiran Kita & Hutang!

Salam, 
Dalam entri ni saya telah kopi dan pasta (ambik dari Whatsapp Keluarga) untuk berkongsi kepada anda. Ada yang dah pernah baca pun baca lagi sebab kat bawah saya ada tambah sikit-sikit. Hehe..*********************************************************************************"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya : “Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu” “Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun” “Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”


5 TAHUN BERLALU:


Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan. Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”. Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu… Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya.. Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.


Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses menjalankan bperniagaannya. Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?” Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”. “Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.


Perhatikan..


Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA, namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeda.


Mereka MELAKUKAN cara. . berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda pula.


Hati² lah dengan Mindset kita.. Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.


Think positif ..... The choice is yours..!*********************************************************************************Sebab tu kita kena ada cara pemikiran yang positif dan melihat semua itu melalui mata peluang. Bak contoh lain, kalau orang bagi RM 50 kat awak dan kakak awak. Lepas tu orang tu kata, korang boleh buat sukahati korang dengan duit tu tapi tak boleh tiru perbuatan masing-masing. Dengan pantasnya kakak awak pegi simpan dalam tabung. Bagus jugak kan? Tapi awak nak buat apa lepas tu sebab kakak awak dah awal-awal simpan dalam tabung.


Dah tak terfikir nak buat apa dah yang bagus lagi. Kat sini lah cara pemikiran positif + kreatif diperlukan. Kalau kakak awak masuk dalam tabung dia, awak pergi lah top-up duit saham awak atau buat bisnes kecik.


Mesti korang tanya bisnes apa je RM 50. Kalau korang positif + kreatif memang korang akan dapat punya. Senang citer, awak pegi la borong kerepek pisang kat Mak Limah RM 50 untuk 70 bungkus. Lepas tu awak jual lah sebungkus RM 1.


Dengan tu awak dapat RM 70. Tolak modal RM 50, awak dapat ekstra RM 20. Ha! Kalau korang buat berulang-ulang dah dapat berapa banyak? Mesti Mak Limah nak bagi punya beli borong dari Mak Limah sendiri pergi jual satu-satu kan. Dia untung dapat duit segera, awak untung ekstra berkat usaha awak jual satu-satu tu.


Yang tu pasal cara pemikiran. Satu lagi pasal hutang.


Awak kesian sangat kat keluarga dan kawan-kawan awak yang tak cukup duit. Jadi awak pergi la pinjam duit kat mereka. Tapi memandangkan hubungan awak dengan mereka rapat mengalahkan belangkas, awak tak sampai hati nak tagih hutang. Awak pulak segan paduhal duit awak. Awak tak cakap, jadi mereka buat-buat lupa. Siapa rugi? Awak ler.


Dah rapat mengalahkan belangkas tu, mesti mereka pinjam lebih dari sekali kan. Ala kesian punya pasal awak bagi pinjam dengan menipu perasaan diri sendiri yang kali ni mereka mesti akan bayar punya. Tup tup, awak masih segan, mereka masih buat tak tahu. 


Selang beberapa lama, awak pun ditimpa kesusahan terpaksa guna duit banyak. Awak mesti lah nak pinjam kat orang yang awak tak tahu malu sikit kan. Awak pergi jumpa mereka nak pinjam duit. Apa jadi?? 


- Sadis mereka tak nak bagi pinjam sebab duit memang tak pandai cukup-cukup. (APA LAGI NAK BAYAR DUIT AWAK!)- Mereka bagi pinjam. (EWAH DUIT AWAK TAK BAYAR LAGI TU)- Mereka bagi pinjam siap bagitau kena bayar cepat. (EWAH, DIA TAK BAYAR-BAYAR DUIT AWAK TAU)- Mereka bagi pinjam tapi tak lama lepas tu nak tagih, lebih parah ingatkan awak hari-hari. (CUBA AWAK BUAT MACAM TU KAT DIA, PADAN MUKA DIA)


Tu sebab awak, kita nak bagi tips pasal hutang ni sebab kita pun selalu kena macam awak jugak bajet baik sangat dengan orang tapi orang tu buat jahat pulak dekat kita. 


Tips:
1. Bagi pinjam jangan lebih dari 10% dari pendapatan dia. Kalau duit gaji dia RM 1000 je sebulan, awak jangan sesekali bagi dia pinjam lebih dari RM 100. Nanti dia tak mampu bayar.


