Monday 4 March 2019

Sesi suai Guardian bersama Dr Buds Organics dan Karen Murrell #guardiangayasquad

Assalammualaikum semua,


Pada hari selasa lepas saya berkesempatan menghadiri sesi suai bersama Dr Buds Organics dan Karen Murrell. Program ni adalah sesi khas bagi mengenali dengan lebih lanjut apa dia kedua-dua jenama yang ditampilkan.
Di sesi suai Guardian #guardiangayasquad


Dr Buds Organic Hair Loss Rescue

Dr Buds Anti-Dandruff Rescue

Jenama Karen Murrell

Soalan: Apa kisah disebalik penubuhan jenama ini?

Dr Buds Organics: Merupakan satu jenama pecahan untuk jenama Buds Organics. Buds Organic dibina bersama oleh KK Soo untuk anak-anak kecil beliau yang menghidapi eczema. Beliau menggunakan pengalaman dan latihan sebagai ahli kimia untuk menghasilkan produk Buds Organic.

Kesinambungan daripada Buds Organic yang befokuskan kepada anak-anak kecil, KK Soo memutuskan untuk menghasilkan produk yang berfokuskan kepada  remaja ke atas (Sampai tua pun boleh tau) dan ini juga berkaitan dengan pengalaman beliau dan anak-anaknya yang meningkat remaja. Lalu terhasilah Dr Buds Organics. Perkataan Dr disini memberi petunjuk bahawa produk ini juga khas untuk 'merawat' masalah yang dihadapi.


Karen Murrell: Di bina sendiri oleh Karen Murrell selaku pemilik bersama pada tahun 2004. Berminat dengan lipstik yang di buat daripada bahan natural, selamat diguna serta berkualiti tinggi. Maka terhasilah jenama Karen Murrell.

Antara produk dari rangkaian Dr Buds Organic hair care dan kesemua 20 warna lipstik Karen Murrell

Soalan: Bagi sesi suai Guardian ni, apa yang diperkenalkan daripada Dr Buds Organics dan Karen Murrell?

Dr Buds Organics: Dr Buds memfokuskan kepada dua jenis penjagaan rambut iaitu Dandruff Rescue dan Hair Loss Rescue. Kedua-dua ini adalah masalah yang sangat banyak terjadi dengan kita..

Mereka memperkenalkan set rangkaian penjagaan penuh untuk mendapatkan keputusan yang lebih efektif bermula dengan syampu, pelembap rambut dan serum. Tujuannya juga berbeza-beza dari segi membersih secara keseluruhan, melembab dan merawat kulit serta helaian rambut dan akhirnya serum untuk menggalakkan kulit kepala yang sihat.

Diperbuat daripada semua bahan organik daripada formulasi, bungkusan dan sumber pembuatan. Bahkan diiktiraf oleh ECOCERT dari Perancis yang merupakan paling ketat di dunia! Jadi tak perlu gusar lah.

Karen Murrell: Memperkenalkan semua rangkaian dan warna lipstik yang ada. Daripada pelembap bibir, rangkaian biasa dan yang baharu.

True Love, warna merah yang memikat dengan satu-satu memiliki reka bentuk terbaharu seumpama edisi terhad pula!


Karen Murrell memfokuskan kepada produksi natural dan selamat diiktiraf FDA bahkan lipstik mereka juga selamat jika dikonsumasi. Menarik kan? Tak perlu risau kalau tengah makan termakan lipstik tu.

Menjanjikan intipati tumbuhan luar biasa seperi minyak Tea-Tree anti bakteria, sari Liquorice anti-radang,
aloe vera, fructan dan prebiotik untuk pertumbuhan bakteria baik!

Diperbuat daripada minyak alpukat, minyak evening primrose, candelilla, wax carnauba, kayu manis dan oren. Juga ada
wax dari lebah.

Soalan: Bagaimana anda boleh yakin dengan kebaikkan produk yang dinyatakan?

Dr Buds Organics: Pemilik dan pencipta formula iaitu KK Soo merupakan orang yang terlatih dan berpengalaman menjadi ahli kimia. Bahkan Dr. Amir Hamzah, pakar alergi dan immunuologist daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur mengiktiraf akan keberkesanan serta dedikasi KK Soo dalam mencipta produk yang betul-betul selamat. 

Bahkan produk Dr Buds Organic juga boleh didapati di Pantai Hospital KL sendiri! 

