Thursday 4 July 2019

Makan Dua Set Nasi Ayam + Air Hanya RM 10 Di The Chicken Rice Shop?

Ya anda baca tajuk dengan betul.

The Chicken Rice Shop~~ Bukan sekadar nasi ayam~~ Kokkkkkk kok kok kok kok!

Ayam teloq ni merupakan maskot rasmi TCRS


The Chicken Rice Shop telah membuat promosi hebat besar-besaran sempena menyambut pembukaan cawangan ke 100 mereka. Dengan promosi bertemakan Jom Sama-Sama Makan! telah berlangsung pada 1 Julai dan diteruskan sehingga 5 Julai nanti.

Untuk Promosi tersebut ada dua jenis iaitu pada 1 hb Julai ialah pemberian barangan percuma daripada The Chicken Rice Shop dan hari selebihnya ialah promosi set meal untuk dua orang beharga RM 10. Promosi tersebut dengan lebih jelas seperti di bawah.

Promosi pertama – 1 Julai 2019

“PERCUMA satu cooler bag + Tshirt The Chicken Rice Shop + baucer set meal”



Pada 1hb Julai sahaja bermula daripada pukul 12.30 tengahari, pemberian barangan percuma ini diberikan kepada 100 meja yang pertama sehingga stock habis. Waktu pukul 12.30 pm tu, krew The Chicken Rice Shop akan datang meja ke meja dan menyerahkannya kepada pelanggan.

Manager kat IOI City Mall sendiri buat kerja banyak tau!


Promosi kedua – 2 hingga 5 Julai 2019

“RM 10 untuk DUA SET nasi ayam”



Pada hari seterusnya tiada barangan diberikan tapi promosi harga SINGLE COMBO MEAL SET dengan harga RM 10 bagi dua orang. Set meal ini terdiri daripada satu nasi + ayam + sup + air minuman. Seperti biasalah ayam boleh pilih samada nak ‘steamed’, ‘roasted’ atau ‘soy sauced’. Manakala untuk minuman boleh pilih beberapa minuman air gas yang sedia ada.

Untuk melayakkan diri untuk dapat promosi, anda kena hadir secara berpasangan untuk membuat pesanan. Jika anda datang dalam jumlah ganjil, seorang baki kena bayar harga normal dan tidak boleh membuat pesanan untuk dua set meal promosi untuk makan seorang.

Memandangkan masa hanya terhad daripada 12.30 pm hingga 1.30 pm, pastikan anda bersedia di sana dalam pukul 12.20pm sebab datang awal tak dikira sebagai promo set. 

Sebelum menerjah ke restoren The Chicken Rice Shop, adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya sah di 10 cawangan The Chicken Rice Shop yang terpilih sahaja. Cawangan tersebut ialah:

1. IOI City Mall Putrajaya
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central I-City
5. Aeon Mall Shah Alam
6. KL Gateway Mall
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. Subang Parade
10. Sunway Putra Mall

Saya pun dah pergi untuk dua hari berturut-turut sebab nak ambil peluang dapat barangan percuma dan harga set murah daripada The Chicken Rice Shop.

Hari kedua untuk merasai set promo. Tengok datang
berpasangan tu yang boleh dapat! 

Tadaaaaa~ dah dapat untuk hari pertama jugak!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh lah rujuk di bawah:

The Chicken Rice Shop
Laman web rasmi: https://www.thechickenriceshop.com
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Laman Instagram rasmi: www.instagram.com/thechickenriceshop/

Untuk dapatkan promosi kena datang ikut masa dia ya. Datang awal tak dapat
datang lewat pun tak dapat~ Hahaha.
Selamat menjamu selera di The Chicken Rice Shop semua!

31 comments:

  1. Sedap dan jimat. Mujur baca post Zandra kat IG. Tu yang pegi beratur dengan ayah. Best kan dapat makan murah macam ni tapi takda kurang rasa. Beruntung bila TCRS buat promosi macam ni.

    ReplyDelete
  2. Wah ada promo la TCR shop ni. Nampaknya nak kena turun KL la jawabnya untuk grab promosi ni. Lepas ni kena lebih alert la dengan promosi TCRS ni

    ReplyDelete
  3. ramai giler orang beratur nak tunggu turn makan nasi ayam. well tahniah the chicken rice shop berjaya buka 100 cawangan seluruh malaysia. hari isnin lepas pun BBL sempat try promo rm10 ni, kenyang perut lunch kat TCR ni

    ReplyDelete
  4. Oh patutlah tadi takde sebab ada masa tertentu, haha alah dah habis, tak sempat nak try

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat makan sedap dengan harga RM10 je! Pulak tu boleh dapat free gift dari Chicken Rice Shop pulak tu. Bukan senang nak dapat peluang ni

    ReplyDelete
  6. Benci lah awak tak nak belanja kita makan Nasi Ayam hurmm sapa yang makan satu pinggan tu heheh sedap kita suka chicken rice shop ni memang kegemaran kita sedap...

    ReplyDelete
  7. bestnya makan & dapat hadiah! dah lama tak pegi chicken rice shop ni. nak kena singgah la lepas ni. tahniah untuk 100 restoran :) terima kasih share

    ReplyDelete
  8. Murah! Kira RM5 sorang je lah. Berbaloi sangat ni. To bad tak sempat pulak sebab promosi dah habis kan

    ReplyDelete
  9. Biar betulllll. Murah sangat nii. Better makan kat TCRS je daripqada pergi gerai nasi berlauk kat tepi jalan kot

    ReplyDelete
  10. Alaaaaa. Tak sempat nak pergi. Murah sangat offer dorang ni. Dah la fav family iza The Chicken Rice Shop. Alaaaaaaaaa. Frust la.

    ReplyDelete
  11. Bestnya !! Nasib baik sempat grab deal nie. Dua kali kita pergi tau. Murah sangat2 kot utk combo tu. Jarang2 TCRS buat promosi deal murah mcm nie. Dah lh sedap !

    ReplyDelete
  12. Allahu, lapar pulak tengok Nasi ayam time tengah hari macam ni. Macam sedap je. Dah la murah. Nasib baik outlet chicken rice banyak kat kl ni. So mudah la sikit nak terjah nanti. Hehe

    ReplyDelete
  13. wah bestnya promo dari Chicken Rice Shop ni. suka juga ada banyak freegift kat sini. Kena pergi dengan outlet terpilih lah macam ni.

    ReplyDelete
  14. The promotion held by Chicken Rice Shop makes dining out in the restaurant really ideal for many people. I have just visited this restaurant with my family last week. :)

    ReplyDelete
  15. Murahnya ! kalau macam tu nak kena makan disinilah selalu :P dulu sebelum pindah kerja selalu la juga makan dekat Chicken Rice shop

    ReplyDelete
  16. Sis bila tahu ada promosi murah cam gini, laju je sis pergi dengan anak, sis ke Mid Valley. Kitaorg berdua ni hantu nasi ayam...hehehe

    ReplyDelete
  17. Notice!! Notice!! Notice!!

    Do you want to Refinance your business? Do you need a genuine loan Online to secure your Bills? Starts a new business? Do you need a personal loan? or Business loan, Apply for a quick and convenient loan to start a new financing of your projects at a cheapest interest rate of 4%. Contact us by e-mail: Howardfinancialaid@yahoo.com

    OUR SERVICES

    * Home Loan
    * Auto Loan
    * Mortgage Loan
    * Business Loan
    * Vehicle Finance
    * Personal Loans

    Do you need a huge capital to start your business proposal or expansion? Has the bank or broker refused your Loan Application because of your Low Credit Scores or Lack of Collateral Security ? Do not hesitate to contact us for possible business cooperation. We Offer guaranteed loan services of any amount to citizens and non-citizens.

    Contact us today by e-mail: Howardfinancialaid@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. Bestnyaa ada promotion camni.. Suka sgt makan kt chcken rice shop pastu bayar guna Boost app.. Bayar apa2 pun even bil2 semua mmg senang guna Boost je..

    ReplyDelete
  19. alaa boleh miss pula la opening promotion niii.. selalu je pegi ioi.. adoiii.. takpe2.. lain kali boleh pergi.. kalau guna Boost app lagi best, dpt cashback.. promotion pun banyak, suka gilaa..

    ReplyDelete
  20. Sedapnyaa tgk post ni petang2 gini. Nanti balik nak pergi makan sini la. Nak kena topup Boost app dulu, baru boleh bayar. Kot ada rewards ke hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa makanan kegemaran kau beli dengan Boost?

      Delete
    2. Mana - mana pun boleh. Yang penting sekarang boost ada contest boleh menang iphone 11 kalau verify boost app.

      Delete
  21. Sekarang, Boost app ada banyak offer, macam-macam untuk free ayam bawang di Chicken Rice Shop.

    ReplyDelete
  22. Senang kalau guna Boost app sebab setiap pembelian tu mesti ada cashback. berbaloi sangat

    ReplyDelete
  23. Boost app ada banyak prizes kalau bayar guna apps tu. macam dapat free goodies bag.

    ReplyDelete
  24. Apabila kau guna Boost app, kau boleh dapat banyak rewards.

    ReplyDelete
  25. When you use the Boost app, you can save money from your purchases by having a bit of your payment back. With enough purchases, you can even get a voucher or a goodie bag!

    ReplyDelete
  26. Jom guna boost app untuk dapat free Ayam Bawang dari Chicken Rice Shop! saya dah cuba, memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? boleh cuba ni sebab saya check haritu nene chicken aje. taktau pula ada chicken rice shop

      Delete
  27. Pergi chicken rice shop hari tu dgn family belanja dalam Rm 60 jugak la, dapat free Ayam Bawang sbb bayr pakai boost app.

    ReplyDelete