Saturday, 19 October 2024

20 MINIT PERTUNJUKKAN ULTRAMAN TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 DI MYTOWN, KL

Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 meriah dengan pengenalan Ultraman baharu, pertunjukkan yang lebih mengujakan, figura yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti yang menarik di pusat beli-belah MyTown Kuala Lumpur. Pop Up ini sudah pun berlangsung bermula hari jumaat sehingga lah 27hb Oktober ni.

Bersama Ultraman Arc, Ultra Hero terbaharu!

Ultra Hero Baharu - Ultraman Arc

Ultraman Arc merupakan Ultraman terbaharu daripada Ultra Heroes. Sebenarnya siri Ultraman sudah ditayangkan di Astro Ceria pada bulan julai lepas. Kisahnya bermula dengan Yuma Hize iaitu seorang pelajar yang penuh semangat dan menghayati ideal kepahlawanan serta keberanian. 

Sumber: Astro

Satu hari kehidupan Yuma Hize berubah terus apabila dia dapat menggunakan kuasa imaginasi dan bergabung dengan Rution, sebuah entiti cahaya dari galaksi lain,yang membentuk penciptaan Ultraman Arc.

Antara kekuatan Ultraman Arc ni ialah dia sangat kuat, boleh terbang serta boleh pulihkan diri sendiri dan orang lain. Untuk pertunjukkan Pop Up kali ni, Ultraman Arc turut menampilkan dua jenis perisai iaitu Luna Armor yang berwarna biru dan juga Solis Armor yang berwarna jingga. Kedua-dua perisai ni juga ada kuasa menarik tersendiri!

Pertunjukkan Ultra Heroes 20 Minit!

Tak sah kalau tak ada pertunjukkan bila ada Pop Up atau jelajah Ultra Heroes kan?

Biasanya pertunjukkan hanya dalam 5 minit sahaja dan mungkin melibatkan beberapa watak termasuk watak sampingan. TAPI kali ini, pertunjukkan yang sangat bertenaga selama 20 minit! EMPAT WATAK BESAR yang beradu tenaga di atas pentas iaitu Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed. 

Ultraman Arc sedang bertarung dengan Ultraman Belial

Rupanya ada juga Ultraman jahat iaitu si Ultraman Belial. Boleh pula lawan Ultraman Arc dan Ultraman Zero bersekongkol dengan kaiju Bemzeed. Nasib Ultraman Arc tunjuk kuasa baru. Ha sedikit 'SPOILER' - Ultraman Arc boleh serap kuasa Ultraman Zero lepas tu salurkan pada pedang untuk tewaskan musuh durjana. Begitu!

Sumpah rasa teruja dan layan habis tengok pertunjukkan kali ni. Kalau bukan sebab nak buat cerita, saya tak ingat dah nak rekod ni. Tapi nasib saya rekod juga, baru boleh orang lain tengok juga di Instagram saya. Hehe. Cuma lagi seronok lah kalau tengok depan-depan dengan suara latar dan efek menarik secara langsung. 

NAMUN jangan risau, ada ulangan pertunjukkan setiap hujung minggu sabtu dan ahad pada pukul 1pm, 3.30pm dan 6pm. Pastikan anda kunci masa anda siap-siap dan menuju ke MyTown hujung minggu ni.

Patung Ultraman setinggi 2 Meter bersaiz manusia

Patung figura Ultraman Arc dan Ultraman Blazar bersaiz manusia dan setinggi 2 Meter pun ada terletak di kedua-dua belah ruang masuk ke Pop Up ini. Patung ini dibuat berdasarkan S.H.Figuarts oleh Bandai. Ala barisan figura aksi yang berkualiti dan nampak sebiji-sebiji macam betul tu. Menarik kan!

Kiri: Ultraman Blazar. Kanan: Ultraman Arc


Figura esklusif dan terbaharu dari Tamashii Nations

Meski Pop Up ini khusus untuk Ultra Heroes kesayangan kita semua, terdapat juga Figura esklusif dan terbaharu lain dari Tamashii Nations yang menampilkan anime lain seperti Naruto, Spy X Family, Dragon Ball dan lain-lain.

Figura Ultraman Arc dan Ultraman Blazar

Figura bagi empat watak pertunjukkan pentas juga ada terutama Ultraman Arc dengan tiga versi iaitu Ultraman Arc, Ultraman Arc menggunakan Lunar Armor dan Ultraman Arc menggunakan Solar Armor

Tebus GANJARAN dan berpeluang beramah mesra bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero

TOLONG jangan bawa balik tanpa ganjaran bila dah datang dan berbelanja di Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024. Anda boleh tebus ganjaran yang pelbagai seperti:

Belanja minimum RM200
  • Percuma poster Ultra Heroes
  • Tebus tiket beramah mesra bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero pada hujung minggu. Terhad kepada 50 orang satu sesi. 
Belanja minimum RM300
  • Percuma beg kertas acara Ultra Heroes
Belanja minimum RM500
  • Dapat 1x Cabutan Bertuah untuk memenangi figura daripada Tamashii Nations bernilai sehingga RM1500!
Beli S.H.Figuarts Ultraman Arc
  • Tebus tiket beramah mesra bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero pada hujung minggu. Terhad kepada 50 orang satu sesi. 
Tebus hadiah dengan cara mudah
  • Kalau anda bertuah, di acara nanti anda boleh tebus stiker Tamashii Nations ataupun gelang kunci dengan langkah mudah seperti Like, Follow atau Imbas Kod QR
Jom jumpa Ultra Heroes di MyTown

Menarik Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes yang sedang berlangsung. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, Ultraman ni dari generasi kita dulu pun masih layan. Bayangkan, banyak cerita Ultraman baharu yang ditayangkan pada tahun ni sahaja seperti Movie Ultraman Blazar, Siri Ultraman Arc dan Filem Netflix Ultraman Rising. Nak tengok figura-figura Ultraman, Kaiju dan pelbagai siri anime lain pun ada.


Mari kita memeriahkan bawa diri, bawa anak-anak, keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan ke:

TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024
📍Central Town, Ground Floor, MyTOWN, Kuala Lumpur.
📆18 – 27 Oktober 2024
⏰10am – 10pm (*18 Oktober bermula dari 12pm)

Juga and boleh tonton sedutan Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 di Instagram reel saya:

Sunday, 13 October 2024

guardian Sambut Ulang Tahun Ke-57, Pink October, Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu dan Promosi Menarik Diskaun 57%

Petaling Jaya, 10 Oktober 2024: guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti yang memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:


  • Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.
  • Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharu yang menarik ini.
  • Promosi eksklusif diskaun 57% untuk pembelian item kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.
Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menegaskan:

“Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian. Ini termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat’.”

Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara

Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang didiagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awal yang rendah - terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah - hampir separuh daripada kes hanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendah iaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangi kanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif.


Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88.

Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara.

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, berkata:

“Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk menambahbaik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.”

Sepanjang bulan Pink October, guardian akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia

“guardian Malaysia terus memilih susun jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada 20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini,” tambah Anna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024.

Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% - Untuk Bulan Ini Sahaja!

Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuk lebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober 2024.

Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian di e-katalog guardian baharu atau melalui aplikasi dan eStore guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya - cara yang lebih mudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan kami.

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.


“Ini merupakan bulan yang mengujakan buat pelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi,” jelas Anna mengakhiri.

Tuesday, 1 October 2024

CHILDREN’S DAY FESTIVAL 2024 DI ROYALE CHULAN SEREMBAN

1 Oktober 2024 – Hari Kanak-Kanak disambut pada bulan November setiap tahun. Seiring dengan itu, Hotel Royale Chulan Seremban akan menganjurkan acara menarik selama 2 hari pada 9 & 10 November (Sabtu dan Ahad). Pihak Hotel Royale Chulan Seremban akan menyediakan aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa penjaga pada hari tersebut iaitu Children’s Day Festival 2024.


Children’s Day Festival 2024


Acara tahunan yang dianjurkan Hotel Royale Chulan akan bermula dari hari Sabtu, 9 November dan berakhir pada hari Ahad, 10 November 2024. Acara ini bertujuan untuk memberi kanak-kanak aktiviti penuh keseronokan dan pertandingan yang mengasyikkan sepanjang dua hari ini.

Pada acara ini juga, jenama Bzu Bzu, yang terkenal dengan produk penjagaan rumah dan peribadi semulajadi akan mengagihkan 2,000 buah tangan kepada semua kanak-kanak yang hadir acara tersebut.

Pertandingan Children’s Day Festival 2024

Pelbagai pertandingan akan diadakan di Seri Negeri Ballroom 1 iaitu pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan menyanyi, dan pertunjukan fesyen. 


Pemenang dalam setiap pertandingan ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti:

Tempat Pertama
Hadiah bernilai RM400
Wang tunai sebanyak RM500 dari SSPN PTPN
Trofi
Sijil
4x Tiket Taman Tema Legoland Malaysia bernilai RM800

Tempat Kedua
Hadiah bernilai RM300
Wang tunai sebanyak RM400 
dari SSPN PTPN
Trofi
Sijil
2x Tiket Snowlim Wonderland Malaysia

Tempat Ketiga
Hadiah bernilai RM300
Wang tunai sebanyak RM300 
dari SSPN PTPN
Trofi
Sijil
2x Tiket Snowlim Wonderland Malaysi

Saguhati kepada semua peserta
Tanda pengahargaan
Sijil penyertaan

Yuran penyertaan akan dikenakan untuk pertandingan bermula daripada RM25 untuk setiap kanak-kanak. Yuran tersebut juga termasuk hidangan makanan peserta kanak-kanak.

Aktiviti Menarik, Bengkel dan Pertandingan - Lego, Pusat Catur Negeri Sembilan, Restoren Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban dan Banyak Lagi!

Pertandingan Lego bersama BrickMatrix

BrickMatrix, yang terkenal dengan penganjuran pertandingan Lego utama di seluruh Malaysia akan mengadakan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan di Seri Negeri Ballroom 2 menjangkakan lebih 500 peserta setiap hari.

Pendaftaran adalah RM5 bagi setiap peserta, dan pertandingan ini terbuka kepada semua kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga. Peserta akan bersaing untuk berpeluang memenangi salah satu daripada 18 hadiah kotak Lego!

Sumber: KidsNews

Kejohanan Catur oleh Pusat Catur Negeri Sembilan

Pusat Catur Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur selama dua hari di Ballroom 3 dan terbahagi kepada dua acara.

Sumber: Irish Chess Union

1. Acara pada 9 November terbuka kepada kanak-kanak hingga 12 tahun
2. Kejohanan pada 10 November mengalu-alukan peserta dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa.

Trofi akan diberikan kepada pemenang pada kedua-dua hari.

Bengkel Pastri dikelola Restoren Han Pi Yuen, Royale Chulan

Bagi bakers muda yang bercita-cita tinggi, kunjungi Han Pi Yuen Restaurant untuk bengkel membuat kek yang menarik yang diketuai oleh chef pastri kami.

Restoren Han Pi Yuen yang terletak di level
Mezzanine Hotel Royale Chulan, Seremban

Bengkel ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, dengan harga RM49.90 setiap kanak-kanak dan termasuk peralatan baking, apron, topi chef, buku resipi, dan hidangan yang lazat serta berkhasiat yang disediakan khas oleh pasukan chef kami.

Aktiviti lain yang menarik boleh disertai

Sepanjang dua hari acara, keluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti, termasuk istana inflatable oleh Kiddytopia, pertunjukan magic, pencarian harta karun, kemunculan badut dengan seni belon, seni pasir, lukisan wajah, seni henna, pameran replika haiwan oleh PERHILITAN, dan paparan menarik dari bomba Seremban yang memaparkan jentera bomba dan uniform mini untuk kanak-kanak, serta aktiviti melukis batik!

Juga ada cabutan bertuah setiap jam untuk orang ramai termasuk untuk orang dewasa. Maka ibu bapa, penjaga dan anak remaja juga boleh turut serta pada festival kali ini.

Pusat Sehenti – Pelbagai Produk dan perkhidmatan

Vendor daripada pelbagai sektor, termasuk pendidikan, hobi, dan institusi kewangan seperti PTPN, Tabung Haji, dan Prudential, serta kedai buku seperti Popular dan Sinaran juga turut membuka kiosk yang boleh dikunjungi oleh ibu bapa, penjaga dan kanak-kanak.

Menambah nilai kepada Festival ini, KPJ Seremban Specialist Hospital akan mempunyai pasukan profesional perubatan yang berdedikasi di lokasi, menawarkan perkhidmatan percuma untuk kanak-kanak, ibu bapa dan penjaga seperti:

Sumber: FB KPJ Seremban Specialist Hospital Official

* Saringan Kesihatan Percuma (Tekanan Darah, BMI, Glukosa)
* Analisis Lemak Badan oleh Pakar Pemakanan
* Penilaian Kebersihan Tangan yang Menyeronokkan bersama Pasukan Kawalan Jangkitan
* Saringan Pertuturan oleh Ahli Terapi Pertuturan dan Saringan Pendengaran oleh Ahli Audiologi.
* Kehadiran maskot rasmi KPJ, Dr. Kiki.

Kanak-kanak juga akan mendapat pemeriksaan tambahan secara percuma, termasuk pemeriksaan gigi oleh Dr. Smile Dental Seremban 2 dan saringan mata oleh Optimax Eye Specialist Seremban.

Jom kunjungi Festival Kanak-Kanak di Royale Chulan Seremban dan Daftar sekarang

Untuk mendaftar mana-mana pertandingan/pertandingan, bengkel dan kejohanan, ibu bapa dan penjaga boleh mendaftar anak mereka dengan mudah dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau boleh tekan pautan ini untuk ke borang pendaftaran google form.

Adalah sangat digalakkan agar ibu bapa dan penjaga untuk mendaftar lebih awal kerana tempat adalah terhad serta pendaftaran secara ‘walk-in’ pada hari pendaftaran tidak diterima. Untuk melihat tatacara penuh program boleh lihat di pautan flipbook ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Royale Chulan Seremban melalui WhatsApp di 016 920 9880 atau 06-766 6666, atau emel di enquiry.rcs@royalechulan.com.

Jom raikan kanak-kanak dengan beri pengalaman yang penuh bermakna kepada mereka di Royale Chulan Seremban November ini!

Monday, 23 September 2024

Sate dan Gril Abang J Dari Sabah Kini Di AEON Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 September – Abang J, jenama sate dan grik halal premium dari Sabah terkenal dengan rasa autentik Sabah telah melancarkan rangkaian produk sedia untuk dimasak di AEON Mall Cheras Selatan dengan majlis yang sangat intim.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bte Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai tetamu kehormat untuk menyokong Dato Koh Chung Jade selaku Pengarah Urusan Jetsin Sdn Bhd serta pengasas visi Abang J. Baginda dan Datuk Koh, sebelum ini juga sering berkongsi komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), bekerjasama dalam inisiatif yang memartabatkan komuniti tempatan.

Buat julung kali, produk Abang J memasuki pasaran Semenanjung Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian penting bagi jenama ini setelah mengukuhkan kedudukan sebagai pelopor produk sedia untuk dimasak Halal di Sabah. Adalah impian Abang J juga untuk memasarkan produk-produk yang ada melalui AEON Malaysia. Ini membolehkan jenama ini mencapai pelanggan yang lebih luas serta memenuhi visi untuk membawa rasa autentik Sabah ke rumah-rumah di seluruh negara.

Semasa pelancaran, Abang J mempamerkan pelbagai produk sedia untuk dimasak, termasuk Satay Series (ayam, daging lembu, dan kambing), Sayap Ayam Madu, dan Chop Kambing Premium. Dihasilkan daripada bahan terbaik, produk ini menawarkan cara yang mudah dan sedap untuk merasai rasa kaya dan autentik Sabah di dapur sendiri.

“Kami teruja untuk membawa produk sedia untuk dimasak kami ke AEON, ini dapat memudahkan keluarga menikmati rasa unik Sabah,” kata Datuk Koh Chung Jade.

“Mempunyai Yang Mulia Paduka Puteri Tunku Mariamz bersama kami untuk pelancaran hari ini adalah satu penghormatan yang luar biasa, dan sokongannya, bersama nilai-nilai CSR yang kami kongsi, telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami,” tambahnya lagi.


Majlis pelancaran yang disertakan dengan pameran bergerak di AEON Mall Cheras Selatan mendapat satu sambutan meriah dengan pemberian sampel produk dan promosi eksklusif untuk pelanggan yang berkunjung.

Produk Abang J

Produk Abang J ni merangkumi sate ayam, sate daging, sate kambing, kambing bakar, ayam madu bakar, bakso, oden asli, oden pedas dan tomyam pedas. Namun buat pasaran semenanjung Malaysia, Abang J memperkenalkan sate sebagai produk utama dengan didampingi oleh kambing bakar dan ayam madu bakar.

Produk adalah seperti berikut:

Produk Abang J yang boleh didapati di AEON Malaysia

Review

Bagi siapa yang pernah merasai sate Sabah, sate Sabah ni antara sate paling 'juicy'. Bukan jenis sate yang jual isi semata-mata. Isi sate ni jenis lembut je. Jadi orang tak ada gigi sangat pun boleh nikmati sate Sabah. Ikutkan saya, saya sendiri akan letak sate Sabah nombor satu dari segi kelembutan sate itu.

Rasa sate Sabah dan kuah kacang Sabah ni lebih ke arah manis sebenarnya. Bagi yang kurang gemar rasa manis seperti saya, rasa sate Abang J ni masih boleh diterima cuma kuah yang sedia ada tu memang nak tak nak, saya akan campur cili dan garam bagi pedas masin sikit sebab terlalu manis bagi saya. Nasib baik kuah kacang Abang J ni jenis pekat, sedap bila cicah dengan sate.

Sate ni kalau boleh, bakar atas arang. Lagi baru boleh rasa autentik sate Sabah tu. Masak lama-lama sikit pun tak akan kering tau. Rahsianya? Abang J guna peha ayam lah. Sebab tu kekal 'juicy' walaupun panggang lama sikit.

Antara ketiga-tiga sate ayam, sate kambing dan sate daging, saya lebih gemar sate daging. Sate daging lembut tak liat langsung dan tak semanis sate jenis lain!

Sampel percuma produk Abang J di AEON Cheras Selatan

Oh sebelum tu, saya juga sempat merasa kambing bakar Abang J. Kambing bakar Abang J ni pun boleh tahan sebab perapan lada hitam tak cair dan tak terlalu kuat sampai hidung berangin. Cukup seimbang. Namun masih ada manis-manis juga lah.

Secara keseluruhan, produk Abang J ni sedap-sedap. Harga pula saya rasakan agak berpatutan memandangkan penggunaan bahan yang premium serta isi pula berat. Berbaloi untuk dicuba!

Dapatkan di AEON Malaysia

Sate dan gril Abang J kini tersedia di kedai AEON Malaysia di seluruh negara kecuali AEON Kuching. Dapatkan juga promosi pengenalan sehingga 30hb September ini di semua AEON Malaysia kecuali Ipoh Falim, United Point, Danga (JB) dan Kuching Sentral serendah RM15.90 sepaket.

Promosi pengenalan sehingga 30hb September

Lihat juga video Tiktok sekitar pelancaran Abang J di AEON Mall Cheras Selatan baru-baru ini di bawah:
@zandra.zane Sate dan gril autentik rasa Sabah Abang J ada di AEON Malaysia. Ada promosi pengenalan sehingga 30hb September ni tau!😘 Review penuh di https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/review-sate-dan-gril-abang-j-sabah-di-aeon-malaysia.html 🙌🏻 @AEON Malaysia @dboystudio #aeonretailmalaysia #AbangJ #SatayAbangJ #Sate #KambingPerap #AyamMadu #MakananSabah ♬ as production Upbeat Funk Music - asproductionmusic


Jom dapatkan sate dan gril halal dan autentik Sabah Abang J di AEON Malaysia sekarang!