Ingat saya pernah sebut tentang ECOCERT? ECOCERT merupakan badan antarabangsa yang sangat tegas dalam mengawal mana-mana jenama berdaftar dibawah mereka dengan sentiasa ke premis pemprosesan, pembungkusan dari A sampailah Z.Ini untuk memastikan semua bahan selamat, organik, tidak membahayakan dan tiada perbuatan penganiayaan. Bahkan ECOCERT meletakkan aras tertinggi di dunia dalam bidang bahan organik yang dipercayai!

Karen Murrell: Bagi Karen Murrell pula, FDA (Food and Drug Administration) telah mengesahkan bahawa kesemua bahan adalah selamat dan diambil secara semulajadi tanpa ada perbuatan penganiayaan terhadap tumbuhan atau haiwan.

Mereka berkata bahawa tiada mineral oil berasaskan petroleum, tiada carmine iaitu membunuh kebah untuk pewarna, tiada tar arang untuk agen pemekat dan tiada tricolsan iaitu pengawet yang memberi kesan buruk seperti radang kulit.

Soalan: Review dan komen personal?

Dr Buds Organics: Bagi saya pulak, saya belum lagi pernah pakai syampu ni berterusan. Saya memilih Anti-Dandruff. Sebolehnya beli satu rangkaian lagi elok kerana apabila kita cuci kulit kepala dan rambut, kedua-duanya akan menjadi kering sikit.

Oleh sebab itu kena pakai pelembab dan seterusnya serum untuk kesan yang lebih maksimum. Tapi jangan risau, wakil Dr Buds Organics sendiri berkata, kita boleh cuba sikit-sikit transisi barangan penjagaan rambut kita ke Dr Buds Organics. Bahkan kita masih boleh pakai produk lain bersama. Tidak akan menimbulkan tindak balas berlawanan. Cuci pertama kali pun dah boleh nampak bersih, namun bagi yang rambut golong-golong, kena makan masa sikit sebab rambut golong-golong degil sikit suka tangkap kelemumur. Kena bagi perhatian jugak kat bawah-bawah tu.

Dari segi bau pulak, bau rangkaian Dr Buds Organics sangat-sangat lembut dan wangi yang tak menusuk ke hidung. Sangat-sangat bau natural. Setiap jenis tak mempuyai tekstur warna dan bau yang sama tau. Berbeza kerana formula rawatan mereka pun sudah tentu berbeza.

Barulah kita tau bahawa Dr Buds Organics memang mengkhusushkan sesuatu penyelesaian masalah dengan betul-betul.

Karen Murrell: TAHAN LAMA dan melembabkan! Saya pakai daripada pagi tahan sampai malam. Lelebih lagi pakai True Love (Merah), warna merah dia umpama tint dan tidak mudah hilang. Makan minum air tak mudah hilang.

Cuma formula lipstik Karen Murrell bukan matte kerana mereka menggunakan sumber minyak pelembab semulajadi untuk rawatan bibir. Kena guna trick kemam tisu dan tepek loose powder sikit untuk mendapatkan tekstur matte.


Soalan: Boleh didapati di mana dan berapa harganya pula?

Kedua-dua produk Dr Buds Organics dan Karen Murrell boleh didapati esklusif hanya di Guardian Malaysia sama ada di kedai fizikal mahupun atas talian. Namun Karen Murrell menyatakan tidak semua produk mereka masuk di Guardian, tapi masih meliputi kebanyakkan kedai fizikal Guardian yang sedia ada dan mereka akan mengembangkan kemasukkan produk keluaran mereka pada masa hadapan.


Bagi Dr Buds Organics harganya bermula daripada RM 49.90 manakala Karen Murrell bermula daripada RM 83.85.

Antara rangkaian yang ada.
Selain daripada kedai fizikal Guardian, anda boleh membeli produk Dr Buds Organics dan Karen Murrell di kedai atas talian Guardian di guardian.com.my

Atau anda boleh mengikuti perkembangan, promosi dan macam-macam aktiviti Guardian di media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:



Sebelum saya nak habiskan entri ni, saya kongikan apa yang saya dapat ketika menghadiri sesi suai ini.
Bersama rakan serumah juga blogger.


Tak sabar nak kongsikan penggunaan lipstik dan set syampu ni.
Hingga bertemu lagi!

Tata~

Bersama rakan blogger, wakil Guardian, wakil Dr Buds Organic dan wakil Karen Murrell

Monday 21 January 2019

The Grill by Pops - Tempat makan di Wangsa Maju yang anda kena kunjungi

Assalamualaikum~

Nak kongsi cerita pasal makan lagi ni. Kali ni saya makan kat The Grill. Siapa tau Pops Eatery kat Wangsa Maju? Ha, sama ayah lah mereka ni dan The Grill ni terletak kat atas dia je.

The Grill ni menampilkan pilihan makanan barat yang memfokuskan kepada makanan yang di panggang. Mereka mensajikan hidangan mereka dengan portion yang besar okeh! Dan rasa dia betul-betul cukup marinate. Oh, sos mereka pun sedap!

Seluas alam~~
(Kredit Gambar: Skilzon Media)


Oleh itu, mari kita cekidaut makanan mereka di bawah.

Makanan utama yang saya pilih di The Grill

13 Spice Fried Wings (6pcs) + old fashioned onion rings & grill mexican corn on cob

Grilled Herb Chicken + grill mexican corn on cob & Grilled veges

Ribeye 200g + southern mash n gravy & Mediterranean rice

Grilled Garlic Butter Shrimp & Squid + Mediterranean rice & Louisiana coleslaw

3- Cheese mac & beef bacon burger

Jangan risau ya, semua nya halal toyyiban. Dapur dan tempat bancuh minuman boleh nampak.

Menu dan pembuka mulut

Pilihan menu yang ada, self service

Ini ialah appetizer yang ada.


Diskripsi menu

Diskripsi menu


Deco

Kat sini, kawasan dia lapang dan tak rasa sesak. Sangat chill. 

Deco dia semua tempat lawa. Sangat-sangat 'insta worthy'! Oh bagi sesiapa yang nak buat event pun boleh. nak launching product ke, majlis pertunangan ke eh!, majlis sesuka ke pun bolehhh tau. Semua boleh settle.

Tempat ni lawa sangat jadi bagi photographer nak snap gambar untuk photoshoot rasanya sangat cun lahhhhh!

Apa lagi? Saya tunjukkan kepada anda betapa indahnya setiap pelosok. Ulalala~












Cara pergi menggunakan pengangkutan awam


LRT - Jalan kaki:

Naik LRT sehingga ke LRT Sri Rampai, lepas tu jalan je ikut jalan yang berbumbung hingga menuju ke Wangsa Mall. Setelah tu jalan sampai ke area hujung tempat exit entrance timur mall yang menghadap parking.

Keluar jalan kat tempat berjalan area parking, cross je jalan menuju ke Burger King tu. Depan tu ada tempat tunggu bas macam atas gambar ni. Kemudian, nampak kedai Pops eatery, pergi belakang dia dan naiklah tangga ke atas.

LRT- Bas:

Naik LRT sehingga ke LRT Sri Rampai, lepas tu cari bas T222 / T251 / T221 / 251 dan berhenti kat Wangsa Walk Mall Timur (Seperti dalam gambar) - depan Burger King je~



Lokasi, masa operasi dan laman rasmi


The Grills by Pops

Lokasi: No 2, Lot 28055, PT 8613, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, Seksyen 5, 53300, KL
Hari Operasi: Selasa - Ahad
Masa Operasi: 12PM-3PM & 6PM-11PM








Ulasan

Apa yang saya boleh bagi berdasarkan pengalaman peribadi saya ialah:

Makanan ni ikut Bintang:

Rasa: 🌟🌟🌟 🌟🌠
Presentation: 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion: 🌟🌟🌟🌟🌟
Price: 🌟🌟🌟🌠

Bak kata orang putih. "So far, so good"

Tak ada yang boleh dikritik sangat pun. Cuma corn on the cob kalau boleh letak marinate/cheese sekata je. Yang lain sangat-sangat okay! Kenyang sangat-sangat makan.

Cuma, bagi yang pertama kali datang ke mari, pintu masuk dia kat atas ye melalui jalan belakang, sila jangan sesat. Sebab ada sedikit gelap. Jangan takut-takut jalan terus je pasti nampak banner kat bawah. Jalan je ikut anak tangga lepas tu kat atas dah terang benderang dah.


Galeri (Extra)



Afik dan Kak Ikaaaaa~~ Oh, beberapa gambar Afik tolong snap. 

Sehingga di sini saja. Selamat mencuba makanan yang ada di The Grill kat Wangsa Maju ni. Berbaloi untuk rasa dan harga dia. Sehingga ketemu lagi.

Tata~

P/s: Payung satu gambar



Saturday 19 January 2019

Review Namelaka Patisserie - kedai manisan dan pencuci mulut premium di Bangsar

Assalam semua,

Hari ni saya berkongsi dengan anda pengalaman sepanjang sesi merasa menu di Namelaka Patisserie. Sedikit pengenalan buat anda, Namelaka Patisserie ialah kedai pencuci mulut dan manisan yang premium terletak di Bangsar.

Logo Namelaka Patisserie

Mereka menampilkan seni pastri dan kulinari berkualiti dalam hidangan mereka. Juga, mereka memperkenalkan konsep santai, ringkas dan lapang bagi ruangan tempat duduk mereka. Namelaka Patisserie ini baru je buka pada hujung tahun lepas maka mereka masih dalam tahap percubaan beberapa menu mereka sambil beroperasi seperti biasa.

Jom kita ke menu utama mereka!

Menu Utama

Menu utama mereka menampilkan pemanis mulut yang berupa buahan sebenar dan warna yang sangat menarik perhatian.

Party Cake 'Rubic Cube' yang beharga RM 220 di mana setiap kiub kecil itu
mempunyai rasa yang berbeza mengikut warnanya. Contohnya
warna jingga mewakili kek oren. Rasa yang lain ialah epal, lemon, buah
markisa (passion fruit) dan buah pear.

Ini lah yang paling menarik perhatian. Buah yang ditunjukkan ialah
rasa buah itu tapi dengan penuh isi kejutan lain kat dalam.

Bila di belah, dalam dia berisi 'ganache' daripada buahan asli yang dibentuki pemanis mulut ini. Diluar disaluti dengan
cokelat berperisa buahan, di tengah ialah lapisan krim parfait dan ditengah pula ialah 'ganache' itu tadi.
Iaitu dengan menggunakan buahan sebenar termasuk kulit mereka dijadikan pemanis seperti yang anda lihat. Oh, meski pemanis mulut yang sejuk ni dibuat daripada krim, pemanis mulut ni tak mudah cair ya dalam kawasan yang beraircond. Jadi boleh bersantai dan menikmati rasa yang luar biasa ni.

Pineapple Mint Mocktail

Butterfly Pea Mocktail

Passion Fruit Mocktail

Coffee Latte


Cara yang direkomendasi untuk memakan kesemua pemanis mulut berupa buah ini ialah dimulakan dengan epal, pear, oren, lemon dan diakhiri dengan buah markisa. Ini adalah disebabkan semakin ke hujung kita makan, semakin rasa masam itu lebih kuat. Kalau makan markisa dulu, anda mungkin akan 'shock' dengan rasa dia.

Bak kata owner, "Sama ada anda suka atau membencinya". Wahhhhh mengancam!

Ya, pemanis mulut disini dicipta untuk tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa beberapa buah yang masam-masam manis itu. Berita baik, anda boleh menempah pemanis mulut seperti di atas untuk majlis anda tau! Cuma yang Party Cake itu kena dua hari minimum sebab sangat esklusif nak buat setiap satu kiub itu sempurna.

Satu lagi Mocktail ialah Pineapple Mint. Terdapat menu lain lagi yang boleh didapati selain daripada menu bertulis di atas.

Menarik kan hidangan mereka? Terutama bentuk buah-buahan yang diolah sendiri menggunakan kepakaran pastry chef mereka. Ha, lepas tu jom lah lihat beberapa gambar galeri di bawah untuk tatapan anda pulak.

Galeri

Mari saya bawa anda menyelusuri beberapa gambar yang sempat ditangkap ketika kejadian.

Buah markisa~

Ini counter bar, boleh nampak kat depan orang buat air sekali. Kat belakang tu
luas kan? 

Seni Coffee latte~~

Sesi mengenal pemanis mulut.

Kaca seluas alam boleh nampak dari atas ni. Sebab tu lah lighting on point
dalam kedai ni. Nak acah-acah Kdrama dalam ni pun boleh!

Derren Fung - Junior Fav kena letak sekali dalam ni sebab tolong ambik
gambar dan video (ya video kena edit dulu~)

Abaikan pizza, sandwich dan sosej itu. Tiada dalam menu ya. Haha

Kita boleh tengok 'buah' pemanis mulut dari kaunter. Kat bawah tu je~

Lokasi, waktu operasi dan sosial media

Bagi yang hendak ke Namelaka Patisserie untuk menjamu hidangan ataupun berphotoshoot (sebab tempat ni lawa dan lighting sangat 'on the point'! Di bawah ialah maklumat yang anda perlu tahu.

Lokasi:

Namelaka Patisserie
No.34 -1 , Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100,
Kuala Lumpur
(Betul-betul berada di tingkat atas KK Mart, naik tangga sebelah kiri)

Masa Operasi:

Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30am - 10.00pm

Sosial media:

Laman rasmi: http://www.namelaka.my

Selesai sudah entri kali ni. Diharap mencuba hidangan yang ada di Namelaka Patisserie ni bersama rakan-rakan anda ya. Sehingga berjumpa di lain entri.

Tata~