Monday 16 March 2020

Sabella X Ella - Kolaborasi Fesyen Muslimah bersama Ratu Rock Malaysia

Pada 13hb Mac yang lepas telah termeterainya kolaborasi baju muslimah terkenal jenama Sabella bersama ratu rock negara, Ella Aminuddin. Maka Sabella X Ella telah rasmi dan sudah mula dipromosikan.

Sabella X Ella - Ella Suka Sabella!

Sabella X Ella dengan cogan kata 'Ella Suka Sabella' merupakan kolaborasi yang menjadikan Ella sebagai duta atau penghias wajah utama Sabella untuk tempoh satu tahun.

Sebagai pengenalan ringkas, Sabella merupakan butik secara talian sepenuh masa yang mula dibina sejak tahun 2016. Bermula daripada satu mesin jahit, pengasasnya Puan Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Siti Sabella mengambil upah menjahit baju di rumahnya. Beliau pernah menjahit baju sehingga 100 helai sehari!

Hinggalah pada satu masa, suami beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Esekutif Sabella, Encik Mohd Sufian berasa sudah tiba masanya untuk lebih kehadapan untuk memajukan kehidupan mereka serta memberi kehidupan lebih baik kepada anak-anaknya. Maka mereka mula mengambil pekerja serta menyewa kedai untuk mengambil tempahan.

Rezeki pasangan suami isteri ini dipermurahkan hinggalah Sabella mula menempa nama dari bawah. Kini Sabella terkenal dengan pakaian muslimah dan sopan dengan #bajutanpagosok .


Ketika sesi Sabella X Ella termeterai bersama Encik Mohd Sufian (kiri),
Ella Aminuddin (tengah) dan Siti Fatimah (kanan).

Kembali kepada kolaborasi ini, dijangkakan turut mengambil konsep tanpa gosok dan muslimah, rekaan ini datang daripada Sabella dan mungkin juga Ella sendiri yang akan mereka pakaian apabila ditanya kemungkinan tersebut. Bahkan pakaian raya Sabella X Ella juga dalam perancangan mendatang ini.

Pasangan ini juga memilih Ella untuk menjadi duta kerana nama Sabella dan Ella yang sama menjadi daya tarikkan kolaborasi ini. Bahkan, Ella yang kini berketerampilan lebih sopan dan muslimah adalah nampak sangat sesuai. Antara lain, Puan Siti Fatimah merupakan peminat Ella!


Pakaian yang dikenakan oleh Ella ialah daripada
Butik Sabella sendiri.

Apabila ditanya sendiri kepada Ella mengapa beliau bersetuju dengan tawaran Sabella menjadi duta, Ella memberi pendapat bahawa Ella sendiri suka akan pakaian Sabella sendiri. Sebab itu lah muncul slogan 'Ella Suka Sabella!'. Lebih-lebih lagi, Ella menyatakan bahawa baju Sabella yang digayakan beliau pada hari tersebut adalah amat selesa dan sejuk bila dipakai.

Antara lain, Ella berpendapat bahawa baju-baju Sabella ini bagus dalam menggalakkan wanita diluar sana untuk mengenakan pakaian yang lebih sopan dengan harga berpatutan. Beliau meneruskan lagi dengan mengatakan ini umpama dakwah kecilnya dalam mengalakkan muslimah di luar sana untuk menutup aurat. Ella juga berkata dia amat menyokong usahasama suami isteri ini dalam membantu masyarakat dalam perniagaan.

Antara gambar Ella menjadi penghias wajah Sabella,

Untuk pengetahuan umum, Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian Sulaiman membesarkan perniagaan mereka dan menggunakan konsep ejen-dropship untuk membantu usahawan lain untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Kolaborasi ini dikatakan amat mudah bagi kedua-dua pihak dan berjalan dengan penuh lancar. Maka peminat Sabella dan Ella bolehlah dapatkan koleksi Sabella X Ella ini.

Maklumat lanjut dan pesanan boleh layari Sabella HQ di pautan di bawah:

Laman rasmi: https://www.sabella.com.my/
Laman instagram: https://www.instagram.com/sabella_co/
Laman facebook:https://www.facebook.com/sabella.hq

Experience Penang 2020 sempena tahun melawat Malaysia 2020 kini bermula.

Experience Penang 2020.


Experience Penang 2020 dengan slogan rasmi mereka 'The Diversity of Malaysia" telah pun membuka tirai untuk menjemput lebih ramai lagi pengunjung ke Pulau Pinang selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Malah perasmian Experience Penang di Pullman Hotel, KL baru-baru ini dilakukan oleh CEO Penang Global Tourism (PGT), Encik Ooi Chok Yan.



Sebagai pengenalan ringkas, Penang Global Tourism (PGT) adalah badan yang diamanahkan untuk mempromosi dan menggalakkan industri perlancongan di negeri Pulau Pinang.

Mengapa Experience Penang 2020 ini menjadi tarikkan?

Pulau Pinang sendiri terkenal dengan World's First Tower Curved Skywalk, World's Highest Ropes Course Challenge, World's Longest Water Slide with a Guinness World Record dan pelbagai lagi!

Oleh itu Encik Ooi Chok Yan amat positif dengan perkembangan dan pencapaian Pulau Pinang yang mampu menarik pelancong datang ke sana. Dalam perasmian ini juga, beliau turut menekankan beberapa tarikan utama dan destinasi perlacongan berkisarkan industri khusus.


Tarikan utama tersebut adalah seperti makanan dan gaya hidup, kebudayaan dan warisan, alam semulajadi dan pengembaraan, festival dan majlis terbuka, dan akhir sekali tarikan baru. Manakala untuk destinasi perlancongan berkisarkan industri khusus terdiri daripada perlacongan perkapalan, perlancongan kesihatan, perlancongan perkahwinan dan perlancongan pendidikan.

Tarikan Utama

1. Makanan dan Gaya Hidup



Pulau Pinang amat terkenal di dunia dengan makanan jalanan yang mempunyai pelbagai rasa menarik dan berkualiti. Padal tahun 2019 sahaja Pulau Pinang di namakan sebagai "World's Top 30 Best Cities for Street Food" oleh Mirror Online mankala CNA Luxury pula memaparkan Pulau Pinang dalam rancangan mereka.

Di Pulau Pinang, pelbagai buah-buahan, sayuran dan rempah ratus yang boleh diperolehi sepanjang tahun. Balik Pulau merupakan salah satu tempat di Pulau Pinang yang menjadi pusat makanan terkenal. Anda boleh menemui pelbagai jenis makanan seperti cucur pisang, cucur ubi kentanf, roti gula dan jus buah pala!

Antara makanan yang menarik pula ialah Laksa Penang, Cendol, Pasembor dan Asam Laksa. Asam Laksa Pulau Pinang pula telah mendapat tempat di tangga ketujuh dalam CNN's Listing of The World's 50 Best Food (2018).

2. Kebudayaan dan Warisan



Selain daripada daripada pewartaan lokasi di George Town, Pulau Pinang yang menyaksikan pertembungan budaya barat dan timur, tidak juga dilupakan warisan dan budaya Pulau Pinang itu sendiri. Penduduk Pulau Pinang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India juga masih mengamalkan adat, budaya dan warisan turun temurun.

Jika anda melalui selok belok negeri Pulau Pinang ini, anda boleh lihat pelbagai warisan masih di kekalkan seperti Cina dengan Opera Cina nya, Melayu dengan pembuatan songkok dan India dengan perniagaan menjual bunga bagi pemujaan.

Terbaharu Pulau Pinang telah memperkasakan lagi seni jalanan mereka yang terkenal dengan memperkenalkan 5 pop-up container yang menampilkan mural istimewa. Mural tersebut berkatitan dengan kawasan tersebut. Bahkan di setiap mural container yang besar ini turut menyediakan peta kawasan menarik yang boleh dikunjungi di sekitarnya.

Dibawah merupakan pop-up container yang dihiasi dengan mural.



Pop-up ini hanya akan berada di kawasan tersebut sehingga pertengahan tahun ini ataupun jika keadaan mengizinkan sehingga akhir tahun. Jadi adalah wajib singgah sebelum seni ini diturunkan.

3. Alam Semulajadi dan Pengembaraan



Meski pembangunan di Pulau Pinang adalah cepat dan moden, terdapatnya beberapa tempat alam semulajadi yang boleh dikunjungi. Tempat alam semulajadi yang penuh pengembaraan ini pula penuh dengan kehijauan yang menenangkan.

Contoh tempat tarikan alam semulajadi yang berkisarkan alam dan penuh pengembaraan ialah Entopia by Penang Butterflu Farm, Taman Negara Pulau Pinang, Escape Theme Park, Teluk Bahang dan Tree Top Walk di The Habitat.

4. Festival dan Majlis Terbuka




Sebagai sebuah negeri yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, Pulau Pinang tidak lekang dengan pelbagai pesta, majlis dan festival terbuka yang boleh diikuti serta oleh pengunjung. Pesta seperti Penang Hot Balloon Fiesta, Penang Durian Festival, Penang Hill Festival Penang Bridge International Marathon dan Hungry Ghost Festval adalah sangat besar dan sering menjadi tumpuan orang ramai.

Namun di musim COVID-19, terdapat beberapa acara ditangguhkan, dibatalkan ataupun dibuat secara kecil-kecilan. Adalah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengemaskini diri anda dengan maklumat terbaru oleh KKM dan Kerajaan Pulau Pinang.

Untuk melihat senarai majlis dan festival sila rujuk di bahagian bawah artikel ini *.

5. Tarikan Baru



Selain daripada tarikan alam semulajadi dan sejarah, terdapat juga tarikan moden dan campuran antara kesemuanya. Ada yang mengujakan, ada yang menenangkan dan ada pula yang luar biasa.

Contoh tempat yang anda boleh kunjungi ialah The Gravityz di mana anda boleh melakukan aktiviti World's Highest Rope Course Challenge ataupun anda boleh kunjungi Tech Dome Penang Houses untuk membuat terjunan di World's First Free Standing Vertical Drop Slide.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom layan video Penang Experience 2020 yang menampilkan tarikan yang ada di Pulau Pinang.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlancongan Industri Khusus

Dalam topik Perlancongan Industri Khusus ini agak menarik. Meski tidak nampak seperti pusat perlancongan yang menampilkan kebudayaan dan kecantikkan sesuatu tempat, industri ini juga memberikan impak yang besar kerana ramai antara rakyat Malaysia dan luar negara berkunjung ke Pulau Pinang untuk menikmati servis daripada Perlancongan Industri Khusus ini.

1. Perlancongan Perkapalan

Di George Town, Pulau Pinang terdapattnya Pusat Pelabuhan yang diberi nama The Swettenham Pier Cruise Terminal telah menjadi tarikan utama dan berpotensi di Asia. Lebih menarik lagi pelabuhan ini adalah sangat dekat dengan bandar George Town itu sendiri.

Perkara ini menjadikan Perlancongan Perkapalan sangat mengujakan bagi pelancong apabila usai tiba di pelabuhan, mereka boleh turun dan berkunjung ke tapak warisan dunia UNESCO.

2. Perlancongan Kesihatan

Tahukah anda bahawasanya Malaysia merupakan di tangga teratas dalam dunia dari segi Perlacongan Kesihatan? Manakala Pulau Pinang menjuarai kategori yang sama dalam Malaysia.

Menariknya lagi Malaysia merupakan nombor satu dalam 'Best Healthcare in the World 2019' oleh Global Retirement Index by International Living. Oleh sebab Pulau Pinang mempunyai banyak institut kesihatan yang berkualiti yang sentiasa di pantau oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlancongan, Pulau Pinang menjadi destinasi tarikkan pengunjung dan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.

Contoh insitusi berkenaan yang baharu ialah Island Medical City (IMC) di pulau dan Penang Show Chwan Hospital di Seberang Perai. Pembinaan IMC itu sendiri akan memuatkan sebanyak 600 buah katil dan hotel untuk pelancong kesihatan. Manakala Penang Show Chwan Hospital akan menjadi hospital pelbagai kepakaran yang memuatkan sebanyak 250 buah katil.

3. Perlancongan Perkahwinan

Bagi pasangan pengantin yang mempunyai tema untuk majlis atau penggambaran kahwin mereka, Pulau Pinang merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menemui pelbagai budaya serta warisan untuk dijadikan tema.

Contohnya di George Town sahaja terdapat budaya barat, budaya timur dan pencampuran antara adat. Pelbagai bangunan seperti Bangunan Peranakan dan Grand Colonials adalah tempat menarik untuk penggambaran kahwin. Bukan itu sahaja, terdapatnya ruang-ruang yang berlatarkan budaya lain seperi kaum Melayu dan India boleh di tempah untuk mengadakan majlis perkahwinan.

4. Perlancongan Pendidikan

Malaysia yang kini menduduki tangga di atas UK, Perancis dan Jepun dalam World Talent Ranking oleh International Institute for Management Development adalah merupakan salah satu kejayaan usaha penaiktarafan skill warga tempatan dan pekerjaan.

Pulau Pinang sendiri juga menjadi pilihan pelbagai Insititusi untuk mendirikan pusat pendidikan tinggi dan antarabangsa. Kebanyakkan berdasarkan korikulum antarabangsa yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.

Contoh institusi pendidikan yang ada di Pulau Pinang ialah Universiti Sains Malaysia, Penang Medical College dan RIMA College.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda terfikir bila dan nak buat apa di Pulau Pinang? Anda boleh lihat video di bawah untuk rancangan anda. Ada pesta durian ya.


