Friday 24 May 2019

7 Kelebihan Star Vendors - Jualan Besar-Besaran Raya 72 Jam Tanpa Henti di PWTC (Harga terlajak runtuh!)

Salam semua,

Hari ni saya berkesempatan jejak kaki sendiri ke Star Vendors di PWTC yang telah berlangsung pada hari ini 24 Mei sehingga 27 Mei nanti.

Di hadapan pintu masuk dewan.

Pengenalan ringkas mengenai Starvendors ni ialah Festival Jualan Raya yang diadakan 72 jam tanpa henti yang menampilkan 62 artis dan beberapa bisnes tempatan dan bumiputra lain. Jumlahnya mencapai lebih 400 lebih bisnes dengan 600 lebih jenama tau! Masya Allah banyak sungguh peluang yang diwujudkan.

CEO & COO, Ifa Raziah yang juga terkenal sebagai pengacara dan pelakon kat Malaysia ni berkata ketika pelancaran bahawa perniaga di sini akan memberikan harga kompetitif, berpatutan dan diskaun agar semua dapat menikmati jualan raya ni.

Ketika ucapan, persembahan dan perasmian Star Vendors. Ucapan daripada Ifa Raziah sebagai CEO & COO Star Vendors
serta perasmian oleh Tuanku Permaisuri Selangor.
Meskipun ini projek sulung beliau , festival ni tadi dah mendapat sambutan hangat. Namun masih boleh berjaya dikawal oleh krew Star Vendors. Selain itu, hari ni juga merupakan perlancaran rasmi bagi Star Vendors yang dirasmikan oleh Tuanku Permaisuri Selangor iaitu Tuanku Norashikin yang manis berbaju kurung. Manakala selain Ifa Raziah sendiri, telah ada beberapa selebriti terlibat yang dah datang seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Asyraf Muslim, Zizi Kirana, Erra Fazira, Ziana Zain, Watie Elite dan ramai lagi lah!

Fakta menarik mengenai Star Vendor ini ialah Ifa Raziah bertungkus lumus menjadikan program ini sebagai kenyataan dalam masa 2 bulan sahaja! Bahkan menarik minat Maybank, Neffos, Nuccar dan Kingsmolten untuk menaja serta menggempakkan lagi festival raya ini. Manakala Suria FM merupakan radio rasmi informasi bagi Star Vendors.

Oleh itu, jom saya perkenalkan Starvendors sambil berkongsi pengalaman dan perasaan saya sendiri masa pergi tadi.

7 Kelebihan Starvendors yang menjadikan festival ini terbaik:

1. Pendaftaran melalui sistem atas talian dengan imbasan code sahaja! Tak perlu berebut, tak perlu pakai gelang tangan mahupun cop tangan kita tau!

2. Sebanyak 453 booth di tiga aras yang boleh dikunjungi bahkan booth artis dan bisnes tempatan saling ditempatkan bersebelahan antara satu sama lain. Semua peniaga dilayan sama rata. 

3. Dibuka 72 jam tanpa henti! Semua orang boleh datang bila-bila masa.

4. Harga dijamin bukan ‘hisper have-have’. Kebanyakkan peniaga dan artis memberikan harga runtuh dan istimewa untuk festival kali ini selari dengan misi Ifa Raziah yang ingin festival ini mampu milik! Pengguna Maybank QR Scan & Pay dapat menikmati 20% diskaun sebanyak dua kali di mana-mana booth!

5. Pemberian duit raya kepada 1000 pengunjung pertama oleh artis dengan penuh meriah dan teratur!

6. Kunjungan artis tempatan tanpa henti yang juga sangat mesra disapa peminat. Pengunjung yang membeli barangan dengan harga murah pun boleh mendapatkan peluang untuk mengambil gambar dengan artis tanah air kita.

7. Konsert Malam Kemuncak Star Vendors di pentas utama PWTC oleh 12 penyanyi bertema hari raya serta banyak aktviti menarik seperti cabutan bertuah setiap hari pukul 1 pagi, ‘back-to-back’ persembahan artis dan edaran bubur lambuk setiap pukul 6-6.30pm oleh Ifa Raziah.

