Get.Set.GLOW Guardian 2024 |
Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkata bahawa Get.Set.Glow. adalah sebuah acara yang direka berteraskan visi ‘memupuk kesejahteraan diri’.
“Ia adalah pendekatan holistik yang harus dipupuk dalam diri kita semua; mengutamakan kesihatan, kebahagiaan, dan kepuasan diri agar kita boleh menjadi versi terbaik diri kita untuk keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan semua orang di sekeliling kita,” jelas Priscilla.
Priscilla Wu |
Get.Set.Glow. adalah tentang keyakinan untuk menambahbaik keadaan diri; sentiasa berusaha untuk mengetahui maklumat terkini yang ada di luar sana untuk memupuk kesejahteraan diri yang berterusan serta mempelajari kemahiran baharu agar diri sendiri kekal sihat.
“Retreat holistik ini menghubungkan jenama kesejahteraan terbaik dan terpilih dengan para pempengaruh, menyediakan ruang untuk mereka mempamerkan rangkaian produk terkini mereka merentas empat bidang kesejahteraan yang diketengahkan oleh guardian Malaysia,” kata Priscilla.
Empat bidang utama kesejahteraan ialah:
● Gaya hidup dan Kesejahteraan
● Kecantikan Dalaman
● Penjagaan Kesihatan
● Keperluan Penjagaan Diri
Jenama kesejahteraan yang mengambil bahagian dalam retreat tersebut menghadirkan pasukan perunding dan wakil mereka masing-masing untuk berkongsi tawaran terkini dengan para tetamu. Lima jenama utama (Anlene, Blackmores, Benourish, Nugevity dan VitaHealth) malah menawarkan beberapa pemeriksaan kesihatan khas seperti kesihatan tulang, kesihatan mata, dan lain-lain, sebagai sebahagian daripada cabaran kesejahteraan 60 hari mereka.
Di samping tawaran makanan berkhasiat dan makanan tambahan untuk kesejahteraan, para tetamu turut didedahkan dengan ‘rahsia’ kesejahteraan holistik oleh penceramah dan jurulatih daripada pelbagai latar belakang yang dijemput untuk berkongsi kepakaran di acara itu.
“Kami menampilkan barisan penceramah yang terdiri daripada doktor perubatan, pakar pemakanan, ahli farmasi, jurulatih kecerdasan, guru yoga, perunding tidur, ahli aromaterapi dan pengamal kesihatan holistik, agar mereka yang hadir dapat mempelajari kemahiran baharu bagi membina kekuatan dalaman dan kesejahteraan luaran, justeru sihat secara holistik,” tambah Priscilla.
Salah satu sesi 'talk' yang ada |
Pempengaruh yang hadir berkongsi pengetahuan mereka tentang kesejahteraan holistik dengan peminat dan pengikut mereka melalui hantaran di platform media sosial.
“Ini adalah cara terbaik untuk peminat dan pengikut pempengaruh untuk turut Get.Set.Glow dan mengetahui apa yang berlaku dalam acara ini. Untuk nasihat selanjutnya berkenaan kesejahteraan diri, mereka boleh berjumpa dengan ahli-ahli farmasi di stor-stor guardian di seluruh negara,” jelas Priscilla.
Retreat Get.Set.Glow ini adalah permulaan untuk siri jelajah (roadshow) kesejahteraan 3 bulan guardian Malaysia yang bakal diadadakan di Pusat Pameran Mid Valley dan Pusat Membeli-belah One Utama pada pertengahan Ogos 2024. Jenama kesejahteraan terpilih dan perkhidmatan lain yang berkaitan akan dapat diakses oleh orang ramai di tiga siri jelajah ini.
“Acara umum yang bakal diadakan nanti berfungsi sebagai platform dimana pelanggan dapat membina komitmen mereka untuk memulakan perjalanan memupuk kesejahteraan diri. Kami di guardian Malaysia, mempunyai produk kesejahteraan yang telah dipilih susun secara teliti serta sokongan profesional yang sesuai melalui ahli-ahli farmasi komuniti kami, bagi memperkasakan perjalanan pelanggan kami dalam mencapai kesejahteraan yang holistik,” kata Priscilla mengakhiri.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti @guardianmy di platform Instagram.
No comments:
Post a Comment