Saturday 9 September 2017

Beza Medical Card dan Insurans? Mana satu patut dibeli? Mana satu patut dipilih?

Assalammualaikum,

Saya nak bagi satu penafian bahawa saya tidak menjual medical card mahupun insurans. Mungkin pada masa hadapan In Sha Allah mana tahu kan. Maka dengan itu saya akan menjualnya dan anda akan dinasihatkan oleh saya.



Tanpa membuang masa mari kita lihat apa beza dua benda ni? Ayat yang digunakan adalah untuk memudahkan pemahaman semua pihak bukan mengikut terma insurans sebenar ya~ Hanya untuk memudahkan anda untuk memilihnya sahaja.

Jom!

Pengetahuan am saya tentang dua benda ni (maaf pencapuradukkan bahasa sebab saya salin dan tempek melalui status FB saya sendiri):


Beza medical card and life insurance.

Medical card: waktu sakit dia tanggung. Mati tak. Sbb tak ada apa nak diubat. Heh heh

Life insurance: waktu sakit dia buat de sbb dia cover waktu mati je. Haha sometimes cover kalau jadi permanent damage mcm cacat. Some la~ more to yg damage kekal type. Setakat sakit boleh sembuh~~

Kalau x cukup bajet kan mana patut beli? Medical card atau life insurance.

Kalau single tak ada tanggungan better medical card. Sakit ada cover. Mati pun tak ada org nak dirisaukan akan terbeban.

Ada tanggungan. Tapi tanggungan mcm selamat. Medical card jugak.

Ada tanggungan. Tapi belum selamat contoh masih kecik dsbg. Life insurance.

Kenapa beli awal?

 Makin tua makin mahal sebab dah tua selalunya banyak penyakit terus nak pakai duit banyak.(Jahat je kan ayat) Bila nak cover kena perlukan duit/guarantee yg lebih ler kiranya~

Waktu tua ada limit tak nak jual pun orang tu medical card atau life insurance sbb jangkaan dorg mmg confirm2 jatuh sakit and m.a.t.i. Belum sempat pun dorg laburkan duit terus nak dipakai. Mcm mana company nak untung.

✓Beli je, sbb kita tak tau bila memerlukan. Sebab buat bendalah ni dua2 ambil masa nak aktif. Selalu dalam 2-6 bulan. Ha.. cun2 kena waktu menunggu tu? Keluar duit sdri jugak sbb tak aktif lagi.

Kenapa kena beli lagi walau company dah bagi free medical card dan insurance?

✓Setahu saya la, setahu saya ye bukan setahu orang. Habis kerja je benda tu tak leh pakai dah. Kalau ekonomi merundum maunya dibuang kerja bagai. Benefits tu hilang.

Lepaih tu, berhenti kerja dah tua. Beli lain krg waktu tua jadi mahallllll ya ampun. Beli yang biasa2 dulu pun boleh. Ada jenis yg boleh top up benefits. Kan kan~

Medical card and insurance Mahal

Memang Mahal kalau dia cover A-Z, Cari Yang boleh top up jadi Bila pendapatan Makin stable boleh top up benefits.

Tanya org jual jgn dok baca dr pamplets atau laman sesawang sbb org jual boleh pick and drop benefits yang Kita nak. Contoh benefits travel coverage. Korang rasa tak nak ambik sbb ada insurance lain yg cover drop kan je lah. Bayar bulan pun kurang sikit.

Jadi take a moment of chillax dengan penjual insurans and medical card okay! Kalau dorg paksa tinggalkan je. Pilih yang tak memaksa.

😚 Paling penting mesti tanya mana satu yang sesuai dengan budget and lifestyle anda.

Penambahan: Ada yang jual bendalah ni together. Nak life insurance and medical card combo pun boleh~~

Sekian harap benda ni bermanfaat buat anda semua. :)

Tata~

5 comments: