Sunday 6 January 2019

Makan kat Blue Cafe kali kedua - Tempat makan paling di cadangkan

Salam semua,

Kali ni saya cuma nak kongsi pengalaman makan kat Blue Cafe kali kedua. Kali ni terlajak sangat makan sampai perut tak boleh tampung, makanan yang tak habis dibawa pulang. Jadi untuk kali ini, saya pergi ke situ dengan keluarga Balqis dan Nana bersama anak-anaknya.

Dari kiri: Adik Balqis, Ayah Balqis, Balqis, Saya, Nana, Mia dan yang tak kelihatan Hariz.
Dalam gambar ni tengah bersiap-sedia nak memilih makanan. Semua nak makan semua nak order. Hehe alkisahnya saya dan Balqis pernah makan kat sini jadi bila suggest makan kat Nana, semua nak suruh Nana beli. Mana tak nya, semua benda rasa sedap!

Ni ha menu dia. Banyak pilihan dan sedap-sedap pulak tu. Menu dari kiri ialah Menu Set RM 12 bersama air, Menu Vegetarian bersama sides, Menu Refillable Set boleh top up kalau habis, Menu desserts dan Menu makanan lain yang ditawarkan kat Blue Cafe termasuk western food.
Rambang mata sangat nak pilih, jadi akhirnya kami semua ni memutuskan untuk memilih 5 Refillable Set dan 2 Set RM 12. Oh ya dan satu veggie rolls. Hehehe.

Jom lihat gambar kat bawah antara makanan yang dipesan. Maaf kualiti gambar ya sebab tak plan nak review pun tapi sesaja ambil jadi dapatlah hasil gambar cenggini. Ada nak sponsor kamera tak? 

Set A kalau tak silap. Grilled Chicken Chop, Fish Chips, Veggie Rolls,
Karipap dan Fries. Ni makan sorang ye.

Ni pun sama gak Set A. Boleh pilih carbonara ataupun aglio olio. Bagi
yang suka carbonara cukup lemak tak lokek bagi perasa, ni pekena dia.
Sedap mak oiiiii. Air pulak tak ingat nak snap.

Ni Set D kalau tak silap. Banyak pulak lupanya. Pizza ni nampak macam
kosong kan? Cuba makan.. Perghhhhh mamamiaaa sedap diaaaaa. Dengan
Dia punya base nipis crispy rasa semua tip top. Oh set ni datang
dengan fries yang gambarnya tak ada di sini. Hehe dannn  fries
dia pun sedap weh. Tak tahu lah kenapa kedai ni semua
benda sedap. Sedap even fries tau!  Hariz punya tapi saya makan
dua slices. Hahahahahaha. Kesian anak Nana yeeee.

Ni Set RM 12.00 kita punya. Lupa apa nama dia. Nasi lemak kot.
Portion dia gedebak ya dengan sup lagi. Air saya ambik ice lemon tea.
Sama jugak kisahnya tak ingat nak snap air.

Pandangan atas. Saiz dia kurang sikit daripada Ala Carte Menu. TAPI
still banyak jugak wehhhh. Saiz dia kurang sikit je bukan kurang banyak!

Ni Aglio Olio Set A. Set A boleh pilih nak Aglio Olio ataupun Karbonara.

Ini lah si Veggie Rolls~ Comey kan? Sedapppp panas-panas garing datang!

Aaaahhh tak boleh pandang lah makanan ni. Nak pergi sekarang jugak nak makan! Jadi bawah ini adalah antara yang saya sempat snap untuk makanan yang dah sampai.

Maaflah agak banyak. Hahaha. Ini baru sikit je 2 set refillable dan 1 set RM 12 yang sampai tau. Banyak kan! Semua sedapppp!
 Oh jangan lupa, set tersebut ada untuk yang manis juga dan desert!

Ini dari salah satu Set Refillable, Hariz punya, tapi saya
dok kacau. Haha

Ini ialah pilihan desert untuk Set Refillable. Nak Cendol ataupun aiskrim?
Oh tu Hariz. 
Yang datang sangat-sangat banyak sampai kami semua senyum senyum pandang masing-masing. Siapa nak habiskan ni ha? Tapi walaupun begitu, yang dibungkus tak banyak mana pun. Sebab semua gagah nak habiskan sebab sedap! Memang banyak perkataan sedap dalam entri ni sebab memang sedap!

Okay dah puas makan~ Cover perut guna beg. Kat tangan Nana tu lah yang baki tertinggal. Hehe~

Sebelum undur diri. Cafe ni ada dua tingkat dan ada
tangga pusing-pusing untuk InstaWorthy moment!

Bagi sesiapa yang nak datang ke Blue Cafe ni, boleh lah singgah kat Mahkota Cheras. Saya tinggalkan alamat dan sosial media mereka sebagai rujukan korang okie.

Blue Cafe

Lokasi: 7, Jalan Temenggung 25/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor (Senang nak cari di Google maps)
Masa operasi: 12 tengahari - 12 malam
Facebook: https://www.instagram.com/bluecafemy/
Instagram:  https://www.facebook.com/pg/bluecafemy/

Jadi jumpa lagi kat entri lain. tata~



1 comment:

  1. Best dapat luangkan masa dengan kawan-kawan. Nanti kita pergi lagi ya.

    ReplyDelete