Tuesday 14 May 2019

Jakel Barulah Raya 2019 – Pelancaran Online Store Jakel, 100 Baucar Percuma dan Harga Runtuh sehingga Malam Raya!

Assalamualaikum semua,

Pada 5 Mei lepas saya berkesempatan untuk turun sendiri ke Jakel Shah Alam untuk melihat siaran langsung jualan lelong besar-besaran berserta dengan menemu ramah sendiri duta selebriti Jakel. Banyak info yang saya nak kongsikan ni.

Meriah sangat!
Jom!

Beberapa benda yang anda dan saya sendiri kena fokus pada tahun ni, Jakel telah menembak dengan beberapa peluru kental seperti Pemberian 100 Baucar Percuma, Lelong Besar-Besaran serta Harga Runtuh sehingga Malam Raya, Jualan Gedung Jakel, Penambahbaikkan Koleksi Raya Duta Selebriti Jakel dan Pelancaran Online Store Jakel! Fuhhh!

Pemberian 100 Baucar Percuma

Hangat tahun ni apabila bukan hanya siapa yang membeli baju melayu di Jakel dapat samping seperti sebelum ini, tahun ini ditambah pula dengan 100 Baucar Percuma. Baucar percuma ini ialah baucar Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju melayu bernilai RM 150.

Agaknya siapa yang bertuah 100 orang tu ya?

Lelong Besar-Besaran serta Harga Runtuh sehingga Malam Raya

Kalau abang tu boleh syahdu lelong, akak tu pun syahdu membeli! Ahaks!



Kualiti hebat harga murah???
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ni, Jakel buat tawaran istimewa kepada pelanggan yang berkunjung untuk menikmati HARGA RUNTUH. Harga runtuh tu memberikan potongan harga sehingga 85% untuk koleksi raya tahun ni.

Koleksi yang esklusif daripada pereka dalaman Jakel sendiri pun dapat harga promosi harga hebat jugak tau. Tujuannya untuk membantu ramai yang boleh berjimat meski telah mendapatkan koleksi pakaian raya terbaik. Berkualiti mampu dimiliki untuk semua~

Abang manis tukar pakaian naaaaaaa~ Ya harus dicoba~


Untuk koleksi baju Melayu Jakel, harga ditawarkan serendah RM 99 termasuk percuma samping dan butang baju melayu. Satu set sekali tak perlu fikir-fikir dah nak padankan bagi menarik. Bagi lelaki, ada kurta juga pada tahun ni tau di Jakel. Boleh beli satu tempat dah sekarang!

Bahagian ni Kurta tau sebenarnya. Waaaaa meriah!


Bagi koleksi baju kurung pula dijual dengan harga bermula RM 100 sepasang. Tidak dilupakan juga buat koleksi kanak-kanak dijual dengan harga bermula RM 39.

Jualan Gedung Jakel

Pernah ke Jakel Shah Alam? Anda tahu bahawa selain bangunan Jakel Shah Alam tu, ada khemah besar di bahagian luar dekat dengan Petronas betul? Kat situ lah Jualan Gedung Jakel dilakukan.

Baju raya ada, baju inner ada, telekung ada, tikar sembahyang ada dan banyak lagi lah. Dengar cerita karpet dijual serendah RM 39? Eh betul ke tu? Betul lah. Bukan setakat baju raya Jakel jual tau, untuk persiapan raya yang lain juga turut dijual sekali!

Penambahbaikkan Koleksi Raya Duta Selebriti Jakel

Anda dah tahu siapa Duta Selebriti Jakel  bukan. Daripada Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Upin Ipin, Ayda Jebat dan terbaru iaitu Abam Bochik. Manakala duta kanak-kanak ialah Lara Alana dan Yusof Iskandar.

Bersama Duta Selebriti Jakel Barulah Raya 2019 dan Pengarah Urusan Jakel Shah Alam

Berita baiknya bagi koleksi ‘readymade’ raya duta selebriti ni sudah dinaik taraf dari segi:
- Saiz yang banyak daripada XS sehingga 8 XL!
- Penambahan mutu kain yang tahan lama boleh pakai banyak kali
- Kualiti jahitan yang diperkemas dibahagian lengan, leher dan pesak
- Rekaan mesra wudhuk dengan jahitan zip di area lengan
- Pilihan corak yang banyak bagi kurung wanita
- Pilihan beratus warna termasuk yang susah dicari di pasaran bagi baju melayu!


Hal ini sebab Jakel menerima ‘feedback’ daripada pelanggan dengan serius. Sebab tu banyak ‘improvement’ dilakukan. 

Bagi lelaki, koleksi Baju Melayu Aaron Aziz masih memberi penampilan kemas dan keselesaan  di mana Jakel menggunakan pelbagai jenis fabrik untuk menghasilkannya. Manakala untuk Baju Melayu Nabil Ahmad yang sinonim dengan ‘slim-fit’ direvolusi dengan perincian zip di sisi baju (pesak) dan pergelangan tangan agar mudah nak pakai dan mudah juga nak ambil wuduk.Lelaki kat luar sana dah boleh buang resah dah fikir kan kesenangan menggunakan baju melayu ‘Slimfit’ selepas ni kan.

Siapa rasa warna ni lawa sangat?

Ye, Ada Zip untuk 'SlimFit' sekarang

Manakala bagi Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen memfokuskan kepada potongan baju, warna dan kualiti fabrik yang menampilkan gaya fesyen dua jejaka ni. Sebagai tambahan, Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen turut  mempunyai baju melayu teluk belanga (leher bulat).

Menariknya tahun ni lagi, di bawah koleksi 4 jejaka ini dihadirkan dengan kewujudan Kurta. Koleksi Kurta ini menggunakan fabric cottong yang bercorak tau siap lengkap dengan potongan leher yang selesa dan berpoket semestinya! Kurta tersebut pula boleh dibutangkan pada sisi lengan untuk ‘fesyen’ dan mesra wudhuk.

Abam pula bagaimana? Ha lagi istimewa sebab koleksi Abam menampilkan semua koleksi di atas! Cuma mengkhususkan kepada ‘plus size’ baju melayu sehingga saiz 8XL bagi setiap koleksi. Bagi Abam sendiri, beliau yang menggunakan baju melayu berkolar pun masih selesa kerana ruang leher kolar tersebut masih kemas dan tidak mencekik beliau.

Ha tengok Abam pun pakai cekak musang tau!


Koleksi duta lelaki pun sudah diterangkan marilah saya terangkan lagi koleksi duta wanita. Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha hanya dibezakan dengan rekaan yang berbeza menampilkan ciri peribadi duta jelita bertiga ni. Namun kesemuanya ialah bersifatkan baju kurung moden yang bersesuaian dengan citarasa perempuan dari remaja sehinggalah dewasa.

Antara yang dapat saya tangkap untuk peminat baju kurung moden di luar sana.

Tiga konsep yang jelas ditampilkan ialah ceria, modern dan ‘instaworthy’ di musim lebaran. Tau-tau je Jakel ni ya perempuan suka ber’ootd’ zaman sekarang ni.

Untuk menjayakannya, sentuhan esklusif setiap rekaan diberikan ciri corak ‘printed’ terkini selain daripada pilihan fabric yang dipilih teliti agar nampak setiap rekaan mempunyai rekaan ‘flow’ yang berbeza-beza.  Saiz wanita sehingga 5XL!

Bagi Ayda Jebat, beliau menggunakan saiz XS namun masih tidak terlalu ketat dan rekaan yang digayakan masih mesra wudhuk dengan kehadiran zip di tepi lengan.

Demo betapa mudahnya nak ambik wudhuk kalau pakai baju ni. Ni saiz XS tau!

Koleksi kanak-kanak daripada Upin-Ipin, Lara Alana dan Yusof Iskandar masih menampilkan konsep yang sama. Pemberian samping dan butang baju melayu bagi pembelian koleksi baju melayu kanak-kanak juga masih seperti biasa.
Untuk Koleksi Upin Ipin
Tak perlu pening kepala nak cari saiz, corak, jenis kain apa dan warna apa dah kalau pergi ke Jakel! Nak sedondon pun boleh!

Bercerita tentang sedondon, ada sebab mengapa Jakel mengambil duta yang banyak pada tahun ini. Ini adalah kerana dengan koleksi yang sangat banyak pada tahun ini membolehkan anda ‘mix and match’ dari segi warna dan corak koleksi yang ada.  Boleh lah tengok penggayaan koleksi keluarga Schawalara dan Hairul Hanis Yusof ya!

Kemeriahan dah terasa!


Pelancaran Online Store Jakel

Tidak lain tidak bukan permintaan ramai pelanggan setia Jakel iaitu butik atas talian Jakel telah diwujudkan. Ramai yang tidak berkesempatan untuk turun ke Jakel sendiri meski Jakel telah membuka banyak cawangan di Malaysia ni.

Kini tak perlu risau lagi sebab 10 Mei yang lepas, butik atas talian yang diberi nama Jakel Store sudah berfungsi sepenuhnya. Di atas talian juga masih boleh menikmati tawaran harga dan promosi yang turut berlangsung di kedai fizikal Jakel.
Ini lah paparan butik atas talian Jakel baharu.


Jakel Store ini bersifat global dimana permintaan dari luar Malaysia boleh dilaksanakan. ‘International Shipping’ turut dibuat! Penghantaran dalam dan luar negara akan dibuat bergantung kepada servis pos yang ada. Kiranya selagi servis pos boleh hantar, selagi itu Jakel akan hantar. Di nasihatkan kalau nak beli online seminggu lebih awal sebab selalu mana-mana servis pos akan bercuti raya tau~

Jakel Store beroperasi dilaman web ini www.jakelstore.my

Panjang sungguh bukan nak hebahkan betapa banyaknya Jakel melakukan penjualan dan penambahbaikkan untuk pelanggan mereka. Saya dapat membuat kesimpulan bahawa tahun ni Jakel betul-betul nak jaga kualiti pembuatan mereka daripada memilih kain sendiri, menggunakan pereka dalaman, mewujudkan pelbagai pilihan sampaikan warna, corak dan saiz pun bertambah.

Sebab tu nanti kalau membeli belah kat Jakel anda rasa puas hati bila dapat tau material apa yang anda pilih nanti. Berbaloi ke tidak bila diterangkan oleh jurujual Jakel nanti. Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan tau untuk memastikan hanya terbaik yang dijual.

Oleh itu, mari lah ktia tengok-tengok Jakel untuk persiapan hari raya yang akan tiba ini!

Ingat Kain, Ingat Jakel
Jakel Barulah Raya

Maklumat lanjut boleh rujuk berikut:

Laman rasmi Jakel: www.jakel.my
Facebook rasmi Jakel: www.facebook.com/jakeltextile (KL-HQ) dan www.instagram.com/jakelshahalam (Shah Alam)
Instgram rasmi Jakel: www.instagram.com/jakeltextile  (KL-HQ) dan www.instagram.com/jakel_shahalam  (Shah Alam)
Online store jakel: www.jakelstore.my

Rasa macam banyak yang nak corak batik kan tahun ni. Adakah ini 'trend'?
Sehingga berjumpa dilain entri~

No comments:

Post a Comment