Friday 30 August 2019

VRINITY - Pusat Virtual Reality tarikan terbaharu di Johor Bahru kini telah dibuka! [GAMBAR]

Hai semua,

Pada 28hb Ogos 2019 lepas, saya telah berkesempatan ke Pelancaran Vrinity di Mall of Medini, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Vrinity ini merupakan pusat Virtual Reality (Realiti Alam Maya) yang menampilkan LAPAN permainan dengan RATUSAN pilihan mode permainan.

Dihadapan premis Vrinity.
Pelancaran telah dilangsungkan dengan jemputan pelbagai media daripada dalam negara dan luar negara seperti Media Singapura dan Media Batam juga di hadiri oleh beberapa orang kehormat untuk merasmikan pembukaan ini.

Sebagai pengenalan ringkas, Vrinity yang dimiliki oleh Virtua Realm Sdn Bhd ini merupakan projek kerjasama antara Iskandar Inovations Sdn Bhd bersama KT Corporation daripada Korea. Maka teknologi yang digunakan dibawa khas daripada Korea dan pusat yang sama hanya dibuka sebanyak 3 lokasi sahaja didunia! 2 di Korea dan 1 di Malaysia!

Pembukaan di mulakan dengan doa, kata-kata ucapan oleh Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (Pengerusi Virtua Realm), YB Jimmy Puah (Pengerusi International Trade, Investment, Utilities Committee of Johor) dan Mr Kim Hoonbae (Senior Vice President dan Head Retail of New Media, KT Corporation).

Bersama tetamu kehormat dan ahli Vrinity di ruang hadapan. Antara tetamu kehormat yang hadir YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Dewan Chairman of Housing, Communication and Multimedia of Johor dan juga Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YBhg Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad, President / Chief Executive Officer of Iskandar Investment Berhad dan YBhg Datuk Ismail Ibrahim, Chief Executive of Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Permainan VRINITY


Terdapat 8 permainan semuanya dimana dua antaranya ialah permainan Signature dan enam ialah permainan lain. Permainan Signature tersebut ialah Special Force VR: Ace dan Black Badge: Signal. Manakala permainan lain ialah Tobot VR, Dynamic Theatre, Taekwon V reality, World War Toons, VR Sports dan VR Room.

Permainan Signature

Special Force VR: ACE

Pemain: 1-4 orang (boleh sehingga 8 orang jika main secara PVP)
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 5-10 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main tembak-tembak, main berpasukan lawan pasukan lain, ala2 counter strike tapi version Virtual Reality lengkap dengan gear baju dan penembak.

Sila ambil gambar di sini sebab lawa. 

Fefeeling dia seram! Tapi depa alahai santai nya main tembak-tembak. Tapi serius sangat cool untuk dipandang dan
sangat cool untuk bermain sekali.

Ruang kosong. 


Black Badge: Signal

Pemain: 2-4 orang
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main berpasukan untuk menyelesaikan misi-misi yang dibagi dengan menyelesaikan beberapa masalah. Kena memahami signal-signal yang dibagi. Kena mencari orang, cari kapal dan sebagainya.

Mohon bawa kawan yang sangat tenang ya untuk dibawa bermain bersama menyelesaikan masalah. Hahaha.

Kita boleh tengok permainan orang lain juga. Tapi sangat futuristic kan gelanggang ni?


Permainan Lain

Tobot VR

Pemain: 1 orang (sehingga 8 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main lumba-lumba, main lumba sambil tembak-tembak. Kumpul point dekat racing track sambil kena tembak dan menembak terbabas terselekoh semua tu. Macam mainan train dalam telefon tu. Ada 2 pilihan peta untuk dipilih sama ada bandar ataupun dipersisiran gitu.

Ye anda boleh memandu dan merasai loncatan yang ada. Sila pakai safety belt.

