Wednesday 4 December 2019

Pakej Umrah Selesa dan Berbaloi bersama Emraz Travel

Pada 29hb November lepas, saya telah berkesempatan untuk menghantar jemaah umrah ke Tanah Suci Mekah di bawah EMRAZ Travel & Tours.


Namun kali ini agak istimewa dan berbeza kerana ini merupakan kali pertama pihak EMRAZ berlepas daripada KLIA menggunakan penerbangan yang disewa khas iaitu chartered flight. Dengan sewaan peribadi ini, seramai 284 orang jemaah telah pun selamat berangkat bersama pihak EMRAZ. 

Kesemua jemaah umrah ini yang dibahagikan kepada 7 kumpulan dibawah tunjuk ajar oleh 5 mutawif dari awal sehingga habis umrah. Bagi saya, para mutawif dan staf Emraz adalah sangat mesra antara satu sama lain termasuk bersama para jemaah. Maka tiada lah rasa segan nak bertanya dan sebagainya. Ini adalah bonus!

Jom saya perkenalkan serba sedikit mengenai EMRAZ Travel & Tours dan Pakej Umrah yang disediakan.

Fakta menarik dengan EMRAZ Travel & Tours

Bersama Mutawif dan Staf EMRAZ Travel & Tour
1. Berpengalaman 5 tahun dalam industri serta mempunyai reputasi yang hebat seperti 10,000 jemaah telah dan bakal pergi ke Tanah Suci.
2. Bukan hanya menawarkan pakej umrah tapi pakej perlancongan mesra Muslim di dalam dan luar negara.
3. Bekerjasama dengan badan besar seperti Tourism Malayia, MOTAC dan BUMITRA Malaysia.

Namun untuk kali ini saya lebih mengkhusukan kepada Pakej Umrah yang disediakan kerana musim ini merupakan musim Umrah dan Haji.

Pakej Umrah EMRAZ Travel & Tours

1. Pakej Safwah Platinum - RM 6,690
2. Pakej Safwah Gold - RM 6,390
3. Pakej Safwah Silber - RM 5,990
4. Pakej Safwah Bronze - RM 4,990

Kesemua pakej ini merupakan all-in-one termasuk penginapan, urusan dokumen dan kelancaran perjalanan. Perbezaan terletak pada jenis bilik, beg khas umrah, barang kelengkapan umrah dan sebagainya.

Antara beg EMRAZ. Beg ini kalis air!
Bagi saya, rekaan beg EMRAZ Travel dan Tours adalah sangat cantik bahkan berkualiti tinggi. Sangat berbaloi untuk dibeli dan dipakai jika berkemampuan. Beg-beg mereka adalah sangat tahan lama dan kebanyakkannya kalis air!

Fakta menarik Pakej Umrah bersama EMRAZ


Lihatlah betapa banyak beg yang check-in!
1. Telah menguruskan jemaah umrah dalam 2 tahun dengan jumlah 10,000 jemaah yang telah dan bakal pergi ke tanah suci.
2. Mempunyai 12 mutawif sepenuh masa di mana mereka tidak akan meninggalkan ahli jemaah.
3. Umrah sebelum ini menggunakan Saudi Airlines dan MAS Airlines.
4. Salah saru daripada 4 agensi perlancongan dan umrah yang mendaftar dengan Hotel Safwah  di Mekah (50m daripada Masjid Haram).
5. Jemaah akan tinggal di Hotel Safwah.
6. Wanita bujang kini boleh menunaikan umrah bersama EMRAZ travel tetapi bukan pada musim umrah.

Promosi berlangsung

Memandangkan ini kali pertama EMRAZ menggunakan penerbangan tempah khas, mereka telah memutuskan untuk mengadakan promosi hebat yang sangat berbaloi untuk anda dapatkan. Promosi tersebut ialah untuk Pakej Safwah Gold dan Pakej Safwah Silver.

Promosi Umrah EMRAZ Disember 2019.

Harga promosi Pakej Safwah Gold ialah RM 5,990 (harga asal RM 6,390)
Harga promosi Pakej Safwah Silver ialah RM 4,990 (harga asal RM 5,990)

Syaratnya:

- Boleh beli dulu dan pilih tarikh terbang kemudian.
- Waktu promosi sehingga 31hb Disember 2019 atau sehingga kekosongan kuota masih ada.
- Terhad kepada 100 orang sahaja.
- Masa penerbangan untuk promosi ini ialah September 2020 - April 2021.
- PERLU membuat pembayaran PENUH pada bulan Disember 2019.

Jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai promosi ini, boleh terus hubungi ejen, pejabat dan HQ Emraz Travel. 

Buat yang luar daripada Kuala Lumpur, Emraz juga boleh menawarkan bantuan dari segi pengangkutan dan penginapan transit dari tempat anda hingga ke KLIA. Tapi ini tidak termasuk dalam pakej yang ada. Manakala jika anda berminat lebih dalam lagi anda boleh rujuk maklumat di bawah.

Maklumat lanjut:

EMRAZ Travel & Tours

No. telefon: 03 - 8861 3361

Jemaah umrah daripada Sabah yang sangat havoc! The best!
Diharapkan ibadah umrah yang dilakukan para jemaah mabrur dan dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Moga pelbagai kebaikkan juga dibawa pulang bersama. Diharapkan bagi sesiapa yang berniat ke Tanah Suci juga akan dipermudahkan dan moga dapat menjejakinya juga pada suatu hari nanti.

Sehingga berjumpa di lain entri.

No comments:

Post a Comment