Friday, 1 November 2024

Bayi Spageti Pemenang Pertandingan JBABY PHOTO AEON!

Shah Alam, 3 November – AEON Malaysia dengan bangga mengumumkan pemenang Pertandingan JBaby Photo. Acara kemuncak ini diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 AEON di AEON Mall Shah Alam.

Finalis JBaby Photo AEON 

Pertandingan JBaby Photo

Pertandingan JBaby Photo, yang menerima lebih daripada 220 penyertaan daripada ibu bapa yang ingin merakam saat istimewa anak mereka, memanggil keluarga dengan bayi berumur 6 hingga 24 bulan untuk menghantar foto yang menonjolkan pertumbuhan, penemuan, dan perkembangan. Disokong oleh jenama bayi terkemuka seperti Sweet Cherry, Fairworld, Wan Lee Brothers, Leapfrog dan lain-lain.

Sebanyak 20 peserta yang layak mara ke peringkat akhir namun hanya 15 peserta yang dapat menghadiri peringkat akhir di AEON Shah Alam.

“Pertandingan JBaby Photo dan Fest adalah peringatan yang kuat tentang pentingnya memelihara anak-anak kita di setiap peringkat perkembangan mereka,” kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON Malaysia. 

“Sebagai ibu bapa, peluang untuk menyokong anak-anak kita agar mereka tumbuh dengan kukuh, sihat, dan seimbang adalah tidak ternilai. AEON komited untuk mencipta pengalaman yang memberi kuasa kepada ibu bapa, menawarkan mereka ruang untuk berhubung, belajar, dan meraikan pencapaian penting ini. Inti misi AEON terletak pada menyokong keluarga, dan JBaby Fest telah mengukuhkan ini dengan membawa orang ramai bersama untuk berkongsi kegembiraan keibubapaan.”

Bayi Spageti Pemenang JBaby Photo!

Pemenang jatuh kepada Bayi Spageti, Odilia Tan Yi Qing yang mengenakan kostum spageti bebola ayam yang dibawa menggunakan periuk stok oleh kedua ibu bapanya yang mengenakan baju chef! Mereka membawa Hadiah Utama iaitu Baucar Hadiah AEON RM2,000, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300!

Odilia Tan bersama ibu bapanya (kiri) dan Low Ngai Yuen (kanan) ketika pemberian hadiah

Selain itu, kesemua peserta yang hadir turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana kesemuanya turut diberi hadiah-hadiah lain.

Hadiah Pertandingan JBaby Photo:

Hadiah Utama: Baucar Hadiah AEON RM2,000, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300
Hadiah Kedua: Baucar Hadiah AEON RM1,500, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300
Hadiah Ketiga: Baucar Hadiah AEON RM1,000, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300
Tujuh Hadiah Saguhati: Mainan bernilai RM300 setiap satu
5 Hadiah Istimewa: Barangan penjagaan diri bayi

JBaby Fest oleh Kids Republic di AEON Shah Alam sehingga 3 November!

Pelbagai promosi, bengkel dan perkongsian di JBaby Fest

Acara kemuncak, yang diadakan sebagai sebahagian daripada JBaby Fest yang diadakan oleh Kids Republic. Kids Republic merupakan bahagian kanak-kanak dan bayi daripada AEON yang menampilkan campuran aktiviti yang meriah, dari bengkel yang menarik dan penampilan maskot hingga sesi interaktif, termasuk aktiviti mewarna yang diketuai oleh Leapfrog. 

Acara JBaby Fest ini terletak di Centre Court, AEON Mall Shah Alam yang sudah pun bermula sejak 29 Oktober lepas sehingga 3 November ini.

Juga tonton video Tiktok sepanjang acara JBaby Fest dan JBaby Photo Final di sini:
@zandra.zane Tahniah bayi spageti memenangi AEON Jbaby photo Contest! TAPI TUNGGU, Jbaby Fest masih berlangsung di Centre Court AEON MALL Shah Alam sehingga ahad ni tau. Bacaan lanjut baca di thirteenpersona.blogspot.com @AEON Malaysia #aeonretailmy #jbabyfest #kidsrepublic #aeonshahalam ♬ Kids & Toys - FASSounds

Acara AEON dan JBABY Photo lain!

Selain Pertandingan  JBaby Photo, AEON turut melaksanakan beberapa pertandingan dan aktiviti menarik sepanjang tahun. Sebagai contoh pertandingan memakan roti kentang La Boheme, aktiviti mewarna kanak-kanak, beli sambil menang hadiah di AEON. 


Untuk maklumat lanjut mengenai acara akan datang AEON dan Pertandingan Foto JBaby, sila lawati https://aeonretail.com.my/jbabyphotocontest/.