Sunday, 12 June 2016

Broga

Assalammualaikum dan hai!

3 jun lepas sebelum raya tu saya ada pergi ke Broga Bliss Eco Garden dan Bukit Broga. Menariknya Bukit Broga kat Semenyih tu kawasan Selangor dan Broga Bliss Eco Garden ni dah terletak kat negeri sembilan.

Masa kat Broga Bliss tu, liputan telefon bimbit sangat lemah dan selalu tak ada. Jadi siap-siap datang pakai celcom sebab yang tu sentiasa ada liputan. Hahaha.. Jadi saya kongsi beberapa gambar ya! Agak tak cantik sebab yang cantik saya simpan. Muahahaha.. Lagipun saya ada malas nak kongsi gambar-gambar tu ha.

Dalam gambar ni saya cuma kongsi gambar saya bersama kawan baik saya, Yee Sin. :)

Ni cik Yee Sin yang ambik gambar. Hahaha.. Macam besar pulak kepala saya kan!

Cantik kan permandangan. Yang ni awal pagi.. masih pakai baju dan seluar tidur~ Seluar tidur tu bunga-bunga sebenarnya. XD

Ni lah Yee Sin. Muka baru bangun tidur. HAHAHAHA!

Rasa ala-ala melancong kejap. Yang ni air bukit jadi air memang warna macam ni.
Serius memang sejuk dan segar~~

Sebenarnya dia tinggi sikit tapi ni macam tinggi sangat. Mak oi!

Kat Borga Bliss tu masih dalam pembangunan. Jadi boleh lah
nampak pembangunan tu dijalankan.

Macam ni lah permandangan dia dari pintu depan tempat tinggal. Abaikan
perempuan di sebalah kanan. Hehehe.. tak tersempat "crop". Maaf ya!


Saya tak gelap pun sebab pakai krim perlindungan matahari. Hehe.

Tu je, tata!

No comments:

Post a comment