Wednesday, 17 July 2013

Sedihnya generasiku..

Assalammualaikum.. :)

Entri kali ni lebih bersifat serius kerana aku sendiri membahasakan diri sebagai 'aku' berbanding sebelum ni iatitu 'saya'. Bukan kerana penggunaan kata diri pertama tapi kerana sedihnya generasiku.

Generasiku khusunya di entri ini disifatkan sebagai generasi Y yang lahir pada tahun 80an sehingga 90an. Ya, aku sememangnya generasi Y. Tapi aku terlalu sedih kerana apa yang  dijangkakan dari generasiku tidaklah mencapai matlamat. Matlamat seperti generasi IT, generasi pemangkin, generasi berjaya dan sebagainya amatlah kurang sekali dicapai.

Hal ini kerana aku lebih merasakan generasi ku kini mudah dimanipulasi dengan IT, mudah terpedaya tanpa bukti serta mudah termakan emosi tanpa memikirkan sesuatu itu benar atuapun tidak. Mungkin orang boleh berkata padaku bahawa aku ini pelajar jurusan undang-undang lalu aku berfikir lain daripada kawan ku yang lain. Hakikanya teman sejurusan juga sama seperti generasi Y yang telah hanyut dari sasaran asal generasiku.

Aku tentu sekali sedih kerana generasiku bersikap sedemikian. Mereka gemar bercerita tentang sesuatu perkara tanpa bukti. Jika ada bukti sekalipun, bukti itu tidak sahih mahupun palsu. Setiap perbualan generasiku yang kononnya berilmu dan bermaklumat hanya lah auta semata-mata kerana mereka berkongsikan cerita palsu dan membahaskan perkara yang boleh dipatahkan begitu saja hujahnya. Namun apabila dihujah dan dibahas, mereka enggan menerimanya lalu mengatakan yang si polan si polan ini  menyokong sesuatu yang bertentangan dengannya. Maka wujudlah pergaduhan.

Agak kecewa apabila melihat generasiku yang menghampakan generasi X yang sebelumnya kerana mereka mengharapkan terbaik dariapda kita.

Generasiku, alangkah indah jika kita menggunakan akal untuk berfikir setiap tindak tanduk kita sebelum melakukannya. Jika hendak didengari bukan bermaksud untuk protes namun tunjukkan kebenaran dengan kejayaan yang tidak mungkin disangkal. Jika hendak bercerita, cerita lah dengan ilmu yang bersifat neutral dan penuh pengisiannya dengan bukti agar dapat dijadikan buah fikiran. Walaupun memakan masa yang agak lama untuk meyakinkan namun keyakinan yang diperolehi tidak senang digugat. Maka wujudlah generasi yang memang diyakini akan kata-katanya, didengari buah bicaranya dan diikuti tindak tanduknya.

Jadilah generasi yang menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Janganlah kerana berbeza ideologi, fahaman, agama dan bangsa, kita saling berjauhan. Mungkin ada yang mengatakan selagi wujud perbezaan ini, selagi itu kita tidak mungkin bersatu. Ini semua hanyalah kata-kata orang pesimis. Ya aku katakan di sini bahawa orang itu pesimis.

Jika di situ ada kemahuan, di situ ada jalannya, maka mengapa mengtakan bahawa perbezaan yang wujud sebagai halangan? adakah orang seperti ini tidak mengharagai keunikan dan kepelbagaian yang wujud? sebagai orang yang yakin dia tidak seharusnya menyalahkan sesuatu atas kegagalan yang tidak dicapai. Ini tindakan pengecut kerana dia tidak boleh menggunakan kepelbagaian ini untuk berfikir dari setiap aspek. Jika diikiutkan, banyak lah perspektif boleh dibincangkan serta keputusan yang utuh dapat dijanakan.

Oleh itu wahai generasiku, janganlah berfikiran pendek yang dipenuhi emosi. Tolonglah aku merayu agar berfikir menggunakan fikiran yang dikurniakan untuk bermuafakat. Adakah anda bangga apabila dapat merendahkan orang lain? sedangkan aku rasa aku lebih bangga menunjukkan kejayaanku. Fikirlah sewarasnya dan jadilah seorang yang neutral apabila memberi hujah. Tidak salah untuk menyokong apa-apa ideologi.

Berubah sebelum terlambat. Jangan dikuasai fikiran oleh ideologi yang ingin menjatuhkan yang lain kerana kita generasi Y mampu buat yang lebih cemerlang. Biar kita yang memimpin dan menerajui minda sendiri tanpa dimanipulasi. Sejujurnya akk sangat sedih akan hal ini.

Buka minda, bicara dengan rasional dan jadilah seseorang yang dilihat sebagai individu bermatlamat sendiri.

Itu saja dari bingkisan hati. :D
Tata~

No comments:

Post a comment