Saturday 19 January 2019

Review Namelaka Patisserie - kedai manisan dan pencuci mulut premium di Bangsar

Assalam semua,

Hari ni saya berkongsi dengan anda pengalaman sepanjang sesi merasa menu di Namelaka Patisserie. Sedikit pengenalan buat anda, Namelaka Patisserie ialah kedai pencuci mulut dan manisan yang premium terletak di Bangsar.

Logo Namelaka Patisserie

Mereka menampilkan seni pastri dan kulinari berkualiti dalam hidangan mereka. Juga, mereka memperkenalkan konsep santai, ringkas dan lapang bagi ruangan tempat duduk mereka. Namelaka Patisserie ini baru je buka pada hujung tahun lepas maka mereka masih dalam tahap percubaan beberapa menu mereka sambil beroperasi seperti biasa.

Jom kita ke menu utama mereka!

Menu Utama

Menu utama mereka menampilkan pemanis mulut yang berupa buahan sebenar dan warna yang sangat menarik perhatian.

Party Cake 'Rubic Cube' yang beharga RM 220 di mana setiap kiub kecil itu
mempunyai rasa yang berbeza mengikut warnanya. Contohnya
warna jingga mewakili kek oren. Rasa yang lain ialah epal, lemon, buah
markisa (passion fruit) dan buah pear.

Ini lah yang paling menarik perhatian. Buah yang ditunjukkan ialah
rasa buah itu tapi dengan penuh isi kejutan lain kat dalam.

Bila di belah, dalam dia berisi 'ganache' daripada buahan asli yang dibentuki pemanis mulut ini. Diluar disaluti dengan
cokelat berperisa buahan, di tengah ialah lapisan krim parfait dan ditengah pula ialah 'ganache' itu tadi.
Iaitu dengan menggunakan buahan sebenar termasuk kulit mereka dijadikan pemanis seperti yang anda lihat. Oh, meski pemanis mulut yang sejuk ni dibuat daripada krim, pemanis mulut ni tak mudah cair ya dalam kawasan yang beraircond. Jadi boleh bersantai dan menikmati rasa yang luar biasa ni.

Pineapple Mint Mocktail

Butterfly Pea Mocktail

Passion Fruit Mocktail

Coffee Latte


Cara yang direkomendasi untuk memakan kesemua pemanis mulut berupa buah ini ialah dimulakan dengan epal, pear, oren, lemon dan diakhiri dengan buah markisa. Ini adalah disebabkan semakin ke hujung kita makan, semakin rasa masam itu lebih kuat. Kalau makan markisa dulu, anda mungkin akan 'shock' dengan rasa dia.

Bak kata owner, "Sama ada anda suka atau membencinya". Wahhhhh mengancam!

Ya, pemanis mulut disini dicipta untuk tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa beberapa buah yang masam-masam manis itu. Berita baik, anda boleh menempah pemanis mulut seperti di atas untuk majlis anda tau! Cuma yang Party Cake itu kena dua hari minimum sebab sangat esklusif nak buat setiap satu kiub itu sempurna.

Satu lagi Mocktail ialah Pineapple Mint. Terdapat menu lain lagi yang boleh didapati selain daripada menu bertulis di atas.

Menarik kan hidangan mereka? Terutama bentuk buah-buahan yang diolah sendiri menggunakan kepakaran pastry chef mereka. Ha, lepas tu jom lah lihat beberapa gambar galeri di bawah untuk tatapan anda pulak.

Galeri

Mari saya bawa anda menyelusuri beberapa gambar yang sempat ditangkap ketika kejadian.

Buah markisa~

Ini counter bar, boleh nampak kat depan orang buat air sekali. Kat belakang tu
luas kan? 

Seni Coffee latte~~

Sesi mengenal pemanis mulut.

Kaca seluas alam boleh nampak dari atas ni. Sebab tu lah lighting on point
dalam kedai ni. Nak acah-acah Kdrama dalam ni pun boleh!

Derren Fung - Junior Fav kena letak sekali dalam ni sebab tolong ambik
gambar dan video (ya video kena edit dulu~)

Abaikan pizza, sandwich dan sosej itu. Tiada dalam menu ya. Haha

Kita boleh tengok 'buah' pemanis mulut dari kaunter. Kat bawah tu je~

Lokasi, waktu operasi dan sosial media

Bagi yang hendak ke Namelaka Patisserie untuk menjamu hidangan ataupun berphotoshoot (sebab tempat ni lawa dan lighting sangat 'on the point'! Di bawah ialah maklumat yang anda perlu tahu.

Lokasi:

Namelaka Patisserie
No.34 -1 , Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100,
Kuala Lumpur
(Betul-betul berada di tingkat atas KK Mart, naik tangga sebelah kiri)

Masa Operasi:

Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30am - 10.00pm

Sosial media:

Laman rasmi: http://www.namelaka.my

Selesai sudah entri kali ni. Diharap mencuba hidangan yang ada di Namelaka Patisserie ni bersama rakan-rakan anda ya. Sehingga berjumpa di lain entri.

Tata~

18 comments:

  1. Menarik hidangan yang ada di sini. Min nak try jugak laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput datang~ mungkin bila datang ada menu baru pulak~

      Delete
  2. wah tak sangka desert art macam tu dah ada kat malaysia..biasa tengok kat oversea je. Kena cuba sendiri kat Bangsar ni. rasa sayang pulak nak makan sebab real sangat macam buah betul ❤️

    ReplyDelete
  3. Menariknya dessert dia. Kreatif sangat dengan decoration buah-buahan sebenar. Dahlah warna yang digunakan pon menarik dan menakjubkan. Rasa syg nak makan pon ya juga

    ReplyDelete
  4. Woww presentation dia mmg mengamcam habis! Mesti rasa dia pun tak mengecewakan, kan? Bestnyaaa.. Kita bab dessert ni mmg cair betul. Very sweet tooth!

    ReplyDelete
  5. Certainly all the food looks really exotic and not to mention exquisite. :) One will easily be thinking that those are fruits. :p

    ReplyDelete
  6. Giler creative dan cantik la desserts nie. I would love to try them out next time with my friends. Presentation is very interesting.

    ReplyDelete
  7. Menarik giler dessert kt sini..tertarik dgn yang bentuk buah buah tu, sekali tengok macam buah betul..

    ReplyDelete
  8. Lawaaa rubix cake tu. Colourful dan nampak sedap. First time tahu pasal cafe ni. Sesuai untuk dessert lover ni. Okey, nak terjah nanti

    ReplyDelete
  9. wa new cafe in Bangsar. Namelaka Patisserie looks so nice. Their drinks and desserts look super irresistible. I want to try it one day

    ReplyDelete
  10. woww..so cutee..rupa dia macam buah sebenar..tapi rupanya dessert..oh my kreatif nya diaorang..nanti nak terjah la tengok..hehee..so comel..sayang nak makan je

    ReplyDelete
  11. Lain macam la Namelaka.. serius cubic kek tu sgt rare la.. tak pernah lagi ada yang buat macam ni.. sangat kretif. Even dia punya drink pun menarik presentation nya

    ReplyDelete
  12. menarik dan terasa nak cuba juga ni..

    salam kenal dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete
  13. OO.. baru buka yea Namelaka Patisserie ni? nampak best je suasana kat situ.. deco pun kemas dan kreatif , paling TB suka tengok.. tu kek cubic tu.. woww.. unik dan kreatif.. rasa dia mesti sedap kan

    ReplyDelete
  14. Bestnya kafe Namelaka Patisserie sebab memang menu dessert dia lain dari yang lain. Uniknya dorang buat dessert bentuk buah dan kiub.

    ReplyDelete
  15. Wow, setiap cube ada rasa yang berbeza ye? Interesting! Btw, air colour purple yang Zandra pegang tu menarik lah hahah.

    ReplyDelete
  16. wow the food looks great! the name of the shop a bit odd, namelaka.. hahaha anyway hope to go there to try out soon!

    ReplyDelete
  17. hey menariknya kedai ni. tetiba rasa macam wow je yang buah tu. bestnya kalau dapat cuba.

    ReplyDelete