Monday 7 October 2019

Marrybrown 10 Ketulan Ayam hanya RM 19.90 – Promosi ‘Jimat Jumaat’


Bercerita tentang makanan yang hampir kesemua rakyat Malaysia suka nikmati iatu ayam goreng, Marrybrown telah mengambil insiatif untuk mengadakan promosi khas penjualan ketulan ayam mereka pada bulan September hingga awal November ini.

Promosi tersebut ialah JIMAT JUMAAT.

Penuh perasaan tak?

Apa yang anda boleh dapatkan dengan Jimat Jumaat ini ialah 10 ketulan ayam yang terdiri daripada 5 Ayam Goreng  Marrybrown dan 5 Nugget Marrybrown dengan hanya berharga RM 19.90 tidak termasuk cukai. Kalau termasuk cukai (jika berkenaan) hanyalah berharga RM 21.20 tunai.

Nama pun Jimat Jumaat, jadinya promosi ini anda hanya boleh dapatkan pada setiap hari jumaat bermula 20hb September hingga 1 November. Saya sendiri pun dah dapatkan promosi ni pada hari jumaat yang lepas.

Ayam dan nugget 

Bagi saya 5 ketul Ayam Goreng dan 5 ketul Nugget Marrybrown agak banyak untuk saya seorang nak makan.  Saya kena berkongsi dengan kawan perempuan saya yang lain itu pun hampir-hampir tak boleh habiskan sebab portion dia agak besar dan banyak.

Serius mengenyangkan!

Sejujurnya saya dah lama tak makan ayam goreng atau nugget Marrybrown, sebab  selalunya kunjungan akan berakhir dengan saya membuat pesanan bubur nasi mereka yang terkenal tu. Tapi kali ini berubah arah pula untuk mencuba menu lain.

Tadaaaa ini lah promosinya

Ayam goreng dia rupanya sedap! Rangup pun rangup, rasa pun cukup, saiz pun sedang-sedang besar. Tak terlebih masak pun.  Isi ayam tak kering masih ada rasa ‘moist’ gitu. Bila makan panas-panas lagi sedap. Haha.

Saya makan kedua-dua ayam goreng ‘original’ dan ‘spicy’. Dua-dua boleh rasa rempah ratus. Cuma ‘spicy’ dia tak sepedas mana lah, ada rasa sikit ekstra kepedasan.

Ayam bahagian hadapan

Manakala untuk ketulan nugget Marrybrown, mereka goreng dengan rangup di luar lembut di dalam. Ah gituuu. Cukup rasa dengan rempah dan dapat rasa isi ayam kat dalam.

Ketulan nugget ayam keemasan~

Rupanya agak sedap jugaklah ayam goreng dan nugget kat Marrybrown ni. Tak sia-sia nak cuba makan Promosi Jimat Jumaat tu.  Tetiba rasa bangga bila jenama rangkain makanan daripada Malaysia ni boleh sama taraf dengan jenama antarabangsa lain. Hehe.

Lepas solat Jumaat ke, makan masa ‘lunch hour’, lepas sekolah ke atau nak mengakhiri ‘weekday’ boleh lah singgah ke Marrybrown bersama keluarga atau kawan. Seorang diri pun boleh kalau mampu habiskan 10 ketulan ayam tu. Hehe.

Jadinya, saya sendiri pun berpuas hati dan anda adalah sangat digalakkan untuk dapatkan Promosi Jimat Jumaat sebelum promosi ini habis. Untuk mengetahui terma dan syarat promosi lebih lanjut  boleh baca kat bawah ni.

Terma dan syarat promosi adalah seperti berikut:

1. Jimat Jumaat berharga RM 19.90 tidak termasuk cukai atau RM 21.20 termasuk cukai jika berkenaan.
2. 10 Ketulan daging terdiri daripada 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget Marrybown sementara stok masih ada. Tidak termasuk minuman.
3. Hanya sah untuk ‘dine-in’/makan di restoren sahaja.
4. Promosi sah pada hari jumaat sahaja iaitu pada 20 & 27 hb September , 4, 11, 18 & 25hb Oktober dan 1hb November.
5. Promosi sah di kesemua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia kecuali di Sunway Lagoon, Genting Highlands dan Lapangan Terbang.

Untuk mengetahui promosi terkini boleh rujuk laman rasmi Marrybrown seperti di bawah:

Selamat berkunjung ke Marrybrown!

22 comments:

  1. Okey boleh la akak ajak anak dara akak pergi Marry Brown Jumaat ni..sempena dia habis exam PT3, jimat dan berbaloi ni...Ayam Goreng MarryBrown memang fav kami berdua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee Sedap rupanya kan ayam dia! Semoga maju jaya juga buat anak dara SA

      Delete
  2. bagus betul promosi jimat nie ! for those yg berkeluarga besar atau nk buat party or event boleh ambik set promosi nie. banyak jimat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeshh atau yg kuat makan. Haha. Sedap kannn ayam dia!

      Delete
  3. ahhhh. sedapnya ayam. macam kena pergi marrybrown je jumaat ni. yang mkn hari tu rasa tak puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu lah, I hari tu pun dah ngantuk barai jugak. Rasa mcm nak makan lagi jadinya.

      Delete
  4. marrybrwon yang paling dekat dengan mek adalah 80km. di kuala krai, kelantan. untunglah mereka yang berdekatan boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnyaaaa Mek. Kenapa tak bukak kan sana ye? Kena tny MB ni. Nanti kita tanya okie.

      Delete
  5. Now dah ada dekat IOI City Mall Putrajaya maka boleh la nak try this weekend - murah kot dan yang penting mengenyangkan, ye tak.

    ReplyDelete
  6. Murahla zandra. Dahla marrybrown dekat ngan opis ni. Dan memang selalu gakla makan marrybrown ni. Hihi

    ReplyDelete
  7. lama dah tak singgah MB, insyaAllah kalau ada dekat2 dengan gombak ni boleh cubalah wiken ni. murah sikit kot berbanding kepci

    ReplyDelete
  8. Eh eh awat murah sangat. Dekatvarea rumah ada Marrybrown ni. Memang kena singgah kalau macam ni. Puas hati makan sebab banyak ayam dan nugget. Makan sorang memang tak habis

    ReplyDelete
  9. Yeszaaa.. ayam MB memang sedapppp. TAmbah pulak makan sambil duduk kat buaian. Waduh-waduhhhh sedar-sedar habis dah ayam. hehe.. btw Jimat Jumaat ni murah la, berbaloi nak pi ni..

    ReplyDelete
  10. Eh baru pergi Marrybrown. Haha. Wah offer jimat jumaat ni boleh makan kami 4 beranak. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Wowwie!!! Murah ni... Sedap pun sedap ayam MB... Memang lain dari yang lain rasa ayamnya tu... Bolehla pergi hujung minggu ni dengan family... Berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  12. serius lama x makan kat marry brown. Rundu pulak. Tapi ayam kat sini mmg antara yg sedap. Mmg puas hati

    ReplyDelete
  13. Lama betul tak makan marry brown. Boleh lah tunggu hari jumaat ni nak grab promo rm19.9 tu. Ayam goreng mmg favorite Lia jugak

    ReplyDelete
  14. Eh kak marrybrown mmg sedap laaa! Rtu sy sok rs yg spicy korean tu maigad nk kena pergi blk ni promosi ni mmg berbaloi sgt thanks for sharing!!!

    ReplyDelete
  15. Haha. Mati2 ingat 10 ketul ayam rm20 tadi. Rupanya 5 ketul ayam, 5 nugget. Ok lah not bad harga mcm tu. Affordable lagi. Meh sikit. Modeling tk elok mkn byk2 haha

    ReplyDelete
  16. Sesuai dia buat promo hari jumaat. Memang hari untuk kita bersantai-santai & rileks makan di luar. Hehe. Tambahan pula ayam goreng memang kesukaan anak-anak. Thanks for the info!

    ReplyDelete
  17. Sedap.. dah dua kali makan set ni. Tak sabar tunggu Jumaat minggu depan pulak

    ReplyDelete
  18. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete