Tuesday, 2 April 2019

Boon4 - Aplikasi e-Delivery mudah, jimat dan pantas. [Pemandu dan Pengguna]

Salam semua,

Boon4 versi terbaharu telah dilancarkan di Kerinchi baru-baru ni. Boon4 sebagai platform perkhidmatan e-delivery atau e-penghantaran ini sebenarnya sejak 2017 lagi kat Malaysia cuma tak mendapat liputan luas secara jujurnya. Oleh sebab itu lah pihak mereka menambahbaik sistem mereka dan melahirkan Boon4 siri 2.0.
Aplikasi Boon4 yang boleh dimuat turun di Apps store [Guna code BOON4SITI ketika mendaftar untuk 10% diskaun pada penggunaan pertama. Sayang tak guna diskaun]
Boon4 diilhamkan dengan perkataan 'boon' dalam bahasa inggeris iaitu pertolongan/tumpang bantuan/sesambil dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Brunei kita panggil 'menyimbat'. 4 pula ialah 'for'.

Jadi Boon4 = Untuk pertolongan

Boon4 sebagai e-delivery yang beroperasi menggunakan aplikasi atau laman rasmi mereka dengan hanya beroperasi atas talian. Sistem mereka menggunapakai gaya sistem e-hailing (G**b, My**r & U**r) yang rakyat Malaysia dah biasa guna. Ha, sebab tu sangat mudah dan praktikal.

Barisan orang kuat. Enam dari kanan ialah KS Soon pengasas Boon4. Kiri beliau ialah pengerusi iaitu Encik Khan. Lain-lain ialah pelabur bersama Boon4. 


Boon4 dan Boon4Driver
Ketika pelancaran ni, Boon4 melancarkan untuk dua target pengguna iaitu pelanggan dan pemandu. Dua aplikasi ini dibezakan dengan Boon4 (pelanggan/penghantar) dan Boon4 driver (Pemandu).

Konsep Boon4

Konsep Boon4 ni sebenarnya sangat mudah. Contohnya anda nak hantar kuih raya yang banyak ke kampung. Kebetulan pulak anda tahu adik anda memang nak balik kampung kan. Mestilah anda tumpang kuih raya sekali. Betul tak?

Lepas tu mesti anda tak sampai hati nak tumpang cenggitu je kan. Anda bayar lah upah sikit kat adik tu. Ha, macam ni lah Konsep Boon4!

Cuma lebih dimodenkan dalam bentuk aplikasi yang mudah. Anda boleh kirim barang anda kepada pemandu yang kebetulan memang ke destinasi tersebut dengan caj upah yang berpatutan dikira berdasarkan jarak perjalanan, jenis barang dan sebagainya. Tak semahal mana pun sebab tak seperti e-hailing yang berdasarkan kiraan KM semata!

Bayangkan kat dalam negeri Selangor saja dah berapa buah kenderaan yang kat atas jalan raya pergi ke destinasi berlainan? Semua boleh tolong anda hantar barang anda kalau mereka menuju tempat yang sama. Atau sesambil anda nak ke sesuatu destinasi, anda pun boleh tolong hantar barang orang lain pulak? Kannnn~ Menarik tak?

Siapa boleh menggunakan Boon4?

Anda, anda , anda di luar sana~ Tak kisah anda nak jadikan posto peribadi untuk hantar surat cinta ataupun nak jadikan sebagai posto business hantar barang yuta yuta~

Bila mendaftar, anda dapat lihat fungsi dengan lebih jelas.

Contoh lah nak hantar hadiah kat member main
guli-guli waktu sekolah rendah. 

Kebaikkan Boon4 dan Boon4 Driver:

Boon4

- Pilihan alternatif servis pos/penghantaran barangan
- Semua dihujung jari sahaja
- Barangan yang dihantar hampir tiada limit seperti makanan, bisnes, hadiah, minuman, papan tulis, kerusi, meja malahan binatang peliharaan!
- Umpama personal 'runner' yang juga boleh merentas negeri!
- Boleh lihat pergerakan secara langsung dengan fungsi Live Tracking
- Selalu beroperasi bahkan boleh set masa penghantaran lebih awal
- Anda boleh hantar barang dari pintu rumah anda ke pintu rumah penerima
- Tiada penutupan ketika cuti awam
- Anda boleh semak sebut harga sebelum anda klik confirm
- Atau anda sendiri boleh letak sebut harga anda tengah nak bajet!
- Ada pilihan penghantaran sama hari (rekod terawal ialah satu jam setengah je!)
- Barangan yang dihantar juga boleh diinsurankan jika takut berlaku sebarang kemusnahan
- Tiada kos pembungkusan!

* Caj kepada pelanggan bukan berdasarkan KM semata seperti e-hailing tapi lebih kepada merangkumi kos upah, kos perjalanan dan sebagainya.

Boon4Driver

- Hanya mengambil dan menghantar barang sahaja (tak perlu melayan karenah penumpang)
- Boleh buat secara PART TIME
- Masa kerja sangat fleksibel
- Pendapatan tambahan
- Boleh pilih untuk menerima jenis tugasan untuk menghantar pesanan pada sama hari atau sebaliknya
- Sistem sokongan 24 jam sehari untuk membantu pemandu
- Anda bebas menggunakan apa jenis kenderaan bermotor anda samada kereta sedan, lori, pikap ataupun van!
- Menariknya anda boleh mengetahui tujuan destinasi dan bayaran tugasan SEBELUM anda mengambil tugasan tersebut.

*Bayaran pemandu dibayar berdasarkan item bukan per trip. Untuk memberi lebih manfaat kepada pemandu jika pemandu mengambil lebih satu item ke destinasi yang sama.



