Wednesday 29 May 2019

TREND Raya 2019 - Tengkolok dan Capal, bukan olok-olok ini masuk akal , BMO 1980 jawapan anda.

Assalammualaikum semua,

Saya tahu semua dah tak sabar nak raya sakan, tapi bawa bertenang sebab puasa belum habis lagi. Hehe.

Berbalik kepada topik raya, banyak dah buat persiapan nak mencari baju untuk diri sendiri dan keluarga. Untuk kali ni saya nak perkenalkan satu butik yang menerapkan pemerkasaan tradisi melayu dalam setiap fesyen mereka iaitu BMO 1980.

Hijau hijau si baju raya, mengapa bukan hijau tu tak sebaya? Haaaaa jawab!
Saya (kiri-kot kot dah lupa siapa saya kan) bersama keluarga Balqis (sebelah saya). 
Baju melayu tradisional, baju melayu ‘slimfit’, baju melayu pesak, tengkolok, capal hingga ‘custom-made’ pakaian tradisi ialah kepakaran BMO 1980 sendiri. Anda perasan tak sekarang ni fesyen tengkolok dan capal mula kembali menjadi bualan.

‘Let me just say this gittew’, BMO 1980 ni dari dulu dah menjadi ‘trendsetter’ sebelum yang lain ikut sekali. Zaman kurta dulu dari tahun 2008. Masuk majalah semua. 2015 kembali meletup semula bila BMO 1980 bawa ke Mood Republik.  
Lepas tu baju melayu slimfit mesra solat pun  sejak 2005. Sekarang ni zaman tengkolok dan capal pulak kembali lagi disebabkan BMO 1980. Oleh itu, mari saya kongsi dengan anda BMO 1980 ni ada apa!

Fesyen lelaki:

Tengkolok / Tanjak / Setanjak/Destar

Bukan ‘hipster’ tapi orang melayu zaman dulu memang pakai tengkolok. Memandangkan mereka ni mahir dalam pakaian istana dan badan beruniform, tengkolok yang dibuat ialah ‘adjustable ready made’ tengkolok. Tambah lagi mereka mempunyai kilang kain sendiri, banyak pilihan corak dan warna tengkolok yang ada.

Comel je budak pakai kan.

Kat sini, krew pun pakai tau tengkolok.

Boleh bezakan cara lipatan tengkolok kat sini dari negeri lain-laint tak?

Tengkolok dewasa dan kanak-kanak boleh didapati sebelum habis stok ya.

Fakta menarik = BMO 1980 merupaka pakar dalam adat melayu. Maka tengkolok yang ada ialah berbeza-beza mengikut negeri. Ada yang tengkolok Selangor, Perak dan sebagainya. Bila kat sini, krew BMO 1980 sendiri akan mengajar serba sedikit cara pakai tengkolok yang betul.

Bukan sebarang pakai tau!

Baju Melayu

Ingat Baju Melayu ingat tradisi kita. Ada yang moden, cekak musang, teluk belanga, potongan lurus, potongan ‘slimcut’ dan sebagainya. Cuma datang cari mana yang terdetik je kat butik ni. Menariknya meski ada baju melayu yang direvolusikan di sini, keselesaan tetap menjadi keutamaan apabila pengarah esekutifnya sendiri mengakui bahawa baju melayu haruslah selesa di bawa solat.


Baju Melayu lelaki dewasa. Saiz kecik sampai besar pun ada


Selain warna dan rekaan baju melayu berbeza, sebenanrya kain serta corak yang ada di butik ini pun berbeza. Boleh rasa kain kapas, kain linen, kain pasang dan sebagainya. Sebab lain-lain orang mempunyai tahap keselesaan pemakaian berbeza.

Baju Kurta dan Jubah

Orang melayu kita sudah mula berjubah untuk hari raya dan puasa. Kalau berjubah mesti tahap selesa kita nak cari tu ialah senang berjalan, sejuk tak rimas, dan senang duduk betul kan? Jubah kat sini menepati ciri tu. Sempat lah tengok potongan jubah yang ada, jubah tu tak meletakkan rekaan cantik semata bagi potong lurus je tapi ada pembukaan yang ‘just nice’ untuk berjalan dan solat. Kain pulak jenis tak tekap jadi duduk tak rasa tersangkut!




Bagi kurta pulak, kurta sini terlajak banyak pilihan berbanding kat luar sana. Kurta dari seringkas nak pakaian harian ke kurta secantik nak pergi majlis. Kurta panjang, kurta pendek, kurta corak, kurta poket segala jenis kurta lah semua ada. Ini saya cadangkan untuk beli satu bagi yang nak cuba, sebab keselesaan dia ‘tip-top’. Satu je masalah, saya perempuan. Hehe.

Samping

Di samping itu kita ada samping. Ha samping apa tu?

