Monday 21 January 2019

The Grill by Pops - Tempat makan di Wangsa Maju yang anda kena kunjungi

Assalamualaikum~

Nak kongsi cerita pasal makan lagi ni. Kali ni saya makan kat The Grill. Siapa tau Pops Eatery kat Wangsa Maju? Ha, sama ayah lah mereka ni dan The Grill ni terletak kat atas dia je.

The Grill ni menampilkan pilihan makanan barat yang memfokuskan kepada makanan yang di panggang. Mereka mensajikan hidangan mereka dengan portion yang besar okeh! Dan rasa dia betul-betul cukup marinate. Oh, sos mereka pun sedap!

Seluas alam~~
(Kredit Gambar: Skilzon Media)


Oleh itu, mari kita cekidaut makanan mereka di bawah.

Makanan utama yang saya pilih di The Grill

13 Spice Fried Wings (6pcs) + old fashioned onion rings & grill mexican corn on cob

Grilled Herb Chicken + grill mexican corn on cob & Grilled veges

Ribeye 200g + southern mash n gravy & Mediterranean rice

Grilled Garlic Butter Shrimp & Squid + Mediterranean rice & Louisiana coleslaw

3- Cheese mac & beef bacon burger

Jangan risau ya, semua nya halal toyyiban. Dapur dan tempat bancuh minuman boleh nampak.

Menu dan pembuka mulut

Pilihan menu yang ada, self service

Ini ialah appetizer yang ada.


Diskripsi menu

Diskripsi menu


Deco

Kat sini, kawasan dia lapang dan tak rasa sesak. Sangat chill. 

Deco dia semua tempat lawa. Sangat-sangat 'insta worthy'! Oh bagi sesiapa yang nak buat event pun boleh. nak launching product ke, majlis pertunangan ke eh!, majlis sesuka ke pun bolehhh tau. Semua boleh settle.

Tempat ni lawa sangat jadi bagi photographer nak snap gambar untuk photoshoot rasanya sangat cun lahhhhh!

Apa lagi? Saya tunjukkan kepada anda betapa indahnya setiap pelosok. Ulalala~












Cara pergi menggunakan pengangkutan awam


LRT - Jalan kaki:

Naik LRT sehingga ke LRT Sri Rampai, lepas tu jalan je ikut jalan yang berbumbung hingga menuju ke Wangsa Mall. Setelah tu jalan sampai ke area hujung tempat exit entrance timur mall yang menghadap parking.

Keluar jalan kat tempat berjalan area parking, cross je jalan menuju ke Burger King tu. Depan tu ada tempat tunggu bas macam atas gambar ni. Kemudian, nampak kedai Pops eatery, pergi belakang dia dan naiklah tangga ke atas.

LRT- Bas:

Naik LRT sehingga ke LRT Sri Rampai, lepas tu cari bas T222 / T251 / T221 / 251 dan berhenti kat Wangsa Walk Mall Timur (Seperti dalam gambar) - depan Burger King je~



Lokasi, masa operasi dan laman rasmi


The Grills by Pops

Lokasi: No 2, Lot 28055, PT 8613, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, Seksyen 5, 53300, KL
Hari Operasi: Selasa - Ahad
Masa Operasi: 12PM-3PM & 6PM-11PM








Ulasan

Apa yang saya boleh bagi berdasarkan pengalaman peribadi saya ialah:

Makanan ni ikut Bintang:

Rasa: 🌟🌟🌟 🌟🌠
Presentation: 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion: 🌟🌟🌟🌟🌟
Price: 🌟🌟🌟🌠

Bak kata orang putih. "So far, so good"

Tak ada yang boleh dikritik sangat pun. Cuma corn on the cob kalau boleh letak marinate/cheese sekata je. Yang lain sangat-sangat okay! Kenyang sangat-sangat makan.

Cuma, bagi yang pertama kali datang ke mari, pintu masuk dia kat atas ye melalui jalan belakang, sila jangan sesat. Sebab ada sedikit gelap. Jangan takut-takut jalan terus je pasti nampak banner kat bawah. Jalan je ikut anak tangga lepas tu kat atas dah terang benderang dah.


Galeri (Extra)



Afik dan Kak Ikaaaaa~~ Oh, beberapa gambar Afik tolong snap. 

Sehingga di sini saja. Selamat mencuba makanan yang ada di The Grill kat Wangsa Maju ni. Berbaloi untuk rasa dan harga dia. Sehingga ketemu lagi.

Tata~

P/s: Payung satu gambar



Saturday 19 January 2019

Review Namelaka Patisserie - kedai manisan dan pencuci mulut premium di Bangsar

Assalam semua,

Hari ni saya berkongsi dengan anda pengalaman sepanjang sesi merasa menu di Namelaka Patisserie. Sedikit pengenalan buat anda, Namelaka Patisserie ialah kedai pencuci mulut dan manisan yang premium terletak di Bangsar.

Logo Namelaka Patisserie

Mereka menampilkan seni pastri dan kulinari berkualiti dalam hidangan mereka. Juga, mereka memperkenalkan konsep santai, ringkas dan lapang bagi ruangan tempat duduk mereka. Namelaka Patisserie ini baru je buka pada hujung tahun lepas maka mereka masih dalam tahap percubaan beberapa menu mereka sambil beroperasi seperti biasa.

Jom kita ke menu utama mereka!

Menu Utama

Menu utama mereka menampilkan pemanis mulut yang berupa buahan sebenar dan warna yang sangat menarik perhatian.

Party Cake 'Rubic Cube' yang beharga RM 220 di mana setiap kiub kecil itu
mempunyai rasa yang berbeza mengikut warnanya. Contohnya
warna jingga mewakili kek oren. Rasa yang lain ialah epal, lemon, buah
markisa (passion fruit) dan buah pear.

Ini lah yang paling menarik perhatian. Buah yang ditunjukkan ialah
rasa buah itu tapi dengan penuh isi kejutan lain kat dalam.

Bila di belah, dalam dia berisi 'ganache' daripada buahan asli yang dibentuki pemanis mulut ini. Diluar disaluti dengan
cokelat berperisa buahan, di tengah ialah lapisan krim parfait dan ditengah pula ialah 'ganache' itu tadi.
Iaitu dengan menggunakan buahan sebenar termasuk kulit mereka dijadikan pemanis seperti yang anda lihat. Oh, meski pemanis mulut yang sejuk ni dibuat daripada krim, pemanis mulut ni tak mudah cair ya dalam kawasan yang beraircond. Jadi boleh bersantai dan menikmati rasa yang luar biasa ni.

Pineapple Mint Mocktail

Butterfly Pea Mocktail

Passion Fruit Mocktail

Coffee Latte


Cara yang direkomendasi untuk memakan kesemua pemanis mulut berupa buah ini ialah dimulakan dengan epal, pear, oren, lemon dan diakhiri dengan buah markisa. Ini adalah disebabkan semakin ke hujung kita makan, semakin rasa masam itu lebih kuat. Kalau makan markisa dulu, anda mungkin akan 'shock' dengan rasa dia.

Bak kata owner, "Sama ada anda suka atau membencinya". Wahhhhh mengancam!

Ya, pemanis mulut disini dicipta untuk tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa beberapa buah yang masam-masam manis itu. Berita baik, anda boleh menempah pemanis mulut seperti di atas untuk majlis anda tau! Cuma yang Party Cake itu kena dua hari minimum sebab sangat esklusif nak buat setiap satu kiub itu sempurna.

Satu lagi Mocktail ialah Pineapple Mint. Terdapat menu lain lagi yang boleh didapati selain daripada menu bertulis di atas.