Sejujurnya kelebihan ini adalah sangat pasti tiada madah berhelah bak kata Ziana Zain gitu. Pengalaman saya pergi sendiri tadi pun penuh kagum. Kagum disebabkan Ifa Raziah betul-betul memahami kita sebagai bakal pelanggan untuk memberikan keselesaan maksimum. Fuh macam bodek tapi bukan tau! Hahaha. Serius ni terbaik yang pernah saya alami.

Beliau sendiri berkata kepada pihak media bahawasanya Star Vendors ini juga dilaksanakan untuk membantu usahawan dengan memberi tapak sewaan yang rendah daripada harga pasaran. Tidak lupa juga, lokasi yang dipilih ini merupakan mesra pengguna bagi yang ingin bersolat, laluan OKU, tempat berbuka dan sebagainya yang selesa sepanjang 72 jam Festival berlangsung.

Bayangkan lah, festival Star Vendors Jualan Mega Raya 2019 ni mampu memberikan harga rendah kepada pengunjung meski dibuat dalam skala besar. Bahkan idea untuk membuka 72 jam sebenarnya membuka peluang kepada peniaga untuk mencari rezeki yang lebih dan pengunjung untuk pergi ke sana di masa mereka kelapangan. (Rujuk kat gambar dibawah untuk melihat beberapa jualan murah)

Bagi saya secara peribadi kenapa saya rasa Star Vendors ni istimewa ialah apabila artis yang terlibat semua mesra alam. Waktu bagi duit raya pun Watie Elite sanggup mengunjuk sampul raya satu-satu ke tangan pengunjung terawal tadi. Siap nak ambil gambar ke video ke masih memberikan senyuman. Ni baru artis tanah air kita. Susunan booth pun campur-campur je artis dengan bukan artis, sama-sama berkongsi pengaruh agar semua dapat dikunjungi. Saya rasa terharu bila layanan adil diberikan.

Cukuplah rasa terharu kat atas ni, jom saya bawa ke booth-booth yang sempat di lawati di Starvendors tadi.

Ini ialah booth Ifa Raziah sendiri. Terletak antara booth yang lain. Istimewanya, booth Ifa Raziah hanya
satu ruang dan ringkas je. 


Selain itu, ada juga peniaga daripada Brunei Darussalam juga turut serta! Gembira boleh cakap Brunei tau!

Tradisi Melayu tak kan lapuk dek zaman. Kini kembali trend tengkolok bersama capal. Kat BMO pasti boleh
cari mana yang dikehendaki.

Serba merah jambu comel!

Di atas merupakan beberapa booth peniaga yang boleh saya kongsikan berdasarkan mana yang saya rasa menarik daripada 400 lebih buah booth yang ada. Ini pilihan peribadi lah, walhal banyak lagi yang menarik tau.


Ada jugak yang sempat saya tangkap ketika cuci mata tau seperti kat bawah ni.

Ini sambal viral Che'Nor. Kat sini terlajak murah!

Safiey Elias menyertai Star Vendor dengan produk kosmetik baru beliau.

Antara tempat 'insta worthy'
Kopi ni sedap bak kata penggemar kopi Kak Atie yang tolong
ambik gambar sepanjang Festival ni. Hehe

Bahkan RM 50 untuk tiga! Biar betul? Memang betul!!!
Ye, dah rasa kain dia memang kualiti tinggi. Sumpah! RM 20 je satu.


Orang cina pun beli tau. (Hehe saya kenal dia, saja je)

Satu-satunya booth menjual dekorasi dalaman rumah! Ala macam
kedai Jepun yang kita selalu masuk habis duit tu~

Ha, ini lah salah satu barang dekorasi yang dijual.

Buat pembaca kat luar sana, saya sangat galakkan untuk datang berkunjung ke Starvendors untuk merasai apa yang saya sendiri kongsikan dengan anda dekat entri ni. Sebelum menghabiskan perkongsian, Ifa Raziah juga bercadang untuk merancang membawa Starvendors ke Johor, Sabah dan Sarawak. Rasanya ada yang berminat tak?

Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah ya.

STARVENDORS di PWTC – Putra World Trade Centre
Hall 2,3 & 4
2 4 -  27 Mei 2019
Jumaat – Ahad
72 Jam tanpa henti

Instagram rasmi: https://www.instagram.com/starvendors/

Oh tahu tak, pada akhir nanti akan ada 'Bossku' menampilkan diri dengan memperkenalkan pakian batik perniagaan 'Bossku' sendiri? Ha tunggu tau! Selamat membeli belah di Starvendors semua!

Tuesday 21 May 2019

Dookki, IOI City Mall Putrajaya - Tempat makan bufet Korea asli (All you can eat)

Assalammualaikum semua,

Minggu pertama bulan puasa hari tu saya berkesempatan untuk berbuka puasa dengan makanan korea. Oh sungguh indahnya! Ditemani oleh kawan saya si Hanis ni. Saya pergi mencapai hajat makan makanan korea di Dookki, IOI City Mall.

Makan kat sini boleh makan semua benda dan minum semua benda tau. Hehe. Jom saya kenalkan apa Dookki ni.

Apa Dookki ni?

Dookki dalam bahasa korea bermaksud dua juadah. Memang berasal daripada Korea Selatan betul-betul tau. Ditubuhkan pada Disember 2014 kini dah mencapai hingga lebih 140 cawangan seluruh dunia. Perghhh mengancam.

Mereka memperkenalkan ‘Keseronokkan yang penuh bermakna’ sebagai konsep hidangan mereka di mana Dookki tadi yang bermaksud dua juadah menyediakan makanan korea asli. Juadah pertama ialah Topokki atau kek beras lembut yang disediakan dengan sos pilihan kita. Kedua nya, setelah habis makan, sisa sos tersebut adalah untuk juadah kedua pulak. Iaitu nasi goreng kimchi.

Haaaa, kat Korea ala-ala pencuci mulut mereka tu ialah nasi goreng tau! Nasi goreng kat sini akan di campur dengan kimchi, jagung, rumpai laut kering dan lain-lain selain daripada sos lebihan tadi tu.

Apa yang boleh di makan di Dookki?

Memandangkan Dookki memperkenalkan keaslian makanan korea mereka, Dookki menyediakan beberapa makanan yang diterbangkan khas daripada Korea!

1) ENAM jenis tteokbokki

2) Eomuk (fishcake Korea), Kimnari (Korean Seaweed roll) dan Mi QQ

3) TUJUH jenis sos
Ada padanan yang dicadangkan jugak tau untuk mendapatkan
perbezaan kepedasan, kemanisan dan sebagainya!


4) Goreng-goreng

5) Lain-lain









6) Double Cheese Ring – 2 jenis cheese
Mozarella dan cheddar

Cara penyediaan pulak berbeza seperti ini!

Mula-mula masuk fikir macam biasa je main ambik je dan celop. Rupanya kat sini berbeza sedikit. Mula-mula kita akan dibantu oleh staff Dookki untuk menyediakan sup sos di mangkuk topokki kita untuk langkah juadah pertama.


Kita nanti kena pilih sos apa kita nak di bahagian sos tu. Staff akan tolong bancuh dan sediakan air rebusan atau sup sos tu. Barulah kita boleh mulakan makan! Bila dah habis makan tu pulak, masih ada sos sup tertinggal kan, barulah ke juadah kedua iaitu staff mereka akan tolong pulak buat nasi goreng kimchi~

Pasti kenyang weh!

Harga pulak macam mana?

Untuk hari kebiasaan harga Dookki seperti berikut:

Dewasa RM38.80 /pax
Kanak-kanak (110-140cm) RM18.80 /pax

Harga Ramadan pula RM 35.80/pax

Untuk harga Ramadan ni sah pada pukul 4.30pm – 10 pm setiap hari isnin – jumaat dan pukul 11.30am- 10pm pada hujung minggu sabtu dan ahad.

Tapi ada harga istimewa tau untuk pelajar iaitu RM 27.80 dan waktu makan tengahari pada harga RM 29.80 

Untuk kedua-dua harga istimewa ni minimum mesti dua orang tau dan tak sah untuk hari hujung minggu, malam cuti awam dan cuti awam. Manakala hanya sah digunakan dari pukul 11.30 am – 4.30 pm sahaja dari Isnin hingga Jumaat. Pastikan bawa kad pelajar jika ingin menikmati harga pelajar ya!