Sejurus permainan mula, anda akan diangkat ya. Untuk
pengalaman yang lebih dalam. (Saya start gelabah bila
kerusi tu naik hahaha)

Dynamic Theatre

Pemain: 1-2 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3-5 minit
Konsep: Roller coaster atau mini movie time. Kalau nak tengok mini movie ke main roller coaster kat sini lah tempat dia sambil-sambil di tiup angin-angin. Boleh pilih untuk merasai pengalaman No Limit, Before Sunset, The Great Wall atau Jeju WindCoaster. 

Pengalaman waktu ni betambah seram bila orang sebelah saya menjerit ketakutan. Ye, bila dah seram bertambah seram ya.
Bagi yang ada Vertigo atau cepat pening dengan gegaran semua tu tidak digalakkan ya. Begitu juga dengan wanita mengandung dan sebagainya. Pastikan jangan makan terlalu banyak sebelum itu takut termuntah. Haha. 

Taekwon V reality

Pemain: 1 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3-5 minit
Konsep: Boleh pilih saja-saja nak tengok zaman kemusnahan tu atau nak main sebagai penyelamat bumi daripada di hujani meteor dan raksasa.

Mestilah saya pilih untuk menjadi penyelamat bumi tembak-tembak meteor tu. Sampai kepala tu teleng atas teleng
kanan teleng kiri. Mulut nganga. Hahaha. Ni fefeeling macam dalam Star Trooper pun ada.

World War Toons

Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 15-20 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main tembak-tembak dan aksi tapi secara berhemah dengan karakter-karaketer santai dan mungkin comel hehe. Tak segarang seperti permainan dewasa. Banyak pilihan karakter dan mode di sini.

Saya tak main kat sini. Sebab saya acah dewasa sangat masa ni. Tapi mainan kat sini media lain yang cuba kata menarik!

VR Sports

Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Konsep: Konsepnya sangat mudah iaitu SUKAN. Ada enam sukan boleh dipilih iaitu tenis, badminton, table tennis, memanah, squash dan baseball. Tak berkaitan dengan lari-lari ya tapi melibas-libas tu confirm ada!

Adik ni melibas-libas ya. Dengan ke kanan ke kirinya. Masa ambil gambar dia ni, saya kena bagitau sesiap,
kalau tak percuma je kena hempuk dengan dia. Ole-ole dari Iskandar Puteri gitu.

Ye ada dua bilik boleh main 4 orang pada satu-satu masa. Siap ada fefeeling penonton lagi kat depan tu. Haha.

VR Room

Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Konsep: Konsep permainan ni meluas daripada main tembak-tembak, menari kuca-kuca, adventure, explorasi mainan stratergi dan macam-macam lagi lah. Boleh pilih banyak-banyak jenis kat sini. 

Maaf saya mampu pilih main tembak-tembak potong-potong tengkorak je.
Zombie tu MAHA MENAKUTKAN! Terketar-ketar terjerit-jerit dah saya tengok
orang yang main. Of course saya gibab don kipidab masa tu. 

Ni ha, adik ni ya ampun dia main zombie, dengan saya sekali cemas semacam. Jerit dia tu satu Vrinity boleh dengar. Haha.

VR Room pun ada dua. Boleh main 4 orang pada satu-satu masa jugak.

Kesemua 8 hardware permainan akan di tambah baik mengikut feedback pengunjung. Begitu juga dengan pelan untuk menambah lagi beberapa permainan software dalam perisian hardware yang sedia ada untuk memberi lebih lagi pengalaman kepada pengunjung.

Di anggarkan tahun pertama ini, Vrinity menyasarkan 40 ribu pengunjung. Lebih-lebih lagi tahun depan ialah 'Visit Malaysia' dan 'Visit Johor', maka tarikan VR di Iskandar Puteri ini menjadi tambahan destinasi yang sedia ada seperti Legoland dan Sanrio.


Galeri VRINITY dan extra!


Kat ruang kaunter. Cantik kannnn? Siap ada 'merchandise' lagi.

Ketika sidang media berlangusng. Sebab tu dapat 'extra information' di sini. Hehe.

Ruang simpanan berkunci yang banyak. Maka boleh lah bermain tanpa sedarkan diri di alam realiti ya!

Menariknya boleh jalan kaki 3 minit je ke Legoland sebeb tu sempat wefie.
Haha. Bila masuk ke dunia alam impian alam kayangan kat Legoland, boleh
jugak singgah ke alam realiti maya selepas tu. Confirm berbeza!

Oh sebelum tu, pihak Virtua Realm Sdn Bhd dan Vrinity membuka peluang secara meluas kepada pencipta game tempatan, pemilik IP, dan anak-anak muda untuk bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan permainan yang bercirikan tempatan seperti sejarah, budaya dan hero tempatan!

Harga tiket VRINITY

Harga tiket dibahagikan kepada harga promosi dan harga sebenar. Buat masa sekarang, harga promosi masih berlangsung untuk All-You-Can-Play dan bermain secara ala carte.


Harga sebenar:



Harga setiap satu permainan (bermain secara ala carte)

Permainan signature - RM 75
Permainan lain - RM 35

Harga PROMOSI pembukaan:


Harga All-You Can play (boleh main semua sekali tanpa had)

Warganegara - RM 69 bagi kanak kanak 6-8 tahun dan RM 83 untuk 9 tahun ke atas
Bukan warganegara - RM 83 bagi kanak kanak 6-8 tahun dan RM 98 untuk 9 tahun ke atas

Harga setiap satu permainan (bermain secara ala carte)

Permainan signature - RM 30
Permainan lain - RM 15

Harga promosi pula akan berjalan dalam tempoh 3 bulan sehingga akhir November iaitu 30hb November 2019. Namun pihak Vrinity boleh memberhentikan atau melanjutkan harga promosi pada bila-bila masa.

Lokasi dan masa operasi VRINITY

Vrinity bertempat di Lot G27-G29, Ground Floor, Mall of Medini. Senang sangat nak cari. Kalau dari ruang utama Mall, anda hanya perlu berjalan sampai ke ruang tengah dan jalan sikit je sebelah kanan dah jumpa dah Vrinity ni.

Pusat virtual reality juga dibuka setiap hari, dari Isnin hinggalah Ahad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

--------------------------------------------------------------------

Diharap anda semua berpeluang untuk merasai permainan alaf baharu di Vrinity apabila anda menjejaki ke Johor Bahru serta merembat peluang harga promosi yang ada. Saya sendiri pun rasa seronok sangat bila boleh melepaskan stress kerja dan masuk ke alam maya!

Jadi untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh membuat rujukan di:

VRINITY (Virtua Realm Sdn. Bhd.)
Laman Web Rasmi:https://vrinity.com
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/vrinitymalaysia/
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/vrinitymalaysia/

Terimalah artis tak terkenal daripada KL ini~ Tak sabar nak ke JB lagi. Nak singgah sini nak main semua!

Sekian sahaja untuk kali ini. Saya mungkin akan ke sana lagi sebab hari tu tak puas nak main sangat sebab kena terbang balik ke KL. Jadi ada yang nak ikut sama ke JB dalam dua bulan kehadapan ni tak? Jom lah join sekali!

Tata~


Thursday 29 August 2019

Pelancaran Cushion Foundation dan review ringkas produk Obsess Cosmetics!

Pada hari sabtu lepas 24hb Ogos 2019, bertempat di Lightbox Sg. Buloh, pelancaran secara besar-besaran Cushion Foundation terbaru daripada Obsess Cosmetics telah berlangsung.

Di pameran produk ObsessCosmetics.
Menariknya majlis yang dinamakan 'Obsess Makeup Party' bukan sahaja untuk pelancaran Cushion Foundation tetapi untuk merayakan peniaga-peniaga berserta ejen Obsess Cosmetics yang mendukung peniagaan ini dari awal.

Jom saya tunjukkan beberapa kemeriahan yang telah berlangsung.

Obsess Makeup Party

Pelancaran dimulakan dengan ucapan Pengasas dan pemilik Obsess Cosmetics iaitu Puan Hafizatul. Beliau melancarkan produk terbaru iaitu Square 

Pelancaran oleh Puan Hafizatul Atikah

Antara 'insta worthy' vanity mirror

Makanan manis dan pencuci mulut.

Travel kit daripada Obsess Cosmetics yang terdiri daripada Loose Pwder,
Lipstick dan DD Cushion Foundation.

Review

Untuk review ringkas ini saya dah try swatch tapi tak sempat ambil gambar. Jadi saya guna kan gambar daripada Mua Rosmiza Razak sebagai perbandingan ya.  Haha. Untuk disclaimer, review ditulis berdasarkan kulit saya yang cerah dan natural tone (bukan warm dan bukan cool tone).

Ini apa yang saya dapat ya daripada majlis tersebut.

Cushion Foundation terbaru Obsess Cosmetics


Treatment Cushion Foundation - Bite My Cushion

Di datangkan dengan hanya dua shade sahaja iaitu Light dengan Medium. Shade kali ini lebih berfokus kepada kulit orang 'kita' tapi bagi yang cerah macam saya  shade 'light' agak sedikit gelap jadi saya top-up menggunakan loose powder light colour yang saya ada. Foundation ini ialah yellow slightly warm tones ya.

Coverage pulak buildable medium ke full coverage. Nak full coverage kena layer extra sikit. And akan oxidised jugak. Jadi kena ambil kira bab situ sikit. Texture dia sejenis cecair pekat, mudah disapu and lekat di kulit. Bagus lah tak mudah tertarik bila sapu guna span, tangan atau berus.

Bonus point bila cushion foundation ni ada ciri rawatan apabila mengandungi bahan anti baketeria dan penenang kulit seperti minyak zaitun, bearberry dan geranium. Antara lain Cushion Foundation ini mempunyai SPF 50++.


Bawah: Eyebrow refiner. Atas: Mascara


Mascara

Mascara ini sesuai untuk daily use agar masih nampak bold dengan natural. Tidak mengandungi fibre oleh itu kalau nak guna kena sapu beberapa layer untuk lebih bold. Wand dia medium size tak kurus tak gemuk dan sangat senang untuk digunakan lebih-lebih lagi untuk orang yang baru-baru menggunakan mekap.

Warna pulak masih hitamt tapi tak terlalu mencolok mata dan yang penting tidak terlalu keras kejung hingga susah nak remove bila nak solat bagai. Saiz pun tak terlalu besar agak sesuai untuk dibawa ke mana-mana bila nak top up mascara atau travel.



Brow Refiner

Brow refiner atau pencil lukis alis kening ala 3D gitu. Terdapat spoolie dan pencil boleh dilaras pada kedua-duanya. Sangat mudah digunakan senang melekat kat alis ya. Nak bentuk kening ala bold, korea, ala-ala tak ala semua pun boleh. 

Warna pula agak warm sesuai dengan warna kulit orang kita jugak. Jadinya bagi yang berkulit cerah macam saya boleh top up guna eyebrow mascara agar tidak terlalu nampak cerah. Sebab warna dia ada hint perang-perang tanah sikit. 

Lip matte
Liquid Lip Matte

Terdapat 7 warna iaitu Bandung, Sirap, Ribena, Katira, Carrot, Dodol dan Bunga. Kesemua tujuh warna yang ada semuanya dalam kelompok nude peachy red. Sesuai untuk kulit yang warm tone agar lebih menonjol secara natural tak pudar. Bagi yang berkulit cerah macam saya, lipstick ini akan menjadi sedikit bold berbanding natural.

