Sunday 13 January 2019

6 tanda alat sulit wanita sihat dan penjagaan peribadi Biosol dari Neil Armayan

Assalammualaikum semua,

Alat sulit, Miss V, faraj, tempat sulit dan macam-macam lagi lah kita wanita gelar bahagian peribadi kita. Tapi satu benda je yang sama, iaitu kita sebagai wanita mesti akan terfikir tentang kesihatan dan kebersihan alat sulit kita kan?

Jom ketahui 6 tanda alat sulit wanita sihat:

1. Tiada kegatalan daripada alat sulit kita, kalau ada kemungkinan disebabkan oleh jangkitan yis ataupun perubahan hormon.
2. Pengeluaran keputihan normal tak kisah lah jernih, putih sikit, cair atau pekat asalkan tak terlampau busuk, menggatalkan atau warna yang meragukan.
3. Bau vagina yang 'normal' maksudnya tak terlampau busuk atau luar biasa yang kita tak boleh masuk akal.
4. Alat sulit kita licin tanpa kesan bintik-bintik, kering ataupun kesan berpenyakit.
5. Alat sulit anda tidak menganggu anda dalam kehidupan seharian anda - seperti kerap kencing juga boleh menganggu anda.
6. Bagi yang dah berkahwin, bila anda melakukan seks dan selepas seks, alat sulit tidak merasa sakit dan masih selesa lagi.

Jika anda mendapati anda mempunyai masalah di atas, anda patut menitikberatkan cara panjagaan alat sulit anda seperti sentiasa menggunakan pakaian dalam yang bersih dan bertukar ganti, mengeringkan alat sulit selepas ke tandas, kurang menggunakan panty liner dalam seharian, minum air yang cukup, membersihkan alat sulit selepas seks dan mencuci alat sulit dengan betul.

Isi kandungan 200ml banyak dan tahan lama


Anda juga boleh menjaga kesihatan alat sulit anda dengan menggunakan pencuci wanita yang dibuat dari rumusan ekstrak tumbuhan semula jadi daripada Neil Armayan iaitu Biosol.

Jadi apa itu Biosol?

Biosol ialah pencuci alat sulit wanita yang mengandungi madu dan prebiotik selain daripada ekstrak tumbuhan. Biosol juga dapat membantu memberikan khasiat, keremajaan dan pemulihan untuk lapisan luaran alat sulit wanita. Disamping itu mampu mengelakkan pembentukkan bau yang kurang menyenangkan dan tidak sepatutnya di alat sulit kita.

Antara lain, Biosol kini menapak di 4 negara iaitu Korea, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Biosol juga boleh membantu dalam sembilan kebaikkan iaitu:



Manakala isi kandungan dalam terma spesifiknya ialah:



Ha, jadi kita sebagai wanita harus menjaga alat sulit kita dengan sebaiknya kerana alat sulit yang sihat boleh menjadikan hari-hari kita pun tak terganggu. Bahkan alat sulit yang bermasalah atau berpenyakit boleh mengakibat rantaian penyakit yang lain. Jagalah alat sulit kita sebelum terlambat.

Manakala bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Biosol ini, anda boleh lah ke laman web rasmi dan Facebook rasmi Neil Armayan di:

Laman Web: https://www.facebook.com/neilarmayan
Facebook Rasmi: http://www.neilarmayan.kr/

Pilihan penjagaan peribadi dari Korea.


Oleh itu, entri saya berakhir di sini. Sekian saja dari saya dan jumpa lagi.

Tata~

3 comments:

  1. Best pakai ni. Sejuk dan segar je lepas guna. Tak bimbang dah pasal kebersihan.

    ReplyDelete