Monday 23 September 2024

Sate dan Gril Abang J Dari Sabah Kini Di AEON Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 September – Abang J, jenama sate dan grik halal premium dari Sabah terkenal dengan rasa autentik Sabah telah melancarkan rangkaian produk sedia untuk dimasak di AEON Mall Cheras Selatan dengan majlis yang sangat intim.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai tetamu kehormat untuk menyokong Dato Koh Chung Jade selaku Pengarah Urusan Jetsin Sdn Bhd serta pengasas visi Abang J. Baginda dan Datuk Koh, sebelum ini juga sering berkongsi komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), bekerjasama dalam inisiatif yang memartabatkan komuniti tempatan.

Buat julung kali, produk Abang J memasuki pasaran Semenanjung Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian penting bagi jenama ini setelah mengukuhkan kedudukan sebagai pelopor produk sedia untuk dimasak Halal di Sabah. Adalah impian Abang J juga untuk memasarkan produk-produk yang ada melalui AEON Malaysia. Ini membolehkan jenama ini mencapai pelanggan yang lebih luas serta memenuhi visi untuk membawa rasa autentik Sabah ke rumah-rumah di seluruh negara.

Semasa pelancaran, Abang J mempamerkan pelbagai produk sedia untuk dimasak, termasuk Satay Series (ayam, daging lembu, dan kambing), Sayap Ayam Madu, dan Chop Kambing Premium. Dihasilkan daripada bahan terbaik, produk ini menawarkan cara yang mudah dan sedap untuk merasai rasa kaya dan autentik Sabah di dapur sendiri.

“Kami teruja untuk membawa produk sedia untuk dimasak kami ke AEON, ini dapat memudahkan keluarga menikmati rasa unik Sabah,” kata Datuk Koh Chung Jade.

“Mempunyai Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bersama kami untuk pelancaran hari ini adalah satu penghormatan yang luar biasa, dan sokongannya, bersama nilai-nilai CSR yang kami kongsi, telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami,” tambahnya lagi.


Majlis pelancaran yang disertakan dengan pameran bergerak di AEON Mall Cheras Selatan mendapat satu sambutan meriah dengan pemberian sampel produk dan promosi eksklusif untuk pelanggan yang berkunjung.

Produk Abang J

Produk Abang J ni merangkumi sate ayam, sate daging, sate kambing, kambing bakar, ayam madu bakar, bakso, oden asli, oden pedas dan tomyam pedas. Namun buat pasaran semenanjung Malaysia, Abang J memperkenalkan sate sebagai produk utama dengan didampingi oleh kambing bakar dan ayam madu bakar.

Produk adalah seperti berikut:

Produk Abang J yang boleh didapati di AEON Malaysia

Review

Bagi siapa yang pernah merasai sate Sabah, sate Sabah ni antara sate paling 'juicy'. Bukan jenis sate yang jual isi semata-mata. Isi sate ni jenis lembut je. Jadi orang tak ada gigi sangat pun boleh nikmati sate Sabah. Ikutkan saya, saya sendiri akan letak sate Sabah nombor satu dari segi kelembutan sate itu.

Rasa sate Sabah dan kuah kacang Sabah ni lebih ke arah manis sebenarnya. Bagi yang kurang gemar rasa manis seperti saya, rasa sate Abang J ni masih boleh diterima cuma kuah yang sedia ada tu memang nak tak nak, saya akan campur cili dan garam bagi pedas masin sikit sebab terlalu manis bagi saya. Nasib baik kuah kacang Abang J ni jenis pekat, sedap bila cicah dengan sate.

Sate ni kalau boleh, bakar atas arang. Lagi baru boleh rasa autentik sate Sabah tu. Masak lama-lama sikit pun tak akan kering tau. Rahsianya? Abang J guna peha ayam lah. Sebab tu kekal 'juicy' walaupun panggang lama sikit.

Antara ketiga-tiga sate ayam, sate kambing dan sate daging, saya lebih gemar sate daging. Sate daging lembut tak liat langsung dan tak semanis sate jenis lain!

Sampel percuma produk Abang J di AEON Cheras Selatan

Oh sebelum tu, saya juga sempat merasa kambing bakar Abang J. Kambing bakar Abang J ni pun boleh tahan sebab perapan lada hitam tak cair dan tak terlalu kuat sampai hidung berangin. Cukup seimbang. Namun masih ada manis-manis juga lah.

Secara keseluruhan, produk Abang J ni sedap-sedap. Harga pula saya rasakan agak berpatutan memandangkan penggunaan bahan yang premium serta isi pula berat. Berbaloi untuk dicuba!

Dapatkan di AEON Malaysia

Sate dan gril Abang J kini tersedia di kedai AEON Malaysia di seluruh negara kecuali AEON Kuching. Dapatkan juga promosi pengenalan sehingga 30hb September ini di semua AEON Malaysia kecuali Ipoh Falim, United Point, Danga (JB) dan Kuching Sentral serendah RM15.90 sepaket.

Promosi pengenalan sehingga 30hb September

Lihat juga video Tiktok sekitar pelancaran Abang J di AEON Mall Cheras Selatan baru-baru ini di bawah:
@zandra.zane Sate dan gril autentik rasa Sabah Abang J ada di AEON Malaysia. Ada promosi pengenalan sehingga 30hb September ni tau!😘 Review penuh di https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/review-sate-dan-gril-abang-j-sabah-di-aeon-malaysia.html 🙌🏻 @AEON Malaysia @dboystudio #aeonretailmalaysia #AbangJ #SatayAbangJ #Sate #KambingPerap #AyamMadu #MakananSabah ♬ as production Upbeat Funk Music - asproductionmusic


Jom dapatkan sate dan gril halal dan autentik Sabah Abang J di AEON Malaysia sekarang!

Friday 13 September 2024

GET.SET.GLOW! Festival kesejahteraan di One Utama yang menyeluruh.

Petaling Jaya, 10 September 2024: 


September 2024 telah dipilih oleh guardian Malaysia sebagai bulan Get.Set.Glow!, bulan khas bagi meraikan dan memupuk segalanya tentang kesejahteraan melalui:

• Tawaran di stor dan perkhidmatan farmasi
• Promosi eStore, pertandingan dan rebat
• Siri YouTube #MYWellbeingMatters dan podcast yang menampilkan pakar kesihatan
• Festival kesejahteraan selama seminggu

Get.Set.Glow! bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memahami kepentingan kesejahteraan dan memupuk budaya penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta penjagaan kesejahteraan. Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, berkata: “Kesejahteraan adalah perkara yang ‘penting’ bagi semua orang. Ini termasuklah kemampuan untuk mengakses tawaran produk kesejahteraan terpilih yang ideal disertai panduan daripada pakar yang tepat.”


Dalam kempen ini, guardian telah memilih untuk bekerjasama dengan pakar-pakar berikut, yang merupakan pakar perubatan dalam bidang masing-masing, untuk bercakap tentang topik-topik kesejahteraan utama di YouTube yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia di seluruh negara:

• Dr Gayethri Chokalingam, Pakar Perubatan Dalaman
• Dr Kenny Chen, Pakar Bedah Kardiotorasik
• Dr Wong Yee Ming, Pakar Pediatrik
• Dr Arunan Periasamy, Pakar Pediatrik

Selain daripada siri ceramah oleh pakar kesihatan di YouTube, rakyat Malaysia juga boleh berbual dengan ahli farmasi di kawasan kediaman mereka. Ahli farmasi di stor-stor guardian di seluruh negara mempunyai kepakaran yang tepat untuk menjawab kekeliruan pelanggan mengenai gula darah, tekanan darah serta pengurusan berat badan dan membimbing mereka untuk kekal sihat.

“Kami di guardian, menyedari kepentingan kesejahteraan yang semakin meningkat, juetsru memilih hashtag #MYWellbeingMatters,” tambah Anna.

Kepentingan Kesejahteraan yang Meningkat dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Berdasarkan Tinjauan Keutamaan Kesihatan Asia-Pasifik 2023, 79% rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap kesihatan selepas pandemik. Dalam tinjauan tersebut, 60% mencari penambahbaikan dalam kesihatan keseluruhan. Ini ditunjukkan melalui keinginan untuk tabiat makan yang lebih sihat (52%), kecergasan (50%), kesejahteraan mental (50%) dan imuniti yang lebih baik (49%).

“Keputusan tinjauan dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat melihat keperluan untuk kesejahteraan holistik. Kami di guardian Malaysia memahami kehendak anda dan kami percaya kempen Get.Set.Glow! selama sebulan ini adalah pemangkin yang tepat untuk anda memulakan perjalanan ke arah kesejahteraan,” kata Anna.

Apa yang menginspirasikan Get.Set.Glow!?


Kempen ini telah diinspirasikan dan dipandu oleh visi guardian Malaysia ‘Memupuk Kesejahteraan Diriku’. Menjelaskan maksudnya, Anna berkata:

“Sebagai syarikat, kami percaya dengan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan holistik yang merangkumi keperluan minda, tubuh dan jiwa supaya rakyat Malaysia dari semua peringkat usia dapat menjadi versi terbaik diri mereka untuk masyarakat di sekeliling mereka.”

Jom ke Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow!

Selain daripada promosi kesejahteraan di stor dan tawaran dalam talian, ceramah dan perkhidmatan sepanjang bulan September 2024, Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow! juga akan diadakan untuk penduduk di Lembah Klang.

Festival kesejahteraan ini adalah acara awam percuma yang dijadualkan bermula dari 10 hingga 16 September 2024 di Pusat Membeli-Belah 1Utama. Ia menghubungkan jenama kesejahteraan terbaik yang dipilih susun oleh guardian Malaysia dengan orang ramai, merangkumi 5 kategori berikut:

• Gaya Hidup & Kesejahteraan
• Pemangkin Kesihatan
• Kecantikan Dalaman
• Penuaan Secara Sihat
• Kanak-kanak

Selain daripada jenama kesejahteraan terkini, festival selama seminggu ini akan menampilkan penceramah dan pelatih merentasi pelbagai bidang latihan utama, yoga dan kesedaran, nutrisi dan diet, dan lain-lain. Secara keseluruhannya, terdapat 28 sesi kesejahteraan merangkumi senaman, bengkel, kelas dan juga Glow Walk sepanjang 3 km.


Kebanyakan aktiviti akan diadakan di Oval Atrium 1Utama dari 10 hingga 16 September 2024. Program kecergasan dan senaman terpilih akan diadakan di Celebrity Fitness 1Utama manakala Secret Garden bakal menjadi Mindful Studio dan Central Park pula akan menjadi lokasi Glow Walk.

Butiran penuh kempen dan pendaftaran untuk pelbagai jenis program kesejahteraan boleh didapati di: https://www.heyjom.com/event/GuardianGet.Set.Glow!WellbeingFestival2024.

“Tempat adalah terhad untuk sesi senaman, bengkel dan kelas, jadi jom daftar sekarang dan ayuh kita mulakan langkah untuk memupuk kesejahteraan diri dengan Get.Set.Glow!” kata Anna.

Tonton juga video kemeriahan di GET.SET.GLOW! guardian di bawah:
@zandra.zane ✨ GET.SET.GLOW! Guardian Wellbeing Festival – a festival full of activities and health promotions! 🌟 This public festival is very exciting because it features: • Free exciting activities: Music Boxing, Coloring, Shooting, and more • Various free health screenings • Great offers at stores, pharmacies, and fitness gyms • Promotions, competitions, and instant rebates for 5 categories: Lifestyle, Catalyst, Beauty, Aging, and Children • YouTube series #MYWellbeingMatters and podcasts played throughout the festival • 28 wellness sessions including workouts, workshops, classes, and a 3 km Glow Walk I’ve already enjoyed a fun Zumba session and can’t wait for the Glow Walk 3KM on Sunday morning! 🥳 Want to know more about the activities and register? Visit this link: https://www.heyjom.com/event/GuardianGet.Set.Glow!WellbeingFestival2024 Invite your friends, kids, and family during the school holidays. See you there! 🥳 GET.SET.GLOW Guardian Wellbeing 2024 🏬: LG Oval, New Wing, One Utama Mall, Bandar Utama, PJ 🗓️: September 10 - 16 🕐: 10am-10pm @guardian Malaysia #guardianMy #guardianMalaysia #MYWellbeingMatters #guardiangetsetglow #guardianglowsquad ♬ original sound - zandra.zane

Sunday 8 September 2024

DS Café KL: Pengalaman Unik Menikmati Juadah Melayu dalam Suasana Dekorasi Inggeris.

Jika anda mencari tempat yang menawarkan pengalaman makan yang unik di Kuala Lumpur, DS Café KL adalah destinasi yang tidak boleh anda lepaskan. Dibuka pada bulan Julai 2024, kafe ini dimiliki oleh Datin Sri Nora dan keluarganya. Bermula dari hobi Datin Sri Nora yang gemar memasak dan menjamu tetamu dengan hidangan istimewa, kini DS Café KL menghidangkan juadah Melayu dalam suasana dekorasi Inggeris yang elegan.

Hidangan DS Café KL, Desa Pandan

“Rumah saya sentiasa menjadi tumpuan ahli keluarga, terutamanya pada musim perayaan. Walaupun ada pembantu, saya sudah biasa menyediakan hidangan istimewa untuk semua tetamu. Saya rasa puas hati apabila dapat menjamu tetamu dengan air tangan sendiri,” kata Datin Sri Nora ketika berjuma dengan beliau.

Kafe ini bukan sahaja diuruskan berseorangan oleh Datin Sri Nora, beliau juga dibantu oleh anaknya Izzroy dan menantunya Alisha. “Kami rasa lebih selesa apabila sekeluarga bersama-sama menguruskan kafe ini. Susah dan senang, penat bersama-sama, ini merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga,” tambah Datin Sri Nora.

Hidangan juadah Melayu

Dari kiri (atas): Masak lemak ayam + nasi, Asam pedas pari + nasi dan Nasi ayam Chiengmai
Dari kiri (bawah): Nasi lemak premium, lontong dan Kari daging + nasi

DS Café KL adalah kafe bersaiz mini yang boleh memuatkan 28 orang pada satu masa. Walaupun mengadopsi konsep dekorasi Inggeris, kafe ini menghidangkan pelbagai juadah Melayu yang menyelerakan. Antara hidangan utama termasuklah Asam Pedas, Nasi Lemak, Sambal Bilis, Ayam Goreng, Masak Lemak Cili Api, Lontong, dan tidak ketinggalan, Nasi Ayam Chiengmai — hidangan signature yang dipersembahkan oleh Alisha, menantu Datin Sri Nora yang berasal dari Chiengmai, Thailand.

Hidangan istimewa di sini adalah Asam Pedas yang dimasak dengan resipi khas Datin Sri Nora. Hidangan ini dikenali dengan rasa pedas dan masam-masam manis yang unik. Datin Sri Nora turut menambah, “Kami menggunakan ikan segar yang dibeli setiap hari dan tiada penambah perisa seperti ajinomoto dalam masakan kami.”

Selain itu, Nasi Ayam Chiengmai juga adalah tarikan utama kafe ini. Keenakan Nasi Ayam Chiengmai terletak pada ayam bakar yang diperap dengan santan dan bahan-bahan terpilih serta sambal istimewa yang dibuat daripada tauchu, cili api, akar ketumbar dan bahan-bahan lain. Resepi yang digunakan pula diwarisi daripada ibu Alisha yang paste memberikan pengalaman makan yang berbeza.

DS Café KL juga menawarkan Nasi Lemak yang dilengkapi dengan dua jenis sambal — sambal biasa dan sambal ikan bilis dengan harga RM4.90! Nasi Lemak ini sering dipesan oleh orang diluar sana untuk program Infaq Jumaat. Nasi Lemak ini dimasak dengan santan segar, sambal yang ditumis garing, dan turut disediakan Nasi Lemak Premium yang disertakan dengan ayam goreng.

Datin Seri Nora ketika memperkenalkan DS Café

Untuk mereka yang menyukai kuih-muih Melayu, DS Café KL juga menyediakan pelbagai pilihan seperti Jemput-jemput Pisang, Popiah Goreng, Kuih Kasturi, dan banyak lagi.

Dari kiri: Thai Pink Milk, Thai Tea dan Thai Green Tea

Tak cukup dengan itu, di sini ada empat jenis air minuman Thailand iaitu Thai Tea, Thai Green Tea, Thai Tea Limau dan Thai Pink Milk. Jika dibandingkan dengan pilihan luar sana, rata-rata hanya menyediakan dua jenis sahaja iaitu Thai Tea dan Thai Green Tea. Selain tu, minuman Thailand di sini tidak pecah poket, tidak terlampau manis dan bersaiz medium. 

Review peribadi

1. Harga, menu dan pilihan

Diikutkan harga di sini tak atas sikit daripada harga kedai dan bawah daripada harga dalam mall. Bagi saya dengan saiz hidangan, rasa masakan dan keselesaan kedai, harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dan mampu milik. 

DS Café ni walaupun kecil, pilihan menu makanan agak banyak. Lihat saja gambar menu di bawah. 

Menu DS Café KL

2. Lokasi, tempat letak kenderaan dan keselesaan

Nak cari mudah je boleh guna google map taip DS Café KL. Memang akan nampak papan tanda di tingkat 1. Memandangkan Desa Pandan ni padat, tempat letak kenderaan tu terhad tapi boleh je cari di kawasan ini. 

Suasana kedai pula tenang dan bersih. Juga, tak perlu tanggal kasut bila masuk ke dalam ya!

3. Menu hidangan

Kombo nasi lemak + ayam bakar Chiengmai + kari daging ni sedap sangat

Kegemaran saya di sini ialah Nasi Lemak, Ayam daripada Nasi Ayam Chiengmai dan kari daging. Memang tiga ni nak datang dan makan lagi.

Nasi lemak di sini dimasak dengan santan segar jadi rasa santan pada nasi tu kuat tapi tak melembikkan nasi. Serta tak muak makan. Selalu santan banyak boleh buatkan nasi lemak ni lembik dan memuakkan, nasi lemak di sini di kukus sebab tu elok je senang berderai. Lepas tu, sambal nasi lemak sedap sangat, tak cair dan cili kering tu betul-betul di masak. Walaupun tak ada belacan, tapi rasa sambal tu tetap ada 'kedalaman'. Antara sambal nasi lemak sedap! Sebab itu lah juga nasi lemak sering dipilih sebagai menu infaq di sini.

Ayam Cheingmai pula tak melekit dan lembut di dalam. Walaupun ayam dah sejuk sebab saya sibuk ambil gambar, ayam masih sedap di makan. Cicah dengan sos masam hijau Thailand tu pula membuka selera. Berbeza rasa nasi ayam ni dengan nasi ayam Thailand yang biasa kita makan sebab resepi ini dari Utara Thailand. 

Kari daging pula menu yang baru diperkenalkan. Biasa kari ayam je yang ada dihidangkan. Kalau ada pun biasa di kedai mamak. Jadi, kari daging yang ada di sini memang menyelerakan. Daging pun tak liat, kari pekat. Kena dengan tekak saya yang suka kari pekat. Antara yang wajib dipesan!

Senang cerita, masakan yang saya rasa tak boleh dijumpai diluar sebab masakkan di sini memang ikut gaya masakkan rumah. Tak ada pengaruh khusus dari daerah mana-mana. Konsep masakan di sini bagi saya memang dekat di hati dan membuka palet rasa baharu.

Dekorasi ala Inggeris dan berhawa dingin

DS Café KL ini menawarkan suasana kafe Inggeris yang menenangkan. “Saya mahu tetamu merasai pengalaman yang berbeza — menikmati Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api, dan Nasi Lemak dalam kafe dengan sentuhan dekorasi Inggeris. Perabot moden dan dinding putih serta hiasan minimalis menjadikan tetamu lebih tenang,” ujar Datin Sri Nora.

Lagi kafe ini juga berhawa dingin yang nyaman. Jadi bila nak makan waktu tengahari memang sangat selesa di sini.

Tempat yang selesa dengan pelbagai kemudahan seperti surau dan tandas

Maklumat lanjut

Terletak di tingkat 1, pintu masuk sebelah kedai motor

DS Café KL
Alamat: 1-1, Jalan 5/76b, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hari operasi: Setiap hari 
Masa operasi: 11am-8pm

DS Café KL juga menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan untuk tujuan Infaq dan acara lain seperti majlis kenduri dan katering. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 016-3376594 atau 011-11396629.

Media sosial:
Instagram: DS Café KL

TikTok: DS Café KL

Juga boleh tonton video di bawah ini untuk melihat suasana dan makanan DS Café KL:
@zandra.zane [DS Café KL] Juadah melayu, deko inggeris. 🍛 Review penuh di blog saya, https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/ds-cafe-kl-desa-pandan-review.html ✨ 📍DS Café KL 🏠: 1-1, Jalan 5/76b, Desa Pandan, Kuala Lumpur 📆: Setiap hari ⏰: 11am-8pm *Tingkat 1, pintu masuk sebelah kedai motor corner Untuk tujuan Infaq dan acara, hubungi 016-3376594 atau 011-11396629. @dscafekl #dscafekl #cafekl #kedaimakanmelayu #kateringkl #thaipinkmilk #nasilemak #klfoodie ♬ lucky girl syndrome - ౨ৎ⋆˚。⋆


Jom datang ke DS Café KL dan rasai sendiri keistimewaan hidangan Melayu dalam suasana yang berbeza!

AEON Plus Collection X Izzati Suza: Koleksi Baju Bergaya, Positif Tubuh dan Inklusiviti

AEON Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama yang menarik dengan artis terkenal Malaysia, Izzati Suza. Kerjasama ini merupakan satu perayaan positif tubuh dan inklusiviti melalui fesyen, menonjolkan kecantikan kepelbagaian dengan menawarkan koleksi pakaian yang bergaya dan direka dengan seni, khusus untuk tubuh berbentuk plus size. Mesejnya jelas: Every size is beautiful atau dalam bahasa melayu kecantikan wujud dalam setiap saiz.



Ciri-Ciri Utama Koleksi

Izzati Suza ketika sesi ‘Live Painting’ sewaktu pelancaran 

1. Menghargai Positif Tubuh:

Koleksi ini menyampaikan mesej kuat bahawa “Setiap Saiz adalah Cantik.” Koleksi ini direka untuk memberi inspirasi kasih sayang diri dan keyakinan, membuktikan bahawa fesyen boleh menjadi cantik dan inklusif. Fokusnya adalah pada meraikan semua jenis tubuh dan memastikan setiap orang merasa hebat dengan apa yang mereka pakai.

2. Rekaan Tandatangan Izzati Suza:

Peminat karya Izzati Suza pasti akan teruja dengan penampilan karya seni eksklusif dalam koleksi ini. Dikenali dengan rekaan berwarna.warni dan kaya dengan elemen budaya, Izzati Suza menyuntik gaya artistiknya yang unik dalam setiap kepingan, menggabungkan humor dan unsur budaya Malaysia. Rekaan tandatangannya menambah sentuhan kreativiti dan keunikan pada koleksi ini.

3. Saiz Inklusif:

Koleksi ini tersedia dalam pelbagai saiz, dari 14 hingga 24 atau 3XL hingga 8XL. Ini memastikan fesyen boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira bentuk badan atau saiz. AEON komited untuk menyediakan pakaian yang bergaya dan sesuai untuk semua.

4. Edisi Terhad:

Kerjasama ini merupakan keluaran edisi terhad, menjadikannya barang yang sangat dicari oleh penggemar fesyen dan pencinta seni. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sebahagian daripada koleksi unik ini!

5. Inspirasi Rekaan:

Koleksi ini diinspirasikan oleh pendekatan artistik Izzati Suza yang berani, menampilkan warna-warna cerah, watak-watak ceria, dan motif budaya. Rekaan ini bertujuan untuk memberdayakan pemakai, menggabungkan keselesaan dengan gaya sambil meraikan kekayaan budaya Malaysia.

Siapa yang patut merembat koleksi ini? 

Bersaiz inklusif dan mempunyai penerapan budaya setempat

1. Pengguna Plus-Size:

Bagi mereka yang mencari pakaian bergaya dan inklusif yang sesuai dan selesa dipakai, koleksi ini adalah untuk anda. Ia direka untuk memberikan gaya dan keselesaan, memenuhi pelbagai jenis tubuh.

2. Penggemar Seni dan Budaya:

Jika anda peminat karya seni Izzati Suza atau menghargai fesyen yang menceritakan kisah budaya, koleksi ini pasti menarik perhatian anda. Koleksi ini merupakan gabungan sempurna antara seni dan fesyen.

3. Penyokong Positif Tubuh:

Bagi mereka yang menyokong dan mempromosikan mesej bahawa kecantikan adalah pelbagai dan tidak terhad kepada mana.mana saiz tertentu, kerjasama ini adalah sumber inspirasi. Koleksi ini menguatkan mesej bahawa kecantikan boleh ditemukan dalam pelbagai bentuk tubuh.

Sorotan Koleksi

Antara koleksi yang boleh didapati di AEON Malaysia

. Pakaian: Koleksi ini menampilkan pelbagai barangan pakaian seperti t-shirt dan sweater dengan rekaan unik oleh Izzati Suza.

. Warna dan Corak: Jangkaan warna-warna cerah, corak berani, dan rekaan ceria yang membuat pernyataan.

. Saiz: Tersedia dalam saiz dari 14 hingga 24 atau 3XL hingga 8XL.

. Tarikh Pelancaran: Pelancaran pada 7 September 2024 dan kini sudah boleh didapati di AEON Malaysia

. Ketersediaan: Koleksi ini akan tersedia di 30 kedai AEON terpilih di seluruh negara (kecuali Metro Prima, AU2, Ipoh Station 18, Taiping, dan Falim).

Mesej Kempen

Kempen “Setiap Saiz adalah Cantik” menggalakkan semua orang untuk menerima tubuh mereka, merasa yakin, dan mengekspresikan diri melalui fesyen. Dengan menambah sentuhan artistik melalui rekaan Izzati Suza, kempen ini menjadi lebih kuat dan memberi impak visual yang besar.

Juga tonton video tiktok mengenai koleksi AEON Plus Collection X Izzati Suza di sekitar pelancaran pada minggu lepas.
@zandra.zane ✨ AEON Malaysia telah melancarkan koleksi fesyen plus size, AEON Plus Collection X Izzati Suza! 🌟 Ada beberapa grafik yang mengimbau kenangan seperti jajan lama, geng bas cantik dan simbol trafik jalan raya!🥳 Terdapat di 30 kedai AEON terpilih (kecuali Metro Prima, AU2, Ipoh Station 18, Taiping, dan Falim) Bacaan lanjut di https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/aeon-plus-collection-x-izzati-suza.html? @AEON Malaysia #AEONRetailMalaysia #TeamCantik #IzzatiSuza #FesyenPlusSize #AEONPlusCollection #PlusCollectionXIzzatiSuza #EverySizeIsBeautiful ♬ My Way - KATSEYE

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, kunjungi:

. Facebook: AEON Retail Malaysia

. Instagram: AEON Retail Malaysia

. TikTok: AEON Retail Malaysia

. Twitter: AEON Retail Malaysia

. LinkedIn: AEON Group Malaysia

. Laman Web: http://www.aeongroupmalaysia.com

Ketahui lebih lanjut mengenai Izzati Suza di:

. Laman Web: http://www.kedaisuza.com

. Instagram: http://www.instagram.com/izzatisuza

Kerjasama AEON dengan Izzati Suza mencerminkan komitmen berterusan AEON terhadap kepelbagaian, inklusi, dan meraikan budaya Malaysia. Dengan jumlah barangan yang terhad, pastikan anda bertindak cepat untuk mendapatkan barangan kegemaran anda dari koleksi yang menarik ini!

Sunday 1 September 2024

Sambutan Ambang Merdeka 2024 Anjuran PERKASA Wilayah Persekutuan, Veteran 1 Malaysia dan PEDULI KASIH: Bersama membangun komuniti.

30 Ogos 2024, Setapak - Dataran Wisma Rampai di Setapak telah dipilih untuk sambutan Ambang Merdeka 2024 bagi tahun ke-4 yang bertemakan "Madani Jiwa Merdeka". Sambutan ini telah dianjurkan oleh penganjur utama iaitu PERKASA Wilayah Persekutuan, Veteran 1 Malaysia, dan PEDULI KASIH dengan kolaborasi beberapa badan lain seperti Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), Pusat Pakaian Hari-Hari, JMB Wisma Rampai, Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Islam (PAKIT), Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PTTB), Yayasan FELCRA, Pusat Aktiviti Warga Emas Setiawangsa (PAWE Setiawangsa), Persatuan Generasi Cemerlang Kuala Lumpur, dan GENERASI Negaraku Malaysia.

Sambutan Ambang Merdeka 2024

Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Bahagia Dato’ Zaharin Mohd Yassin, Yang Dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan. Dalam ucapannya, Dato’ Zaharin menekankan pentingnya semangat kemerdekaan dan perpaduan dalam masyarakat. Selain Dato’ Zaharin, majlis ini juga dihadiri oleh ahli pimpinan PERKASA Wilayah Persekutuan, beberapa Badan Bukan Kerajaan, serta ahli perniagaan seperti Dato’ Sri Abu Hassan daripada DPUM, Pengerusi Veteran 1 Malaysia; Dato’ Abd Rahman Hashim, Pengerusi Persatuan PEDULI KASIH; Tuan Jaafar Albar Abd Talib,  Rani Kulup dan keluarga, wakil OGOShop, wakil media dan ramai lagi.

Yang Bahagia Dato’ Zaharin Mohd Yassin, Yang Dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan.

Objektif utama acara ini adalah untuk menyambut ulang tahun Merdeka ke-67 Malaysia sambil mengeratkan hubungan antara badan-badan perniagaan yang lain, serta menyumbang kepada komuniti setempat. Sebelum acara utama, badan bukan kerajaan yang terlibat pada malam ini turut menganjurkan beberapa aktiviti dalam bulan ogos bersama komuniti tempatan seperti pertandingan mewarna di Tadika KEMAS di kawasan Setapak.

Sambutan Ambang Merdeka pada malam ini pula dimeriahkan dengan aktiviti seperti sesi karaoke, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, kuiz Merdeka, dan pertunjukan bunga api. Pemenang dan peserta turut mendapat hadiah, hamper dan cenderahati terdiri daripada produk Industri Kecil dan Sederhana. OGOShop juga bermurah hati dalam menaja baju kemeja T pada malam tersebut.

Kemuncak majlis pula dimulakan dengan penyerahan Jalur Gemilang yang digunakan pada upacara menaikkan bendera sebelum detik 12 malam, diiringi oleh lagu "Negaraku" yang dinyanyikan oleh semua tetamu majlis.

Pertandingan pakaian beragam tema Merdeka.

Usai menaikkan bendera, pertunjukan bunga api pula dimulakan selama beberapa minit. Pertunjukan bunga api ini disumbangkan oleh Datuk Jawahar Ali Taib Khan selaku pemilik Nasi Kandar Ali Maju dan juga Pengerusi PRESMA. Majlis Ambang Merdeka ini kemudian diakhiri dengan lagu "Jalur Gemilang" yang meninggalkan kesan mendalam tentang semangat patriotik dan perpaduan di kalangan peserta dan masyarakat setempat.

Upacara menaikkan Bendera Malaysia dan pertunjukkan bunga api.

MENGENAI PENGANJUR

PERKASA - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) merupakan Badan Bukan Kerajaan yang "memperjuangkan" dan "mempertahankan" hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Contohnya, memudahkan pelajar memohon biasiswa pelajaran dan juga membanteras peniaga warga asing yang mengambil hak peniaga pribumi.

Veteran 1 Malaysia – Persatuan Veteran 1 Malaysia mengumpulkan ahli-ahli veteran yang pernah berkhidmat untuk negara serta membantu ahli untuk menyesuaikan dan meneruskan kehidupan selepas perkhidmatan.

PEDULI KASIH - Persatuan awam yang menggerak, mengeratkan, dan mengukuhkan silaturahim, kebajikan, kerjasama, persefahaman, dan kesejahteraan sesama ahli dan masyarakat setempat.