Pigmentation dia agak bagus dengan hanya satu lapisan dah boleh nampak warna. Bagi yang mempunyai bibir gelap boleh sapu dua kali. Jangan risau teksur lip matte ni ringan, cepat kering dan tidak merekah.

Bonus point, lip matte ini tak mengeringkan bibir bahkan memelihara bibir agar lebih lembab sebab ada kandungan minyak zaitun dan vitamin E. Kira sambil cantik sambil merawat jugak.

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya kualiti produk Obesses Cosmetics agak bagus setara dengan produk luar negara. Lebih bersifat daily use dan sangat-sangat sesuai untuk orang kita tak kira Melayu, Cina tau India. Jadi target market tu on point!

Untuk yang kulit cool tone dan natural tone cerah macam saya, masih boleh pakai cuma kena top up sikit mana yang perlu and boleh guna untuk look yang different berbanding orang berkulit kita kita. Paling penting, semua senang nak diremove menggunakan make up removal dan mempunyai bahan yang bagus untuk kulit wajah. 

Ini lah yang boleh saya kongsikan serba sedikit kat entri kali ini. Untuk sebarang maklumat lebih lanjut mengenai Obsess Cosmetics boleh rujuk di bawah:


Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~

Wednesday 21 August 2019

Beli kasut di Shopee sehingga size 42 dengan harga RM 18.50 je! [Gambar]

Anda baca tajuk dengan betul!

Ini ialah pembelian yang dibuat oleh saya sendiri dan bukan ulasan berbayar.

Ceritanya kaki saya ni panjang dan cuma muat alas kaki bersaiz 41 & 42 saha. Itu pun tengok rekaan kasut tu macam mana. Silap-silap boleh pakai saiz 43 tau. Tambahan pula kulit kaki saya sejenis sensitif. Mudah beruam merah, gatal-gatal, berpeluh dan melecet

Sebab tu pilihan kasut dan alas kaki lain agak terhad.

TAPI sekarang ni saya dah jumpa satu kedai kasut kat Shopee yang serasi dengan kaki saya. Murah pulak tu! Kedai tu ialah HEUS.

Kedai ni banyak jual kasut permpuan namun ada juga kasut lelaki dan uniseks. 

Kedai HEUS 

Cuba tengok harga yang ada pada bahagian popular. Dalam belasan ringgit tak sampai dua puluh ringgit pun ada. Paling menakjubkan, ada lagi yang lebih murah tau!




Berbalik kepada saiz, di sini agak mencabar sebab kasut bersaiz 40-42 adalah sangat-sangat terhad bilangannya. Tak semua model yang ada di HEUS mempunyai saiz saya kerana rata-rata saiz kasut di sini ialah 35-39. 

NAMUN jika dibandingkan kedai atas talian ni dengan kebanyakkan kedai di luar sana, pilihan rekaan yang banyak bersaiz besar masih lagi banyak. Seronok lah nak berbelanja di sini!

ULASAN (REVIEW) saya seperti di bawah:

Saya ambil kesempatan untuk beli tiga pasang je. Ikutkan hati nak beli lebih tapi takut kualiti tak elok, jadi beli mana yang saya rasa boleh hadap jika terjadi apa-apa yang tak elok. 

Harga untuk tiga pasang baru je RM 65.53. Penghantaran pula
percuma dengan baucar 'Free Shipping' dari Shopee.

Apa yang bagusnya di sini ialah penghantaran SANGAT PANTAS. Lebih-lebih lagi beli waktu hari biasa. Kalau beli hujung minggu kenalah tunggu seller pos hari isnin. Sampai pun memang dalam masa 2-3 hari. Lagipun kasut-kasut ni semuanya stok sedia ada (ready stock). Tidak perlu membuat pra-tempah berminggu lamanya.

Seperti gambar kasut yang saya beli di bawah ini, harganya cuma RM 18.50 dan bersaiz 42. 