Untuk buffet Dookki ni, anda boleh makan sebanyak mana anda hendak tapi hanya 90 minit sahaja ya!

Ulasan peribadi saya pulak begini~

Bagi saya sangat berbeza tau dari segi:

1) Kuah/Sos/Sup – selalu kita minta tomyam lah, ayam lah. Kat sini sup dia kosong je yang jadi perasa tu ialah sos yang banyak-banyak tu. Jadi kena pandai pilih lah gabungan mana yang nak. Boleh try sos mana yang ada.

2) Cawan dia kecik sikit. Kalau jenis haus tu ambik lah dua gelas sekali. Hehe. Tapi boleh ambik jag air tau ke meja.

3) Tatacara berbeza – mula-mula tadi pun dah lain dengan penyediaan sos. Ini pulak setiap mangkuk, pan semua tu berbeza. Tiada pinggan mangkuk yang biasa kita pakai tau. Ada personal pan sebagai mangkuk kita~ Tapi boleh je guna mangkuk ambik makanan sebagai mangkuk sendiri hahaha.

4) Rice cake – Bapak sedap sangat-sangat. Better ambik setiap jenis dan gigit rasai keempukkan keliatan yang sedap! Sangat disyorkan. Saya boleh kata, kalah rice cake lain-lain. Rice cake kat sini paling sedap! Dia sangat-sangat lain tau dariapada yang lain. Dari Korea tuuuu.

5) Nasi goreng dia sedap. Sangat! Jagung dan rumpai laut dia terbaik!

Bagi saya agak berkecamuk jugak sebab Dookki ni mengikut keaslian cara mereka beroperasi di Korea. Dengan susunan tempat duduk dan sebagainya memang macam Dookki kat Korea. Makanan yang ada pun memang yang macam korea. Memang lah ada bahan lokal lain terutama sayur-sayuran dan binatang ternakan lain tu. Hehe.

Mula-mula agak susah menyesuaikan diri makan kat sini sebab nak cari kudapan lah, sos ala Malaysia lah, aiskrim lah, kuah tomyam lah, buah lah dan macam-macam lah. Sup sos dia mula-mula pun rasa macam peliknya. Tapi bila fikir balik memang gini lah di Korea Dookki Topokki Buffet mereka. Kat Malaysia ni memang semua benda nak di ngap!

Akhirnya bila dah terima hakikat dan cuba makan rice cake dan nasi goreng dia yang sedap tu sambil dengar lagu korea baru redha. Berbaloi jugak mengalami buffet Korea asli dengan harga di bawah RM 40 begini tau!

Tips: Rasa dulu sos yang ada untuk bina sos sup yang sedap!

Maklumat lanjut mengenai Dookki adalah seperti berikut:

Lokasi: DOOKKI 1st Outlet - L1-12B, IOI City Mall, Putrajaya. Sebelah ice rink je.
Masa Operasi: 11.30 am – 10 pm
Hari Operasi: Setiap hari
No tel untuk tempahan dan sebagainya:
03-8685 4439

Laman web rasmi: https://www.dookkisg.com
Facebook: https://www.facebook.com/Dookki-Malaysia-IOI-City-Mall-737615759914031/
Instagram: https://www.instagram.com/dookki_malaysia_ioi_city_mall/


Ha, siapa yang nak makan makanan Korea asli tu boleh datang ke sini tau. Sepanjang makan tu cuba tengok tayangan tv mereka. Mereka memaparkan sedutan-sedutan drama atau movie korea yang menampilkan restoren Dookki! Wowwwww!

Terkenal Dookki ni tau kat Korea.

Ini la cik Hanis ni. Dok tunjuk sos apa nak dia ambik tu~
Oleh itu, selamat mencuba!



Monday 20 May 2019

Syahirah Korean Secrets – Rahsia ‘K-Beauty Glass Skin Effect’ di dalam dua esen wajah terbaru

Salam semua,

Bulan lepas saya sempat menghadiri majlis pelancaran produk dari rangkaian Syahirah Korean Secrets. Produk yang masih mengekalkan resepi rahsia kecantikkan wanita Korea ini memfokuskan kepada ‘K-Beauty Glass Skin Effect’ atau kita panggil kulit cantik licin persis kaca gitu.

Bersama produk Syahirah Korean Secrets lain.
Dua produk yang dilancarkan pada hari tersebut ialah Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence. 

Kedua-dua rangkaian tersebut. Packaging yang sangat menarik.Dalamnya ialah bunga sebenar tau!

Keunikkan kedua-dua produk terbaru ini ialah bahan aktifnya dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea.

Terwujudnya ilham untuk mengambil sumber dari Pulau Jeju ini adalah kekayaannya yang penuh dengan flora yang menjadi sumber ubatan dan bahan kecantikkan orang Korea di sana. 

Penggunaannya pula digunakan sejak turun-temurun. Sebab itu lah orang Korea sendiri menerapkan flora ini dalam produk mereka sendiri. Maka kulit wajah mereka menjadi halus dan mulus tanpa perlu solekan tebal. Itulah definisi efek ‘glass skin’ tersebut.

Berbalik kepada dua produk tadi Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence, jom kita kenali setiap satunya.

Hydra Soft Dewy Moist – Kulit licin, gebu dan lembut

Syahirah Korean Secrets -
Hydra Soft Dewy Moist Essence
Terdiri daripada Tri-Flower Essence:
- Bunga ginseng
- Bunga teh hijau
- Bunga chamomile
Dari kiri: bunga ginseng, bunga teh hijau dan bunga chamomile
Bunga ginseng dapat membantu menyegarkan kulit serta mengimbangkan pengeluaran minyak pada kulit muka. Selain tu membantu dalam pencerahan kompleksi kulit.

Bunga the hijau pula memang dikenali sebagai ‘super ingredient’ yang kaya dengan anti-oksida. Ini lah yang akan membantu menentang radikal bebas yang mampu membuatkan sel kulit kita berusia dan mati. Bunga ini juga dipercayai boleh melembapkan dan mencerahkan kulit juga.

Bunga chamomile pula sebagai bahan penenang kepada kulit daripada segala iritasi yang berlaku. Bahkan bunga ini mampu menstimulasikan tona kulit agar lebih sekata.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga bunga tadi membantu memberi hidrasi pada kulit wajah dengan lebih sihat, licin dan lembut. Barulah dapat efek Glass Skin itu.

White Glow Snowy White Essence – Kulit lebih cerah berseri

Syahirah Korean Secrets -
White Glow Snowy White Essence

Terdiri daripada Tri-Flower Essence:
- Bunga cherry blossom
- Bunfa camellia
- Bunga lotus
Dari kiri: bunga cherry blossom, bunga camelia dan bunga lotus.
Initipati bunga cherry blossom sebenarnya kaya dengan anti-oksida serta dapat membantu melegakan kulit daripada iritasi yang menyebabkan kemerahan yang tidak sihat. Selain itu cherry blossom ni membantu kulit muka lebih cerah sihat kemerah-merahan yang sihat tau.

Bunga camellia pula membantu dari segi kelembapan.

Akhir sekali si bunga lotus yang berfungsi untuk menyihatkan kulit daripada dalam. Sejurus itu membantu pembentukan sel kulit wajah agar lebih sihat dan optimum. Fungsi ini turut membantu dalam proses pencerahan kulit yang sihat dan semula jadi.

Secara keseluruhannya produk ini boleh membantu pengguna cerah berseri secara semula jadi. Ini secara tidak langsung dapat meratakan tona kulit yang tidak sekata agar lebih licin dan halus. Antara lain, bunga-bunga di atas boleh menghalang pembentukkan tompok gelap. Baru lah mulus polos gitu.

Duta baru Syahirah iaitu Arena Iman, Peserta Dewi Remaja tahun ini yang memang sinonim dengan minatnya terhadap
dunia K-Pop. Ini lah poster rasmi bagi efek 'Glass Skin'
Kedua-dua Syahirah Korean Secrets baru ini iaitu boleh didapati di pasaran dengan harga runcit RM 39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan pasaraya terpilih seluruh negara.
Boleh lah dapatkan sekarang kalau nak efek kulit licin mulus gitu!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk:

Ketika menghadiri majlis perlancaran.
Sehingga berjumpa di lain entri!