Sunday 31 March 2019

Easy123 - Kurus dengan cara sihat, mudah dan selamat dengan kebaikkan SUPER FRUIT

Salam semua,

Hari ni saya nak kongsilkan produk 123 Easy yang memfokuskan super fruit untuk membantu pengguna untuk kurus secara semulajadi tanpa ada kesan buruk.

Produk Easy123
Easy123 ni  memainkan peranan penting dalam 3 kesihatan serangkai iaitu detox, pulih dan peremajaan dengan melalui 5 elemen spektrum. Untuk mencapainya, mereka guna bahan premium yang dipercayai dan disahkan. Senang cerita Easy123 ni ialah minuman phytonutrient essence.

Phytonutrient = kimia semulajadi dalam tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pelindungan dan pencegahan daripada sebarang penyakit atau serangga. Kimia ini juga turut berkesan terhadap manusia untuk melindungi kita daripada penyakit. 
Contohnya = carotenoids,  sejenis pigmen organik terhasil yang memberi warna jingga atau kuning terang kepada tumbuhan di mana salah satu fungsinya adalah untuk melawan cahaya matahari yang boleh merosakkan tumbuhan itu sendiri. Manakala fungsinya ke atas manusia ialah membantu mata kita dan badan kita daripada cahaya matahari merosakkan sel yang ada. 

Ha, panjang lebar lah nak bagi korang mudah nak faham kenapa sangat dicadangkan ambil minuman phytonutrients ni.

Tadaaaa~ nampak baru kan~ sebab kali ni fokus kepada Maqui Berry yang bewarna ungu
Sebenarnya Easy123 dah lama dah dalam 10 tahun berada di Malaysia. Saya masih ingat saya pernah minum dulu tapi masa tu kotak dan pakej dia lain. Lebih kepada tiga warna hijau oren purple stripes gitu kalau tak silap. Sekarang ni dorang nak fokuskan kepada pertambahan bahan premium terbaru iaitu Maqui Berry. Dengan kotak dan pakej sekali tukar warna purple~

Kira formula kali ni lebih bagus lah~

Rasa dia manis rasa beri campuran yougurt macam tu. Boleh tambah ekstra air kalau tak suka rasa manis sangat. Bau dia pulak macam bau epal? Ha gitu. Manis manis masam mint tapi tak kuat. Manakala teksturnya berserat tapi tak melampau yang minum tak loya. Macam serat-serat jelly di blend. Hahaha. Bila minum boleh masuk seteguk je gitu tak melekat pun!

Encik Marcus berkongsi pengalaman beliau yang telah mengkonsumi Easy123 sejak bertahun. Teka teki: Berdasarkan gambar Encik Marcus disini cuba teka umur beliau. Dan dulu rasanya macam mana rupa Encik Marcus? 
Bahan ramuan "Super" dan "Premium" dalam Easy123

20 bahan premium di dalam Easy 123 yang juga mengandungi Super Fruit

Walaupun Easy123 sudah lama berada di pasaran mungkin ada yang perasan ada yang tidak. Kerana perubahan peningkatan bahan premium (sekaligus pakej luaran yang melambangkan bahan tersebut). Kali ini Easy123 memfokuskan Maqui Berry sebagai tunjang utama bahan permium selain bahan premium yang lain.

Maqui Berry
Super Fruit yang hanya didapati di Chile ini mengandungi kandungan anti okisdan paling tinggi setakat ini! 

Fibersol@-2 
Serat pemakanan unik yang boleh larut seakan jelly hancur yang membuatkan pelancaran usus dengan memberi makan/sumber tenaga kepada bakteria baik, membantu penyerapan mineral serta membuang kimia berbahaya keluar daripada badan.

Fucoxanthin
100% diekstrak daripada rumpai laut Wakame yang tinggi serat pemakanan, mineral, asid amino dan vitamin. Membantu dalam pengurangan berat badan dengan mengurangkan pembentukan lemak viseral. 

