Wednesday 23 October 2019

J-Hunt Pusat Beli Barangan Preloved Jepun [GAMBAR]

J-Hunt (The Mottainai Store), Pusat beli barangan 'preloved' Jepun kini telah tiba di Subang Jaya dan secara rasmi dibuka pada 25hb Oktober 2019.

J-Hunt Kedai preloved dari Jepun di Subang Jaya
Sebagai blogger awam anda, saya telah berkesempatan untuk menerjah ke J-Hunt lebih awal untuk menerokai lubuk kedai mereka. Jom saya kongsikan pengalaman saya sendiri!

Pengenalan

J-Hunt (The Mottainai Store) ini merupakan kedai yang menjual barangan 'preloved', 'as-is', 'premium' dan setara dengannya daripada negara matahari terbit, Jepun. Barangan terpakai mahupun lama yang dibawa daripada Jepun dijual semula di negara kita kerana permintaan yang agak memberangsangkan.

Masuk-masuk dah cantik

Bayangkan berapa buah kedai seumpama begini sudah berada di Lembah Klang! Namun J-Hunt ini berbeza kerana mempunyai barangan ekstra seperti barangan 'premium' dan barangan yang ada di sini adalah dipilih secara teliti. Bukan main ambil banyak-banyak stok masuk ke kedai! Barangan bahkan dalam kualiti sangat baik jugak!

J-Hunt atau 'Japan Hunt' menyampaikan maksud terdapatnya barangan berharga yang boleh didapati di kedai ini apabila kita meneliti setiap barangan. Umpama mencari harta karun atau permata di kedai mereka. 

'Mottainai' bermaksud ungkapan 'Membazirnya!' secara umum. Oleh itu di Jepun, ungkapan ini menjadi frasa yang digunakan oleh para aktivis alam sekitar untuk 'Jangan membuat pembaziran' dengan membuang barangan yang masih elok.  Kita seharusnya mengamalkan konsep 3R (Recycle -kitar semula , Reduce -mengurangkan penggunaan, Reuse -guna semula). Selain itu, menderma atau menjual barangan kepada orang lain yang memerlukan.

Oleh itu di J-Hunt mereka menitikberatkan konsep 3R ini dan satu tambahan lagi iaitu Respect - memberi penghargaan kepada barangan tersebut.


Konsep

Konsep kedai ini lebih kepada gabungan antara santai dan premium. Namun kebanyakkan barangan di sini adalah sangat-sangat mampu milik, bahkan saya rasa adalah tersangat murah. Tapi tidak dinafikan beberapa barangan dijual lebih tinggi hingga beribu namun di kategori barangan antik dan 'collectors item'.

Kedai ini menjual barangan terpakai dan lama dari pelbagai kategori seperti fesyen, figura animasi, mainan kanak-kanak, alat bersukan, barangan antik dan lain-lain.

Kategori jualan J-Hunt

Di sini terdapat 10 kategori barang jualan di J-Hunt iaitu:

1. Pakaian dan Fesyen
2. Beg
3. Hobi ('Collectors' items, Premium, Antik)
4. Barangan Budak
5. Kasut
6. Sukan
7. Barangan 'tableware'
8. Alat Permainan
9. Jam Tangan Berjenama dan 'Gadget'
10. Alat Muzik

Jom kita pergi ke satu-satu kategori!

1. Pakaian dan Fesyen

Kategori ini memaparkan pakaian dan aksesori lelaki, perempuan serta kanak-kanak. Aksesori yang ada ialah topi, tali pinggang dan stokin. Tapiiiiiii pilihan lelaki dan kanak-kanak kurang berbanding pilihan perempuan. Hahaha.

Dekat sini harga dia bermula RM 1 sehinggalah sampai ratusan ringgit. Namun kebanyakkan pakaian di sini boleh dijumpai di bawah RM 30!!!! Kalau anda bertuah, anda boleh cari dress beharga RM 5 dan RM 1 tau.

Cumanya kat sini tak ada bilik persalinan dan saiz yang ditawarkan adalah terhad. Untuk orang berbadan besar mahupun plus size tiada pilihan.

Antara bahagian penjualan pakaian.

Topi sini banyakkkkkkk murah-murah dan masih bagus pulak kualitinya.
Comel yang comel membeli barangan comel. Comelkan? Haha.
Rating pembelian : 9/10 - Sangat-sangat berbaloi

2. Beg

Bila sampai kategori beg, anda akan menjadi rambang mata kerana susunan beg kasual ialah mengikut warna! Bukan itu sahaja, pilihan beg di sini adalah sangat banyak daripada beg dompet, beg jalan, beg kerja, beg laptop, beg travel dan pelbagai beg boleh dijumpai.

