Tuesday 21 April 2015

5GB hanya RM50? WOW? Wow la sangat.

Salam semua,

Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya sendiri yang telah membeli simkad 5GB yang wow sangat. Ye lah apa tak wow nya. Cuba tengok faedah yang dia beri:

- Mengikut undang-undang
- Hanya RM 50 untuk 5GB termurah dipasaran
- Guna jaringan Celcom
- Tambah nilai guna TuneTalk
- Boleh beli data sendiri dan senang
- Bayaran sama ke semua rangkaian untuk panggilan dan mesej
- DAN BANYAK LAGI

Siapa tak nak kan? Orang yang suka ke hulu hilir macam saya ni mana nak sempat cari Wifi atau angkut Unifi kat rumah ke mana-mana. Kalau tempat tu tak da wifi percuma nak guna apa?? Mestilah saya akan memilih broadband bukan. Fikir logik ler. Senang nak angkut ke mana-mana.

Saya pernah lah guna Maxis, DiGi dan Celcom. Ada sebab saya batalkan dan ada sebab saya tukar lain-lain. Tapi tu malas nak cerita sebab saya mesti lah nak beli yang ada nilai berbaloi kepada pelanggan macam saya yang asyik atas talian je bila buat kerja.

Lalu apabila saya mencari melalui Encik Google jumpa lah pakej 5GB RM 50. Jadi saya hubungi lah orang tu siap beli kat dia. Konon harga promosi bagi saya RM 20. Dalam hati gembira sebab yang paling murah saya jumpa pun RM 30. Lain tak yah cerita la kan.

Tup-tup sampai barang je.. Kena muka batang hidung sekali. Dia bagi saya simkad Tunetalk biasa tu. SIMKAD TUNETALK BIASA JEEEEEEE!

Ha ni rupa dia:
Yang biasa kotttttttttttt


Dekat kedai boleh dapat murah je ada yang dalam RM 10 dan ke bawah. Asal dorang jual mahal. Tak nak bagitau pulak ni simkad Tune Talk. Bila nak bagi balik minta duit kata kita pulak yang salah sebab batalkan pembelian bila nama dah daftar.

Yang terbaik tu mereka kata tak boleh nak tukar nombor mesti beli jugak nombor baru. Sebab mereka nak mengaburi bahawa ni simkad tunetalk yang biasa tu. Bila saya kata awak tak bagitau ni Tunetalk biasa pun? Dia jawab dah nama guna tambah nilai tune talk mesti lah Tunetalk. Saya jawab la balik dah Tone Excel pun guna tambah nilai Tunetalk tak pun jadi Tunetalk? Saya tambah lagi, kalau iklan awak tu terang-terang tulis simkad Tunetalk memang saya tak kan susahkan awak batalkan langganan dan saya langsung tak kan beli dari awak nak buang masa minta duit balik. Lepas tu baru nak pulangkan duit bila saya dah cakap macam ni.

Baik kenapa saya marah dan tak puas hati?

Sebab harga 5GB sebenarnya RM 68, yg dorang dok kata RM 50 dapat 5GB tu penuh muslihat sebab dia nak orang tambah nilai terus RM 50 dan tunggu untuk dapat percuma kredit RM 20. Jadi anda akan dapat lah RM 70 lepas tu boleh lah langgan yang RM 68 tu dan anda mendapat baki RM 2. Apakah bangang nya nak jadi penjual macam ni? Kenapa tak kata RM 48 dapat 5GB? Lagi senang. =.=''

Satu soalan lagi, kalau yg suka beli tambah nilai sikit-sikit macam mana? Mana dapat percuma RM 20 tu. Cuma beli tambah nilai RM 50 je dapat percuma RM 20. Paling-paling pun orang akan beli kengkadang RM 30 dengan RM 10. Jadi kalau tak da percuma maksudnya kata-kata "5GB RM 50" tu tak betul lah?!

Ni dia plan tersebut. RM 68 untuk 5GB. =.=''


Lagi bagus korang terus jual tunetalk depan-depan dan bagitau terus terang. Saya rasa orang tetap beli kot dan akan langgan 5GB. Masalahnya ni dah tipu orang kata 5GB ni simkad lain.

Ha contohnya macam ni https://forum.lowyat.net/topic/2794591/all Dia memang terus terang kata jual simkad dan kelebihan membeli simkad ni. Dia siap bagitau jual simkad harga RM 4 lagi dan boleh pilih nombor. Bagus apa??

Tak lah nanti bagi sakit hati beli simkad samar-samar keterangannya ni. Kira kena tipu kottt.

Bagi yang nak membeli hati-hati. Terpulang kat anda masing-masing nak beli ke tidak. Sebab kalau dorang jual harga murah dari kedai, korang beli lah simkad tu sebab tu memang berjual beli namanya. Kalau mahal sangat tu kira mencaras la namanya.

Sebelum saya menghabiskan sila baca entri ni http://weloveourson.blogspot.com/2015/03/pengalaman-pakai-sim-kad-internet.html sebab dia pun kena jugak macam saya. Cubalah saya baca entri ni sebelum terbeli kan. Menyesal pun tak da guna dah.. Kena ambil iktibar dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

Agak-agaknya dah berapa ramai orang yang terkena ye?

Saya dah belajar dari kesilapan untuk menyelidik puas-puas barang yang nak dibeli melalui atas talian. Kalau ada keraguan apabila dia jawab tu, bagus terus tak beli.

p/s: Nama penjual tu saya rahsiakan dan kat mana sebab tak bagus tabur pasir kat periuk nasi orang. Biarlah dia taubat sendiri. Cuma anda yang kena berhati-hati, kalau dia tak nak pulangkan balik anda buatlah apa yang anda suka.

Sekian terima kasih.
Tata~

4 comments:

  1. BARU INGT NAK BELI HMM... NASIB BAIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je beli kalau dia jual sim card murah. If mahal, baik jgn. B-)

      Delete
  2. Replies
    1. Xpe..same group terkena! Hi-5! Haha.. Janji nxt time kena more careful. :)

      Delete