Saturday 23 March 2019

Chunz (Chun) - Sosej No.1 Korea Kini Di Malaysia (Corndog Cheese Tarik)

[Dikemaskini pada 17hb Febuari 2021]

Salam semua,

Isnin lepas saya berkesempatan untuk merasai sosej korea nombor satu iaitu Chun. Chun ni dah sampai datang ke Malaysia. Memang dari Korea hinggakan mereka mempunyai lebih 200 cawangan di sana! Kini mereka dah mengembangkan sayap mereka secara global ke Vietnam, Amerika, China, Australia dan kini Malaysia. Paling kagum apabila Chun ni dinobatkan sebagai  “Brand of the Year” di Korea tahun 2017 dan 2018! Fuhhh.. merecik.

Chun ni juga sinonim dengan sosej goreng, corndog, sosej cheese, sosej gebu, sosej cheese tarik dan macam-macamlah yang menggiurkan gitu.

Tengok lah saya tarik cheese ni. Saya makan tiga sekali tau hari tu.
Saya pergi ke cawangan Paradigm Mall. Depan tu kawan saya. Makan sampai
Kembung pipi. Hahaha

Korang boleh pilih 3 jenis sosej yang ada iaitu original (sosej je), cheddar atau Moza. Lepas tu pilih lagi salutan apa yang korang nak, pun ada 3 jenis salutan iaitu original (corndog), mee rangup atau kentang gebu rangup. Macam dalam gambar atas ni Moza with Popo Fluff iaitu sosej moza bersama kentang gebu rangup.

Nama salutan tu nanti macam ni:

Mee rangup = Curly crunch
Kentang gebu rangup = Popo fluff
Original corndog = The OG

Sosej anda hanya akan digoreng selepas pesanan dibuat untuk mengekalkan kesegaran, kepanasan dan kesedapan sosej Chun. Barulah sedap makan panas-panas. Tapi tak lama pun proses goreng ni dan korang boleh tengok lagi depan-depan.

Adik ni tengah menyiapkan pesanan saya. Laju je dia buat kerja. Bila
tengok rasa macam kita sendiri terleka.

Bila dapat tengok proses sendiri dan lihat tempat penyediaan makanan sesuatu kedai, memang rasa yakin tempat tu bersih tak selindung pun guna barang apa. Selain itu jugak, untuk memudahkan korang membuat pilihan, kat kaunter dah sediakan pilihan mudah buat anda. Main tunjuk-tunjuk pun boleh~ Haha.
Nak Ala Carte boleh nak Set pun boleh. Tak lah semahal mana kan~Menu ringkas gini ni tak buat serabut nak pilih makanan apa. Saya suka gini, sebab nampak kekuatan menu tu kat mana. Gittewww~

Menariknya harga kat Chun tak mahal pun walaupun dikira sebagai ‘famous’, ‘hipster’, ‘viral’. Harga sosej kat sini sangat-sangat bersesuaian dan berbaloi. Sosej Chun pulak memang besar dan mengenyangkan jadi boleh jadikan sebagai makanan berat selain jajan.

Kat kaunter ada sediakan sample untuk kemudahan anda
membuat pilihan.
Ni air lemon~ rasa dia memang air lemonade. Haha. Puas
Makan puas minum kat sini. Sebab air dia pun banyak.

Selain tu, korang boleh top up sos pilihan anda sendiri. Ni layan diri.
Ada mayonnaise, siracha, Korean bbq dan lain-lain. Siracha dia pedas ya, bagi yang tak
Suka pedas jangan gatai tangan nak tambah atas sosej. Haha. Tapi bagi yang suka pedas, ni mungkin pedas boleh tahan lah.

Berita baik, anda juga boleh memenangi  ang pao bila anda mengikuti cabaran yang disediakan khas oleh Chun. Untuk memenangi ang pao RM 188, anda perlu membuat video moza cheese tarik paling panjang! Lepas tu guna #howlongcanyouchun serta kongsikan video tersebut di Instagram atau Facebook.

Jangan lupa untuk follow dan tag @chunmalaysia jugak tau.

Ikut je langkah-langkah berikut.

Sebenarnya lagi panjang tapiiiii, frame kamera tak lepas. Haha.

Bagi yang dah tak tahan nak cuba Chun, korang boleh lah pergi ke dua cawangan yang ada di Malaysia iaitu di Paradigm Mall dan Pavillion KL. Meskipun ramai orang nanti, que tak lama pun sebab dorang golek-golek sosej dan goreng kejap je.

Ni ruang hadapan Chun cawangan Paradigm. Level CF.

Kalau pergi ke cawangan Paradigm Mall. Daripada pintu masuk utama Paradigm tu korang pergi ke kiri sampai hujung sekali nampak pintu masuk. Lepas tu Chun akan sebelah kanan je. Senang nak cari.

Jemput tengok video seminit bersama Chunz ya!




Kat bawah ni saya kongsikan lokasi, media sosial dan maklumat rasmi Chun.

Chun

Lokasi:
Chun cawangan Paradigm Mall
Lot CF-29 Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, Petaling Jaya, Selangor 47301

Chun cawangan Pavillion Bukit Bintang
Lot P1.11.04, Level 1, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Masa Operasi:
10 pagi – 10 malam

Sosial media dan laman rasmi:

Laman rasmi: https://www.chunz.com.my/ (Baharu)

***Artikel kemas kini: Jenama ini dikenali sebagai Chunz. Manakala pilihan sosej ada lima dengan dua tambahan baharu iaitu Mozza Cheddar dan Mozza Mania. Chunz juga berstatus halal dan boleh rujuk di Halal Malaysian Portal. Segala informasi terkini sila rujuk di pautan laman rasmi tertera di atas.

Selamat ber-Chunz ya! Sehingga bertemu lagi di entri lain.

28 comments:

  1. Wahhh...panjang betul tarik cheese tu. Terliur LeYa dibuatnya tengok sis makan..hehe..

    ReplyDelete
  2. Interesting, will visit this place when I'm in Pavilion, it's been a while since I are corndogs.

    ReplyDelete
  3. yaallah sedapnyer tgk...kenmain panjang lagi cheese tu...makan satunconfirm kenyang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaaa kenyangggg~ sbb saiz dia besar jugak~

      Delete
  4. wow it is really cheesy ya! Love to try out chun malaysia with my girls soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes~ try the Mozza one to get the cheese pull~ cheddar also not bad for cheezyness

      Delete
  5. Wow panjangnya boleh tarik cheese tu hehehehe.. Nampak sedap sangat tu kita nak juga nanti bawa kita belanja kita ok heheheheh sedap banyak pilihan makanan Korea lak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeh, In Sha Allah. Pakat ramai2 datang. Heh heh

      Delete
  6. Tak caya tengok sosej sebesar tu. Haha
    Makan sebiji boleh kenyang tu.
    Pastu tarik pulak chesse sepanjang panjangnya..
    Adududu.. Nikmatnya..
    Nak pergi jauh nau kat kl nun..

    ReplyDelete
  7. Salam sis, saya nk tnya kedai ni halal ke kalau halal memang konferm saya gi trus ke paradigm , rumah pun dekat dgn situ .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak ada yg balas sebab saya tak nampak sijil halal dia

      Delete
    2. From their official IG it said the sausage is original from Korea. That make me really feel doubtful to try it.

      Delete
    3. Sy dok dpn kedai ni.. Takde halal.. Tulis No pork. No lard.

      Delete
    4. According to their official source, now certified Halal Jakim as at 5 Nov 2019

      Delete
    5. CHUN
      (MOBIRDINC SDN. BHD. )
      LOT P1.11.04, BUKIT BINTANG STREET, BUKIT BINTANG,
      55100, Kuala Lumpur
      Wilayah Persekutuan

      Delete
  8. No pork no lard belum tentu halal beb...

    ReplyDelete
  9. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  10. Halal tak makanan corndog ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. According to their official source, now certified Halal Jakim as at 5 Nov 2019

      Delete
  11. Uishh.. kafe style Korea nih memang cepat betul merebak even in Kota Bharu. Jadi macam trend pula. Banyak juga kami kenal homecook asal buat menu Korea COD dirumah kini dah buka kafe sendiri. Sangat mengujakan ;)..

    Thanks share sis..

    ReplyDelete
  12. Gosh , terlepas ang pow huhu

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete