Sunday, 22 December 2013

Jiwa usang tiada pengunjung

Hari makin datang makin meninggalkan apa yang telah kita mulakan dulu. Janji mungkin padam, ingatan mungkin hilang, rasa mungkin berubah tapi hubungan galur utuh memasak ke bumi tak mungkin goyah kerana pertalian itu darah pengalir uratnya. Masakan pula yang digelar 'ayah','ibu','kakak','abang', dan 'adik' daripada darah yang serupa pudar ditelan masa.

Namun, tidak sedar kerana dek terganggu tumpuan diri, janji yang disemai kepada kerabat sendiri terus dilupai dan terus saja dimungkiri. Sampai kala ada yng terluka kerana berfikir janji itu masih ada. Kerana sayangnya berkerabat itu dia masih memakan diri tapi jiwanya makin usang kerana tiada yang sudi mengunjung tiba. Mungkinkah pelayar dari jauh datang bertandang jika penduduk setanah tidak ambil peduli?

Kerabat handai dulu bergaul mesra,
bersengketa lagi boleh bercanda,
satu yang dicerca, yang lainnya akan mendatang,
utuh teguh tak terfikir akan jatuh...

Sekala terkehadapan tak mungkin terduga,
aral mendatang, malang menimpa,
terpisah jalinan kerabat setia,
saat gempita sudah pun tiba...

Andai kerabat tahu,
andai kerabat sedar,
belas kasih tiada bermaksud bersama,
mengandung hati tiada bermaksud berjauhan,
disitu lah ada mata yang memerhati,
disitulah jua ada telinga yang mendengar...

Jasad yang kecil itu pada dasarnya jahil,
enggan menerima hakikat, enggan mengakui realiti,
 sayang seribu sayang, kasih sejuta kasih,
si jasad kecil tunas menjadi sang kerabat yang berperibadi,
namun sayang seribu sayang, kasih sejuta kasih,
kerabat lama memirsanya laksana dulu kala...

Namun dia tetap gagah berkayuh memacu kehadapan,
yakin akan kerabat mungkin menyatu, menyatu seperti dulu,
enteng pada pandangan kerabat itu,
baginya kerabat itu perlu berserikat teguh dan padu...

Takdir pula kini menyapa dalam perjalanannya,
kerabat demi kerabat dirampas dan direntap daripada dirinya,
sedih kian menebal ketika kerabat sendirinya yang rela,
pemergian itu buat dia menggigil memberhentikan langkah...

Si jasad kecil punyai tiada cinta pada sesiapa,
Si jasad kecil tidak tahu mana erti penghunjung,
masa depan kejapnya siang kejapnya gelita,
jiwanya usung tiada pengunjung...


Tata~

No comments:

Post a comment