Tuesday 9 June 2020

Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

KUALA LUMPUR:  Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.



Bahkan penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini.




Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang.



Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.







Video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.



Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.

“Jadi  sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua  sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.

Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.

“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan

“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.

Monday 4 May 2020

TOKIDOKI X GUARDIAN: Siri Thermal Set Esklusif (Beg + termos + balang makanan)

Mei 2020 - Sekali lagi jenama Tokidoki bekerjasama dengan Guardian untuk melahirkan siri set Thermal Esklusif dengan corak yang menarik! Set yang terhasil dek kerana sambutan siri beg travel yang lepas, set baharu diperkenalkan kini boleh didapatkan di Guardian Malaysia sahaja.

Jom kita lihat apa set terbaharu ini!


Set thermal esklusif ini terdiri daripada tiga komponen iaitu beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal RM 500ml. Rekaan edisi khas Tokidoki X Guardian oleh Simone Legno sebagai pereka dan pengasas ini boleh didapati dengan dua warna iaitu biru lembut dan merah jambu lembut.

Penjualan bermula pada 1 Mei lepas sehingga 31 Mei 2020 dan sehingga habis stok.

Apa yang menarik?

1. Set ini termasuk dengan beg termal.
2. Rekaan esklusif daripada Tokidoki sendiri!.
3. Balang makanan termal di lengkapi dengan sudu boleh lipat.
4. Diperbuat daripada besi tahan karat level 304 - selamat untuk penyimpanan makanan dan minuman.
5. Termos dan balang yang mempunyai dua lapisan dinding untuk mengekalkan suhu lebih lama.
6. Dapat mengekalkan suhu SEJUK makanan dan minuman sehingga 10 jam.
7. Dapat mengekalkan suhu PANAS makanan dan minuman sehingga 8 jam.

Jom lihat lebih jelas lagi kedua-dua warna pilihan yang ada untuk siri ini.

Set thermal bewarna biru

Beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal 500ml bewarna biru lembut.


Set thermal bewarna merah jambu

Beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal 500ml bewarna merah jambu lembut.

Cara pembelian


Anda boleh ke mana-mana Guardian berdekatan dengan anda ataupun membeli secara atas talian di laman web rasmi Guardian. Manakala anda boleh membeli set thermal ini sama ada dengan harga RM 80 (PWP) ataupun RM 179 (harga biasa) mengikut kesenangan anda.

Caranya pula mudah iaitu:

1. Melalui pembelian harga RM 80 PWP (Purchase with purchase)

Untuk menikmati harga RM 80 PWP, anda hanya perlu berbelanja minimum RM 20 dalam satu resit atau pembelian jenama yang mengambil bahagian* seperti Garnier dan sebagainya.

atau

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM40 dalam satu resit atau pembelian tanpa mengira jenama dan barang di Guardian.

Pembelian di kedai fizikal boleh di buat dikaunter pembelian ketika sesi pembayaran. Manakala, pembelian secara atas talian boleh dilakukan dengan memilih pilihan set anda dengan 'add to cart' dan diskaun akan ditunjukkan ketika sesi 'check out'.


*Jenama yang mengambil bahagian dalam pembelian minimum RM 20 dalam satu resit ialah Bio Essence, Garnier, Herbal Essence, Maybelline, Nano white dan Sunsilk.

2. Melalui pembelian harga biasa RM 179

Untuk pembelian harga biasa, anda boleh terus ke kaunter pembelian di kedai fizikal untuk pembelian. Manakala melalui atas talian, anda boleh terus 'add to cart' seperti biasa. Tiada had minimum pembelian di syaratkan.

Anda boleh membuat pembelian online di Guardian store melalui link ini https://bit.ly/3cV1qFM .

Untuk peringatan, pembelian set ialah terhad kepada satu set sahaja untuk setiap transaksi samada di kedai fizikal mahupun atas talian. Segala jualan dan promosi tertakluk kepada terma dan syarat Guardian Malaysia.









--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan bulan ni dah bulan puasa dan beberapa sektor ekonomi sudah dibuka, anda boleh gunakan ini untuk menyimpan juadah berbuka puasa anda di dalam ini. Anda boleh meminta peniaga meletakkan makanan dan minuman anda di dalam ini. Boleh lah kurangkan penggunaan plastik kan.

Selamat berpuasa!

[ Artikel SIRI BEG TRAVEL TOKIDOKI X GUARDIAN di sini]

GUARDIAN Malaysia

Friday 24 April 2020

Jenama Terkenal Muslimah Buttonscarves x Elfira Loy Perkenal The Maharani Series

KUALA LUMPUR: Elfira Loy yang pernah terkenal di Indonesia dengan gandingan bersama Randy Pangalila telah mencipta satu fenomena yang menarik perhatian ramai. Kini, Elfira Loy baru-baru ini  pula telah mencipta sejarah tersendiri apabila disunting untuk  bekerjasama dengan jenama tudung popular iaitu Buttonscarves.



Buttonscarves merupakan jenama hijab dan ‘modest’ terkenal di Indonesia dengan memiliki seramai 235K pengikut di laman instagram rasmi mereka. Ini telah menarik perhatian apabila mereka menyunting Elfira Loy dengan 4.8 Juta pengikut di Instagram, juga seorang artis di Malaysia yang pertama bekerjasama dengan mereka.

Sebagai permulaan, Buttonscarves x Elfira Loy tampil dengan sebuah koleksi istimewa yang dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Menerusi  koleksi ini, The Maharani Series akan mula dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia. Antara lain, koleksi ini mempunyai 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Perkataan Maharani itu sendiri bahkan sangat sinonim dengan negara India sendirinya.

Menariknya, koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai. Sesuai digunakan ketika musim panas dan bahang yang ketika ini sedang berlaku.

Pendapat Elfira Loy

Mengenai kerjasama istimewa ini, Elfira menggambarkan kerjasama mereka tercetus dengan pantas dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Katanya lagi di dalam temubual,

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.”

“Ketika itu pihak mereka menganggap perancangan itu terlalu tergesa-gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka pun tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.”

“Buat permulaan kerjasama ini akan berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah jika tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan.”

Lebih mencuit hati, menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu lagi, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.



Elfira Loy turut menyambung,

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.”

“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga, saya sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.”

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani.”

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.”

“Jadi saya memang ternanti-nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.”

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya lagi.

Pandangan Pihak Buttonscarves

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.



Wakilnya juga Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea berkata,

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita-cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri adalah negara serumpun yang berhubungan baik.”

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Bahkan personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.”

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak.”

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita.

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.”

“Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan.”

“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka kerana banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya.”

The Maharani Series


Video Teaser The Maharani Series

The Maharani Series kini boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com.  Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi telefon pintar Buttonscarves. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma di Apple Store dan Playstore.

Ketika ini juga pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantaran percuma kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Harga jualan pula bermula dari RM125 hingga ke atas. Sebahagian hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan disalurkan untuk membantu mangsa COVID-19 di Indonesia dan juga Malaysia.

Secara ringkas, jenama yang bermula sejak 2016 ini terus sukses dan utuh bukan hanya di pasaran Indonesia malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Bahkan hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Untuk mengetahui info lanjut mengena Buttonscarves X Elfira Loy boleh lah merujuk ke informasi seperti di bawah:

Info
Instagram: buttonscarves

Tuesday 14 April 2020

Dituduh menggunakan pengaruh Datuk K, Asyraf Khalid bengang.

KUALA LUMPUR:  Lagi lagi Datuk K? Ala senanglah bisnes maju sebab kabel bapa sendiri yang power? Datang daripada keluarga senang, nak apa petik jari mesti dapat? Dan macam macam lagi pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila mula meneroka dunia niaga.

Anak ketiga daripada lima beradik kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.

Asyraf bersama isterinya Tya Ariffin.

Siapa tak bengang segala usaha titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan perniagaan jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.

Malah, bapa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.

Meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.

Gambar rasmi Tya Ariffin  bersama produk Jamu Mutyara


Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit yang diusahakan oleh Kilafairy serta Jiwaku Kids yang menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang-kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.

“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.

Jelasnya lagi, dia  mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam-macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul-betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih  kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.

Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.

“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.

“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya  bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.

Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersialkan.

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekaligus membantu lebih ramai orang di luar sana sama-sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama-sama berniaga jamu berkenaan.

“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.

“Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.

“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.

Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.

Ayraf Khalid ketika sesi 'Opportunity Sharing'

“Saya tengok kejayaan sebegini jadi inspirasi dan penyuntik semangat. Sebagai contoh ada rakan niaga saya yang buat jualan  tahun lepas mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah buat keuntungan lebih RM15 juta.

“Kejayaan dia itu jujur buat saya cemburu  dan bengang. Namun dalam konteks yang positif. Mereka mula dengan tak ada apa-apa namun boleh berjaya. Lalu kenapa  saya tak boleh berjaya macam itu dan jadi seperti mereka?,” katanya.

Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu.

“Kalau mahu berjaya dengan cara sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.

“Maka wujudlah stigma guna artis senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya gulung tikar dan lingkup.

“Pada akhirnya semua berbalik kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.

Katanya lagi, produk yang dijual itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis atau pengaruh saja.

Malah Asyraf juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.

“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga

“Sebenarnya nak buat bisnes  ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.

“Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.

“Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari  RM 1000  hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.

“Kita ada buat Business Opportunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.  Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya

Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.

“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.

“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.

“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.

Sedari dulu, Asyraf  hanya mahu membanggakan ayahnya.

“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala-galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi dengan terus berada di bawah ketiaknya.

“Sebenarnya awal tahun ni, ayah ada  meminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun  saya fikir, sekarang adalah masa untuk membantu  isteri dan pasukan Jamu Mutyara  melangkah ke tahap yang lebih tinggi.  Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.

Video bual bicara

Info
website: www.mutyara.com
Ig: @mutyarabeauty


Produk Jamu Mutyara

Berminat menjadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk dibantu oleh team Mutyara.