Thursday 25 April 2019

Tempat bermalam di Cameron Highlands

Salam semua,
Hari ni saya nak kongsikan satu penginapan yang berada di Cameron Highlands. Terletak kat Tanah Rata je tempat dia iaitu Apartment Servis Quintet atau Quintet Serviced Apartment. Apartment ni merupakan salah satu penginapan yang disediakan di bawah Dream Scape.
Sumber https://t-ec.bstatic.com/images/hotel/max1024x768/146/146467856.jpg
Dream Scape ni ialah syarikat yang turut menyediakan tempat penginapan di tempat lain jugak tau seperti Cyberjaya, Melaka dan Pulau Pinang. Semua pun sangat menawarkan harga berbaloi baloi!
Kembali kepada Quintet yang terletak di kawasan bukit-bukit rendah, penghuni Quintet Apartment boleh menikmati persekitaran dan permadangan yang indah, cantik dan aman. Seronoknya kawasan ni sangat menitikberatkan privasi dengan kemudahan fasiliti dan keindahan taman yang disediakan.  Lagi seronok bila tinggal kat Apartment, anda tak perlu nak bersesak dengan kereta, boleh pergi dengan senang dan parking dengan senang je.
Buang kerisauan anda!
Nak cari apartment ni pun mudah sangat sebab? Lokasi Apartment ni terletak di sebelah Pasar Malam Cameron Highlands! Lapar tengah malam tak de hal bro! Kalau tak nak membeli? Nak memasak biasa-biasa pun boleh sangatttttt! Ada dapur okie!

Harga dan bilik pulak seperti ini:

Quintet Service Apartment ada dua jenis iaitu Deluxe Three Bedroom dan Standard Three Bedroom. Dua-dua pun sangat okay sebab tiga bilik boleh bawa family besar!

Harga pun dalam lingkungan RM 340 semalam. Kalau promo? Lagi murah. Boleh jugak booking melalui platform lain seperti booking.com, expedia dan lain-lain tau.

Dreamscape punya katil cara susun, bantal, katil semua tu sebijik buat macam hotel. Baru rasa macam hotel mewah tapi dekat di hati. Gitu.

Jom tengok Quintet Serviced Apartment!
Ini ialah daripada bilik Deluxe Three Bedroom Apartment
Penting ada tandas dalam bilik. Ramai-ramai orang nak jaga privasi dan aurat
gitu. Ni penting tau!

Minimalis, cantik tak serabut.

Ruang pun sangat besar. Boleh bawa anak-anak yang berlari sakan.
Ini pula daripada bilik Standard Three Bedroom Apartment
Walaupun standard masih lawa tau. Lagi suka warna dan hiasan gini

Ruang makan pun lahaiiii lawa!

Pun besar jugak~ Rasa yang standard ni pulak lagi lawa kan?

Menariknya juga Quintet Apartment ni sangat dekat dengan lokasi tarikan pelancong yang lain seperti:
·         Kampung Orang Asli 0.2 km
·         Kuil Sri Thandayuthapani Swami 2 km
·         Kuil Sam Poh  2.3 km
·         Cactus Valley 2.6 km
·         Time Tunnel Museum 3.3 km
·         Kok Lim Strawberry Farm 3.4 km
·         Ladang The Boh  4.8 km
·         Cameron Highlands Butterfly Farm 5.1 km
·         Ladang Lebah Ee Feng Gu Honey 5.3 km
·         Tea Plantation Mountain 0 km
·         Lavender Garden Mountain 2 km
·         Robertson Rose Garden 5.7 km

Semuanya kurang daripada 6KM!

Selain tu, benda lain yang penting ketika penginapan juga turut disediakan.

Ralat:

Antara pemandangan yang boleh dinikmati di Quintet Aparment.

Sumber: https://nuprop.my/img/property_images/20160414110229_Quintet3.jpg?w=570&h=428
Sumber: https://nuprop.my/img/property_images/20160414110149_Quintet1.jpg?w=570&h=428

Benda wajib dan ekstra pun ada seperti:

-          FREE Wifi
-          Mesin basuh
-          Toiletries


 Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di bawah:

DreamScape

Alamat: F-7-2 SetiaWalk Persiaran Wawasan Pusat Bandar Puchong 47160 Puchong Selangor
No tel: +603-8659 1320
Hari Operasi: Isnin -Jumaat
Masa operasi: 10 am - 5.30 pm
Emel: dreamscapemgt@gmail.com

Penginapan buka bila-bila masa ya ofis je ikut hari dan masa operasi. Hehe.

Lamanrasmi: http://www.dreamscapemgt.com
Facebook:https://www.facebook.com/dreamscapemgt/
Instagram:
https://www.instagram.com/dreamscapemgt/

Apa lagi gais, boleh usha Quitet Apartment sekarang! Kita plan lepas bulan puasa nanti!

18 comments:

  1. Eh untuk apartment kira affordable juga harganya kan? Sebenarnya lagi prefer konsep macam ni sebab boleh muat satu famili terus. Dan lagi suka bila tempat dia pun strategik. Rasa convenient kalau nak berjalan. Lagi satu... Aduhai lama rasanya tak ke Cameron Highlands. 😃

    ReplyDelete
  2. Best kan kalau konsep sebegini - jauh lebih mudah dan murah dari kita sewa hotel. Boleh masak ikut suka dan sumbat berapa ramai pun takpe hahaha

    ReplyDelete
  3. I stayed at home stay too the last time I visited Cameron Highlands. I like that place. However I don't like the bad traffic jam on weekends. susah

    ReplyDelete
  4. Nampak apartment ni pun selesa dengan deko simple je tapi nice. Harga pun berpatutan sesuai dengan 3 bilik yang ada. lama betul x pergi CH. mana tau next time stay kat sini

    ReplyDelete
  5. Reading this blog makes me want to visit this place! I’ve always loved Cameron Highland and now knowing about this place - I really want to visit it <3

    ReplyDelete
  6. RM340 semalam dengan apartment macam ni memang puas hati lah sangat sangat. Bilik standard tuh suka tengok hiasannya. Minimalis tapi tetap cantik. Lain kali kalau befcuti dekat CH nak try stay sini pula

    ReplyDelete
  7. Cantiknya apartmentnya.. kemas dan simple. Xperlu byk perabot pun dah cantik. Liez mmg fav pergi CAM tapi stay dekat apartment mertua. So macam tak merasa nak stay hotel or apartment lain. Tapi mmg cantik la apartment ni

    ReplyDelete
  8. Cantik hiasan dalamannya.. memang kemas dan tak serabut. Memang sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Luas. Tempatnya pun strategik, berdekatan dengan tempat menarik di situ. Senang nak pergi mana-mana kan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Cantiknya design rumah dia. Walaupun nampak simple je tapi kemas dan rasa macam luas. Bersih pun bersih kan. Serius cantik

    ReplyDelete
  10. Wah.. cantik sangat dekorasi dalam dan luar apartment ni.. rasa macam selesa sangat.. yang bets tu ada WIFI.. waaaa.. tu yang best sangat tu.. heheh

    ReplyDelete
  11. Amboi memang cantik dan selesa. Harga pun berpatutun. Mklumlah keluarga besar. Boleh cuba ni nanti. Lma dah tk ke cameron highland.hehehe

    ReplyDelete
  12. Cantiknya apartment dia. Memang besar betul gayanya tu. Kalau nak bawak family buat family trip pun macam nice jugak. Tak tau pulak ada tempat menginap cantik kat cameron.

    ReplyDelete
  13. Hi Zandra! Done follow ur blog first! Kita jumpa dekat Birthday Party Butterfly Project if u notice me last time, love u! Suka tengok style Zandra! Hensem oiii! Rindu dah Cameron Highland ni,hmmmmmm ...lama tak pergi sana T_T

    ReplyDelete
  14. I plan to visit here but never got the time! I hope I can visit in 2020 maybe!

    ReplyDelete