Thursday, 28 November 2013

Ada apa pada nama?

Hai.. satu rahsia ingin dikongsi bersama anda----> esok saya mempunyai perperiksaan tengah semester!!!!

Dushhhh.. tumbuk muka sendiri secara maya*

Haiihh.. sempat menyempat nak menaip bagai buat entri kali ni.. hee.. ala bukan apa pun sebab tekanan perperiksaan esok membuatkan saya nak melepaskan sedikit sebanyak tegangan. Hmm, nak tau subjek apa esok? Tentulah subjek 'Contract Law II'!!! Susah wooooo~

Tak pe Thirteen, tak pe.. buat je sebab dah belajar kan. Konon* Baiklah mari kita alihkan kembali perhatian kepada tujuan utama entri ini ditaip. Heh heh heh.. Ada apa pada nama? Asal tetiba nak cerita pasal nama ni kan? Bukan nya tak tahu nama empunya blog ni... [Mungkin lah kot]

Sebenarnya saya nak kongsi serba sedikit pasal nama asal, nama panggilan dan nama-nama gelaran saya. Yelah, sebalik nama tu mesti ada sejarahnya. Alkisah bermula.....

Nama sebenar - Siti Norzainiza

Nama panjang lawa kan. Heeee~ Nama 'Siti' tu tak ada kaitan dengan yang hidup tak ada kaitan dengan saya, tengah koma, tengah nazak mahupun yang telah meninggal dunia. Tapi 'Siti Nor' itu diambil bersempena nama kakak saya yang bermula dari 'Siti Nor' dan nenek sebelah ibu (dan kakak saudara) juga bernama 'Siti' dihadapan. Resmi keluarga lah bak kata kan. Senang cerita. Saya tak boleh nak jadi terlampau istimewa dengan takda nama 'Siti' mahupun 'Siti Nor' tu.

Kalau tertanya-tanya kenapa 'Nor' bukan 'Nur', ibu saya merujuk kepada kakak saudara saya bernama 'Noor' yang disingkatkan menjadi 'Nor' yang bersamaan maksud 'Nur' (Cahaya).

Yang paling terbaik, nama 'Zainiza' tu. Istimewa sesangat sebab~~~ 'Zaini' ialah nama ayah saya dan '-za' ialah nama ibu saya. Mesti pelikkan kenapa nama ibu saya boleh jadi '-za' bukannya '-jah'. Nama ibu saya ialah Ajijah Chong. Jadi agak mustahil lah nak letak 'Zaing' ke, 'Zaining' ke, 'Zainong' ke.. Alkisahnya, nama yang nak diberikan kepada ibu saya ialah Azizah atau Aziza. TAPI, orang di jabatan pendaftaran pada tahun 1961 tu boleh pulak letak nama Ajijah. =.="  Ini kisah benar ye~ Oleh hal yang demikian nama saya diambil dari nama asli ibu saya yang sepatutnya dan digabungkan dengan nama ayah menjadi 'Zainiza'. Sadisss~ Namun saya bersyukur sebab ada nama lawa. HAHAHAHAHA..

Jadi dalam erti kata lain nama saya boleh diterjemahkan sebagai (dalam bahasa arab) ialah Puan Cahaya Perhiasan Berharga Dihormati Mulia *agak-agak* (Siti Norzainiza - "Zaini" dan "Azizah" dipisahkan sebab nak ikut niat asal ibu dan ayah)

Senang cerita, nama saya ni boleh dikatakan Puan Cahaya Perhiasan Berharga Mulia yang dihormati~ Chewahhhhhh~

Nama pena: Thirteen Persona

Yang ini agak menarik~~~ Kenapa pulak boleh tertiba nama pena jadi Thirteen Persona kan~

Alkisah bermula, tersebutlah kisah di mana antara nombor yang saya suka ialah 13. Jadi 13 tu Thirteen lah kan, hue hue hue.. Yang lebih menarik kenapa saya boleh suka nombor 13 ialah saya mencampurkan hari kelahiran (10) dengan bulan kelahiran (3) jumlahnya menjadi 13. Hee~ Antara sebab yang lain, nombor 13 kira boleh jadi nombor bertuah [suka sangat kot, tu lah rasa bertuah je bila dapat nombor ni.. ^o^]

Tambahan pula, Persona bermaksud karakter yang dipersembahkan oleh seseorang ataupun karakter yang orang lihat pada diri seseorang. Antara maksud lain ialah peranan karakter yang dimainkan oleh seorang pengarang atau pelakon.

Dapat kaitkan tak?

Bagi saya 13 itu istimewa dan saya sebagai seorang pengarang mempersembahkan karya melalui satu watak iaitu Persona yang ketiga belas. Iaitu tinta yang  dikarang penuh dengan daya Persona yang melindungi diri 'Siti Norzainiza'. Kira macam tu lah. Sebab 13 bermaksud sangat-sangat dalam dan dengan menggabungkan maksud kedua-duanya sudah boleh merangkumi definisi sastera dan psikologi maksud ayat itu.

Walauapapun, saya lebih gemar jika orang boleh mengenali saya sebagai Thirteen Persona sebagai pengkarya hasil saya. Ala, kalau susah panggil je Thirteen kan senang. :D Jangan panggil Persona je, macam nama kereta je. Haahaha.. lagi satu, Persona itu memang diri saya jadi agak berganda maksud itu nanti bila saya dipanggil sebagai Persona.

Nama gelaran 1: Zai/Zainiza

Zai ataupun Zainiza.....

Nama gelaran yang paling banyak dipanggil. Sebab macam lawa je bunyi kan. Siap nyanyi lagu, "Zai, Zai, Zai, Zai.. di tepi pantai yang indah.. " entah apa lirik.. :P

"Unggas berterbangan di sekeliling pantai
bertambah menarik dari pandangan mata
bayu yang berhembus menyegarkan di jiwa
membuatkan hati duka menjadi riang
zai zai zai zai
zai zai zai zai
zai zai zai zai
zai zai zai zai"

Apa macam?  Boleh nyanyi satu lagu? Hee~
Tapi Zai ialah gelaran yang agak normal kepada adik-beradik saya sebab semua ada nama Zai. Jadi sesiapa tengok saya tengah bersama dengan adik-beradik tu, panggil nama penuh ye, semua pusing karang siapa nak layan. Hee~

Zainiza ni orang akan panggil saya kalau mereka rasa nak panggil nama saya, mereka rasa nama ni lawa ataupun dah tau yang lain ada nama Zai jadi lebih baik panggil nama panjang sikit. Nama Zainiza lawa kottttttttt~~ Macam cantik yang bersifat teguh. Heh heh heh.. *PERASANNYA~*

Nama gelaran 2: Siti

Nama Siti ni pun boleh tahan juga orang yang panggil saya macam ni. DAN siap ada lagu lagi kan.


"Kerana percayakan Siti
tercetus revolusi ini
tapi ironinya cinta kami tak jadi

Kerana percayakan Siti
lalu ku berani kan diri
merentasi dunia
demi mengejar mimpi"

Jadi kawan saya memang tak kan sah kalau tak pernah nak kenakan saya dengan lagu ni. 
Ha, satu lagi.. kenal tak siapa SITI SIFIR?? Tak tahu lah siapa zaman-zaman budak sebaya tak tengok Along~ A! L! O! N! G!.. ALONG!!! Siap panggil saya Siti Sifir pulak. Dah lah memang benci sifir ni sikit walaupun teramat sukanya Matematik. =..=

Tapi Siti ni sebab nama paling depan, jadi senang orang nak rujuk kita siapa. Macam tu je lah~

Nama gelaran 3: Zain@Zane

Nama Zain@Zane sebut sama je. Nama ni saya perkenalkan lama tapi entah kenapa pulak ramai tak pandai sebut. Tapi bila dah tulis Zane, boleh pulak nak sebut Zain. APAKAH MAJIS ini?? MENARIKKKK

Yang paling lawak, saya minta kenalan saya panggil saya Zain tapi tak pandai nak sebut jadi mereka panggil saya Za-En ataupun Za'Ein. ENTAH???? Sebab mengalah nak mengajar menyebut Zain sekali lafas tu mengalahkan budak tadika sebut su-su tuuuuu, saya suruh je mereka panggil saya Zai ataupun Siti. Kan senang cerita. Yang tu tak tahu sebut tak tahu lah.

Dan lagi yang lawak nya bila saya kenalkan nama saya Zai, boleh pulak panggil nama saya Zain. Lawa pula sekali hembusan nafas je.. ENTAH???? KELIRU ANTARABANGSA WOOOOOO!! Majis sangat tragedi ni. Tapi kadang-kadang tu mereka tak pasti nak panggil Zain jadi mereka sebut Zaaaaaiiiiiin.. bunyi 'n' tu macam dengar tak dengar je. Hahahaha.. haiih.. ada jugak kan. Oleh sebab banyak yang nak panggil Zain tak pasti, saya suka buat nama Zane untuk mempermudahkan mereka. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, ada tapi tau....

Orang boleh fikir saya ni celup mat saleh (bangga kejap lah ^o^) sebab nama Zane tu lah punya pasal. DAN mereka cakap muka saya ni ada macam orang putih. "Entah tang mana pun aku tak tau lerrrr" = Entah bahagian mana kat muka ni nampak macam mat saleh. Kulit cerah pun cerah Asia. 
Tapi orang dah nak cakap diri ini nampak mat saleh kan, terima je lah.. hue hue hue..


Jadi tu je lah yang sempat saya kongsi pasal ada apa pada nama saya. Sebab saya terlampau banyak nama gelaran. Orang dah nak panggil "cenggitu" = macam tu nak buat "cenggana" = macam mana. Tapi bagi anda yang mengenali saya di blog ini, panggil lah saya Thirteen ye.. Jangan pulak kata tak Islamik pulak sebab nak nama macam ni. Dalam Islam sendiri mengatakan berilah nama anak yang baik dan panggil lah dengan nama yang baik. Di sebalik nama Thirteen Persona ada mempunyai rahsia yang saya ingin simpan tapi memang benda elok lah jugak. 
Jadi jangan malu nak sesegan sesilu sepupu sepipi panggil saya Thirteen Persona. :D

Hee.. tu je.. Wassalam dan Tata~


No comments:

Post a comment