Monday 4 May 2020

TOKIDOKI X GUARDIAN: Siri Thermal Set Esklusif (Beg + termos + balang makanan)

Mei 2020 - Sekali lagi jenama Tokidoki bekerjasama dengan Guardian untuk melahirkan siri set Thermal Esklusif dengan corak yang menarik! Set yang terhasil dek kerana sambutan siri beg travel yang lepas, set baharu diperkenalkan kini boleh didapatkan di Guardian Malaysia sahaja.

Jom kita lihat apa set terbaharu ini!


Set thermal esklusif ini terdiri daripada tiga komponen iaitu beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal RM 500ml. Rekaan edisi khas Tokidoki X Guardian oleh Simone Legno sebagai pereka dan pengasas ini boleh didapati dengan dua warna iaitu biru lembut dan merah jambu lembut.

Penjualan bermula pada 1 Mei lepas sehingga 31 Mei 2020 dan sehingga habis stok.

Apa yang menarik?

1. Set ini termasuk dengan beg termal.
2. Rekaan esklusif daripada Tokidoki sendiri!.
3. Balang makanan termal di lengkapi dengan sudu boleh lipat.
4. Diperbuat daripada besi tahan karat level 304 - selamat untuk penyimpanan makanan dan minuman.
5. Termos dan balang yang mempunyai dua lapisan dinding untuk mengekalkan suhu lebih lama.
6. Dapat mengekalkan suhu SEJUK makanan dan minuman sehingga 10 jam.
7. Dapat mengekalkan suhu PANAS makanan dan minuman sehingga 8 jam.

Jom lihat lebih jelas lagi kedua-dua warna pilihan yang ada untuk siri ini.

Set thermal bewarna biru

Beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal 500ml bewarna biru lembut.


Set thermal bewarna merah jambu

Beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal 500ml bewarna merah jambu lembut.

Cara pembelian


Anda boleh ke mana-mana Guardian berdekatan dengan anda ataupun membeli secara atas talian di laman web rasmi Guardian. Manakala anda boleh membeli set thermal ini sama ada dengan harga RM 80 (PWP) ataupun RM 179 (harga biasa) mengikut kesenangan anda.

Caranya pula mudah iaitu:

1. Melalui pembelian harga RM 80 PWP (Purchase with purchase)

Untuk menikmati harga RM 80 PWP, anda hanya perlu berbelanja minimum RM 20 dalam satu resit atau pembelian jenama yang mengambil bahagian* seperti Garnier dan sebagainya.

atau

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM40 dalam satu resit atau pembelian tanpa mengira jenama dan barang di Guardian.

Pembelian di kedai fizikal boleh di buat dikaunter pembelian ketika sesi pembayaran. Manakala, pembelian secara atas talian boleh dilakukan dengan memilih pilihan set anda dengan 'add to cart' dan diskaun akan ditunjukkan ketika sesi 'check out'.


*Jenama yang mengambil bahagian dalam pembelian minimum RM 20 dalam satu resit ialah Bio Essence, Garnier, Herbal Essence, Maybelline, Nano white dan Sunsilk.

2. Melalui pembelian harga biasa RM 179

Untuk pembelian harga biasa, anda boleh terus ke kaunter pembelian di kedai fizikal untuk pembelian. Manakala melalui atas talian, anda boleh terus 'add to cart' seperti biasa. Tiada had minimum pembelian di syaratkan.

Anda boleh membuat pembelian online di Guardian store melalui link ini https://bit.ly/3cV1qFM .

Untuk peringatan, pembelian set ialah terhad kepada satu set sahaja untuk setiap transaksi samada di kedai fizikal mahupun atas talian. Segala jualan dan promosi tertakluk kepada terma dan syarat Guardian Malaysia.









--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan bulan ni dah bulan puasa dan beberapa sektor ekonomi sudah dibuka, anda boleh gunakan ini untuk menyimpan juadah berbuka puasa anda di dalam ini. Anda boleh meminta peniaga meletakkan makanan dan minuman anda di dalam ini. Boleh lah kurangkan penggunaan plastik kan.

Selamat berpuasa!

[ Artikel SIRI BEG TRAVEL TOKIDOKI X GUARDIAN di sini]

GUARDIAN Malaysia

15 comments:

  1. cantik la set thermal ada beg, termos & balang makanan tu...fav anak color pink...nanti bole singgah guardian dkt je dgn umh..tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Comelnya barangan Tokidoki ni. Termos tu menarik minat juga. Saya suka warna pink tapi biru pun cantik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn comelll! Warna dia soft2 je dua2 lawa!

      Delete
  3. Alaaaa cantiklaaa set ni, berkenan color pink tu haaa...bagi hadiah kat anak sedara pun best gak ni...kena pi watson laa ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe pi Guardian~ jangan salah masuk kedai. Hehe. Boleh dapat kan cepat2 sebelum habis stock~

      Delete
  4. comelnya set thermal ni. dua2 warna pun cantik. anak menakan suka sangat unicorn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss comel sangat2! Org kecik org besar smua suka unicorn skrg ni hehe.

      Delete
  5. aida kerap beli pwp guardian or watson.
    menarik. beli brg yg kita perlu. tak susah pun when it comes guardian.
    bedak. shampoo. powder :)
    comel la set ni. mudah nak travel adanya dia.

    ReplyDelete
  6. comelkannn..akk suka yang warna pink...cantek gilos heheheh...anak2 pompuan mmg suka

    ReplyDelete
  7. comelnyeee set tumblr, bekas makanan, siap ada beg lagi tu! Comel sgt nak nak!!! Nak beli nnti lah!

    ReplyDelete
  8. comelnya design dia. kalau nampak kat anak2 ni mesti diorang suruh beli

    ReplyDelete
  9. so cute set thermal warna pink. anak perempaun i ada 2 orang sesuai sangat belikan mereka set thermal ni.boleh bawa bekal ke sekolah. nak minum sejuk boleh nak minum panas pun boleh.harga pun murah ni.kena grab cepat

    ReplyDelete
  10. comel cute je tumbler guardian. sesuai untu anak2.
    singgah follow.

    ReplyDelete
  11. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete