Wednesday, 11 March 2015

Saya mimpi tentang seorang mat salleh ni!

Salam semua.. :)

Sebenarnya saya ada mimpi pasal seorang mat salleh ni dua hari yang lepas kalau tak silap. Sebenarnya saya bukan saja nak suka-suka taip pasal mat salleh seorang ni. Kalau anda nak tahu, saya ni selalu bermimpi yang berulang-ulang dan ada jugak mimpi saya jadi kenyataan.

Jadi tu yang buatkan saya menjadi seorang yang sangat ingin tahu!

Mimpi saya tentang mat salleh ni dah kira beberapa kali jugak muncul masa dalam tidur tu sejak saya berumur berbelasan lagi. Umur dalam sebelas tahun macam tu. Kalau tak silap.. ataupun mungkin saya mimpi sebelum umur sebelas tapi tak ingat.

Sayang sangat sebab saya tak pandai nak terangkan rupa  mat salleh seorang ni. Haha.. yang penting kulit cerah, badan tegap, tak besar sangat dan agak jauh tinggi dari saya. Rambut dia memang keperangan bukan hitam atau kuning tapi memang perang cerah tu!

Berbalik kepada cerita, dia memang membesar tiap kali dalam mimpi saya tu! Sebab macam mimpi saya yang lain, walaupun saya asyik mimpi bertahun lamanya, namun watak dalam mimpi tu kekal awet muda. Haha.. Bukan kah ini menjadikan saya ingin tahu? Kiranya saya membangkitkan cerita saya ni sebab dia muncul bila hampirnya hari jadi saya.

Masa kecik saya mimpi dia main dengan saya kat tiang lampu.. main kejar-kejar kat padang rumput. Dah besar sikit saya mimpi kat kafe minum-minum je. Tak main sangat macam masa budak-budak dulu. Dan yang paling terbaru ni, saya mimpi dia ikut saya pergi rumah siapa entah, sambil memberi bungkusan yang tak jelas dan berbisik sesuatu. Saya ketika itu terasa seperti perisik antarabangsa. Hue hue hue..

Namun.....

Adakah si mat salleh ni akan muncul dan mengaku bahawa dia juga ada memimpikan saya? dan dia juga akan mengaku bahawa saya merupakan adik beradik kembar dia? :o

Mungkin dia akan datang betul-betul suatu hari nanti untuk memberitahu bahawa saya memang anak kepada 'Encik Johnsons'??? Jika betul.. saya akan amat terkejut beruknya sekali. Bayangkan lah sejak umur dalam 4 tahun atau 7 tahun kot saya suka bermain dengan keluarga saya bahawa saya ni anak angkat! Dan ayah sebenar saya ialah Encik Johnsons! Nama Johnsons tu tak tau la dari mana saya dapat sebenarnya! Haaaaa bukan main macam plot drama kan?

Tapi tu amat mustahil sebab saya memang anak kandung kepada ibu bapa saya. Haha.. Mungkin mat salleh ni datang sebab dia ditakdirkan untuk jumpa saya sebab kami berkongsi kuasa ajaib yang mampu melindungi bumi dari serangan angkasa? (lagi lah macam plot dalam tayangan gambar!!!!).

Walauapapun, Insha Allah suatu hari akan terbongkar jugak misteri ini. Dia sama umur kot atau tua setahun dua dari saya. HAHAHA..

Doakan supaya identiti dia akan terungkai! Wassalam!
Tata~

No comments:

Post a comment