Thursday 18 June 2020

Musim balik kampung dan Raya 2020 versi 2.0 guna Bas Online Ticket

Hai semua,

Sejak 10 Jun 2020 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan bahawasanya fasa Perintah Kawalan Pergerakkan - Pemulihan (PKPP) akan bermula. Fasa ini MEMBOLEHKAN rentas sempadan antara negeri dibenarkan dengan syarat tertentu.

cara-beli-tiket-bas-secara-online-mana-nak-cari-bus-ticket-online-yang-dipercayai-Malaysia-rentas-sempadan-guna-bas-pkpp-raya-2020-sudah-beroperasi-1

Memandangkan 10 Jun ni masih dalam bulan Syawal, ramai yang mengambil kesempatan untuk merayakan perayaan aidilfitri yang dianggap kurang sambutan dek kerana PKPB lepas. Sambil balik kampung menjenguk keluarga dan melakukan urusan, apa lagi beraya lah orang ya.

Ada yang menggunakan kenderaan sendiri, menumpang kenderaan ahli keluarga serta sahabat handai dan ada yang berpusu-pusu ke kaunter jualan tiket bas untuk balik ke kampung.

Namun, jika anda boleh membeli tiket bas secara atas talian, boleh lah jimatkan tenaga daripada bersesak di pusat penjualan tiket. Kerajaan kita juga telah menyarankan agar mengelakkan 3S iaitu Sesak , Sempit dan Sembang Dekat.

Memperkenalkan Bus Online Ticket!

cara-beli-tiket-bas-secara-online-mana-nak-cari-bus-ticket-online-yang-dipercayai-Malaysia-rentas-sempadan-guna-bas-pkpp-raya-2020-sudah-beroperasi-1
Paparan Halaman Utama Bus Online Ticket
Pengenalan ringkas:

1. Platform atas talian selamat untuk menempah tiket bas.
2. Merangkumi seluruh semenanjung Malaysia dan Singapura.
3. Memudahkan warganegara dan pelancong asing dengan memberikan panduan cara membuat tempahan dan pilihan bahasa tempatan dan asing.

Kelebihan menggunakan Bus Online Ticket ini ialah:

1. Harga sama berbanding di kaunter penjualan tiket rasmi.
2. Pelbagai promosi diberikan setiap bulan.
3. Boleh kumpul mata ganjaran (sesuai untuk pelajar dan pekerja yang sering menggunakan perkhidmatan bas).
4. Tidak perlu beratur membeli tiket bas secara fizikal.
5. Pembelian atas talian yang mudah dan mempunyai sistem Khidmat Pelanggan Professional.

Dengan kelebihan yang dinyatakan, adalah lebih baik kita menggunakan sistem atas talian yang menjimatkan masa dan dapat mengelakkan diri kita daripada bersesak dengan orang ramai di musim COVID-19 ni.

Cara dan sistem pembayaran di plataform ini juga adalah meluas dan anda boleh menggunakan tanpa ragu-ragu!

cara-beli-tiket-bas-secara-online-mana-nak-cari-bus-ticket-online-yang-dipercayai-Malaysia-rentas-sempadan-guna-bas-pkpp-raya-2020-sudah-beroperasi-1
Cara dan sistem pembayaran yang diterima pakai

Lebih menarik lagi kita boleh pilih bas dan tempat duduk dengan mudah tanpa perlu bertanyakan satu-satu soalan terhadap penjual tiket mana tempahan yang masih kosong ataupun tidak.

Apa lagi, jomlah ke Bus Online Ticket sekarang! Klik di sini.

P/s: Sekarang ni ada promosi TnGo untuk menikmati diskaun RM 4 jika menggunakan ewallet Touch N Go sebagai pembayaran sehingga 2 Ogos 2020. Jomlah guna perkhidmatan Bas sekarang!

Tuesday 9 June 2020

Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

KUALA LUMPUR:  Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.



Bahkan penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini.




Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang.



Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.







Video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.



Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.

“Jadi  sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua  sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.

Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.

“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan

“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.