Friday 6 September 2019

Perkongsian Pencapaian Peribadi Sebagai Seorang Blogger Baru dan Sejarah Blog Thirteen Persona [TIPS]

Hai semua,

Sebelum memulakan entri saya nak letak penafian siap-siap sebab tak nak dikecam berjemaah. Haha.
Post ini bertujuan untk saya berkongsi secara terbuka dengan para pembaca mengenai salah satu pekerajaan saya iaitu sebagai seorang blogger, tak kurang tak lebih cukup-cukup je.

Kenapa saya kata baru?
Alaaa senang je, ramai yang tak pernah jumpa saya dan baru jumpa saya beberapa kali je. Hehe. Kerap jugak orang cakap, "saya tak pernah nampak awak sebelum ni". Secara jujurnya saya memang baru ya tak sampai lagi lima tahun!

Sebagai permulaan, saya buat blog ini pada Mac 2012 ketika berusia 18 tahun lepasan SPM. Masa tu terdetik nak buat blog sebab kakak saya ada buat blog dia sendiri dalam bahasa inggeris. Jadinya asal blog ini juga dalam bahasa inggeris. Sebab tu nama blog ini pun dalam bahasa inggeris.

Tapi memandangkan masa tu tak ada wifi kat rumah hanya menggunakan modem, kelajuan internet umpama macam siput sedut dan kebetulan pula saya masuk PLKN, seterusnya masuk universiti. Blog ini sebijik macam chipsmore kejap ada kejap tak ada. Selalunya macam tak pernah wujud pun! Hahaha.

Post-post lama pun agak kuat merapu meraban. Biasalah kita semua ada fasa 'kenapa begitu'. Sampailah saya jumpa Balqis Athirah (Qis). Saya jumpa dia masa tu dekat event. Dua-dua datang sebagai jemputan bukan blogger, media ke apa. Kena jemput ala-ala datin. Haha.

Ni Qis Qis, dia memang kawan kat luar dalam dalam dunia Blogger. 

Mula lah rapat dengan Qis dan dapat tau rupanya Qis ni blogger. Blogger yang memang dijemput untuk 'cover event' bukan setakat kisah peribadi putus cinta zaman emo rambut tutup mata ittew. Borak punya borak dengan Qis, saya sampaikan hajat nak jadi blogger betul-betul nak 'cover event' jugak a.k.a blogger professional berbayar.

Masa tu, saya memang buat modeling, berlakon iklan dan buat kerja-kerja instafamous (promoter instagram). Memang ada pendapatan lain. Kira blogging ni tambah satu cabang lah sebab memang minat nak menulis pepanjang. Sejak itu lah Qis bawak pergi event, kenalkan I dengan kawan-kawan blogger lain dan ajar cara berblogging secara senonoh.

Dari budak hingusan sampailah saya boleh buat blog ni penuh dengan bahasa melayu. Ye, sebab saya nak dapatkan 'job' blog, saya tukar blog saya untuk masuk ke market Melayu sebab banyak permintaan. Sehingga kini nampak lah hasil dituai daripada didikan Qis, buat kajian sendiri dan beberapa tunjuk ajar yang dikongsikan oleh rakan blogger lain.

Kini saya rasa terharu sangat-sangat bila tengok page view dalam sehari cecah minimum 500. Duluuuuu, nak dapat seratus sehari tu rasa nak menangis pun ada. Sebulan pun tak sampai dua ribu pun kadang-kadang tau. Rasa rendah diri sangat-sangat.

Sekarang ni boleh bernafas lega sikit. Heee.
Ini saya klik view bulanan. Pageview today tu abaikan sebab screenshot awal sangat. (tak nak kalahhh hahaha)
Mungkin lepas ni saya target minimum 700-1000 PV sehari? Saya pun tak tau selalu orang dapat berapa. Berapa PV
yang dikatakan agak selamat ya?

Okay, bila nampak ni memang lah tak sehebat orang lain. Ececeh tapi bangga saya tu macam dah menang anugerah blogger paling bahagia sedunia tau. Akhirnya ada jugak orang baca blog saya. Syukur yang amat!

Segala usaha tu nampak terbalas lah. Cuma ya saya masih guna blogspot.com sebab malas nak bayar domain. Hehe. Lagipun saya masih rasa saya terlalu baru untuk bagi komitmen ke arah sana. Sebab terus terang saya agak 'noob' lagi ya. Ad sense tak lepas lagi. Back link pun tak reti! HAHAHA.

Lagipun saya rasa bila saya dah boleh kerap menulis dan selalu ada 'hit entry' baru saya akan ke arah mengubah kepada yang lebih hak. Tak nak terlalu tamak atau terburu-buru nanti nak kejar kesempurnaan membuat 'website' hingga lupa untuk menjadikan penulisan itu sempurna.

Tapi apa yang paling buat saya bangga?

1. Hasil saya gigih tak gigih, rajin tak rajin tu nampak lah potensi blogger cemerlang tu. Hahaha.
2. Qis dah puji bahawasanya anak didik dia paling degil ni 'improve' banyak dan di puji berdikari pandai tanpa perlu menyusahkan dia sangat. Hoho!
3. Saya dipuji orang. HAHAHA


Bila dapat gelaran 'Best Blogger' oleh PR/Company/Client. Jujur saya cakap, daripada duduk malas-malas kat sofa tu saya jerit berdiri tau macam menang loteri. Siap kata 'I mean it'. Tak rasa menusuk ke sanubari? Memang bahagia sungguh. Masa menaip ni pun saya dah senyum simpul tau!



Lagi satu bila blogger senior yang paling top top meletop puji artikel lengkap dan dia seronok baca artikel yang ditulis oleh saya. TAK BANGGA TAK TAU LAHHHH. Dub dab dub dab jantung laju semacam, deras darah mengalir ke pipi tau. Tak tipu, sungguh!

Memang lah saya tunjuk bab kena puji dalam post ni. Karang tunjuk bab saya kena tegur bab penulisan dan sebagainya, saya sendiri murung karang. Haha. Biarlah post ni gembira sikit. Benda yang ditegur tu dijadikan pengajaran lah untuk menambah baik kualiti kerja. 

Ramai yang agak kurang percaya dengan saya sebagai blogger. Umpama nak guna muka je masuk bidang ni. Saya pun boleh tau, boleh rasa. Sebab saya muda, 'literally no-one', tak ada kenalan 'famous' dan masuk dalam industi blogger ni secara tiba-tiba eh muncul. Saya pun rasa macam tu jugak dengan diri sendiri sebenarnya! 

Oleh sebab tu saya 'non-stop' belajar benda-benda baru supaya mutu blog saya menjadi sumber ilmiah satu masa nanti. Itu aim saya!

Macam dah panjang kan sampai sini?

Jadinya marilah saya nak kongsikan beberapa TIPS secara ringkas apa yang saya belajar dan diberi tunjuk ajar oleh Qis, rakan-rakan blogger lain, hasil kajian sendiri dan lain-lain sebagai seorang blogger. Tips ni banyak kepada 'attitude' dan luaran sebagai blogger berbanding penulisan.

Acah je kan macam BBNU nak kongsikan tips. Haha.

TIPS tersebut ialah:

1. Selalu jaga penampilan diri.

- Biar sentiasa lengkap atas bawah kemas, gaya selari dan nampak boleh dipercayai untuk membawa jenama client.

2. Datang awal atau tepati waktu event.

- Ye saya tau, majoriti event di Malaysia ni mengalami sindrom masa terbabas ke angkasa dan  selalu mula lewat berbanding masa yang diberikan.
- Tapi dengan datang awal atau tepat, anda memberi indikasi bahawa anda boleh dipercayai, berpegang pada janji dan seorang yang profesional. Sangat mengambil berat dengan tugasan diberikan.
- Masa ni adalah sangat bagus untuk membuat sesi 'NETWORKING'

3. Tidak balik terlalu awal.

- Sebolehnya bila event dah habis baru balik. Elakkan tinggalkan event ketika tengah berlangsung atau terus balik sejurus program tamat.
- Seboleh-bolehnya guna masa ini untuk membuat sesi 'NETWORKING',  'PROSPECTING' dan 'RECRUITING'. Hahaha bukan MLM tau tapi konsep dia tu boleh diterapkan sikit.
- Antara lain, ini memberikan impak penampilan blogger esklusif seterusnya menjadikan anda 'mahal'.

4. Jangan copy paste press release.

- Gubah ayat sendiri, tambah kajian sendiri dan guna gambar sendiri.
- Ini menjadikan anda dipercayai untuk diberikan tugasan lain kerana sikap berdikari anda. Barulah client suka!

5. BERSIHKAN HATI, KUATKAN AKAL dan JAGA LISAN

- Ini adalah sangat-sangat penting yang diajar kepada saya dan sejujurnya agak susah untuk mengekalkannya.

- Dulu-dulu saya cepat cemburu bila orang lain dapat job, tertanya-tanya kenapa saya tak dapat job tu, selalu mengadu dengan Qis kenapa saya tak dapat job blog bagai. Siap kata, alah mesti pilih kroni ni nak blogger famous amos, nak blogger senior je. Kenapa tak bagi peluang kat blogger baru? Kenapa asyik orang sama je dapat job tu?

- Ha sampai gitu kau punya buruk fikiran. Salah sendiri tak sedar masa tu. Masa tu blog macam haram, benda lain tak jaga, tapi ada hati nak job blog banyak. Hahaha.

- Lepas tu Qis selalu pesan bersihkan hati jangan kuat rasa dengki dan lihat semua benda tu penuh hikmah. Baru-baru ni pun ada blogger lain jugak pesan yang sama. Sebab pentingnya benda ini adalah hati menunjukkan peribadi diri. Hati bersih ini umpama magnet yang menarik seribu satu kebaikkan yang menjemput rezeki.

- Keduanya kuatkan akal jangan melulu dan mudah terngadah bila kita disentuh. Jangan mudah putus asa dan selalu lihat peluang dengan lebih luas. Bahwasanya peluang dan rezeki itu bukan hanya pada satu kolam bahkan begitu banyak kolam lain yang ada. Rezeki mana yang kita dustakan?

- Akhir sekali jaga lisan dan penulisan di social media. Kalau tak puas hati dengan sesiapa tak perlu nak menyebar, tak perlu sampai menyakitkan hati dan tak perlu pun nak kutuk mengutuk penuh drama bawang-bawangan. Sebab dengan lisan itu kita akan gunakan untuk cari rezeki kita. Jika tercemar kotor di situ, masakan rezeki nak singgah? Orang lain pun seram nak percaya berkawan dengan kita takut kita pulak kena kemudian hari.

- Satu benda saya nak kongsi sendiri ialah JANGAN LOKEK untuk berkongsi rezeki. JANGAN LOKEK untuk membantu selagi termampu. JANGAN LOKEK sampai semua benda nak simpan untuk diri sendiri. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat. PERCAYA je yang ni.

- Paling mudah contohnya, like post kawan tu, baca blog kawan tu, tinggalkan komen kat kawan tu, swipe up post kawan tu, beri kata-kata semangat kat kawan tu, atau semudah share posting kawan tu. Kadang-kadang teman kawan kita jadi plus one pun dah okay. Nampak simple tapi percayalah benda-benda gini lah sebenarnya dah cukup sangat-sangat.

Panjang jugak kan TIPS dia? Tapi tu je lah yang saya boleh kongsi. Benda-benda teknikal ni saya tak cukup ilmu di otak nak kongsikan. Hehe. Cuba amalkan dan tengok perubahan baik akan datang dekat siapa yang yakin.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saja simpan gambar ni sebab tetiba rasa lawa. Haha.

Percayalah rezeki tu kalau milik kita, tentu akan jadi milik kita kalau kita pergi ambil. Jangan usik rezeki orang lain. Gembira untuk rezeki orang lain. Kalau ada salah silap benda nak ditegur, tegur dengan berhemah secara peribadi. Kita semua manusia ada hati ada perasaan tentu sekali tak sempurna ada silap. 

Sehingga berjumpa lagi gaisssss!

Tata~

20 comments:

  1. Iza pun nak belajar jugak camne nak naikkan pageview. tak tau la sebab content tak cukup best ke macam mana. susah betul nak naikkan pageview. 1 hari kadang-kadang 100 lebih je. memang ada jugak client yang cakap bagus. tapi tu la, agaknya belum sampai rezeki iza lagi.

    ReplyDelete
  2. Keep it up girl! Just write guna style awak, slalu2 update blog n slalu2 join blog segment juga for networking .. You can go far.

    ReplyDelete
  3. good luck dlm dunia blogging!:-)

    tapi memang pun, kalau nak kekal lama dlm dunia blogging ni, komitmen kena betul2, pastu kena faham la rules PR sbb blog ni kira medium untuk sebaran maklumat.

    Saya pun dulu (lebih 8 tahun lepas mula berblog), rajin pergi event under Nuffnang.Syok la mcm2 privilege dapat..memang asal cuti je, x lekat kt umah. ada je event jemputan. sampai mama bising anak dara dia merayau je siang malam.ahahaha

    bila dh kahwin, ada anak, brtambah slow la join aktiviti luar.fokus blog di alam maya je la.hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah mantap isinya buat kan i juga nk jadi macam u

    ReplyDelete
  5. Dari mula blogging sampai sekarang, proses pembelajaran dalam dunia blog still berterusan tanpa henti. Yang baik kita follow, yang tak kita letak tepi..apa yang pasti dunia blogging ni punya hikmah yang tersendiri ..

    ReplyDelete
  6. BAGUS KITA SUKA TENGOK YANG ADA SEMANGAT JADI BLOGGER HEBAT MACAM YOU NI HEHEHE MOGA TERUS USAHA DAN JUGA KEJAYAAN TAK LAMA LAGI BUAT MEREKA YANG YAKIN DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN DENGAN BETUL. TIPS2 TU JUGALAH YANG SAYA GUNA PAKAI SEBAB TU MAMPU BERTAHAN SAMPAI SEKARANG NI TAPI TAK SEHEBAT AWAK HEHEHEHE...

    ReplyDelete
  7. Wah. Idola ni. Bagus2 jaga pv baik2. Nanti dh mula buat adsense, lagi meletup2 ni gamaknya. Hehe. Good luck in your future. Tulislah lahir dari hati

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ni. Jangan berhenti belajar dalam apa pun yang kita buat.

    ReplyDelete
  9. hahha. yes mek pun baru kenal awak. tkpela. sama sama dalam bidang blog kena saling support. betol semua apa yang zandra bagitahu tu.

    ReplyDelete
  10. Laaaa zandra spm 2012 ke. Mudanya. Duou buat blog pun zaman spm. 2009. Bloglah ibarat wall Facebook masa tu. Post pendek pun publish. Hahaha. Seronoknya tgk statistics zandra. Akak baru lagi aktif balik buat blog, networking pun zero lagi ni haaaaa. Thanks bagi tips. Berguna sangat. Moga zandra terus maju!

    ReplyDelete
  11. Tahniah. Terima kasih atas tips2 yg sangat berguna, bukan untuk blogger baru sahaja tapi untuk semua peringkat blogger. Saya juga terinspirasi untuk menjadi blogger yg berjaya.

    ReplyDelete
  12. Bagus dengan tip2 yang dikongsikan. Menulis memerlukan passion. Reward kemudian. Then baru boleh sukses

    ReplyDelete
  13. Seronok baca kisah seorang blogger, mmg best jd blogger ni,mmg btl penampilan, disiplin diri dan tidak ego serta tidak kedekut share rezeki amat penting. Kak doakan moga berjaya dlm dunia blogging.

    ReplyDelete
  14. Yeah!! That's true. Nak jadi seorang blogger yg berjaya, kena jaga kesemua yg dipesan Zandra tu.. Semoga terus sukses dalam dunia blogging. LeYa datang dan follow your blog. Meh la singgah Blog LeYa Klik Di Sini

    ReplyDelete
  15. Bagus Zandra! Keep it up! Kongsi maklumat yang memanfaatkan kepada komuniti memang nampak impak positif. Mouse mommy pun suka bila reader baca blog entri dan dapat maklumat daripada blog saya jugak. Jom berusaha bersama!

    ReplyDelete
  16. Pengalaman yang manis adalah bila kita mencuba dan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik. Information Technology sentiasa berkembang. Sama ada kita akan ikut seiring atau ketinggalan. Ramai yang putus asa sebagai blogger apabila muncul facebook, twitter, instagram dan kini youtube.

    Sedangkan kita boleh aktif di semua platform. Malas atau rajin sahaja. Content video amat diperlukan sekarang. Kita terus ikut perubahan demand. Jangan sesekali mengutuk usaha orang lain dalam menaikkan diri mereka. Sebab kita semua cari makan di laluan yang sama. Bagaimana kita mencorakkan rezeki kita amat penting. Cari yang halal dan diberkati Allah s.w.t. Walau kita orang biasa-biasa, tidak memiliki kekayaan ibu bapa. Tapi usaha tiap manusia pasti ada rezekinya. Itu janji Allah.

    Zandra, akak bermula dari 2003. Masa first IT diperkenalkan di Malaysia. Akak teruja. Akak buka segala www yang ada. Blog dr geocities, kemudian muncul blogger, lepas tu akak berpindah ke wordpress. Peralihan semua ini bukan mudah. Satu tips untuk Zandra, usia dan status relationship amat memainkan peranan. Masa muda dan bujang ni Zandra patut grab banyak peluang. Good luck sayang. Akak kenal ko pertama kali dah test bagi job. Mesti ko terkejut kan. Hahaha

    ReplyDelete
  17. Wah letop ye sis skang. Best ad kawan baik mcm ni. Saling bantu membantu. Yela rezeki kan perlu dikongsi. Tapi kena ingt jasa dan pengorbanan kawan tu. hehehe

    ReplyDelete
  18. nombor lima tu bagus ya !! hee~ teruskan, jangan stop.

    ReplyDelete
  19. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete