Tuesday, 29 May 2012

Saya rasa kekosongan.. MENGAPA???

Baru semalam saya menjejakkan kaki keluar dari kem PLKN. Terasa berat sangat perasaan yang menjengah ruang perasaan saya. Tidak di sangka-sangka, saya sebenarnya terasa perasaan yang sangat-sangat kosong.

Bayangkan, walaupun saya tidak sempat menghabiskan masa latihan di kem tersebut (hanya sebulan-sepatutnya dua bulan dua minggu), tapi saya terasa amat akrab dengan kawan-kawan yang berada di sana. Terasa sedih yang teramat sedih untuk meninggalkan mereka. Kami di sana 24 jam seiringan. Makan, tidur, mandi dan membuat bermacam-macam aktiviti bersama-sama.

Saya sentiasa merindui mereka. Sayang sangat-sangat. Tapi saya terpaksa menerima hakikat yang amat pahit untuk diterima ini kerana masa hadapan saya dalam melanjutkan pelajaran tidak harus ditolak.

Kawan PLKN, saya sangat merindui anda.


Tata....

No comments:

Post a comment