Menariknya lagi PGT akan turut serta dalam MATTA Fair di WTC, KL yang akan berlangsung pada 1hb hingga 3hb Mei akan datang bersama-sama dengan 16 buah hotel dan tarikan. Manakala bagi anak jati Pulau Pinang dan penduduk yang tinggal di Pulau Pinang akan menikmati diskaun istimewa sehingga 50% untuk hotel dan tempat tarikan yang terpilih di bawah program 'Penang Lang'.

Mengikuti perkembangan berkenaan dengan COVID-19, pelancong adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi garis panduan saranan KKM dalam menghindari virus ini berjangkit.

Segala info lanjut mengenai Experience Penang 2020 ada di bawah:

Penang Global Tousim
Alamat: 8-B (1st floor) The Whiteaways Arcade, Lebuh Pantai, George Town, 10300, Penang
No. tel: +604 264 3456

Laman web rasmi: https://mypenang.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/penangglobal.tourism/
Instagram: https://www.instagram.com/penang.experience/
Twitter: https://twitter.com/penangxperience
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/penangglobaltourism

*Untuk mengetahui majlis dan festival yang diadakan di Pulau Pinang boleh singgah ke http://mypenang.gov.my/events/all-events

Monday 3 February 2020

Kilafairy ingin berubah kepada yang lebih baik dan meninggalkan imej 'seksi'.

KUALA LUMPUR: Benar perkataan seksi itu cukup subjektif. Namun bagi artis dan usahawan terkenal, Kilafairy yang terus ampuh dengan empayar perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT juga mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi.


Hakikatnya anak kepada artis penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu bagaikan tak boleh dipisahkan dengan sisi seksi berkenaan.

Antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi lagi menggiurkan, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini sendiri pernah diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia suatu ketika dahulu.

Namun jika ada yang menyedari atau perasan terutama di laman Instagram miliknya, Kilafairy sebenarnya sudah ‘berubah’. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan.

Ya... Kilafairy tak seksi lagi dan itu antara komen popular yang mula menerpa di fikiran. Tak kurang juga yang mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa perkahwinan.

Ditanya akan perkara itu, empunya diri mempunyai penjelasannya.

“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.

“Step by step... insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.

“Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti ... oh badan dia cantik mahupun seksi!,” ungkap Kilafairy.

Penyanyi lagu Put The Word In ini lebih selesa kini mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahanita berjaya.

“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah.

“Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda.

“Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.

Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lagi lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.

“Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.

“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya  boleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran.

“Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.

“Malah menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya
dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

“Hingga menjurus kepada masalah kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak teratur selain cabaran masa kehamilan,” katanya.

Bahkan, Kilafairy sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.

“Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.

“Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.



“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita.

“Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting.

“Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.

“Bukan sahaja daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT ,” katanya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday 25 January 2020

RM 14.60 je satu set Fortune Burger Cheese atau Blackpepper Marrybrown!

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

Sekali lagi Marrybrown tampil untuk Kongsi Fortune dengan set menu promosi terhad pada waktu perayaan ini iaitu Fortune Burger. Didatangkan dengan dua set pilihan iaitu Set Cheese dan Set Blackpepper.

Anda dapat burger, golden fortune fries dan minuman oren Minute Maid saiz biasa dengan harga RM 14.60 sahaja.


Kedua-dua burger ini ialah burger ayam empuk bahagian peha yang digoreng rangup di luar lembut di dalam. Saiz juga adalah sangat berbaloi dan tidak kecil.

 
Poster rasmi

Black Pepper

Inti burger ini ialah ayam yang diletakkan sos black pepper, cendawan butang, bawang besar dan mayonnaise. Ini merupakan ‘personal favorite’ saya sebab ada sedikit rasa pedas-pedas dan tidak manis pun. 



Cheese

Bagi inti burger cheese pula dilengkapi dengan ayam yang diletakkan sos keju dan daun salad rangup. Ini juga tidak kurang hebat dari segi rasa. Cukup rasa, tidak masin, tidak manis bahkan tidak memuakkan pun!

Rasanya sangat-sangat seimbang.



Promosi Fortune Burgers Marrybrown ini boleh didapati di seluruh cawangan di Malaysia. Promosi menu terhad ini telah pun berlangsung sehingga 25hb Februari atau bila-bila masa mengikut stok Marrybrown.

Harga RM 14.60 ialah harga untuk set bersaiz biasa tidak termasuk cukai ekstra dibeberapa tempat lain.

Maklumat lebih lanjut boleh layari:

Laman rasmi: https://marrybrown.com/
Laman Facebook: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/marrybrownmy/