Monday, 23 November 2015

Buang tabiat nak apa kalau dah kahwin nanti.

Salam semua,

Saya nak ada anak.
Kalau boleh kembar empat.
Suami kena kuat sebab dia nanti kena bawa sepasang, saya pulak sepasang.
Tu sebab sekarang saya bersenam bina otot.
Anak tu empat-empat bagi baju fesyen ulat.
Sebab nak tengok dorang menggeliat comel jadi ulat atas katil.

Suami kena rajin makan kat rumah!
Saya masak punya~
Sebab saya suka masak, suami jadi tukang rasa.
Tunggu anak besar, anak jadi tukang rasa pulak.
Yang penting mesti ada masa bersendirian.
Dia lepak dengan kawan, saya baca buku sorang-sorang.

Mak bapak dia, mak bapak saya jugak.
Balik kampung, balik kampung dia.
Perayaan ikut suka dia nak buat apa, ikut je.
Tapi, suami kena ikut kemas rumah pra dan pasca perjalanan.
Kena layan anak yang ingin bermanja.
Biarkan saya buat rawatan kecantikan atas dia.

Lepas tu..

Kalau lah boleh, bila saya cakap ni dia fikir saya memang serius bukan main-main.
Dia pun kena bersedia jugak nanti pulas perut dia biar rasa sikit macam mana mak dia mengandung dulu.
Orang kata kalau nak kahwin umur 30 tahun, kena fikir siap-siap masa umur 20 tahun.
Masa dah sampai waktu, tak lah kelam kabut, semua dah bersedia.
Bukan kutuk orang gatal tak sudah sebab fikir awal pasal kahwin.
Persediaan tu kena fizikal, mental dan harta benda. Baca ayat paling akhir HARTA BENDA.

Hahahaha.

Tata.


No comments:

Post a comment