Menarik kan hidangan mereka? Terutama bentuk buah-buahan yang diolah sendiri menggunakan kepakaran pastry chef mereka. Ha, lepas tu jom lah lihat beberapa gambar galeri di bawah untuk tatapan anda pulak.

Galeri

Mari saya bawa anda menyelusuri beberapa gambar yang sempat ditangkap ketika kejadian.

Buah markisa~

Ini counter bar, boleh nampak kat depan orang buat air sekali. Kat belakang tu
luas kan? 

Seni Coffee latte~~

Sesi mengenal pemanis mulut.

Kaca seluas alam boleh nampak dari atas ni. Sebab tu lah lighting on point
dalam kedai ni. Nak acah-acah Kdrama dalam ni pun boleh!

Derren Fung - Junior Fav kena letak sekali dalam ni sebab tolong ambik
gambar dan video (ya video kena edit dulu~)

Abaikan pizza, sandwich dan sosej itu. Tiada dalam menu ya. Haha

Kita boleh tengok 'buah' pemanis mulut dari kaunter. Kat bawah tu je~

Lokasi, waktu operasi dan sosial media

Bagi yang hendak ke Namelaka Patisserie untuk menjamu hidangan ataupun berphotoshoot (sebab tempat ni lawa dan lighting sangat 'on the point'! Di bawah ialah maklumat yang anda perlu tahu.

Lokasi:

Namelaka Patisserie
No.34 -1 , Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100,
Kuala Lumpur
(Betul-betul berada di tingkat atas KK Mart, naik tangga sebelah kiri)

Masa Operasi:

Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30am - 10.00pm

Sosial media:

Laman rasmi: http://www.namelaka.my

Selesai sudah entri kali ni. Diharap mencuba hidangan yang ada di Namelaka Patisserie ni bersama rakan-rakan anda ya. Sehingga berjumpa di lain entri.

Tata~

Tuesday 15 January 2019

[GAMBAR] Althea Supporters - kumpulan khas untuk penciptaan produk Althea dari Korea Selatan yang lebih esklusif

Assalammualaikum semua,

Hari ni saya rajin nak cerita lebih banyak dengan korang. Saya mengumumkan saya merupakan salah seorang Althea Supporters! yeayyy! Pertama di Asia tenggara dan kedua selepas Korea Selatan, iaitu tempat asal Althea ni.

Ha jadi apa itu Althea?

Ini lah Althea


Althea ni merupakan satu hub atau pusat membeli belah produk penjagaan diri dan mekap dari negara Kpop iaitu Korea Utara. Althea juga turut mengeluarkan rangkaian produk mereka sendiri yang betul-betul di rumus khas bagi pengguna mereka.

Tapi apa kaitan dengan Althea Supporters pulak?

Althea Supporters ni ialah sekumpulan target ujian bagi produk yang bakal dilancarkan mereka. Kiranya Althea Supporters ni akan cuba produk tersebut dan bagi feedback peribadi tanpa bias berdasarkan pendapat jujur.

Pentingnya Althea Supporters ni ialah untuk menjamin produk tersebut boleh diterima pakai oleh pengguna diluar. Di Korea, Althea Supporters ni memberi feedback yang sangat bermanfaat sebab itu lah produk Althea sendiri berkualiti tinggi dan mampu dimiliki. Kesinambungan itu, Althea memutuskan untuk mempunyai Althea Supporters daripada Asia tenggara pula.

Siap sedia dengan puff, pen dan catitan~


Sini lah kisahnya menarik, kerana kami akan memastikan produk tersebut sesuai dengan cuaca kita di Malaysia, masalah kulit yang biasa dihadapi orang kita dan paling penting kami menekankan undertone warna kulit kita sebagai orang asia tenggara. Tak sabarnya dapat produk Korea yang boleh digunapakai tanpa nampak kelabu asap!

Sebelum meneruskan lebih lanjut. Tugas pertama Althea Supporters di Malaysia ialah untuk memilih BB Cushion terbaik dalam dua bahagian. Bahagian pertama ialah pemilihan antara 6 BB Cushion dan kedua pemilihan BB Cushion antara 3 terbaik yang sudah dimodifikasi.

Jom ikut perjalanan saya!

Althea Supporters Meeting Pertama 


Bersiap sedia untuk memberi ulasan

Masa ni kami semua guna cermin ajaib Althea dari koleksi Bare Essentials
di mana cermin ni dah jadi keperluan hari-hari masa mekap tau!

Tengah tengok puas hati ke tak dengan warna undertone kulit saya. Sebab
orang korea mereka pink undertone dan kita asia tenggara banyak yellow
undertone.

Inilah managers Althea dari Korea. HQ pun turun ke mari tau untuk memastikan
produk khas ini betul-betul boleh digunapaki oleh kita orang Asia lelebih lagi
kita orang Malaysia. Saranghaeyo Althea <3

Sebernanya kami cuba lebih daripada BB Cushion tau. Kami pun cuba
concealer yang ada. Boleh tahan lah, sekarang cuma ada satu je undertone
yellow. Lain sesuai untuk highlight.

Ini pula Anis daripada bahagian PR Althea Malaysia. Anis lah yang
memastikan pemilihan Althea Supporters ni daripada orang yang tak pernah guna
Althea sehingga ke pengguna tegar Althea. Barulah dapat pendapat yang
seimbang.

Tammy tengah bagitau kat kami supaya bersabar
agar kami dapat hadiah yeayyyy. 
Special edition untuk dimenangi. Oh no ada pertandingan~

Cantik kan!

Mereka lah pemenangnya! Meja sebelah.. Hmmm tak menang. Hahaha
termasuklah saya. Muehuehuehue. Jeles tau!

Akhir sekali, tiba untuk pulang dan ke meeting yang kedua. Eros tangkap gambar untuk kami~ Dan gambar ni semua
kredit Althea ya!
Ini apa yang saya dapat untuk first meeting. Tak sabar nak review dan pakai!
Siapa tau jenama-jenama ni. Cer komen sikit.


Althea Supporters Meeting Kedua

Persediaan untuk pemilihan yang lebih tepat. A, B dan C manakah yang
bakal dilancarkan Althea? Tak sabarnya!

Ini gambar selfie. Saya datang awal~

Wefie beramai-ramai. Oh itu snack datang dari korea tau~ Semua siap sedia nak test!

Kertas tu ialah feedback kami Althea Supporters tau. Kami memilih
yang terbaik untuk anda!

Tiga jenis tekstur, 3 jenis tona dan 3 jenis penyampaia berbeza. Boleh teka
mana yang saya suka?

Ini permulaan. Agaknya apalah mereka tengah fikir ye. Tema kali ni
semua warna merah jambu~

Memandangkan saya balik awal, tapi masih sempat buat test beri feedback
untuk Althea, saya snap gambar sebagai kenang-kenangan. Harap ada lagi
lah Althea Supporters meet up. Rindunyaaa.

Ini pula gift yang dibagi kepada Althea Supporters untuk meeting kedua untuk usaha mereka. Saya balik awal hari tu
sayangnyaaaaaaa saya tak dapat. Nak mintak daripada Anis boleh? Hehehe.  Oh, comelkan patung dan pikachu tu?
(Gambar dari Aida - Althea Supporters)

Diharap perkongsian ini dapat membuka minat anda dan mata anda bahawa ada produk Korea yang serius dalam produksi mereka untuk menyesuaikan jenama untuk kita orang Asia tenggara. Daripada kami buat anda, diharap anda berpuas hati.

Sebelum menghabiskan entri, anda boleh meninjau Althea sendiri di:

Laman rasmi: https://my.althea.kr

Jangan lupa bagi review selepas pembelian dan penggunaan ya. Semua reveiew yang ditinggalkan di Althea akan membantu melahirkan produk terbaik.

Sehingga berjumpa lagi untuk review barangan Althea. Tata~