Thursday, 8 October 2015

Saya suka Niza daripada Siti/Zai. Heh heh heh.

Assalammualaikum!


Hehe, saya terasa amat bangla apabila pertama kali dalam hidup memiliki gambar passport yang memang tak macam banduan ambik gambar. Suka <3! Tapi entah lah bila dah "scan" masuk komputer jadi warna pelik-pelik. Haha..tapi gambar yang asli boleh tahan wooo..

Bebalik kepada topik, sebenarnya keluarga kerabat terdekat memang panggil nama saya Niza. Kalau orang luar panggil macam-macam. Banyak nama gelaran kot~ Sampai nama yang tak ada dalam kad pengenalan pun orang bagi nama kat saya. B-)
Tapi kat Malaysia ramai sangat orang suka panggil nama saya Siti. Adakah sebab nama Siti tu nama depan saya? Kalau kat Brunei orang terus panggil saya Zainiza atau Zai. Tapi sebutan Zai tu selalu jadi "Jai". :D

Jujur saya memang suka orang panggil saya Zainiza atau Zai lebih dari Siti. Namun telinga dah terbiasa orang panggil Siti kan, jadi dah tersuka jugak. Muahaha.. tapi lebih teramat sukanya tu bila orang panggil saya Cik Siti. Saya rasa sangat "cool"! Mungkin maksud tu sendiri dah beerti "Cik Puan"!!! Kan!!

Yang ajaibnya bila saya menjadi Niza dan lari dari dunia Siti/Zai, dengan tidak semena-mena hidup tu menjadi sangat gembiranya dengan kurang stress. Sebab -> Niza automatik bila dengan keluarga dia kan~ Sebab bila jadi Siti/Zai, saya mengaku saya 'berlakon'.

Poyo lah bila jadi Siti/Zai:

- Kena cakap bahasa yang bukan bahasa ibunda. Pergh pelat kadang-kadang keluar macam apa!

- Perlu banyak kata "Ya" berbanding "Tidak". =..= Dilema orang dewasa. Dalam hati Allah lebih tahu.

- Tahan mengantuk! Bapak nak tertidur-tidur pun ada.

- Jadi perempuan yang sejati. MUAHAHAHA.. Ala ni kes bila perangai lelaki tu kena tahan dalam-dalam jangan bagi tunjuk TAPI terlepas jugakkkkkk. Mana nak kawal benda-benda macam ni!

- Yang penting saya BERLAKON saya ni memang sebaik budi seperti nama Siti/Zai! *libastudung*

Bila saya jadi Niza:

- Hehe, keluar dengan keluarga pun pakai T-shirt lelaki. Eh bukan tomboi, saya tak suka T-shirt perempuan yang mempunyai potongan ikut badan dan banyak cetakan merapu. T-shirt lelaki banyak jenis "plain", "straight cut" dan memberi "loose feeling". Bila pakai tak ketara pun~

- Saya boleh merungut letih kaki sebab teman orang "shopping" yang tak beli barang pun walau berjam-jam kat kedai. Mak oiiii. Selalunya masa ni saya akan dengan senang hati tinggalkan keluarga dan duduk kat kedai minum rehatkan kaki. Muehehehe..

- "I can be the most random person whenever I loved to do do". Ya betul. Kalau dengan kawan saya tak macam ni. Cuma dengan keluarga je sebab..hmmm.. saya Niza. :p

- Suka makan tapi tak mampu nak makan. Muehehe.. bila dengan keluarga, saya bawa pergi makan macam-macam tapi makan sikit baki paksa siapa-siapa ahli keluarga duduk dekat habiskan. Macam ni baru seronok! Makan dengan kawan tak boleh buat macam ni. Muahaha..

- Yang penting golek-golek pun tak kisah. *terustanggaltudung*

Bukan apa nak kongsi tiba-tiba ni, sebab saya demam. Selalunya bila saya demam memang saya terlebih buat perangai dengan terlebih keyakinannya. Muahaha.. tapi orang demam suka letak koolfever atas kepala. Saya letak masker kolagen gittew kat bawah mata. Muehuehue.. Tau tak kenapa saya demam? Masa sakit tekak tu, saya boleh pulak teringin sangat makan aiskrim sebab dah bertahun..eh jap dah berbulan lama tak makan aiskrim jadi makan je lah. Lepas tu demam.

Oleh sebab saya lebih pentingkan mata panda disebabkan tak boleh tidur pasal demam, bersungguh-sungguh pergi kedai beli masker mata tapi hampeh tak ingat koolfever. =..='' Tapi saya makan ubat, hmm ubat kecantikan. Muahahaha.. dah dah.. cukup dengan ikan kerapu ni.

Tadaaa~

Berbalik lagi kepada cerita.....

Saya memang suka Niza sangat-sangat. Tapi paling BENCI, MENYAMPAH, TAK SUKA bila orang luar yang bukan keluarga saya panggil saya Niza. Kalau orang luar, orang tu haruslah kawan rapat KAKAK atau ABANG atau ada kaitan sikit-sikit dengan keluarga saya.

Entah, macam Niza ialah nama yang sangat penting bagi saya jadi hanya orang yang tertentu saja boleh panggil. Kalau masih ada orang berdegil, memang saya layan muka masam. Macam automatik pun ada! Walaupun saya dah cuba senyum tapi tak boleh! Sebab kalau dengan orang luar saya memang kawal perangai sikit, tapi bila dia panggil nama Niza, saya rasa macam nak menari disko tepi dia pun ada tapi tak dapat nak menari!!!!!

Dah saya malas. Tata~

No comments:

Post a comment