Sunday 8 December 2019

DDR Bio Grow - Baja Organik Meningkatkan Hasil Tanaman Petani (Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Jenis Tumbuhan)

Siapa ingat lagi gerangan 'Dr Rozmey' yang pernah terkenal dahulu kala? Jika bukan produk kecantikkan, filem beliau menjadi sambutan ataupun gaya penampilan yang menjadi bualan.

Datuk Rozmey dengan penampilan baharu ketika sesi media
baru-baru ini di Kuala Lumpur
Setelah hilang dan berdiam diri beberapa tahun, kini Datuk Rozmey atau nama penuh beliau Che Rozmey Che Din kini kembali dengan empayar perniagaan terbaru yang berfokuskan kepada industri pertanian. Perniagaan tersebut ialah DDR Bio Grow - Baja Bio Kuasa Lautan.

Sedikit pengenalan, Datuk Rozmey yang kini menetap di Jitra, Kedah ingin memulakan perniagan bidang pertanian tercetus apabila melihat sektor pertanian terutamanya di kawasan sawah padi berdepan masalah kekurangan hasil dan serangan mahluk perosak yang berulang. Oleh itu beliau bekerjasama dengan pakar kimia polimer untuk menghasilkan baja yang dapat membantu petani.

Hampir dua tahun proses pembangunan dan penyelidikan dijalankan hinggalah terhasil produk pertama DDR Bio Grow. Baja ini merupakan baja polimer yang mengandungi kitosan diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam.

Hasil ini bersama rumpai laut kemudian mendorong pemecahan sel-sel tumbuhan agar cepat tumbuh dengan baik di samping meningkatkan proses fotosintesis itu sendiri. Selain itu tanah akan menjadi lebih subur dan gembur diperkaya dengan bahan organik serta bakteria baik.

Sebab itu 'tag-line' bagi DDR Bio Grow ini ialah "Baja Bio Kuasa Lautan"

DDR Bio Grow:

DDR Baja Bio Grow dalam 2 saiz pilihan.


Fungsi: Baja organik
Kegunaan: Mendorong pembersaran serta merangsang perkembangan hasil tanaman. Antara lain meningkatkan keupayaan tanaman untuk menyerap unsur nutrisi berkaitan. Maka tanaman akan sihat dengan tumbesaran yang cepat.

Poster rasmi.

Antara maklumat penggunaan.

Formulasi DDR Bio Grow.

Nisbah dan penggunaan.

Kebaikkan DDR Bio Grow:

- Membaiki Kesuburan Tanah
- Menambah Kesihatan Pokok
- Mempercepat Pertumbuhan Tanaman
- Meningkatkan Serapan Air dan Baja
- Mengurangkan Penggunaan Baja Kimia Berbahaya
- Memperbaiki sistem pertahan dan imunisasi tumbuhan daripada jangkitan kuman dan serangan serangga
- Menjimatkan Kos (Berdasarkan penggunaan DDR Bio Grow daripada baja tradisi)
- Menambahkan Hasil 30% hingga 100% (Berdasarkan penggunaan terkini petani di Jitra, Kedah)
- Kaya dengan unsur utama (NPK) dan unsur surih (teace element) untuk pengalakkan pertumbuhan akar dan penyerapan nutrisi dalam tanah.
- BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI JENIS TUMBUHAN!!

Menariknya juga, respon yang diterima oleh pihak DDR daripada pesawah di kawasan Jitra mendapati hasil padi mereka telah meningkat sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) atau bersamaan dengan 2.3-2.5 tan. Berbanding sebelum ini hanyalah 1.3 -1.5 tan sahaja.

Oleh itu sambutan sejak mula diperkenalkan di pasaran sejak tahun lalu telah menerima sambutan yang menggalakan. Lagipun, penggunaan DDR Bio Grow ini dikatakan sangat menjimatkan kerana saiz 1 liter baja ini untuk kegunaan 1.3 hektar sawah semusim!

Selain DDR Bio Grow terdapat dua lagi produk lain yang dihasilkan iaitu DDR Bio Shield dan DDR Ocean. Maklumat ringkas seperti di bawah.

DDR Bio Shield:

Racun serangga

Fungsi: Racun serangga semulajadi.
Kegunaan: Membunuh serangga perosak tanaman organik tanpa kimia berbahaya. Selain itu turut merawat tanaman yang terkesan.

Cara penggunaan

Keberkesanan


DDR Ocean:

DDR Ocean


Fungsi: Pewangi domestik
Kegunaan: Pewangi yang boleh digunakan petani untuk membasmi bau busuk dan secara tidak langsung untuk menghalang gigitan nyamuk, lintah dan pacat. Tahan selama 6 jam. Juga bertindak sebagai anti bakteria.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Datuk Rozmey mengenai pelan masa hadapan DDR, belia kini dalam proses rundingan beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DDR Bio Grow sebagai pembekal utama baja kepada petan.

Bahkan mempunyai target dalam tempoh beberapa tahun lagi untuk meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani.

Jika ingin mengetahui cara penggunaan, testimoni dan bahan di dalam produk-produk ini boleh lah ke laman rasmi yang saya pautkan di bawah artikel ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit latar belakang Datuk Rozmey dan beberapa cerita terdahulu:

Keratan akhbar
Datuk Rozmey sememangnya mempunyai lesen kedoktoran beriktiraf (Medical Doctor) daripada Universiti Sains Malaysia dan berdaftar sejak tahun 1996 lagi. Namun kini status kedoktoran itu telah ditarik balik atas beberapa alasan seperti penggunaan 'Dr'  ke atas produk kecantikkannya terdahulu dan pengakuan beliau sebagai pakar bahagian obesiti.

Tambahan pula, empayar kecantikkannya terdahulu musnah kepincangan dalam organisasi beliau sendiri hingga mengakibatkan kerugiaan berjuta ringgit dan pemenjaraan salah seorang orang kanan beliau.

Sifat keusahawanan tidak pernah terkubur bersama sejarah hitam yang lalu, oleh itu beliau tekad untuk memulakan sesuatu baru yang boleh membantu orang lain. Maka terhasilah DDR Bio Grow dan produk-produk lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesemua produk yang dinyatakan telah pun dijual di pasaran. Jika anda berminat untuk membuat pembelian atau mempunyai pertanyaan boleh lah whatsapp http://bit.ly/ddrwstablet

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh lah layari ke:

Laman rasmi: www.ddragro.com/
Facebook rasmi: facebook.com/pg/rozmeyagro/ ataupun
Hubungi Datuk Rozmey di talian: 012 568-8446.

Akhir bicara menutup artikel ini bak kata slogan Datuk Rozmey, "Berbudi Kepada Tanah Besar Hasilnya".

Sebagai pesanan khidmat masyarakat, sebelum membeli atau menggunapakai sesuatu produk haruslah dapatkan maklumat yang secukupnya. Selain itu jika tidak pasti, dapatkan sediki sampel untuk melihat kesan yang diinginkan.

Sehingga berjumpa lagi di lain artikel, moga artikel ini boleh membawa manfaat.

No comments:

Post a Comment