Bercerita mengenai BMO 1980 semula, dah butik ini ialah butik jahitan atau ‘tailored brand’, samping yang ada bukan setakat samping songket. Samping yang ada termasuk samping kain tenun tau. Ringan dan sejuk sikit berbanding songket.

Samping budak dan dewasa.
Ada yang ready-made dan kena pakai sendiri jugak di sini. Dan bagi lelaki yang sudah berkahwin, jangan tertiba masa tengak mencuba tu terpakai atas lutut pulak. Eh, nanti abang-abang di BMO 1980 dengan orang rumah pandang semacam tau. Ada hati lagi ya! Haha.

Tapi jangan risau lah, dari segi pemakaian cara simpul samping tu krew butik boleh tolong dan cerita apa maksud disebalik maksud jenis ikat samping. Bagus jugak ada butik yang masih utuh kepada jati bangsa sendiri kan!

Fakta = Dalam Bahasa Melayu Brunei, samping dipanggil sinjang. (Ya, saya penutur dan berketurunan Brunei tau!)

Capal

Dari tengkolok di kepala, baju ke badan, samping ke pinggang akhirnya capal ke kaki. Lengkaplah seorang lelaki melayu terakhir di situ. Gagah perkasa jangan tetiba ada keris nak ke pelamin sudah!
Kat sini capal yang dibuat pun guna pakar mereka sendiri. Jahitan kemas, pegang pun tak ringan, material padu. Ada 5 jenis warna tali capal yang ada boleh dipilih sini dengan pelbagai saiz.  Barulah atas sampai bawah lengkap perkasa!

Capal koleksi BMO 1980

Fesyen perempuan:

Baju Kurung Lace

Secara jujurnya, BMO 1980 lebih kepada fesyen tradisi lelaki Melayu ‘ready-made’. Namun meraka juga masih turut serta memperkenalkan baju untuk perempuan dari sekecik saiz kanak-kanak ke sebesar saiz wanita.

Untuk baju istimewa sikit lebaran 2019 ni, mereka memperkenalkan baju kurung lace. Warna pastel dan potongan ringkas sudah cukup bila dipadankan dengan kain lace di baju dan kain satin. Tips untuk pemilihan, sila pilih satu saiz lagi besar dari badan sebab kalau sejenis makan banyak perut tu memang nampak ya! Macam saya!

Baju Kurung dan Kurung Kedah

Selain kurung lace tadi, kat sini tetap ada baju kurung biasa dan baju kurung kedah. Beza nya ialah potongan dan kepanjangan baju dia. Untuk nampak ayu manis wanita melayu terakhir boleh pilih baju kurung. Manakala untuk nampak tinggi lampai bergaya boleh pilih kurung kedah.
Saya suka baju yang dbuat mempunyai dua zip depan belakang. Memudahkan untuk kita pakai juga sesuai untuk di pakai oleh ibu yang menyusukan anak.

Kain yang sama, baju kurung berbeza.

Siapa kata fesyen ringkas tak lawa ke wanita bujang selain daripada yang lace tu~

Ekstra!!!

Selain di atas, BMO 1980 turut membuat kelengkapan umrah haji, baju uniform korporat, pakaian ‘custom made’ dan hampir semua berkaitan dengan jahitan. Senang cerita, butik ini asalnya butik jahitan premium. Pemilik BMO 1980 sendiri ialah tukang jahit yang belajar di England tau!
Reputasi BMO 1980 sebenarnya dalam kalangan dunia korporat dan peminat pakaian tradisi ialah satu butik ‘all tailored goodness in one brand’. Macam yang saya cakap tadi dari ‘custom-made’ sehingga ‘ready made’ semua elok sangat!

Sekarang ini, BMO 1980 ingin melangkah dan memperluaskan lagi jenama mereka kepada orang ramai termasuk lah orang bukan melayu sendiri. Visi dan misi ialah untuk memperkasakan tradisi melayu melalui pakaian kepada semua peringkat umur.

Anak angkat dua orang tu boleh cari keluarga baru kot. Haha.

Terdapat jugak ruang ‘Clearance Sale’ dibahagian luar serendah RM 80 sepasang baju melayu dewasa!
Kanak-kanak

Orang dewasa

Untuk bulan puasa ini, masa beroperasi dari 10 pagi sehingga 2 pagi dibuka setiap hari tanpa cuti. Akan ditutup ketika raya nanti pada 4 haribulan jun ini dan bakal dibuka seminggu kemudian.

Pandangan peribadi:

Kalau tak bagi ulasan sendiri tak sah. Sebab tu nama dia berkongsi betul tak?

Di BMO 1980 saya sendiri cuba, rasa material dan tengok jahitan setiap jenis produk depan mata. Apa yang mereka kata, itu lah mereka. Kualiti memang terbaik tak boleh sangkal. Cuma kat sini lebih kepada lelaki berbanding perempuan.

Umpama kita ke butik-butik wanita baju kurung, jubah, tudung, telekung yang menyelit pakakian lelaki sikit-sikit sebagainya. Macam itu lah butik ini tapi versi lelaki. Ha gitu. Nak apa-apa aksesori berkaitan dengan fesyen islamik dan tradisi melayu memang semua ada.





Bila datang sini, rambang mata untuk pilihan lelaki. Dari luar sampai ke dalam. Penuh pilihan dengan setiap jenis yang ada di pasaran dan tiada dipasaran. Kalau perempuan pulak, di dua sudut je. Pakaian dewasa dan  kanak-kanak perempuan satu tempat yang sama.

Harga pulak memang berbaloi ya. Saya tak tipu nak kata tempat ni murah dan semua mampu milik. Kat sini konsep dia, anda bayar untuk kualiti anda dapat. Saya pun banyak kali kata, ada perkara yang kita kena beli mahal untuk tahan lama dan keselesaan.

BMO 1980 ini ialah salah satunya. Lagipun mana nak dapat produk butik ‘premium tailored brand’ dengan harga macam ni? Sedangkan baju yang bukan ‘tailored’ pun dijual harga yang sama atas nama penjenamaan. Kat situ saya pun ada satu point yang harus kita fikirkan.

Manis sedondon. Tapi baju maroon tu siapa? Haaaa

Kalau tak boleh ke butik fizikal, boleh lah beli dan tengok-tengok dibutik atas talian. Boleh rujuk kat maklumat lanjut di bawah nanti. Tapi ada beberapa yang masih tak dikemaskini tau di atas talian. Jadi lagi baik kalau dapat ke butik fizikal ya!

Lagi satu, jangan nak beli masa raya ni je, ada raya haji, ada majlis lain dan untuk pakai hari-hari pun boleh tau. Saya pun ada bajet lebih ni nak beli kurung kedah lepas raya. Sebab lawa. Hahaha.

Maklumat lanjut:

BMO 1980


Kedai:

BMO 1980 @ DAGANG AVENUE, AMPANG

G-5, Dagang Avenue, Jalan Dagang B/3A,Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Phone : +603 4278 4238 

BMO 1980 @ WISMA YAKIN, KL

No 20, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur. (behind Omar Ali)
Phone : +603 2602 3303

Masa Operasi: 10am – 8pm (biasa)
Hari Operasi: Setiap hari


Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan semoga sepanjang puasa tahun ini penuh berkat. In Sha Allah. Jumpa lagi!


10 comments:

  1. Cantik2 design baju perempuan. Rambang mata kalau tengok depan mata ni. Suami pulak tahun ni memang nak kurta je. Sbab selesa nak berjalan hari raya katanya. Lepastu tahun ni taknak songkok tapi pakai tanjak. Hehe. Layankan lah tengah trend kan.baguslah butik ni mengikut trend masa kini tapi dalam masa sama kekalkan tradisi melayu.

    ReplyDelete
  2. eh betol murah baju budak2 rm40 je adoi klu bdk2 ni bkn bole pkai lama lg x tahan kdg2 1st day tu setengah ahri dh kepanasan dh tuka dh baju raya pkai sbb nk mek gmbo je! rugi mahal2 hahahaha dh kenpaa i bercakap mcm ada ank rmai ni kawen pun belom ni HAHAHHAHA pengalaman pntg ye anak2 buah ramai la haha btw bagos sgt kedai ni 1 stop centre, bkn takat ank2 je mak pak sume lah boleh cari sni je

    ReplyDelete
  3. Banyak design yg cantik2..k mid paling suka tengkolok tue..untuk kanak2 pun ada

    ReplyDelete
  4. Suka tgk model bergaya sakan dan tgk baju pun cantik2

    ReplyDelete
  5. cantik juga design dia..macam-macam jenis design ada..bolehla tahun depan tengok dekat sini pulak..lengkap baju ada, kasut ada..

    ReplyDelete
  6. Oh wow! i pun nak ke sana tengok ada baju kurung yang sesuai untuk i ke tak, harga nyer pun sangat berpatutan juga.

    ReplyDelete
  7. Baru tahu tentang pasaraya BMO nih, baguslah buka hingga lewat malam sepena nak raya, siapa tak abis shopping bolehlah terjah BMO

    ReplyDelete
  8. cantik2 la.... kain pun nampak selesa.... (1st time dtg sini, jemput singgah blog kita juga jika sudi.. )

    ReplyDelete
  9. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...sy pembuat desta atau tanjak di tempat sy. Sy nk cari rakan kongsi untuk keluar kan produck sy. Tapi sy tak de pengalaman dalam bidang pemasaran. Ada sesiap yg nk jadi funder tak?... 🙏🙏🙏

    ReplyDelete