Ini dah pakai sekali.

Kualiti dia sama dengan kebanyakkan kasut yang dijual di instagram dengan harga sampai RM 80-90 dan kasut yang dijual mampu milik di kedai fizikal luar sana. Sumpah tak tipu. Selesa pun selesa. Kasut jenis pun tak keras kejung. Meski masih keras tapi tak menyakitkan kaki. Saya bawa jalan pun dia tak rasa tercabut ke, rasa goyang ke. 

Memang kukuh kasut-kasut yang saya beli kat sini.

Paling menyeronokkkan, saya tak rasa gatal-gatal atau tumbuh ruam pun bila pakai ni. Syukur yang amat! Akhirnya jumpa jugak yang murah tapi tak ada alergik. Sangat berbaloi dengan harga dan kualiti.

Lepas ni nak beli kasut lain yang mampu milik lagi kat sini. Dah boleh dah ganti kasut-kasut yang agak usang di rumah.  Boleh lah buat untuk pakai jalan-jalan biasa kan.

Kasut kuning yang saya gayakan dengan baju sepadan

Kasut platfrom putih yang saya gayakan ketika KLFW 2019

Kasut bertumit dengan rekaan menawan. Sangat selesa dengan harga di bawah RM 20 sahaja.

Harapnya artikel ni boleh bantu anda yang kat luar sana yang masih tercari-cari kasut mampu milik dengan selesa dengan senang ya. Selamat berbelanja!

Berminat nak beli kasut yang sama dengan saya boleh tekan pautan di bawah:

Kasut flat kuning -> SINI

Kasut platform putih -> SINI

Kasut bertumit putih -> SINI

HEUS -> SINI

Wednesday 14 August 2019

Sistem Stockist, Agent dan Dropship (Sistem SAD) ialah Skim MLM terancang? [Carta Pyramid]

Hai,

Untuk entri kali ni saya lebih suka guna bahasa yang santai sahaja ya. Kali ni saya nak sentuh tentang sistem yang sangat popular dalam dunia bisnes Melayu. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan, lambakkan founder mengeluarkan produk masing-masing.
Founder sekarang 'kaya' dan bertambah 'kaya'. Muka semua polos~
Tak kisahlah kosmetik ke, tudung ke, makanan ke dan sebagainya. Kebanyakkannya mencari Stockist, Agent mahupun Dropshipper. Bisnes yang baru menapak seakan-akan suka menggunakan sistem ini. Sistem Stockist, Agent dan Dropshipper (SAD), pelbagai jenis dan level pulak tu.

Tapi, percaya atau tidak, sistem ini merupakan skim multilevel-marketing (MLM) atau sistem pyramid terancang? Bukan orang kita dah anti dengan MLM? Kenapa makin mendapat sambutan dengan SAD ni?

Carta aliran.
Berdasarkan carta di atas, 'founder' akan mencari Master Stockist/Stockist dan akan bersambung hingga ke bawah sehingga dropship.

Contoh bagaimana sistem ini BOLEH menjadi MLM:

Contoh produk. Tak tau lah macam mana nak lampai.
Sapu-sapu tumbuh kot tulang. Hmmm.
Jenama: Keding, Pucat dan Lampai
Harga pasaran: RM 25.00/kotak
Harga kos pembuatan: RM 7.00/kotak
Untung kasar: RM 18.00/kotak

Pembahagian Untung Kasar bagi setiap level kebawah untuk satu kotak:
Founder - RM 7
Master Stockist - RM 5
Stockist - RM 3
Agent - RM 2
Dropship - RM 1

Founder - Master Stockist


Master Stockist harus membayar sejumlah wang bernilai RM 1,652 untuk mendapatkan 100 kotak (jualan) + 18 kotak (kegunaan sendiri/jualan)

Harga kos pengambilan produk tersebut jatuh RM 14/kotak. RM 14 pula dipecahkan kepada untung founder RM 7 dan kos pembuatan RM 7 untuk setiap kotak (bayar balik modal founder).

Master stockist hanya untung dengan cara:
- Jualan terus: RM 11/kotak
- Mencari stockist: RM 5/kotak
- Mencari agent: RM 8/kotak
- Mencari dropship: RM 10/kotak

Master Stockist - Stockist

Stockist harus membayar sejumlah wang bernilai RM 340 untuk mendapatkan 18 kotak (jualan) + 2 kotak (kegunaan sendiri/jumlah)

Harga kos pengambilan produk tersebut jatuh RM 17/kotak. RM 17 pula dipecahkan kepada untuk untung Master Stockist RM 5 dan kos produk RM 12 setiap kotak (bayar balik modal master stockist).

Stockist hanya untung dengan cara:
- Jualan terus: RM 8/kotak
- Mencari agent: RM 3/kotak
- Mencari dropship: RM 7/kotak

Stockist - Agent

Agent harus membayar sejumlah wang bernilai RM 114 untuk mendapatkan 6 kotak (jualan)

Harga kos pengambilan produk tersebut jatuh RM 19/kotak. RM 19 pula dipecahkan kepada untuk stockist RM 3 dan kos produk RM 16 setiap kotak (bayar balik modal stockist).

Agent hanya untung dengan cara:
- Jualan terus: RM 6/kotak
- Mencari dropship yang menjual: RM 2/kotak

Agent - Dropship

Dropship pula ada yang berbayar dan ada yang percuma. Jikalaupun bayar, hanya perlu membayar jumlah komitmen kerana mereka tidak menyimpan stok. Paling kurang risiko dan pengeposan penjualan dilakukan oleh orang atas/syarikat sahaja.

Dropship ialah orang yang mengambil pesanan dan menerima transaksi sahaja. Selalu dilakukan secara online.

Dropship hanya untuk dengan cara:
- Jualan terus: RM 1/kotak

Untuk dapatkan untung banyak, mereka menggunakan kuantiti. Jual dengan banyak atau cari orang bawahan dengan banyak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila produk di HQ di tolak kepada Master Stockist dan ditolak lagi sehingga ke level bawah, segala kos pembuatan dan pengambilan akan ditanggung. Sebab kenapa founder suka menggunakan perkataan 'SOLD OUT'?

Meraka hanya 'SOLD OUT' di level HQ sahaja apabila Master Stockist/Stockist membeli produk daripada mereka secara tidak langsung.  Jikalau anda nak siasat, follow mana-mana Instagram founder yang keluarkan produk baharu dan terus sold out dalam beberapa jam ke beberapa hari.

Lepas tu stalk komen dan Instagram orang bawahan mereka pula. Confirm akan berebut kata, "Kami masih ada produk XXX", "Anda masih boleh dapatkan XXX di sini", "Saya menjual XXX dengan harga sekian-sekian".

Kalau betul SOLD OUT kenapa masih ada yang menjual produk tersebut? Teknik ni dah biasa sangat digunakan oleh founder hingga kadang-kadang memakan diri orang bawahan mereka. Benda dah SOLD OUT kira dah ketinggalan zaman, siapa nak beli lagi?  Benda dah SOLD OUT bagus move on kepada produk lain.

Last-last yang bertungkus-lumus jual produk yang SOLD OUT tu orang bawah-bawah lah! Memang sebijik macam MLM! Yang kaya orang atas~
Barang banyak tak terjual lagi~ tapi dah SOLD OUT???

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Paling menarik perhatian saya apabila level atasan termasuk HQ meletakkan infromasi mereka di produk tersebut. Bayangkan jika pembeli tadi yang membeli dengan Agent tapi bila pembeli tadi nak beli baru, dia contact informasi kat kotak tu dan dapat ORDER SECARA TERUS?

