Thursday, 22 January 2026

guardian Malaysia raikan Tahun Baharu Cina dengan segalanya ONG

 Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 – Tahun Baharu Cina (CNY) semakin hampir, dan bagi mereka yang menyambut perayaan penuh keriangan ini, usaha mengejar kesihatan dan kemakmuran dalam tahun kalendar lunar baharu kekal sebagai tradisi bermakna yang diwarisi turun-temurun dalam pencarian ONG.


“Walaupun pencarian ONG sangat sinonim dengan Tahun Baharu Cina, setiap generasi dalam keluarga hari ini mentafsirkannya daripada perspektif yang tersendiri,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia. 


Generasi terdahulu melihat ONG sebagai lambang kebersamaan dan kesinambungan tradisi, manakala generasi ibu bapa mengaitkannya dengan kekayaan dan kestabilan kewangan. Berbeza pula dengan generasi muda hari ini yang menafsirkan ONG secara simbolik sebagai cerminan ekspresi diri dan keyakinan.


Mencari ONG, menerusi kempen CNY dan Drama Mini guardian Malaysia


Menerusi kempen Tahun Baharu Cina terbaharunya, ‘Stay ONG in Health and Radiance’, guardian Malaysia berhasrat merapatkan jurang perbezaan antara generasi dengan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui perspektif baharu terhadap makna dan tafsiran pencarian ONG sempena musim perayaan ini.


Anna menambah, “Kami mengambil pendekatan yang santai dan menyeronokkan menerusi drama mini lima episod ‘Stay ONG in Health and Radiance’ bagi mengetengahkan sudut pandang baharu terhadap makna ONG.” 


Melalui drama mini tersebut, rakyat Malaysia diajak menyelami kehidupan keluarga Ong yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina dan menerusi pelbagai interaksi dan episod yang dinamakan secara kreatif seperti ‘The Beauty Queen’ dan ‘The Oral Ace’, ahli-ahli keluarga Ong akhirnya menemui makna sebenar ONG.


Episod 1


“Kami percaya bahawa ONG yang sebenar membawa maksud kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan yang dikongsi merentas generasi dalam sesebuah keluarga. Ia bukan sekadar kemakmuran semata-mata. Ia melangkaui harapan dan ucapan zahir. Sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai, guardian Malaysia percaya bahawa ONG adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dengan keserian, kecergasan, kesihatan dan kecantikan,” jelas Anna.


Drama mini ini, yang mula ditayangkan secara dalam talian hari ini, bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan dengan baik dengan mengutamakan penjagaan diri serta insan tersayang. Para pelakon drama mini ini turut hadir di acara pratonton media dan pempengaruh yang berlangsung hari ini di cawangan guardian Malaysia, Pavilion Bukit Jalil, bagi berkongsi pengalaman peribadi serta tafsiran mereka tentang ONG.


Segalanya ONG di Pavilion Bukit Jalil, dari 15 hingga 18 Januari!


Acara yang diberi nama ‘Unlock Your Ong’ ini menghimpunkan rakan-rakan jenama Platinum seperti Dove, Skintific, Garnier dan Silkygirl bagi mewujudkan zon berkonsep pengalaman, khas untuk pempengaruh, wakil media dan para pelanggan meraikan ONG dalam pelbagai bentuk. 


Pelancaran guardian Tahun Baru Cina 2026

Aktiviti yang berlangsung di stor dan ruang atrium dari 15 hingga 18 Januari ini merangkumi tiga elemen ONG iaitu keserian, kecantikan dan kesihatan. Para pelanggan berpeluang mendapatkan konsultasi penjagaan kulit, mempelajari tip solekan serta mendapatkan nasihat kesihatan. Acara ini turut diceriakan dengan ‘Wall of ONG’, ‘Trail of ONG’, serta pelbagai tawaran perayaan eksklusif, hadiah istimewa untuk ahli, nasihat kesejahteraan dan kejutan kecantikan.  


Dalam semangat menghidupkan segalanya ONG kepada pelanggannya, guardian Malaysia turut mengadakan pemberian paket ang pow, persembahan tarian singa, pratonton drama mini serta tawaran eksklusif ‘Your ONG, Your Way’ untuk ahli MYguardian Rewards di mana pelanggan boleh membuka rezeki dan menikmati ganjaran yang diperibadikan, sama ada di stor mahupun secara dalam talian!


ONG! ONG! Dan lebih banyak ONG untuk pelanggan guardian Malaysia di seluruh negara!


Sebagai sebahagian daripada kempen ini, yang berlangsung sepanjang Januari dan Februari 2026, pelanggan guardian Malaysia boleh menikmati pelbagai promosi istimewa ONG, antaranya:


Penjimatan yang lebih banyak

  • Penjimatan sehingga 50% untuk lebih 8,000 produk di guardian sepanjang musim perayaan ini


  • Tawaran eksklusif untuk ahli: Pemberian ang pow bersama Baucar Bounce Back untuk pembelian minimum RM 88, hadiah span kusyen solekan bersaiz besar untuk pembelian minimum RM 188, dan Lucky Bag edisi terhad  (Semenanjung Malaysia Sahaja) bernilai RM 300. Lucky Bag ini dipenuhi dengan pelbagai produk dan kejutan kecantikan, dan ditawarkan pada harga istimewa RM 88 sahaja sepanjang tempoh kempen


  • Diskaun 30% untuk pembelian Cecair Mandian Shokubutsu 900g dan ubat gigi Colgate Optic White


  • Penjimatan sehingga 40% untuk Tisu Basah Bayi Bebas Wangian guardian 90 keping dan Mandian Kanak-Kanak guardian Head to Toe’ Strawberi 750 ml


Ahli MYguardian Rewards boleh menyertai peraduan Beli & Menang di guardian dan berpeluang memenangi 8,888,888 MYpoints, eksklusif untuk 10 pemenang sepanjang tempoh kempen berlangsung. Ahli juga layak menerima kupon bernilai RM250 serta memperoleh 2x Mata Ganjaran semasa pembelian.


Khas untuk ahli

Dengan tibanya tahun baharu, perjalanan menuju kesejahteraan bermula bersama guardian dan ANDA.


Mengakhiri kenyataan beliau, Anna berkata, “guardian Malaysia ialah destinasi utama ANDA untuk kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan perayaan. Kami mahu pelanggan berasa teruja, terinspirasi dan lebih dekat dengan tafsiran baharu tentang makna ONG yang sebenar. Kunjungi guardian Malaysia untuk segala ONG yang anda inginkan dan impikan untuk ANDA dan seisi keluarga.”


Monday, 19 January 2026

Tahun Baru Cina 2026 di AEON MALL ceria dengan PROSPERITY BLOSSOM

Bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2026, AEON MALL dengan bangganya mempersembahkan “Prosperity Blossom”, sebuah kempen yang diinspirasikan oleh kepercayaan bahawa kemakmuran akan berkembang apabila keluarga, komuniti dan kebersamaan bersatu di bawah satu bumbung. Nama kempen ini mencerminkan keunikan AEON MALL sebagai destinasi gaya hidup sehenti yang berteraskan keluarga, di mana kegembiraan, kemewahan dan sambutan bermakna berkembang secara semula jadi sepanjang musim perayaan.


Kempen tahun ini dipertingkatkan lagi menerusi kolaborasi premium dan ganjaran berkonsepkan pengalaman bagi meningkatkan perbelanjaan perayaan serta keterujaan pengunjung.

1. Kolaborasi Hadiah Kemakmuran Premium – Jin Yeye

Menerusi kolaborasi istimewa bersama Jin Yeye, pelanggan boleh menebus Hadiah Kemakmuran Premium eksklusif yang menampilkan Abalon & Sarang Burung, melambangkan kekayaan, kesihatan dan keberkatan untuk tahun baharu.

• Perbelanjaan RM800* (Ahli Kad UOB / AEON) atau RM1,000* (Bukan Ahli Kad UOB / AEON) dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama.

2. Kolaborasi Filem Tahun Baharu Cina – Film Engi
ne

AEON MALL bekerjasama dengan Film Engine bagi meraikan tayangan filem Tahun Baharu Cina yang dinanti-nantikan, “Ah Beng & Liang Popo”, sekali gus membawa keterujaan sinematik ke dalam pengalaman membeli-belah di pusat beli-belah.


Pelanggan boleh menebus:
Bantal Leher Filem Edisi Terhad
o Perbelanjaan RM600* (Ahli Kad UOB / AEON) atau RM800* (Bukan Ahli Kad UOB / AEON)
Tiket Filem Edisi Terhad
o Perbelanjaan RM400* (Ahli Kad UOB / AEON) atau RM600* (Bukan Ahli Kad UOB / AEON) dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama.

3. Koleksi & Ganjaran Perayaan

Pek Sampul Wang Prosperity Blossom
o Perbelanjaan RM150* (Ahli Kad UOB / AEON) atau RM250* (Bukan Ahli Kad UOB / AEON) dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama

Aktiviti Perayaan di 27 AEON Malls

Selain penebusan ganjaran, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti Tahun Baharu Cina yang meriah, antaranya:
• Tarian Kipas Prosperity Blossom
• Pertandingan Kaligrafi Kanak-Kanak di kesemua 27 AEON Malls
• Perarakan Oren Perayaan
• Persembahan Tarian Singa Tradisional
• Bengkel Kraftangan DIY Kanak-Kanak
• Bertemu selebriti kegemaran anda melalui Roadtour Meet & Greet Filem Tahun Baharu Cina dengan kehadiran barisan pelakon dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Antara Hiasan dan Kedai yang menanti pengunjung

Hiasan seperti pokok Blossom, syiling emas dan geomatika Budaya Cina menghiasi ruangan. Dijangka akan menarik pelanggan untuk bergambar dan menyertai aktiviti yang turut dijalankan di ruang yang sama.






Pada masa yang sama, ruangan juga diisi dengan kedai dari jenama yang membawa tema Tahun Baru Cina seperti kopitiam, tart nanas, kuih raya dan hamper perayaan. Memudahkan pelanggan untuk membeli bagi orang yang tersayang.






Prosperity Blossom menjanjikan pengalaman perayaan yang penuh kegembiraan, ganjaran dan penghayatan—di mana kemakmuran benar-benar berkembang untuk semua di AEON MALL.


Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.

www.aeonmallmy.com
• Facebook: https://aeonmall.my/
• Instagram: aeonmallmalaysia

#AEONMALL #AEONMALLProsperityBlossom

Friday, 9 January 2026

Laman Sendayan 2: Kehidupan Tenang Dengan Kemudahan Lengkap

Laman Sendayan 2 merupakan pilihan kediaman ideal bagi mereka yang mengutamakan keselesaan, kemudahan dan kualiti hidup jangka panjang. Dibangunkan dalam persekitaran yang terancang dan berdaya huni, projek ini menawarkan kehidupan moden yang seimbang untuk keluarga dan golongan profesional.

Terletak di Bandar Sri Sendayan

Laman Sendayan 2 terletak di bandar baharu yang dibangunkan untuk masa hadapan—lestari, dinamik dan direka dengan teliti untuk keluarga, serta berlokasi strategik dalam kawasan Bandar Sri Sendayan yang sudah matang. Sebagai sebuah bandar matang, ia dilengkapi dengan infrastruktur moden yang menyokong kehidupan yang selesa dan mudah. Dengan jaringan perhubungan yang cemerlang ke lebuh raya utama dan hab perniagaan penting, perjalanan harian menjadi lebih lancar untuk golongan profesional bekerja dan keluarga.

Kemudahan Bertaraf Dunia dan Mercu Utama

Tinggal di Laman Sendayan 2 bermakna anda dikelilingi oleh kemudahan bertaraf dunia yang meningkatkan kualiti kehidupan seharian anda. Seperti:

• d’Tempat Country Club – Kelab rumah terbesar di negeri ini, menampilkan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi.
• Matrix Global Schools – Sistem sekolah antarabangsa dan swasta bertaraf premium (keahlian kelab rumah percuma).
• X-Park Sendayan – Salah satu taman sukan ekstrem paling menarik di Malaysia (Go-kart, futsal, paintball, flying fox dan banyak lagi).
• Sendayan Merchant Square – Hab komersial yang meriah dengan pilihan tempat makan, runcit dan kemudahan perniagaan.
• Jenama Besar Bakal Dibuka – McDonald’s, Watsons, Coffee Bean, Family Mart, A&W, Zus Coffee dan banyak lagi!

Anda bukan sekadar membeli sebuah rumah—anda melabur dalam gaya hidup di mana segalanya berada dalam jangkauan.

Meria & Elaria

Produk:
• Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria)
• Keluasan binaan 20’ x 70’ – 75’
• Harga bermula dari RM5xx,xxx
• 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
• Dilengkapi sistem rumah pintar

Lihat juga reels di bawah untuk melihat salah satu rumah contoh di Laman Sendayan 2:

Acara Purr & Play pada 10 & 11 Januari

Pada 10 dan 11 Januari ini Matrix Concepts akan mengadakan acara Purr & Play yang penuh dengan acara, aktiviti dan ganjaran menarik menanti para pengunjung. Sorotan acara pada hari itu adalah:

• Pelancaran Unit Contoh: Jadilah antara yang terawal meneroka rumah contoh yang baru dilancarkan.
• Pertunjukan Fesyen Purrwalk: Saksikan bintang-bintang berbulu… atau bawa model berbulu anda sendiri!
• Pertandingan Mewarna Kanak-kanak: Aktiviti kreatif untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
• Bengkel Whisker Craft: Aktiviti seni dan kraf bertemakan kucing untuk kanak-kanak.
• Zon Kafe Kucing: Bersantai di Zon Kafe Kucing yang selesa sambil menikmati kopi segar dan snek ringan. Nikmati suasana mesra sambil berinteraksi dengan kucing-kucing yang jinak.
• Ruang Adopsi Kucing: Kunjungi Ruang Adopsi Kucing yang hangat dan selesa untuk bertemu kucing-kucing penyelamatan dalam suasana santai.
• Gerai Cenderamata: Terokai pelbagai barangan bertemakan kucing, termasuk hadiah unik, aksesori comel dan barangan gaya hidup yang dipilih khas untuk pencinta kucing dan keluarga.
• Persembahan Animal Magic: Kagum dengan persembahan Animal Magic yang meriah, menampilkan aksi menarik dan hiburan interaktif.

(Untuk menyertai Pertunjukan Fesyen Purrwalk dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, sila daftar melalui laman Facebook Matrix Concepts.)

Lawati Unit Contoh & Nikmati Ganjaran Eksklusif

Lawati unit contoh yang baru dilancarkan dan alami kehidupan moden di Laman Sendayan. Buat tempahan pada hari acara untuk menyertai Program Ganjaran Blind Box dan berpeluang memenangi hadiah gaya hidup eksklusif seperti:
• Kad E-Fuel Petron
• Ganjaran Grab
• Penginapan 3 Hari 2 Malam di Lexis Hibiscus
• Beg Kembara Elektrik Pintar Airwheels
• Pembesar Suara Bluetooth Marshall Stanmore III

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai produk Matrix Concepts dan acara Purr & Play yang akan berlangsung pada 10 & 11 Januari 2025, boleh layari laman web dan facebook rasmi Matrix Concepts.

Laman web: https://www.matrixtogo.com/purr-play-showhome-day

Facebook: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes

Jom ramai-ramai ke Purr & Play oleh Matrix Concepts dan lawati unit contoh di Laman Sendayan 2!