Friday 8 November 2019

WATSONS hantar emel bertalu-talu. SPAM, SCAM atau LEGIT? + Cerita sebagai seorang blogger diperguna!

Hai semua,

Kebelakangan ini 'PR Watsons Malaysia' (entah betul ke tidak) telah menghantar bertalu-talu emel yang mengandungi 'press release' secara tiba-tiba. Meskipun alamat pengirim nampak betul tapi tetap ada beberapa benda yang menghairankan.



Oleh itu beberapa persoalan telah timbul difikiran saya, adakah ini betul-betul daripada Watsons atau bukan. Ini disebabkan oleh:

1. Emel yang dihantar bertalu-talu secara tiba-tiba
2. Penulisan emel yang tidak profesional
3. Emel yang saya 'reply' tiada balasan

Jom kita tengok emel yang dihantar kepada saya. Sesambil tu saya nak berkongsikan serba sedikit apa yang saya alami menjadi seorang blogger:


1. Lihatlah betapa emel yang dikirimkan bertalu-talu dalam masa yang singkat. Tak tau apa ribut atau apa awal bulan November ni saya dikirimkan dengan emel jemputan (satu) dan beberapa press release.

Buat yang tidak tahu kerja sebagai blogger atau media, kerja kami ni juga adalah seperti media lain, dibayar untuk mempromosi sesuatu. Lelebih lagi saya jenis yang bukan 'copy paste'. Saya akan cari informasi sendiri agar sesuatu perkara dapat disampaikan dengan jelas kepada pembaca.

Maka 'press release' yang dihantar sebegitu sahaja boleh dikira memperlekehkan kerja seorang penulis blogger ataupun media. Bukan kah kita patut menghormati kerja masing-masing? Kerja semestinya adalah bukan dibuat secara percuma. Kerja haruslah berbayar.


2. Ini adalah emel pertama. Sebagai jenama besar patut bagi emel yang 'proper' ini ringkas sangat. Sebab tu saya hairan, ini Watsons betul ke 'scammer' yang hantar? 

Sebagai seorang blogger, saya kena tau apa dan kenapa saya patut menghadiri sesuatu majlis. Aktiviti apa yang akan dibuat di sana. Sebab kami bukan mainstream media yang datang-datang ambil gambar temu ramah dan terus balik. Kami punya kerja adalah merasai pengalaman sesuatu majlis sendiri.

Kalau ada produk, kami akan cuba produk itu terlebih dahulu dan bagitau apa baik buruk sesuatu produk dan sebagainya. "Personal touch" orang kata. Kami bagi satu artikel hanya untuk satu majlis/produk. Kami tak campur adukkan satu artikel tu pelbagai majlis dalam satu masa ya. Dekat situ ialah 'value' artikel blogger.

Sebagai blogger juga, kami tak akan padamkan artikel kami. Kalau 10 tahun yang lepas di taip, 10 tahun itu juga akan melekat di carian Google. 10 tahun juga orang akan boleh cari balik. Tak kan lah boleh bayar influencers atau artis ratusan hingga ribuan ringgit  untuk benda tu dipadam selepas beberapa ketika tapi tak nak bayar penulis yang sentiasa boleh dicari penulisannya?


3. Yang buat saya lagi meragui tentang kesahihan pengirim ini ialah, dia tak balas pun apa yang saya tulis. Mestilah saya akan hantar invois bayaran. Sebab memang dah kerja saya buat blog ni dibayar. 

Kalau profesional ataupun legit, sudah tentu pengirim ni membuat balasan. Kenapa dia buat tak tahu ya? Ke orang ni cuba hack Watsons? Ini Watsons kena jawab ni selidik siapa orang yang menembusi sistem PR mereka ni. 

Tapi kalau betul ini Watsons yang buat, terima kasih je lah. Buang nama saya terus daripada mana-mana list Watsons je lah. Sebab kalau beginilah jenama besar melayan para penulis, saya sanggup tak bekerjasama dengan Watsons terus sampai bila-bila.


4. Bila dah tak reply tu dia hantar lagi emel. Saya hantar lah lagi emel nak tau kan dia ni betul wujud ke ataupun bot. Sayang, rupanya dia hantar benda yang sama dekat email dia. Haaaa, ini manusia ke apa ni? Hahaha.

Oh kenapa saya cakap tentang bayaran? Selain daripada kualiti kajian, penyampaian, carian google bertahun-tahun, blogger ini kena bayar wifi, elektrik, minyak (jika datang ke majlis), bayar parking dan sebagainya. Adakah adil jika penulisan tersebut dibuat secara percuma?

Lebih sadis lagi bila LHDN panggil. Kebanyakkan LHDN tak tau apa job scope kami. Kalau dikenakan cukai sana sini, habis mana nak cari duit untuk makan dan sebagainya. Nak cari kerja lain? Boleh, tapi ini pun merupakan sesuatu pekerjaan. Alamatnya, jenama atau peniaga yang suka benda percuma ni patut diboikot aje biar tak ada orang nak 'promote' daripada semua orang tak boleh cari makan. Betul tak?

5. Scammer ni lagi la buat hal. Haha. Saya dah block dah pengirim ni. Dah lah tak reply orang lepas tu gigih ya nak kita buat kerja percuma ni. Tak hormat langsung kerjaya orang.

Bagi blogger dan penulis di luar sana, sudah tiba anda berhenti menulis status ada PR yang bagi press release percuma dan ambil kesempatan ni. Kita bongkar je satu-satu letak kat mana-mana group. Biar kita boikot ramai-ramai. Dan bagi yang baru-baru jangan terpedaya dengan janji-janji mereka nak bagi job kalau mereka tak pernah nak bayar anda.

Jangan dipergunakan. Kita bongkar sampai habis. Sekarang ni matlamat saya nak tau, siapa pengirim ni. Scammer yang suka spam orang hingga merosakkan nama Watsons atau Watsons tu sendiri?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Post ini bukan untuk menghina atau memalukan sesiapa ya. Pihak yang bertanggungjawab harus tampil memberi penjelasan kalau ini merupakan daripada pihak Watsons sendiri. Manakala jika ada yang menggunakan nama Watsons untuk memburukkan jenama mereka, Watsons juga harus memberitahu kepada media bahawa ini bukan mereka.

Dalam kerja ni haruslah hormat antara satu sama yang lain. Tiada kerja percuma di atas muka bumi ini. Kalau percuma itu bukan kerja. Itu kerja amal.

Oh, ada orang lain terkena dengan scammer ini tak? Jom kongsikan dibawah!

No comments:

Post a Comment