Amat memudahkan bagi kedua-dua pengguna sebagai pelanggan dan pemandu. Jangan risau ya mengenai keselamatan pula, sistem data mereka selamat kerana mereka mempunyai pakar IT tersendiri. Bahkan pemandu dan pelanggan yang berdaftar akan selalu dikemaskini serta disaring Boon4 untuk melindungi kedua-dua pihak agar tiada kes tidak diingini terjadi. 

Tunggu apa lagi tu?

Anda boleh lah muat turun sekarang! 

[Guna code BOON4SITI ketika mendaftar untuk 10% diskaun pada penggunaan pertama.]


Guna code BOON4SITI untuk mendafar.
Abaikan muka kucing yang tersangat comel tu.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di bawah:

Boon Four Network Malaysia Sdn Bhd (Boon4)
Alamat: Unit 07-02, Level 7, Tower B Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Nombor telefon : +603 2711 7098
Emel : enquiries@boon4.com
Khidmat Pelanggan: +6016 969 2666
Fax : +603 2711 7101


Laman Rasmi dan Media Sosial:
- Laman sesawang rasmi:https://www.boon4.com/
- YouTube: Youtube/Boon4

Diharap entri kali ini dapat membawa manfaat kepada bakal pengguna kedua-dua pihak samada pemandu ataupun pelanggan tak kisah peribadi atau bisnes.

[Guna code BOON4SITI ketika mendaftar untuk 10% diskaun pada penggunaan pertama.]

Wajib ya anak-anak diskaun mak bagi ni~ Jumpa lagi di entri lain.

19 comments:

  1. Hmmm aplikasi baru ni tak pernah dengar dan baru dengar hari ni. Sekarang ni semua ni di hujung jari je. Kalau kita gunakan untuk web yang bermanfaat mengapa tidak kan?.

    ReplyDelete
  2. everyone is so busy these day, good to know of this app. my friend is looking this type of service, shall let her know of this. I am sure its helpful for her too.

    ReplyDelete
  3. samalah tak pernah lagi dengar aplikasi ni..nampak sangat memudahkan penghantaran..ok nti boleh daftar nak tengok keberkesanannya ok

    ReplyDelete
  4. I have seen quite a lot of my blogger friends talking about Boon4 recently. macam another app for good money haha. thx for the nice post

    ReplyDelete
  5. senang sebab ada aplikasi penghantara. macam ni. yang ada buat home delivery bisnes kecik2 bolehla cuba aps ni untuk deliver barang ke customer. tak pening kepala cari runner

    ReplyDelete
  6. first time dengar pasal boon...not bad juga apps ni ..terutama mereka yang buat bisnes dari rumah. Tak perlu nak cari runner atau grab khas hantar barang2 kita

    ReplyDelete
  7. Ohhh bila kita baca kisah pakcik nak hantar barang tu baru kita faham bagaimana Boon4 ni berfungsi hehehee. Kita selalu balik Pahang sapa nak tumpang barang boleh lah nanti wakakaka dapat juga jimat duit dan tol..

    ReplyDelete
  8. Kemudahan sebegini memang akan banyak membantu ramai. Tak perlu dah nak ambil cuti semata-mata nak hantar barangan kan - just guna servis nie.

    ReplyDelete
  9. 1st time tahu pasal boon ni. Menarik!
    Bagus lafi bermanfaat untuk online seller. Tak payah dah nak pi pejabat courier untuk hantar parcel. Senang trace lak tu...

    ReplyDelete
  10. Menarik juga aplikasi baru ni . Kalau ada buat business online mcmjual makan blh guna khidmat ni kan untik delivery . Xtau dh ada orang guna ke x kat Penang ni .

    ReplyDelete
  11. Baru jugak dengar pasal apps ni. Mcm menarik je. Sis pun buat busines online so kalau ada yg nk buat cod tu boleh le gunakan apps ni

    ReplyDelete
  12. Eh menarik ni. Dah tak payah pakai pos lagi la kan? Dah ada orang lain tolong hantarkan. Nmpak gayanya mcam lagi cepat je kalay macam ni. Ibarat macam runner jugak la.

    ReplyDelete
  13. Dah ada dari 2017? Serius tak tau pun. Dan nama Boon4 ni pun tak pernah dengar pun. Patut kena bagi orang tau supaya lebih banyak pilihan. Tak ada lah satu company je yang conquer kan. Baru service yang lain lain pun bagus sebab nak kekalkan pengguna. Orang kata persaingan sihat

    ReplyDelete
  14. menarik jugak yer apps nih..sambil2 jalan dapat buat duit sikit kan....bagi yg nak hantar barang berharga dan produk2 makanan pun boleh guna boon4 nih...good effort dan harap dapat dimanfaatkan

    ReplyDelete
  15. so convinient.. i think everyone will ops for e-delivery.. so fast, reasonable price.. nice one..

    ReplyDelete
  16. Okay tak pernah dgr. Tapi kedengaran menarik pula applikasi boon4 ni.. Kdg² kita minta tlg org blom tntu smpi dgn slmt kan.. Baik guna applikasi e delivery ni terjamin sedikit..

    ReplyDelete
  17. Dah ada aplikasi untuk penghantaran pulak dah sekarang ni.
    Mudah la macam tu.
    Makin canggih zaman sekarang ni kan.
    Barang pn blh smpai dengan selamat.

    ReplyDelete
  18. Pertama kali dgr apps nie.. Bagus juga ya.. Terutama yg buat business online.. Kiranya ada assistant bantu hantar barangan.. Mmg terbaik

    ReplyDelete
  19. so convinience to use delivery serviec like this.. yeah yeah// great apps.. wanna dl d

    ReplyDelete