2. Pinjam kat orang duit boleh tapi guna prinsip 1-3/12-5/24. Prinisip ni, awak hutangkan orang tu pertama kali, tengok alasan dan kecepatan dan kesungguhan dia nak bayar balik. Kalau dia memang macam kes awak yang tiba-tiba ada kesusahan baru pinjam masih baik lagi, lepas tu tak sampai seminggu dia bayar balik sebab dia dah dapat duit dia balik. Kalau orang macam ni awak boleh pinjamkan lain kali tapi dalam 12 bulan dia hanya mesti boleh pinjam sebanyak 3 kali manakala dalam 24 bulan dia hanya boleh pinjam dalam 5 kali sahaja.


Alasannya mudah, kalau dah pinjamkan sekali dah macam apa walau banyak alasan tahap kesian nak mampuih, awak tak boleh pinjamkan mereka lagi sebab mereka akan buat berulang kali. Cukup sekali je awak kena. Nanti sia-sia kebaikkan kita tu. Kalau awak rasa nak tolong, bagus awak sedekah kepada anak-anak yatim yang memerlukan! Lagi satu, tak boleh pinjam kan orang terlalu kerap sebab kalau kerap tu, orang tu ada masalah kewangan yang mana pada masa hadapan dia akan cari awak dan heret awak dalam masalah dia, PERCAYA KITA, KITA DAH KENA! Kalau kuota dia penuh awak jangan bagi pinjam lagi sampai lah bertahun-tahun sebab awak kena tahu, dia kena belajar untuk menguruskan kewangan dia.


3. Pinjam kat kawan atau keluarga yang awak tahu perangai macam mana dan awak tak tahu malu nak tagih. Nanti awak pulak yang kesian segan sangat nak tagih hutang balik.


4. Kalau orang nak pinjam jugak sampai kutuk-kutuk awak kedekut, BIARKAN JE. Awak dapat pahala percuma sebab dia kutuk awak dan awak bersabar je. Awak jugak akan menyelamatkan kewangan awak sebab awak pada masa hadapan mungkin memerlukannya. Awak biarkan je mereka, sebab kalau mereka sayang dan hargai awak, mereka tak kan kutuk awak walau dalam keadaan mereka tertekan. Orang yang sayang dan hargai kita tak kan marah-marah meradang kat kita kalau mereka tertekan sebab bila sayang tu ada, perasaan sayang tu akan menjadi pengimbang kepada sosiobiologi kita. (Betul ke tidak? Haha, tapi betul lah!). Sebab tu lah bila sayang, kita tak kan sampai hati.


5. Kalau takut terbagi hutang, awak tiap kali ada duit, awak cepat-cepat masuk saham atau simpanan tetap. Biar bila orang nak hutang awak ada alasan duit tak boleh keluar. :)


6. Simpan dalam minda awak, yang duit awak tu untuk masa depan awak dan anak-anak awak! Mesti hati awak kuat nak simpan duit tak nak bagi kat orang sebab awak mesti takut akan kesusahan yang menimpa kalau tak cukup duit. Dan awak memandangkan dah sayang anak-anak awak, duit turun kat mereka bukan mengalir keluar tak masuk-masuk kat awak. ;)


Harap awak-awak kat luar sana ambik pengajaran dari kisah yang saya dah siap bancuh kopi dan masak pasta bagi awak ye. Kita dah perit jerih dah dengan orang yang hutang kat kita sampai kita tak da duit untuk kita bila kita susah. Kita tak nak orang lain rasa apa yang kita rasa. Dan kita selalu tengok kebanyakkan orang tak berjaya sebab ada cara pemikiran yang salah dan mereka terlalu ego untuk mengubah cara pemikiran mereka. Simpang jauh-jauh benda-benda tak elok ni kan.
Semoga Allah memberkati kehidupan kita. :D


p/s: Tak tau pulak nak menggunakan awak-kita dalam entri ni kan. HAHAHA..
Tata.. <3

Sunday 24 May 2015

TIPS & PERINGATAN Buat Peniaga Online (Atas Talian)

Salam semua,

Saya ada ambik gambar ni dari satu akaun peniaga atas talian di Instagram. Jadi saya turut hendak berkongsikan gambar ini kepada anda semua untuk tatapan dan peringatan bersama. :)

Allah tengok segala-galanya!

Dah baca dah gambar kat atas? Hehe, korang jangan malas baca apa yang kat gambar tu pasal korang kena tahu apa yang betul salah dalam berniaga ni. Jangan pasal nak untung korang tipu orang ramai. Ni pun peringatan buat kat diri sendiri.

