Sunday, 14 December 2025

MY40+ Rewards, Kelebihan Tambahan untuk Ahli MYguardian Berumur 40 Tahun ke Atas!

Kuala Lumpur, 12 Disember 2025 – Enam bulan selepas pelancaran program kesetiaan MYguardian Rewards, Guardian Malaysia, Peruncit Kesihatan & Kecantikan No.1 di Malaysia* mengambil satu lagi langkah bermakna dalam usaha membantu rakyat Malaysia kekal sihat dan yakin pada setiap peringkat usia. Hari ini, guardian memperkenalkan MY40+ Rewards, tahap manfaat baharu yang direka khusus untuk pelanggan berusia 40 tahun ke atas, bagi meraikan fasa kehidupan yang bertenaga ini dengan sokongan praktikal, kepakaran yang dipercayai, serta pengalaman yang menginspirasi.


Meraikan Fasa Baharu Kehidupan dengan MYguardian Rewards


Memasuki usia 40 selalunya digambarkan sebagai permulaan fasa yang lebih bermakna—di mana kejelasan, keyakinan dan tujuan hidup bersatu. Inilah fasa kehidupan yang dipenuhi dengan kekuatan, kebijaksanaan dan kecantikan, dan guardian Malaysia percaya ia wajar diraikan serta diberikan penghargaan sepenuhnya. 





Dengan MY40+ Rewards, ahli yang berumur 40+ tahun akan dapat menikmati manfaat yang dipilih dengan teliti bagi membantu mereka kekal sihat, aktif dan berseri:

  • Penilaian kesihatan tahunan PERCUMA

  • Pemeriksaan kesihatan kulit tahunan PERCUMA

  • Nasihat yang dipercayai daripada ahli farmasi guardian Malaysia

  • Diskaun tambahan RM10 untuk pembelian produk penjagaan kesihatan bernilai RM150 setiap hari Selasa

  • Jemputan ke acara penjagaan kesihatan dan kesejahteraan eksklusif


Manfaat-manfaat ini melengkapkan lagi program MYguardian Rewards dan direka untuk meningkatkan keyakinan serta memberikan motivasi tambahan kepada ahli untuk terus berkembang pada usia 40-an, 50-an dan seterusnya.


Priscilla Wu, Pengarah Urusan, guardian Malaysia, berkata: 


MY40+ Rewards ialah cara kami meraikan fasa kehidupan yang benar-benar istimewa. Kami berharap pelanggan setia kami yang berada dalam fasa ini akan menemukan lebih banyak sebab untuk menghargai pencapaian hidup mereka selama ini, dan terus menikmati banyak detik bermakna dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.” 


Dengan peluasan manfaat MY40+ Rewards – yang melengkapi ganjaran sedia ada dalam program kesetiaan MYguardian Rewards – kami ingin pelanggan setia kami berasa disokong, dihargai dan menikmati lebih banyak detik menggembirakan pada masa hadapan.


Memperkenalkan MYguardian Partners: Lebih banyak cara meraih mata ganjaran, setiap hari


Selain MY40+ Rewards, guardian Malaysia turut melancarkan MYguardian Partners, sebuah program afiliasi yang mengumpulkan 31 jenama terkemuka gaya hidup, kembara, fesyen dan hidangan mewah.


Inisiatif ini terbuka kepada SEMUA 5 juta ahli MYguardian Rewards, merentasi semua peringkat umur, untuk memperoleh MYpoints semudah membeli-belah dalam talian dengan rakan-rakan jenama yang terlibat. Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Uniqlo, Klook, Expedia, Agoda, AirAsia dan Focus Point. Menerusi kerjasama ini, ahli kini mempunyai lebih banyak cara untuk meraih mata ganjaran merentasi kategori gaya hidup harian.


Campus Cantik: Fiesta hujung minggu


Bagi meraikan MY40+ Rewards baharu dan melancarkan MYguardian Partners, guardian Malaysia mengadakan acara hujung minggu yang ceria, MYguardian Rewards Year-end Fiesta di The Campus Ampang, sehingga 14 Disember 2025 bagi mempromosikan pengalaman kecantikan, penjagaan diri dan kesejahteraan.



Majlis pelancaran eksklusif diadakan untuk media, pempengaruh dan rakan-rakan jenama, menampilkan persembahan yang meraikan semangat keremajaan, gaya hidup seimbang, dan keanggunan klasik. Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan seni pasir yang menginspirasikan oleh seorang personaliti terkenal dari Pulau Pinang.


Ahli juga boleh mengajak rakan dan keluarga mereka menyertai program kesetiaan MYguardian Rewards! Kedua-dua, pengenal dan ahli baharu yang menggunakan kod rujukan unik dalam aplikasi akan menerima 150 MYpoints setiap seorang! Ahli baharu yang mendaftar di lokasi acara sepanjang fiesta hujung minggu akan menerima 10x MYpoints untuk pembelian pertama mereka! 


Selain itu, ahli yang membuat pembelian daripada jenama yang mengambil bahagian dalam acara ini akan menerima tambahan 50 MYpoints, beg beli-belah guardian Malaysia percuma, serta berpeluang menikmati pelbagai manfaat seperti pemeriksaan kesihatan kulit percuma, perkhidmatan pembalutan hadiah, warna kuku, ukiran dan juga hadiah bagasi.


Priscilla menambah, “Kami mahu rakyat Malaysia merasa dihargai bukan sahaja ketika mereka membeli-belah, tetapi setiap kali mereka memilih tabiat yang lebih sihat, menjaga diri sendiri dan meraikan diri mereka hari ini. MY40+ Rewards dan MYguardian Partners mencerminkan komitmen kami dalam menyokong kesejahteraan ahli kami pada setiap peringkat kehidupan.”


Lihat juga instagram sekitar pelancaran MY40+ Rewards yang berlangsung di MYguardian Year End Fiesta di The Campus Ampang:



#guardianNo1

#guardianMY40+Rewards

#MYguardianPartners

#MYguardianRewards

#MYguardianRewardsFiesta

#MYguardian


No comments:

Post a Comment