Tak kesian ke orang bawahan apabila pembeli mereka last-last boleh order terus daripada orang atas ataupun HQ? Tak mencaras namanya? Haaaaa!

Banyak membawa negatif daripada positif nampaknya sistem ni ya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEJAP.

Sebenarnya sistem ni tak lah semua negatif. Hanya perlukan kawalan je untuk setiap level dapat manfaat.

KAWALAN WAJIB SISTEM STOCKIST-AGENT-DROPSHIP (SAD)

1. Limitkan kuota penggambilan setiap level. 

- Kalau buka secara open habislah gaduh sesama level, sesama sendiri. Market jadi saturated. Orang atas senang-senang kaya dengan cari orang bawah je.
- Limitkan kuota mengikut kawasan supaya orang kat kawasan tu pergi ke tempat orang yang sama. Barulah rezeki dikongsi together-gether.

2. Harus menjual harga pasaran yang sama.

- Tiada seorang pun yang boleh jual harga lagi murah. Dan harus diwar-warkan polisi ini.
- Selalu ada jugak lah stockist nak untung dia jual harga murah sebab dia punya kos pengambilan pun murah. Habis agent dan dropshipper tak boleh cari makan.

3. Tidak overused 'SOLD OUT' terms dan image.

- Ni lebih ke HQ je lah. Dah lah canang SOLD OUT. Boleh turn off orang nak beli sebab benda dah habis.
- Memberikan tanggapan bahawa produk yang masih ada diluar sana kemungkinan palsu, barang lama, preloved dan sebagainya.
- Cuba promote stockist2 yang dah ambil produk daripada HQ tu. Kalau nak kata SOLD OUT tapi tak habis jual, boleh guna perkataan "HQ out of stock, get it from authorized sellers". Gituuuu.

4. Maklumat yang ada di produk hanya untuk mendapatkan informasi sahaja.

- Boleh letak nombor telefon ke website ke. Tapi setakat orang boleh tanya infromasi mengenai produk dah lah. Bukan boleh beli direct daripada HQ terus. Habis level bawahan susah-susah cari customer, kau caras gitu aje? Nama pun kau guna sistem SAD bukan direct selling yang buka branch mana-mana.
- SAD tu bayar untuk produk kau bukan kau bagi depa jual free-free bagi gaji tau!
- Kalau nak jual secara website boleh, pastikan checkout kena letak special code Stockist ke agent ke so depa still dapat untung. Selagi tak letak special code tak boleh proceed payment. Apa cer?

5. Membuat satu laman rasmi yang menampilkan nama, kawasan dan contact sekurang-kurangnya diperingkat stockist.

- Ini wajib ya. Kalau rasa susah, tu maksudnya berniaga lah tu. Mana ada benda senang.
- Laman ni nanti orang boleh check authorized seller tak ragu-ragu, meningkatkan selling HQ and orang bawahan. Tak lah mencaras!

Ingat muka ni, ingat sistem Kawalan Wajib SAD okie? Peloles youolls!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adalah beberapa produk tempatan yang guna Sistem SAD secara tak terkawal. Dijanjikan bulan dan bintang. Lepas tu HQ caras semua customers. Belum lagi dijanjikan ilmu dan bahan promosi tapi hampeh. Produk baru menapak pun syok aje nak guna Sistem SAD ni. Kalau nak tau, type aje kat google "stokis diperlukan" confirm banyak.

Nak tau mereka ni berbaloi nak join? Check HQ, check product, check founder semua. Try lah risik-risik. Kalau tak ada ala-ala Kawalan Wajib SAD seperti di atas, boleh dah move on ke next product pulak.
Akhir kata, beringatlah kalau nak join SAD ni kena kaji
betul2 jangan terpengaruh cepat.
Jadi dah habis baca mengenai mengenai Sistem SAD ni, apa yang anda fikir pulak?

Jom komen di bawah!