Peringatan yang saya boleh bagi ialah:

1. Sebaik-baiknya bila dah meniaga jualan dah memberangsangkan, DAFTARLAH PERNIAGAAN ANDA di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Buat lah milikan tunggal (enterprise, trading etc) dulu sebab lebih murah. Kalau ada bajet lebih terus buat syarikat betul-betul iaitu sdn.bhd. Semua ni boleh cari kat laman sesawang SSM. http://www.ssm.com.my/

Orang akan lebih yakin dan hak anda terlindung. Cuba ada pelanggan yang tipu korang, korang punya hak secara keseluruhan akan dilindungi. Kalau tak berdaftar, selalunya korang susah nak menang kes kena tipu pelanggan sebab korang pun dikira sebagai penjual secara "kawan-kawan".

2. Korang kena BERSABAR KALAU PELANGGAN BANYAK TANYA macam-macam tapi tak jadi beli dan sebagainya. Sebab orang ni memang banyak tanya sebab nak kepastian dan kemudian-kemudian baru nak beli lagi. Insha Allah kalau korang masih layan baik je orang macam ni, dia akan cari anda pada kemudian hari.

Tapi, jangan sesekali kongsi 100%. Sebab ada yang jenis ambil kesempatan. Orang ni nak tahu korang beli produk kat mana sebab nak jual produk yang sama. Dan ada yang beli tempat lain tapi tak tahu cara guna barang tu, kebetulan korang jual barang yang sama, dia tanya korang. Jadi kena pandai-pandai jawab jugak ye. Tapi jangan langsung tak layan!

Manakala untuk tips pula:

1. Bebalik kepada peringatan no.1, kalau korang berdaftar dan TUNJUKKAN LESEN SSM ANDA, automatik orang akan rasa lebih yakin dengan perniagaan anda. Tak lah dorang ragu-ragu nak beli ke tidak kan. ATAU Kalau tak da tak apa, cuba bagi penegasan tentang perniagaan dengan lebih berketerampilan. BAGI KESERAGAMAN PRODUK dengan gambar dan diskripsi seragam secara format nya.

Contoh: Korang punya gambar memang lawa dengan diskripsi yang seragam dan tak da campur baur antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Kalau nak kongsi pasal peribadi boleh sebab nak bagitahu bakal pembeli bahawa anda ni tak lah nak menipu. Cuma... kongsikan serba sedikit jangan selalu. Dan kongsi yang peribadi tu mesti berkaitan dengan perniagaan macam korang tengah pergi beli produk. :D

2. Korang kena LETAK HARGA TERUS! Kalau tak dapat letak harga, letak anggaran harga dah menjadi sebab kadang-kadang ada jenis pelanggan ni kalau dia tengok tak da harga terus tak nak beli sebab malas nak tanya dan berfikir, "Dia mesti jual harga mahal kat aku, kalau orang lain yang dia kenal mesti murah!" 

Ye lah, dah korang kadang-kadang letak gambar dan diskripsi lawa-lawa, tup tup tak da harga. Terus tak ada emosi gembira nak membeli tu. Saya jenis pembeli ni kecuali saya terdesak. 

3. Bagi menjual barangan, mesti NYATAKAN KUANTITI, KUALITI DAN KESELAMATAN yang diberi bersama. Keselamatan tu macam barang tu original dari US siap ada tag bersinar-sinar sampai sakit mata. HAHA. Atau barang tu ada sijil JAKIM dan KKM. Yang begini-begini lah.

Manakala untuk kuantiti:

Kasut - Saiz kasut apa yang ada, saiz kasut tu untuk perempuan ke lelaki, dan saiz kasut tu ikut piawaian mana. Boleh tengok carta kat sini http://thirteenpersona.blogspot.com/2014/01/shoe-size-conversion.html

Baju/Seluar/Dan yang setara dengannya - Bagitau saiz bebas ke, XS dan sebagainya. Kalau korang bagi maklumat terperinci macam lilitan pergelangan tangan tu berapa cm ke, atau labuh baju tu berapa cm ke. Ha.. macam ni lah orang suka. <3

Tudung - Bagitau bidang lebar berapa. Atau kata je boleh tutup dada dengan sempurana. ^_^

Botol -  Ni bagitau berapa liter boleh muat air dalam. Kadang-kadang fuiyooo punya cantik. Sekali sampai, ceit, seciput je air boleh masuk dalam. Padan muka tak tanya berapa liter boleh masuk dalam kan.