*Serat pemakanan tidak sama dengan serat biasa kerana serat ini tidak boleh dicerna oleh manusia.
*Lemak Viseral berkumpul di kawasan perut dan pinggang berdekatan dengan organ dalaman jugak. Sejenis lemak berbahaya kerana mengandungi lebihan toksik yang boleh menganggu organ dalaman seperti pankreas, hati, usus, diabetis dan sebagainya! 
ORAC= Oxygen Radical Absorbance Capacity (Kadar penyerapan radikal bebas/ anti okisdan) . Level Super Fruit yang selalu kita ketahui. Menariknya Maqui didapati mempunyai kandungan ORAC yang paling tinggi. Sebab itu lah formula baharu Easy 123 mengkhusukan kepada Maqui.

5 Elemen Spektrum dan 3 Kesihatan Serangkai


5 elemen spektrum tersebut ialah:

Serat 
Membantu melancarkan pembuangan najis, menyerap lebihan kolestrol, melambatkan penyerapan gula dalam badan dan mengenyangkan.

Enzim
Membantu mengecilkan partikel makanan agar nutrisi makanan dapat diserap oleh badan dengan baik.

Prebiotik
Makanan atau sumber tenaga bagi probiotik yang membantu pertumbuhan dan perkembangan bakteria baik dalam badan.

Probiotik
. Bakteria baik yang menghalang bakteria jahat daripada membiak dan menganggu kesihatan usus dan sebagainya.

Antioksida
Melindungi sel badan daripada kerosakkan akibat radikal bebas, menggalakkan petumbuhan sel sihat, dan melambatkan penuaan sel

3 Kesihatan serangkai:

Detox
Membuang toksik didalam badan serta membantu pengurangan lemak secara beransur.
Pulih
Memulihkan sel-sel dalam badan seterusnya menjadikan organ berfungsi lebih baik dan sihat.
Peremajaan
Sistem badan yang terawat dari dalam akan membuatkan penuaan lebih lambat serta menjadikan badan lebih sihat, ringan, muda dan betenaga.


Program Pengambilan Konsumsi Easy123

Antara pelan yang disyorkan

Pelan Pembersihan Detox - 30 Hari

2 Kotak (10 + 10)
Membersihkan usus - Mempercepatkan penceranaan - Mempertingkat penyerapan Nutrisi

Hari pertama ke hari 5-10 : Pagi 1 Sachet, Malam 1 Sachet
Hari Seterusnya sehingga hari 30: Malam 1 Sachet

Pelan Pengurangan Lemak Viseral - 90 Hari

4 Kotak (10+10)
Mengurangkan Lemak Viseral serta ukuran pinggang - Pembersihan Usus- Melancarkan pencernaan - Mempertingkat penyerapan Nutrisi

Hari pertama ke hari 5-10 : Pagi 1 Sachet, Malam 1 Sachet
Hari Seterusnya sehingga hari 30: Malam 1 Sachet
Hari 31 dan seterusnya sehingga hari ke 90: Seminggu hanya 5 sachet waktu malam

Rekomendasi memang lebih kepada waktu malam selepas makan dan sebelum tidur. Sebab makanan tu nanti akan dihancur-hancurkan gitu oleh Easy123~ Lepas tu buang benda yang tak diperlukan badan keesokkan harinya. Hanya simpan dan pakai nutrisi dan kebaikkan yang boleh tolong badan sihat dan kurus. Boleh lah tidur dengan nyenyak~

Jadi korang pun dah tahu 1001 kebaikkan daripada Easy123 kan. Dimana korang juga boleh jimat daripada membeli banyak macam produk untuk mendapatkan hasil berbeza. Lagipun anda juga boleh mengelakkan pengambilan supplement berlebihan serta tindak balas negatif antara produk-produk yang korang beli.

Secara ringkas Easy123 dah boleh cover supplemen-supplemen luar sana:

✔️Supplemen diet
✔️Multi vitamin
✔️Anti Penuaan serta awet muda
✔️Supplemen kurus
✔️ Detox
✔️Supplemen pencerahan (bukan putih ye, cuma lebih cerah dan glowing gitu)

Jimat kan? Satu boleh buat semua dah!

Korang boleh dapatkan di beberapa farmasi dan klinik kecantikkan seperti Vitacare Pharmacy, Farmasi Alpha, Premier Clinic, dan Apex Pharmacy. Atau pun boleh didapati secara atas talian di Shopee, Lazada dan 11Street.

Kadang-kadang Easy123 juga membuat penampilan secara membuka kiosk bergerak di pameran kesihatan/perniagaan/kencantikkan, di kedai-kedai dan tempat koporat. Sebelum ni, mereka ada membuka kiosk bergerak di kawasan Great Eastern Mall, Mid Valley dan Menara LYL Standard Chartered Petaling Jaya.

Ha warna dia lagi air dia lebih purple gelap sikit. Dalam satu kotak tu ada dua kotak kecik kat dalam. Untuk memudahkan pengiraan atau bawa pegi travel ke. And sachet ni lagi kecik berbanding versi lepas. Rasanya Maqui tu bebetul superfruits tak perlu banyak-banyak pun. Hehe. Bagus-bagus.
Cara bancuh dan minum

Oh, memandangkan ada yang takut nak ambik produk detox, jangan risau ya Easy123 tak membuatkan anda terus membuang memulas-mulas. Korang akan membuang macam biasa je cuma lebih lancar dan banyak. Hehe. Dalam 8 jam macam tu baru ada rasa nak membuang. 

Tapi lain orang lain efek tau. Bagi saya, saya jadi tak membuang pulak tapi tak sakit perut pun cuma bila membuang... ya ampun banyak! Hahaha. Dah esok-esok baru kembali normal masa pembuangan tu macam selalu~ Jujur saya cakap, saya tak kurus ya minum ni tapi lebih kepada perut tak kembung, kurang lemak sikit lah kat pinggang dan kulit jadi tak kusam. Sebab saya pun minum tak lama. Dulu pernah tapi sama jugak jenis tak lama. Haha tak fokus!

Kalau nak kekal lawa kurus sihat, TOLONG KONSISTEN dan FOKUS ya!

Untuk mengetahui lebih banyak lagi lokasi jualan Easy 123 atau mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh lah rujuk di bawah.

Easy 123 (Malaysia)

Laman rasmi:http://www.show-u.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/MyEasy123/
Instaqgram: https://www.instagram.com/myeasy123

Pejabat:Show-u sdn bhd , No. 16-3, jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810, Petaling Jaya, Selangor
Nombor telefon: 1800-88-4411 (Hotline) , +603 6156 6115
Fax: +603 6157 7115

Emel: info@show-u.com.my

Saya dah cuba dah, anda cubalah jugak~ Tata~

Friday 29 March 2019

Majlis Pelancaran The Ballroom oleh MAHSA Events dan MAHSA University, Ruang Sewaan Awam kini dibuka!

Salam,

Pada 7 Mac lalu saya berkesempatan untuk menghadiri pelancaran besar-besaran The Ballroom oleh MAHSA University di Saujana Putra. Pelancaran ini diadakan oleh MAHSA Events yang bertanggungjawab ke atas semua majlis dan tempahan.

Di dalam dewan The Ballroom sebelum majlis bermula.
'Buat pengetahuan semua, MAHSA Events ini baru sahaja diperkenalkan oleh MAHSA sebagai salah satu jenama yang membawa nama MAHSA dalam bidang pengurusan acara. Oleh itu nanti jenama baru ini akan menguruskan enam tapak ruang acara yang baharu. Salah satunya ialah The Ballroom.

Ini lah jempputan itu.


Jom kenali The Ballroom ini.

Sudut atas melihatkan keindahan The Ballroom, yang bewarna putih tu ialah kanopi yang dipasang dipintu masuk.

The Ballroom ini merupakan dewan jamuan tanpa tiang yang sangat besar. Ruang ini boleh memuatkan sebanyak 4000 orang pada satu-satu masa mengikut jenis majlis yang dianjurkan. Dewan ini dilengkapkan dengan reka bentuk menawan dengan penata lampu yang indah.

Reka bentuk The Ballroom ini juga mempunyai enam buah lampu chandelier berkawalan LED secara jauh untuk menghasilkan suasana mengikut tema majlis. Menariknya, ruang ini juga menyediakan tempat menunggu VIP, bilik persalinan dan juga bilik majlis lain.

Tempat menunggu dibilik persalinan

Bilik kawalan lampu dan bunyi.

Bilik majlis bagi The Ballroom. Jika anda selak langsir sebelah kanan,
anda boleh melihat The Ballroom daripada sudut atas. Kerana sebelah
kanan itu merupakan dinding kaca.

Ruang dihadapan sebelum masuk ke The Ballroom. Atas kanan
pula merupakan surau wanita dan surau lelaki. 

Pintu masuk The Ballroom.

Memandangkan The Ballroom ini sangat besar dan boleh disewa oleh orang awam, pelbagai majlis boleh diadakan disini. Semuanya mengikut kehendak anda seperti majlis makan malam tahunan, seminar, hari keluarga, perkahwinan, graduasi ataupun majlis kahwin! Selain itu juga, The Ballroom ini merupakan mesra kepada pengguna kerusi roda dan bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat.

Diskripsi ringkas the Ballroom.

Maklumat lain yang perlu dititik beratkan ialah:
-          -Saiznya berukuran 15, 500 kaki persegi
-          -Pentas berukuran 58’ x 32’ x 3’2’’
-         - Tempat letak kenderaan sebanyak 700 ruang
-         - Mempunyai paparan skrin 4K LED + sokongan Visual Audio

Lokasinya pula terletak di:
-         - MAHSA Sports Complex, MAHSA University, Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra
-          -Tempat ini sangat mudah nak cari, anda hanya perlu tetapkan carian anda MAHSA University, Saujana Putra. Kemudian apabila anda sampai ke laluan pintu masuk utama yang melepasi pengawal dihadapan, The Ballroom ini hanya terletak di sebelah kiri sahaja.

Selain itu, MAHSA Events juga mempunyai beberapa ruang sewaan lain yang cantik dan berpraktikal seperti The Grounds, M Theatre, Twelfth Floor, The Park at MAHSA and The Event Hall.

Ruang sewaan lain.

Event Hall

The Grounds.

Nota tambahan: MAHSA Events antara lain turut menyediakan pakej catering, pakej hiasan dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan ruang sewaan diatas, anda boleh hubungi:

MAHSA Events
No tel: 03-510 222 33 / 010- 9033 709
Laman rasmi: https://mahsaevents.com/

MAHSA University
Laman Rasmi MAHSA University: https://mahsa.edu.my

Pastikan anda selalu membuat temujanji dan perancangan susulan bersama pihak MAHSA Events untuk kelancaran majlis.

Sekian saja buat entri kali ini.

#mahsaevents #mahsauniversity #mahsabemore #mahsalaunchparty #eventsapcekl #eventspacemalaysia #eventspaceselangor

Thursday 28 March 2019

Korset Bengkung Letop Pilihan Selebriti, Hushworx Fitness Wear (Combo Raya 1+1)

Salam semua,

Bulan puasa dan raya bakal nak tiba ramai lah nak meramping kan segala bentuk tubuh badan yang ada ni. Sampai satu masa kita terfikir nak beli "shapewear" untuk membantu dari segi luaran. Jadi pilihan anda mesti nak cari korset kan? Hehe.

Saya bersama Puan Rizlin, pemilik dan pengasas Hushworx Fitness yang berusia 37 tahun. Eheks Saya lagi besar
dan gelebeh. Hehehehehe. Mampuihhh kalah teruk! Puan Rizlin mengamalkan bengkung ciptaan beliau sendiri tau!

Tadaaaaaa memperkenalkan Hushworx Fitness Wear!

Hushworx Fitness Wear memperkenalkan korset dan bengkung atau juga dikenali sebagai 'waist trainer' untuk tujuan estetik, aktiviti senaman dan sokongan postur badan/tulang belakang. Menariknya terdapat ENAM saiz daripada XS hingga XXXL! Bahkan Puan Rizlin bercadang untuk mencipta sehingga LAPAN saiz pada masa hadapan.

Antara korset yang ada.

Kenapa harus banyak saiz? Sebab pemilik dan pengasas jenama Hushworx Fitnesswear iaitu Puan Rizlin ingin semua orang dapat sokongan yang sepatutnya tanpa perlu risau dengan saiz badan mereka. Ye lah beli kat luar kadang-kadang datang dengan satu saiz. Pakai sekejap dah longgar. Eh! Macam kisah saya nak jimat je beli yang murah lepas tu 3 bulan macam tak dak kesan. Hehe.

Boleh beza ya antara yang tak berjenama kita beli murah dan Hushworx Fitnesswear. Beli murah Kena tukar lepas longgar lepas tu kesan pun lambat atau tak nampak. Bayangkan lah bengkung Hushworx Fitnesswear tahan sampai 3 tahun? 3 tahun tu tak lah nampakmacam baru, nampak jugak lah warna pudar bagai tapi kain masih elok tak longgar? Haaaaaa.
Pengalaman Puan Rizlin membawa jenama Hushworx Fitnesswear daripada 2012 lah dijadikan sebagai penambahbaikkan pembuatan customade produk beliau. Daripada pengalaman sendiri memakai bengkung hinggalah masalah orang ramai dititikberatkan sehingga menjadi kelebihan yang tak dapat ditiru oleh bengkung komersil lain.

Kalau dah ada minat dan ilmu dalam bidang shape wear ni, memang hasilnya bagus. Sebab tu boleh faham kenapa Hushworx Fitnesswear ni banyak jenis korset dan bengkung serta fungsi. Bukan satu produk pukul rata aje. Ini untuk menyelesaikan masalah kita hadapi yang lain-lain jugak~

Dari kiri, premium latex, latex, latex dan cotton. Nampak macam kurang lebih je. Tapi bila tengok depan-depan
boleh rasa ada banyak beza dari segi warna, kilatan, regangan kain dan rasa pembentukkan ke badan bila pakai.
Terdapat beberapa jenis korset dan bengkung serta variasi setiap jenis yang ada di Hushworx Fitnesswear  iaitu:

1. Abdomen Focus (Bengkung dengan tulang besi spiral dan kancing tiga garis
- Violet, Amber, Topaz
2. Full Back Support (Korset dengan tulang besi spiral, kancing tiga garis beserta penyandang bahu)
- Sapphire, Pearl, Ruby
3. Extra Boost (Korset dan bengkung daripada premium latex)
- Diamond, Opal, Crystal
4. Latex Fit (Bengkung waist tariner)

*Lebih lanjut kena tanya konsultant Hushworx.

Jom lihat apa kelebihan material Korset dan bengkung Hushworx Fitnesswear:

1. Customade di reka bentuk ilham daripada Puan Rizlin sendiri dengan binaan material Itali.
2. Mempunyai pelbagai jenis fabrik seperti cotton, latex dan premium latex untuk fungsi tersendiri agar tidak mudah kendur dan regang
3. Mudah dijaga dan cepat kering
4. Material pendiang haba dimana akan memerangkap haba serta mempercepatkan pembakaran lemak
5. Menyerap peluh
6. Tidak bergelung atau berlipat ke atas 
7. Tidak menyakitkan badan pengguna
8. Material tahan lama tidak cepat rosak

Sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.
Siapa sesuai nak pakai?

1. Orang nak berbentuk badan ramping
2. Pesakit tulang belakang
3. Ibu berpantang
4. Orang bersukan
5. Orang yang memerlukan sokongan postur badan

Cara penjagaan sangat-sangat mudah. Macam ni je:

1. Hanya bersihkan guna air dan sabun sedikit. Lap-lap je.
2. Keringkan didalam rumah / dibawah kipas
3. Tunggu beberapa minit sahaja untuk kering

Jangan rendam, jangan cuci pakai mesin dan jangan jemur dibawah matahari. Ini akan menyebabkan besi cepat rosak bengkok dan sebagainya bahkan menyebabkan kompres fabrik menjadi kurang efektif.

Ha, dah tahu pasal Hushworx Fitnesswear jomlah ke Combo Raya 1+1

Combo raya yang dimaksudkan ialah Bengkung Violet + Baju Kurung Lace dengan harga RM 290 SAHAJA. Semua saiz ya. 

Harga asal Bengkung Violet (RM 170) dan Baju Kurung Lace (RM 199), penjimatan sehingga RM 79! Baju Kurung Lace hanya datang dengan warna hitam dan krim. Untuk siapa yang ada alergik Lace (seperti saya), jangan risau Lace ni jenis berkualiti tak nipis berbulu pun. Jenis solid tak cepat koyak, terkena kulit pun tak gatal. Sebab tu saya sendiri nak beli. Hehe.

Anda boleh mulakan tempahan bermula 1 April ini sehingga hampir raya menjelang~

Ini ialah bengkung Violet 'short torso'. Ya kat Hushoworx Fitness ada normal saiz dan saiz 'short torso' bagi sesiapa yang
ada 'short torso'. Pastikan waktu order kena bagitau betul-betul tau. Kalau kebetulan anda short torso, pakai saiz normal,
bengkung tu nanti melanggar peha anda ketika duduk.

Ini lah Combo Raya (1+1) Baju Kurung Lace dan Bengkung.

Kain Baju Kurung Lace ni tebal tak jarang namun masih tak panas nak pakai. Sesuai pakai selepas raya pun. Disertakan sekali dengan lining. Boleh pakai macam tu je tanpa pakai lapisan sendiri. Saiz baju kurung sehingga saiz 4XL dan cutting slim fit.

Kalau berminat boleh beli je atas talian atau nak datang ke kedai fizikal pun boleh. Sebab boleh bersemuka dengan konsultan untuk meminta tips tambahan. Boleh 'try test' lagi. Tempat persalinan dan ruang menunggu juga disediakan.

Kemudahan kedai fizikal Hushworx Fitnesswear di Amerin Mall. Terdapat ruang persalinan dan tempat menunggu.
Oh sebelum menghabiskan entri, selain Combo Raya (1+1),  Hushworx juga membuat 'Sale' untuk produk yang lain. Boleh usha jugak. Bermula 1 April hingga menjelang raya, anda boleh menikmati potongan harga sebanyak RM 50 untuk pembelian korset dan bengkung terpilih. Ha banyak jimat tu RM 50.

Bayangkan nak beli paling mahal iaitu premium latex Diamond harga RM 350 sebab nak sokong tulang belakang dan nak kurus cepat heh heh, bayar RM 300 je dah boleh dapat, tahan lama pulak tu. Berbanding beli murah tapi 3 bulan kendur, rugi jugak~

Ada berita baik jugak buat pelanggan, jikalau lah bengkung atau korset Hushworx yang anda pakai terdapat sedikit kerosakkan seperti besi terpatah selepas zumba huha huha, anda boleh menghubungi Hushworx untuk menukarkan besi baharu dengan kos yang minimum. Tak perlu lah beli baru~ Dah jimat.

