Thursday 11 February 2021

5 Kedai 'Healthy & Beauty -Drugstore' Di Shopee

Hampir setiap bulan ataupun setiap minggu pasti singgah ke kedai untuk membeli barang kecantikkan dan penjagaan diri seperti syampum, panadol , minyak panas, lipstik, tuala wanita dan sebagainya. Namun musim Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung, mesti kita nak kurangkan perjalanan keluar dari rumah bukan.

Kedai ini lah yang dinamakan Kedai 'Healthy & Beauty - Drugstore' ni atau dalam bahasa melayu boleh lah saya panggil kedai kecantikkan dan penjagaan diri (Kedai KPD). Kedai ni lah yang menjual barang mekap, ubat-ubatan ringkas, makanan dan minuman tambahan, alatan kesihatan, barang penjagaan diri dan segala macam yang berkaitan dengan kegunaan seharian kita. 

Untuk artikel kali ini lebih berfokus kepada Kedai KPD yang ada di Shopee memandangkan Shopee merupakan platform e-dagang pertama di Malaysia.

Jadi mari saya kongsikan 5 Kedai 'Healty & Beauty - Drugstore' di Shopee yang boleh memudahkan hidup anda!

1. Guardian


Guardian ni antara jenama yang paling terkenal untuk kategori kedai KPD ni. Walaupun tak ada kad ahli, kebanyakkan harga mereka lebih rendah berbanding persaingan mereka.

Beli-belah di Guardian, Shopee klik di sini.

2. Watsons


Kalau bukan jenama yang kat atas tu, mesti jenama ni. Turut menjadi salah satu kedai KPD yang terkenal di Malaysia dengan menampilkan Ayda Jebat sebagai duta rasmi mereka.

Beli-belah di Watsons, Shopee klik di sini.

3. Caring Pharmacy


Caring Pharmacy ni selalunya saya jumpa di Pusat Beli belah yang besar seperti Sunway Pyramid dan Aeon Mall. Selalu beli air minuman di kedai fizikal mereka sebab peti sejuk memang diletakkan di ruang masuk kedai.

Beli-belah di Caring Pharmacy, Shopee klik di sini.

4. Apex Pharmacy




Sejujurnya saya sendiri tak pernah menjejaki kaki ke Apex Pharmacy ni. Menariknya tiap kali saya membuat carian produk tertentu menggunakan laman sesawang, Apex Pharmacy selalu muncul di tempat pertama.

Banyak produk yang berkualiti dan bagus boleh didapati di sini yang tak ada di kedai KPD yang lain!

Beli-belah di Apex Pharmacy, Shopee klik di sini.

5. Cosmed Drugstore

Ini adalah kedai KPD yang saya baru sahaja pertama kali mengetahuinya. Berasal dari Taiwan. Barang yang dijual juga kebanyakkan tidak boleh diperolehi di kedai KPD yang lain. Agak menarik untuk mencuba barangan yang dijual.

Lagipun, Taiwan antara negara yang maju dari segi teknologi dan kesihatan. Bahkan mereka juga menitikberatkan produk mereka agar selari dengan negara antarabangsa lain.

Beli-belah di Cosmed Drugstore, Shopee klik di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan membeli barangan di Kedai KPD yang berada di Shopee ialah:

1. Semua kedai ini tersenarai dalam Shopee Mall yang sedia maklum amat selamat untuk membeli di sini untuk mengelakkan sebarang penipuan dan sebagainya.
2. Sambil membeli boleh kumpul syiling Shopee. Bahkan boleh guna syiling yang sedia ada untuk memotong harga. Jimat!
3. Penghantaran percuma dengan baucar 'Free Shipping' daripada Shopee.
4. Percuma baucar pembelian seperti di Watsons, Cosmed dan Caring. 

Kelemahan membeli barangan di Kedai KPD yang berada di Shopee ialah:

1. Barang yang disenaraikan tidak sebanyak yang ada di kedai fizikal mereka.
2. Segelintir harga produk sedikit tinggi berbanding membeli di kedai fizikal.

Kesimpulan yang saya boleh rumuskan, terdapat lebih banyak faedah apabila membuat pembelian di Shopee jika kebanyakkan barang yang diingankan ada di kedai tersebut. Bahkan, barangan yang tidak dapat diperolehi di sini boleh juga dicari di dalam Shopee itu sendiri.

Akhir sekali, buatlah pembelian yang bijak dan hanya keluar rumah jika perlu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pautan ulangan:


10 comments:

  1. This is a good information sharing, Zandra. These stores are important for us. Thank you for sharing this information with me. Pls take care.

    ReplyDelete
  2. Top 3 tu mmg selalu Kak Bell pergi. Utk Caring Pharmacy utk dptkn ubat. Betul tu kdg2 ada produk yg dijual di kedai fizikal je. Semua ada di Shopee ya.

    ReplyDelete
  3. betul tu. kadang tak semua barang ada. kalau macam caring watson tu kita dah tau apa mak cari pun, online pulak takda nak beli haha

    ReplyDelete
  4. Owh byk jugak kedai trusted selain guardian an watsons. Bolehla tgk kedai2 ni nnti. Beli online je semua skarang ni.

    ReplyDelete
  5. Rawlins sejenis suka beli dari fizikal store hahaha tapi my friends kata online nie banyak diskaun hehehe

    ReplyDelete
  6. Thank you share information ni. First time tahu pasal cosmed. Tak pernah beli online sebab drugstore kat bawah opis je. Hihi

    ReplyDelete
  7. Kekadang bila pi store tak de terpaksa jugak order online. Tapi puashati beli kat store sebab suka belek-belek. HAhaa

    ReplyDelete
  8. Sis rajin gak belek semua yang di atas, tapi jujurnya tak pernah beli, sebab kesemua di atas dekat dengan rumah, so walk in aje, lagi satu ada benda kadang, walk in lagi murah dari dalam shopee tu..

    ReplyDelete
  9. i have started shopping a lot on shopee and i am very thankful for this list sbb i am always looking for the best deals on beauty products. you have made my shopping experience so much easier!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete