Sunday 18 February 2018

Milo Ais Kepal Viral Selangor! - Daughter's Kitchen

Salam semua,

Milo Ais Kepal Viral terletak di Kg Melayu Sg Buloh, Shah Alam, Selangor!

Lokasi

Ini alamatnya: Lot 105, Kampung Melayu Batu 13 1/2. Betul-betul terletak di tepi jalan. Dengan tanda bewarna merah jambu~

Saya curi gambar. Hehehehehe


Maka. waktu masuk ke jalan Kampung Melayu Batu tu sendiri, anda harus bersabar dengan pemanduan dan tengok tepi-tepi jalan. Sebab kat situ agak susah sikit nak parking lebih-lebih lagi ramai orang. Kalau terlepas pandai-pandai lah anda pusing sebab jalan kampung kan comel! Tapi jangan risau, sebelah kedai tu, dia ada satu laluan boleh masuk untuk parkir dibahagian belakang!

Waktu Operasi

Bermula daripada aku tak tahu lah nak~ Sebab tak jumpa pulak kat mana2.

Tapi beroperasi sehingga 11 malam~ Datang tengahari pukul 12 dah buka dah~ (Siapa tau pukul berapa sila roger ya!)

Cara nak makan kat sini

Sediakan duit anda! Sebab harga murah-murah~ Dan jangan risau banyak tempat duduk. Tapi biasalah ramai orang anda perlu menunggu. DAN SILA BERATUR.

Datang-datang kat situ, jangan nak rampas giliran orang tau. Sebab sebelah kiri kedai tu (laluan ke parkir dalam), ada jalan masuk kedai. Kat situ lah anda beratur sepatutnya~

Ihsan FB Daughter's Kitchen
Kalau tersilap tak apa sebab baru-baru. Hehe. Yang jalan masuk depan tu pakai kita keluar je. Beratur, nanti ada lah pekerja Daughter's Kitchen bagi meja. Kalau lambat atau tak ada org, masuk je kalau ada meja kosong tapi secara tertib lah kalau tu giliran kita.

Menu/ Harga

Kalau datang sini jangan dok risau banyak. Bukan ais kepal je ada. Makan nasi pun ada! Harga pulak murah-murah~ Susah nak dapat zaman gini kat Malaysia tau!

Murah murahhhhhh~ yang tertutup tu sebenarnya ada~Tengok lah harga, kebanyakkannya semua murah-murah. Nasi
Dulang mahal sampai RM 49.00 tu sbb banyak besar portion dia. Tapi RM 49 je paling mahal! Murah? RM 2.90!

Minuman-minuman~ kepal kepal kepal~ mure mure~

Ini pula kami

Me, Ija dan Ikmal~ <3 Ija first time jumpa, kawan kepada Za~ 

TADADADADA~ Cakkkkk! It's Za!

Ais Milo Kepal~ RM 2.90~

Rm 3.90 sahaja! Portion sangat berbaloi. Kenyang! Za pun tak dapat habis bagi Ikmal~

Ni saya~ 

Pano Pano Panorama~


Review/Penambahbaikkan

Harga memang tiada komen. Tapi dari segi rasanya. Sebab saya hanya makan Nasi Ayam Rainbow dan ais kepal, saya akan komen bahagian makanan ni secara spesifik lah ya~

Nasi Ayam Rainbow: 



Harga: 5 bintang
Portion: 5 bintang
Presentation: 4.5 bintang
Rasa: Ayam (3 bintang) Nasi (2 bintang) Sayur/Garnish (2 bintang)

Macam biasa harga berbaloi baloi baloi wehhhhhhh. Cuma ayam dia ketulan saiz dia okay. Tapi rasa ayam kurang rempah sikit sedikit mcm kurang rasa. Lepas tu nasi dia ada kering keras sikit. Sayur dia yang garnish tu rasa okay cuma saya dapat waktu tu mcm rasa dia lain sikit. 
Haha.
Tapi dengan harga murah, kira semua boleh diterima. Dan semua pun boleh masuk tekak~

Milo Ais Kepal:



Harga: 5 bintang
Portion: 5 bintang
Presentation: 4.5 bintang
Rasa: 4.5 bintang

Rasa dia memang manis. Tapi siapa biasa manis tak kan rasa manis sangat kut. Sebab saya jenis tak makan manis. Jadi rasa dia manis ya ampun. Kiteorg makan berempat, Za punya rasa manis sangat. Haha..
Banyakkan minum air ya.
Selain tu tak ada apa sangat nak komen, sebab rasa ais kepal milo dengan taburan kacang tu berpadanan! Suka. Dia punya likat tu pun tak menggelikan. Boleh masuk tekak!

Berdasarkan servis, banyak review kata dorang tak mesra. Tapi alhamdulillah, kami dapat dilayan elok. Order pun cepat sampai. Tak ada benda salah order semua. CUMA, kalau boleh, pihak Daugther's Kitchen letak papan tanda kat depan tu "SILA BERATUR di tempat yang disediakan"
Dan letak lagi tempat beratur tu "BERATUR DI SINI".

Tau tak kenapa? Sebab beratur ni memang sendiri-sendiri je, cuma ada lah beberapa manusia yang tak nak beratur dia main rembat je masuk dalam ambik giliran orang lain. Kalau dia baru datang, tak perasan tau lah jugak tau. Yang ni, dia nampak ramai-ramai orang beratur, siap jenguk2 kita, tapi dia terus rembat. APA CERRRRRRRRRR..

Harap benda ni bagi papan biar jelas~ senang sikit org lain nak datang makan~

Ada benda lain jadi, cashier terlebih kira. Tapi saya tak salahkan, sebab ramai orang nak mampuih. HAHAHA. Memang lah akan tersalah, jadi ini berbalik kepada kita bagitau apa yang kita order. Kalau tak ingat suruh orang bayar tu ingat gak. Kalau tak, semua pegi depan bayar bagitau order apa okeh!

*****

Itu sahaja daripada saya! Tempat ni memang akan saya pergi lagi! Nak cekidaut sila pergi ke FB Daughter's Kitchen 1 atau Daughter's Kitchen 2 .

Jumpa lagi dientri lain. Tata~

No comments:

Post a Comment