Bahkan ada beg biasa hingga beg berjenama tau! Sini anda pun boleh dapatkan beg beharga RM 5 dengan kualiti yang terbaik.

Bagi beg berjenama dan rotan boleh dijumpai dengan harga dibawah RM 100 dalam keadaan yang masih nampak baru.

Cantikkan? Dalam tu beg berjenama dan 'have-have' tapi dalam harga RM 60 ke RM 80 gitu~

Antara kepelbagian ada.

Rating pembelian: 9/10 - sangat-sangat berbaloi

3. Hobi ('Collectors' items, Premium, Antik)

Ini ialah kelebihan J-Hunt sebagai kedai berkategori barangan preloved Jepun.

Di bahagian hobi terdapatnya barang-barang yang 'rare' susah dapat. Tempat ini semestinya paling mengancam jiwa bagi pengumpul barangan antik, figura anime dan barangan vintage. Ada yang daripada Zaman Jepun Edo lagi!

Bagi kawasan ini, harganya lebih kepada medium dan atas. Hanya pengumpul tegar yang tahu nilai sebenar barangan kat sini.

Kebanyakkan barang disini adalah bentuk siap pasang bukan yang dibeli dari kotak dan pasang sendiri. Bagi kepelbagaian pula juga agak terhad lebih banyak kepada animasi Jepun. Peminat Marvel, DC dan Disney, anda boleh 'Keep-in-view' sahaja. Hehe.

Ruang yang besar banyak kaca-kaca ialah barangan yang sangat 'rare' ya.

Si Doraemon ni WAJIB kena ada. Hehehe. Negara dia kot!


Kabinet almari antik kecik besar semua ada kat sini!

Nak beli tapi tapi.. bajet habis. HAHAHA.
Nak barangan antik dan barangan samurai pun adaaaaa.
Rating pembelian: 6.5/10 - berbaloi

4. Barangan Budak

Kategori barangan budak pula agak sedikit kurang dari segi kuantiti dan kepelbagaian. Namun kesemua barang adalah betul-betul berkualiti tinggi dan sangat-sangat bersih. Manakala harganya pula ialah medium dan keatas.

Kawasan barangan budak dan anak kecil.

Rating pembelian: 3/10 - agak kurang berbaloi

5. Kasut

Kategori kasut lebih banyak kepada lelaki dan perempuan dewasa. Manakala untuk saiz pula kebanyakkannya adalah saiz biasa tak ada untuk saiz besar. Kuantiti pun agak sedikit terhad tapi rekaan yang dipaparkan banyak yang lawa!

Kasut di sini harga dia banyak murah-murah! Masih tersangat elok pulak kualitinyaaaaaa.

Harga dia serius berbaloi dengan rekaan dan kualiti kasut yang dijual! Nampak baruuuu.
Sayang je tak ada saiz saya.

Bawah ni sedikit video kasut yang dijual di J-Hunt.



Rating pembelian: 8/10 - sangat berbaloi

6. Sukan

Kategori sukan memaparkan alat bersukan dan hobi kesukanan. Sini pilihan tak sebanyak mana. Tapi adalah yang menarik dan original susah dapat dijual dengan harga lebih murah.

Namun kepada pemancing tegar dan pemain badminton, sini adalah lubuk anda!

Di manakah kaki pancing sekaliannnnn?

Ni paling menarik bagi saya sebab raket Yonex original tuuuuuuu!

Rating pembelian: 5/5 - Nak beli pun berbaloi, tak beli pun tak rugi.

7. Barangan 'tableware'

Barangan 'tableware' banyak kepada set pinggan mangkuk, teko dan yang hampir sama dengannya. Harga barangan dijual pun tak lah semurah mana. Banyaknya macam hiasan, 'rare tableware' dan set ceramik yang cantik-cantik berkualiti tinggi.

Pilihan untuk 'rare tableware' banyak tapi pilihan 'daily to special occasion tableware' adalah kurang.

Ni dah macam antik dah.

Banyak gelas, cawan dan bekas kecil-kecil di sini.

Ini ialah pilihan 'daily tableware' agak kurang sedikit pilihannya.

Rating pembelian: 4/5 - agak kurang berbaloi (Rasa nak beli set 'tableware mungkin berbaloi)

8. Alat Permainan

Alat permainan ni lebih kepada patung-patung comel, patung animasi dan beberapa permainan yang berkualiti tinggi sahaja. Alat permainan lain saya tak nampak lah pulak. Tapi bagus jugak tak jual sebab kalau barang permainan memang selalu rosak, tak sempat orang Jepun nak jual. Haha.

Patung-patung sini banyak baru tau dan susah dapat kat Malaysia. Harga pulak tak mahal bagi patung animasi original berkualiti tinggi macam ni.

Nak beli jugak tadi tapi tak cukup tangan. Haha.

Ha, nak beli BMW? Bayar penuh RM 1400 jeee.

Rating pembelian: 7/10 - berbaloi (patung diaaaa omaigad!!!)

9. Jam Tangan Berjenama dan 'Gadget'

Kategori ini sangat menarik kerana jam tangan berjenama dan gadget daripada Jepun yang masih berkualiti tinggi ada di sini. Bagi kedai preloved Jepun, agak jarang ataupun tiada yang kita boleh pergi beli kamera, jam tangan mahal berjenama ataupun 'earphone' bukan?

Dekat sini anda boleh dapatkan kamera dan aksesori kamera yang original, keadaan baik dan 'rare' dengan harga kira lagi murah daripada pasaran! Serius terkejut!

Rasanya kuantiti kategori ni perlukan lebih lagi, hehe sebab ramai yang suka kamera digital dan jam tangan berjenama kan?

Rambang mata nak beli!!!!! Sebenarnya banyak lagi tapi nak upload banyak sangat lah pulak hahaha.


Semua original ya. Ada yang beharga RM 150 ke bawah jugak.

Rating pembelian: 8/10 - sangat berbaloi (cuma kurang pilihan je hehehe lain semua tip top)

10. Alat Muzik

Alat muzik di sini berkategori premium. Bukan kategori biasa jadinya kalau nak beli ala-ala alat muzik klasik ataupun 'have-have', sini adalah tempat pilihan anda!

Harga pulak saya kategorikan dalam lingkungan atas namun kualiti sangat tip top nampak macam baru! Ada yang baru jugak tau!


Satu set RM 700, boleh petik gitar nyanyikan lagu cinta untuk kekasih hati.
#ahgittchew

Rasanya tengok kat luar cecah harga RM 1000.
Ini kira murah lah kannnn.

Rating pembelian: 8/10 - sangat berbaloi

Review ringkas

Bagi saya tempat ni melangkau 'expectation' saya. Barangan dia selain daripada kategori hobi, adalah tersangat mampu milik dan murah dalam kualiti yang terbaik. Bukan cincai tau. Sebab itu di setiap kategori ni kuantiti barangan yang dijual tidak terlampau banyak kalau dibandingkan dengan kedai yang berkonsep sama.

Barang di sini adalah dipilih elok yang masih boleh berfungsi penuh bukan sekerat-sekerat. Barangan yang dijual pula akan sentiasa di kemas kini juga.

Sebab tu tak terlampau banyak pun masih boleh pening jugak nak beli mana satu sebab semua nak beli tapi lebih bajet. Hohoho.

Banyakkan. Hehe gambar kiri tu saya tengah buka penggantung nak mudahkan juruwang tu scan. Lepas tu ada krew
tolong ambikkan. Senang cerita, "kita mudahkan kerja orang, nanti kerja kita dipermudahkan" :)
Video Ruangan Kedai J-Hunt




Aktiviti dan Peraduan

Sempena pembukaan 25hb terdapat dua aktiviti dan peraduan yang boleh anda ikuti untuk lebih dapatkan hadiah yang menarik.

Pertama ialah "Whatsapp dan Dapat Hadiah" - Caranya hanya perlu whatsapp J-Hunt  sebelum pembukaan dan dapatkan hadiah misteri pada hari pembukaan 25hb nanti. J-Hunt akan balas pesanan dengan maklumat lanjut.



Kedua ialah "Buat Video dan Menang Wang Tunai RM 3000" - Caranya ialah dengan membuat video pengalaman atau pembelian anda di J-Hunt dan muat naik ke laman media sosial anda.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit pesanan buat anda semua, berbelanjalah secara berhemah dan pastikan anda betul-betul memerlukannya. Jangan ikut nafsu keinginan ya. Sebelum membuat pembayaran di kaunter haruslah semak semula barangan anda agar dalam keadaan yang elok.

Lepas pembelian pula, pastikan barangan yang dibeli terus dibersihkan terutamanya pakaian yang dibeli. Barang yang tidak boleh dicuci, seeloknya dibilas dengan pembasmi kuman. Ini adalah beberapa langkah ekstra yang amat digalakkan dilakukan.

Buat pembelian jangan risau sebab di sini menerima pelbagai jenis pembelian termasuklah tunai, kad berlabel Union Pay dan e-wallet. E-wallet yang diterima disini ialah Grabpay, Boost, Alipay, WeChat Pay, ipay88, TouchnGo eWallet dan mCash.

Jangan lupa untuk bawa beg ‘shopping’ sekali ya. Plastik tidak dijual hanya beg ‘eko’ J-Hunt beharga RM 5 (satu saiz) sahaja yang ada. Beg tu seperti gambar paling atas sekali.
Maafkan akak-akak blogger saya yang agak teruja ni ya. Hahaha. Kami dah buat pembelian. Rasanya nak saya kongsi tak
saya beli apa?
Akhir bicara, selamat membeli belah di J-Hunt. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di bawah ya.

J-Hunt (The Mottainai Store)

Lokasi: Lot 2-13, Tingkat 2, Aeon Big Subang Jaya, Jalan Kemajuan Subang, Ss16, 47500, Subang Jaya, Selangor
Hari Operasi: Isnin - Ahad
Masa Operasi: 10am-10pm

Diharapkan entri ni boleh membawa manfaat, jaga diri dan jumpa lagi.

23 comments:

  1. Now you make me wanna go and search for my Halloween costumes there. Almaklum dah murah kan, mana tahu jumpa yang sesuai jadi Annabelle ke hahaha

    ReplyDelete
  2. OMG! Time to go! I love Japan stuff, don't care la new or preloved, but still made in Japan! Find a time I will take my daughter go.

    ReplyDelete
  3. Waaaahh suka nyaaa preloved items! Manatau dpt brg best2. Tak sabar nak tunggu dia buka.


    https://adlinatasyaa.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Nasib baiklah tak ada kat Sabah, kalau tak habis duit aku kat figura tu jek...Goku RM200 :(....

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik tu. Setekat nak beli toys atau yang seangkatan dengannya bagis juga nk. Lebih penting murah dari biasa tapi sptt yg disyorkan elok lah tu cuci dulu. Barang terpakai lah katakan.

    ReplyDelete
  6. hehe.. indeed nice place to shop. I have a good time hunting too for things I love. hehe.. also for my loved ones.

    ReplyDelete
  7. Bestnya... I wish they will have one in Penang soon... Sedih kt Penang xda pun kedai best mcm ni

    ReplyDelete
  8. Ena pon suka preloved. Banyak jugak pilihan yang ada ya. Mahu rambang mata nak beli kan. Hehe. Borong apa je tu?

    ReplyDelete
  9. Oh my oh myy...!! Kenapa best giler??
    Lain kali ajak kita awakkk. Temankan kita shopping nanti eh... Kasut tu lawa seyh

    ReplyDelete
  10. Wow sangat variety ye barangan Jepun yang ada. Dah macam satu mall pulak. Lengkap semuanya. Barangan pun masih berkualiti plak tu. Ada duit banyak best la shopping!

    ReplyDelete
  11. bestnya, barang jepun memang best2 la kan sebab diorang pakai pun cermat je. lengkap ni semua ada.

    ReplyDelete
  12. wahhh , murahnyaaa kasut tu . Design pun cantik .

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing such a very clear view and pictures of the store. Which means it's time for me to shopping!

    ReplyDelete
  14. Mama saya suka pergi tempat-tempat begini..
    Next time boleh propose to her..

    ReplyDelete
  15. Alamak.. bahagian toys tu menarik perhatian.. kalau bawak anak mahu melekat terus kat situ.. haha ..

    ReplyDelete
  16. seronoknya kalau ada duit banyak, rasa macam nak borong macam dekat sini. ahha. saya mmg suka barangan jepun. thanks share ya :)

    ReplyDelete
  17. banyak jug apilihan barangan kat sini...suka tengok barangan jepun yang unik...nanti nak terjahlah sebab dekat jer ngan rumah heheheh

    ReplyDelete
  18. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  19. Cantiknya beg tu...nak kena pi shopping beg kat situ...akk done follow #49 tau

    ReplyDelete
  20. Suka shopping kat sini. Tapi nanti nak repeat bulan depan. Nak menabung dulu. TQ zandra ajak kita pi usha baju kat sini. Sambil cuci mata tgk chef masak heehee

    ReplyDelete