Sunday, 1 May 2016

Panggil "awak" pun saya tak kisah.

Salam!

Selamat menyambut hari pekerja (Malaysia) dan Selamat menyambut hari keluarga (Brunei)!

Tajuk tak ada kena mengena dengan ucapan. Haha. Sebab kenapa saya buat entri ni? Tada~ Hal ini kerana saya perasan jugak kalau sama-sama perempuan atau kadang-kadang lelaki ni dok panggil "sis", akak, yunk, sayang dan "dear".

Hehe..saya tak kisah tapi kalau panggil saya guna "awak" pun saya tak kisah.

Sebenarnya saya ada rasa macam pelik sikit, macam mana orang boleh guna perkataan-perkataan tersebut sehingga menjadi kebiasaan masyarakat? Terus terang kalau saya panggil orang panggil Cik, Encik, Tuan dan sebagainya. Senang cerita saya guna yang formal tu ha.

Pernah jugak nak merasa cuba guna "sis" semua tu tapi tak sampai pulak tangan ni dok taip. Entah! Mungkin saya tak biasa kot~~ Saya takut jugak kalau orang tu saya panggi dengan panggilan-panggilan tersebut rasa kekok ke, rasa saya terlebih mesra ke atau dia fikir "apa ke benda minah ni panggil aku macam ni?".

Saya banyak fikir agaknya, haha.

Jadi sampai sekarang saya memang guna formal. Kalau dah biasa sikit, saya guna awak atau "you" (perasan sikit nak jadi minah saleh). Namun, kalau orang nak panggil saya guna panggilan tersebut saya tak kisah pun cuma saya terus terang masih rasa janggal. Haha, tak tau nak bertindak balas kadang-kadang.

Cuma ada panggilan yang buatkan saya tersangat lah rasa krik-krik jugak. Iaitu "yunk". Tu singkatan sayang kan? Kalau orang tua-tua saya dah biasa kena panggil sayang memandangakan saya sangat disayangi (HAHAHA) tapi "yunk" ni saya tak dapat faham sangat konsep dia. Kalau nak singkatkan sayang jadi "yang" atau "syg" atau "yg" saya faham. "Yunk" ada "u" kat depan dan "k" kat belakang tu saya janggal.

Adakah "yunk" ni perkataan tak rasmi bagi "sayang" kepada orang luar? Kalau cik-cik kat luar panggil saya "yunk" saya layan je lah. Tak jadi masalah. Cuma, perasaan saya tu amat lah kacau bilau. HAHAHA. Tak tau nak layan kemesraan yang datang secara tiba-tiba tu. Hehehe..

Maaflah kalau entri ni buatkan anda tak selesa. XD

Kesimpulannya, bagi yang janggal macam saya ni, layan je lah sebab tu menunjukkan kemesraan. Bagi yang selalu guna ayat ni, saya tak nak komen kerana itu hak anda. Satu je pesan, jangan sampai abam-abam tergoda yaaaaa.. ;) Hehe.. Bagi abam-abam yang guna ayat ni, jangan guna sebab gatai sangat nak pikat anak dara orang naaaaa...

Tata!

No comments:

Post a comment