Antara beberapa jenis korset dan bengkung yang ada.
Tips terakhir Pn Rizlin: Jangan pakai korset/bengkung ketika tidur. Badan anda perlu rehat. Bahkan anda tidak digalakkan memakai korset terlalu lama sangat sehingga badan anda tidak mampu bernafas dan rehat.

Dekat Hushworx Fitness, pemakaian korset dan bengkung akan diberikan tips ya. Untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh ke lokasi fizikal dan lokasi maya seperti tertera di bawah.

Hushworx Fitness Wear

Lokasi fizikal: Lot 1-17A ,Level 1, Amerin Mall, Jalan Impian Indah, Taman Impian Indah, 43300, Seri Kembangan.

(Bila datang kat level bawah naik satu tingkat guna eskalator, jalan terus pegi depan je. Kedai nanti terletak sebelah kiri. Mall ni baru dibuka area Balakong tengah-tengah antara KTM Serdang dan Columbia Asia Cheras

Nombor telefon: 018-256 4437 / 018-382 4437

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/hushworx/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/hushworx_fitnesswear/

Dapatkan lah produk Hushworx Fitness Wear untuk lebih penjimatan dalam jangka masa yang panjang serta boleh membantu postur badan anda. Mesti baca sampai bawah cari Selebriti mana ni pilih jenama letop letop. Mari saya kongsikan sebelum entri sampai ke penghujung.

Dato Seri Siti Nurhaliza

Anis Nabilah dan Nora Danish

Jihan Muse
Heee okay dah payung dah. Nak usha lebih boleh pergi ke IG story Hushworx Fitnesswear ya!
Saya nak beli bulan depan, tunggu duit masuk. Hehehe. Bulan ni terlajak beli barang lain~ Sebab saya pun perlu
korset baru sebab sakit tulang belakang. Ye lah sebab tu makin melengkung badan~ Walhal masih muda~ Tapi gatai
nak beli combo raya. Tengok lah nanti, antara satu mesti saya akan beli.

Sehingga berjumpa di entri lain lagi~ Tata~

Saturday 23 March 2019

Chunz (Chun) - Sosej No.1 Korea Kini Di Malaysia (Corndog Cheese Tarik)

[Dikemaskini pada 17hb Febuari 2021]

Salam semua,

Isnin lepas saya berkesempatan untuk merasai sosej korea nombor satu iaitu Chun. Chun ni dah sampai datang ke Malaysia. Memang dari Korea hinggakan mereka mempunyai lebih 200 cawangan di sana! Kini mereka dah mengembangkan sayap mereka secara global ke Vietnam, Amerika, China, Australia dan kini Malaysia. Paling kagum apabila Chun ni dinobatkan sebagai  “Brand of the Year” di Korea tahun 2017 dan 2018! Fuhhh.. merecik.

Chun ni juga sinonim dengan sosej goreng, corndog, sosej cheese, sosej gebu, sosej cheese tarik dan macam-macamlah yang menggiurkan gitu.

Tengok lah saya tarik cheese ni. Saya makan tiga sekali tau hari tu.
Saya pergi ke cawangan Paradigm Mall. Depan tu kawan saya. Makan sampai
Kembung pipi. Hahaha

Korang boleh pilih 3 jenis sosej yang ada iaitu original (sosej je), cheddar atau Moza. Lepas tu pilih lagi salutan apa yang korang nak, pun ada 3 jenis salutan iaitu original (corndog), mee rangup atau kentang gebu rangup. Macam dalam gambar atas ni Moza with Popo Fluff iaitu sosej moza bersama kentang gebu rangup.

Nama salutan tu nanti macam ni:

Mee rangup = Curly crunch
Kentang gebu rangup = Popo fluff
Original corndog = The OG

Sosej anda hanya akan digoreng selepas pesanan dibuat untuk mengekalkan kesegaran, kepanasan dan kesedapan sosej Chun. Barulah sedap makan panas-panas. Tapi tak lama pun proses goreng ni dan korang boleh tengok lagi depan-depan.

Adik ni tengah menyiapkan pesanan saya. Laju je dia buat kerja. Bila
tengok rasa macam kita sendiri terleka.

Bila dapat tengok proses sendiri dan lihat tempat penyediaan makanan sesuatu kedai, memang rasa yakin tempat tu bersih tak selindung pun guna barang apa. Selain itu jugak, untuk memudahkan korang membuat pilihan, kat kaunter dah sediakan pilihan mudah buat anda. Main tunjuk-tunjuk pun boleh~ Haha.
Nak Ala Carte boleh nak Set pun boleh. Tak lah semahal mana kan~Menu ringkas gini ni tak buat serabut nak pilih makanan apa. Saya suka gini, sebab nampak kekuatan menu tu kat mana. Gittewww~

Menariknya harga kat Chun tak mahal pun walaupun dikira sebagai ‘famous’, ‘hipster’, ‘viral’. Harga sosej kat sini sangat-sangat bersesuaian dan berbaloi. Sosej Chun pulak memang besar dan mengenyangkan jadi boleh jadikan sebagai makanan berat selain jajan.

Kat kaunter ada sediakan sample untuk kemudahan anda
membuat pilihan.
Ni air lemon~ rasa dia memang air lemonade. Haha. Puas
Makan puas minum kat sini. Sebab air dia pun banyak.

Selain tu, korang boleh top up sos pilihan anda sendiri. Ni layan diri.
Ada mayonnaise, siracha, Korean bbq dan lain-lain. Siracha dia pedas ya, bagi yang tak
Suka pedas jangan gatai tangan nak tambah atas sosej. Haha. Tapi bagi yang suka pedas, ni mungkin pedas boleh tahan lah.

Berita baik, anda juga boleh memenangi  ang pao bila anda mengikuti cabaran yang disediakan khas oleh Chun. Untuk memenangi ang pao RM 188, anda perlu membuat video moza cheese tarik paling panjang! Lepas tu guna #howlongcanyouchun serta kongsikan video tersebut di Instagram atau Facebook.

Jangan lupa untuk follow dan tag @chunmalaysia jugak tau.

Ikut je langkah-langkah berikut.

Sebenarnya lagi panjang tapiiiii, frame kamera tak lepas. Haha.

Bagi yang dah tak tahan nak cuba Chun, korang boleh lah pergi ke dua cawangan yang ada di Malaysia iaitu di Paradigm Mall dan Pavillion KL. Meskipun ramai orang nanti, que tak lama pun sebab dorang golek-golek sosej dan goreng kejap je.

Ni ruang hadapan Chun cawangan Paradigm. Level CF.

Kalau pergi ke cawangan Paradigm Mall. Daripada pintu masuk utama Paradigm tu korang pergi ke kiri sampai hujung sekali nampak pintu masuk. Lepas tu Chun akan sebelah kanan je. Senang nak cari.

Jemput tengok video seminit bersama Chunz ya!




Kat bawah ni saya kongsikan lokasi, media sosial dan maklumat rasmi Chun.

Chun

Lokasi:
Chun cawangan Paradigm Mall
Lot CF-29 Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, Petaling Jaya, Selangor 47301

Chun cawangan Pavillion Bukit Bintang
Lot P1.11.04, Level 1, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Masa Operasi:
10 pagi – 10 malam

Sosial media dan laman rasmi:

Laman rasmi: https://www.chunz.com.my/ (Baharu)

***Artikel kemas kini: Jenama ini dikenali sebagai Chunz. Manakala pilihan sosej ada lima dengan dua tambahan baharu iaitu Mozza Cheddar dan Mozza Mania. Chunz juga berstatus halal dan boleh rujuk di Halal Malaysian Portal. Segala informasi terkini sila rujuk di pautan laman rasmi tertera di atas.

Selamat ber-Chunz ya! Sehingga bertemu lagi di entri lain.