Suplemen kecantikan dan setara dengannya - Berapa paket dalam tu. Berapa biji pil dalam tu. Berapa keping masker (mana-mana lah yang serupa) dalam tu. Bagitau siap-siap. Tu sebab orang beli tempat lain tapi tanya tempat lain!

4. Gambar kena MENARIK! Kalau tak da bajet tak yah lah nak upah orang mahal-mahal. Korang buat setakat yang mampu diusahakan. Kadang-kadang Ya Allah, latar belakang kat belakang gambar tak boleh blah. Pergi lah tempat yang latar belakang cantik dan ambik gambar guna telefon pun menjadi tapi SUDUT kena betul. 

Kiranya korang ambik gambar produk korang kat 'wallpaper' gambar karun bagi produk yang tersangat kusam. HAHA. Atau korang ambik gambar belakang dia macam ada kelabu-kelabu sikit. Kalau tak da jugak, belakang mesti berunsur seperti kayu. ;)

Bagi produk yang meriah sangat tu, guna lah latar belakang guna kertas A4 putih ke. Atau pilih kaler latar belakang yang berwarna pastel.

ATAU, korang boleh ambik gambar kat tempat-tempat korang rasa lawa macam latar belakang air terjun taman awam ke. Hehe.. Tapi korang kena bagi efek kabur-kabur supaya produk korang menonjol.

DAN pastikan produk anda seragam latar belakang dia. Kalau boleh lah. Macam jenama A ni berlatar belakang air terjun dan jenama B ni berlatar belakang orang yang tengah terjun. HAHAHA.. :p

5. Bagi yang guna instagram khusus nya, korang jangan PRIVATE - PERIBADI gittew. Sebab ada orang jenis tak suka 'follow' dan rasa terpaksa 'follow' korang. Buka je bagi semua nampak tak kisah lah korang tak ramai 'followers' yang penting korang disenangi.

Bagi saya, kalau instagram orang tu private saya tak suka follow sebab saya rasa dia nak terkenal dengan banyak followers. Hehe. Lepas tu tak jadi beli dari korang. Saya pegi ushar kat tempat yang 'public' baru syok! Lainlah kalau korang satu-satu nya jual benda tu, kalau 'private' orang tetap akan pegi ushar korang.

6. Dah ada pelanggan, minta izin dia untuk buat TESTIMONI untuk dikongsikan. Juga kalau dia dah biasa atau nampak perubahan, korang bagi lah diskaun lebih kat dia tapi dengan syarat dia mesti kongsikan tentang produk atau instagram korang. Ha, macam tu baru lah bagus!

Tapi cakap elok-elok kat pelanggan tu. Contoh:

"Hai, minta tolong boleh tak?"

"Apa dia sis?" (chewah, ni korang punya panggilan kegemaran ni kan. Haha)

"Sis nak minta tolong awak kongsi-kongsi kat kawan-kawan awak, sambil-sambil tu sis boleh bagi awak diskaun"

Haaaa, kalau saya kena layan orang macam ni, lebih-lebih lagi kita ni memang warga suka diskaun! Keberkesanan teknik ni memang tinggi! Apa lagi? Cuba lah.. Heh heh heh.. Semoga berjaya!

7. Kalau ada bajet, lantik lah DUTA buat IKLAN. Duta dan iklan tak semestinya artis terkenal. Asal dia terkenal sikit dah baik dah. Atau dia orangnya menarik dan mudah dipercayai. Sebab ada orang ni bukan artis tapi bila dia taip status je orang percaya dengan status dia lebih-lebih lagi orang rasa dekat di hati. Orang macam ni boleh jadi duta korang. Kalau korang nak jadi duta sendiri pun bagus. Baru nampak macam korang ni betul-betul jual produk "high standard"~ Hee..

8. BALAS mesej. 
Yang guna facebook tu, tolong lah buat "inbox" anda tu boleh dimesej oleh semua orang. Atau rajin-rajin semak "other message". Ni orang PM tak balas-balas. Paduhal suruh PM. Pa ke benda? Kalau korang dah suruh orang PM atau mesej korang dulu, pandai-pandai lah balas ye. Jangan dah lama sangat sampai orang naik bosan.
Yang guna emel, rajin semak "SPAM" kadang-kadang masuk dalam tu jugak!

*********************************************************************************
Dah tu je yang saya boleh fikir sekarang.

Insha Allah kalau ada yang tertinggal, saya akan tambah lagi ya. :)

p/s: Kalau nak kerja secara 'online', cuba ushar Jobdirumah.net

Tata.