Wednesday 18 December 2019

Shakti Live di Kuala Lumpur 2020

Shakti, kumpulan jazz terkenal kini kembali ke Malaysia sejak kali terakhir membuat persembahan di sini pada tahun 2007. Selepas 12 tahun! Persembahan kali ini akan di adakan di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur pada 17hb Januari 2020.



Persembahan “SHAKTI LIVE IN KUALA LUMPUR” ini telah dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan hanya berlangsung satu malam sahaja.

Sedikit pengenalan, kumpulan ini terkenal dengan jazz dan akoustik dengan irama campuran muzik India ini ditubuhkan oleh pemain gitar jazz-fusion iaitu John McLaughlin dan Maestro Table Zakir Hussain  pada pertengahan tahun 1970an.

Manakala ahli kumpulan Shakti yang akan membuat persembahan kelak terdiri daripada John McLaughlin (Guitar), Zakir Hussain (Tabla), Shankar Mahadevan (Vokal), Ganesh rajagopalan (Violin) dan V.Selvaganesh (Percussion). Ini merupakan persembahan bersama mereka setelah lama berehat selepas kehilangan salah seorang ahli mereka pada tahun 2014 iaitu Mandolin U.Srinivas.

Persembahan ini  merupakan salah satu persembahan antarabangsa selain daripada persembahan awal tahun di India dan akan mendatang di Singapura.

Persembahan kali ini juga dijangka akan mendapat sambutan hangat seperti tahun 2007 sebelumnya dengan jualan tiket habis dengan pantas.  Berbicara tentang persembahan yang akan berlangsung dalam dua jam dengan 8-10 komposisi ini, kemungkinan lagu daripada album terbaru Verboden Dromen turut akan didendangkan.

Ini merupakan peluang keemasan bagi peminat Shakti yang merindui persembahan mereka. Maklumat persembahan:

SHAKTI LIVE IN KUALA LUMPUR

Tarikh:            17 Januari 2020
Masa:             8.30pm
Tempat:          Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Tiket sudah mula dijual di  www.myticket.asia dan harga seperti berikut:

TIKET

RM 1255 (VIP)
RM755 (Diamond)
RM555 (Platinum)
RM355 (Gold)
RM255 (Silver)

Tiket kini tinggal sebanyak 40% sahaja ya!

Sebarang maklumat lanjut boleh lah rujuk maklumat dibawah:

No. telefon:    03 8605 0195
Info Hotline:   012 256 0082
Facebook:      shirazprojects
Instagram:     shirazprojects
Hashtag:        #Shaktiliveinkl

Semoga persembahan julung-julung kali ini mendapat sambutan hangat dan selamat menghayati muzik indah!

No comments:

Post a Comment