Tuesday, 21 February 2017

Kongsi cerita kerja model produk

Salam smua..

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua serba sedikit apa kerja yang saya lakukan sebagai model.

Jadi saya akan bercerita melalui gambar ya!

Ni masa kat S7ven studio. Mekap kat Shah Alam. Lokasi
penggambaran di Kajang. Hahaha.. bukan senang tau~ kena
siap-siap mekap dan pergi jauh ke Kajang. MUA tak ikut sekali, Mua waktu
ni Kak Farahana, bapak tinggi. I pendek nak mampuih.. hahahaha..
jadi pandai-pandai jaga mekap. Jangan bagi luntur.. makan minum kena jaga elok-elok.

Peha nampak besar. HAHAHA.. kerana dalam gambar ni nampak
besar, saya terus jaga makan. Apa lagi kamera dslr. Kena nampak cantik kot!!!!
Masa ni tengah ambik bayaran penggambaran. Tak semestinya
hari ni ambik gambar, hari ni juga dapat bayaran ye.

Kena acah-acah gelak tawa. Kitaorang baru pertama kali jumpa.
Penting kalau jadi model kena bergaul dengan semua orang. Jadi keserasian
tu ada. Suka saya ingatkan, ketinggian saya ialah tengah-tengah. Saya tak
pakai kasut tinggi masa ni. Hehehe.. macam pendek pulak.

Akhirnya bergambar dengan MUA kitaorang, namanya Kak Eela. MUA kita orang tu lah sebelah
saya pakai tudung hijau. Dengan MUA sekali ikut turun senang bertulkan mekap. Suka diingatkan ni
penggambaran kat luar. Panas semua kena tahan ye. Bergaya kena kekalkan muka segar.

Ni penggambaran lain. Nampak tak "Set up" tu? Produksi besar dan agak mahal!

Muka pucat sebab masa ni kitaorang dah berapa kali "take" tak habis-habis untuk
satu "scene" saja. Masa ni ramai pulak tu. Mekap pun memang sikit je. Nak bagi
muka natural gitu~

Nampak tak kitaorang dah letih. Ni belum habis. Hehe.. lagipun tak sabar nak tunggu
keluar hasil dia. Masa ni pihak produksi dan agensi sangat jaga kitaorang. Makanan minuman
sangat banyak. Saya makan sosej tak putus-putus. Sosej keju dan sosej cendawan pulak tu.
Belum lagi makanan minuman lain. Bapak ah.. memang produksi besar dan agensi besar ni
jaga elok elok. Memang terbaik!

Tempat yang saya tunjuk tu tempat makanan. Berpanas makanan tu. Sebenarnya kitaorang dah
siap sedia kat lokasi seawal 5.30 pagi!!! Ingat ye. tu baru siap sedia. Tak tukar
baju bagai. Kalau tak sanggup jangan lah susahkan orang nak ikut penggambaran.
Sebab dorang pun kena buat banyak kerja jugak. Tapi bagusnya makanan awal-awal dah sedia. Tak lah
lapar!

Berpanas kotttttt.. Masa ni tengah penggambaran. Siap bawa
telefon nak swafoto. HAHAHAHAHA.. Masa ni babak kena bawa telefon.
Masa tu acah-acah ambik gambar kat depan tapi teracah pulak selfie. Ramai
kan orang kat belakang saya? Ada kenal sesiapa?

Hehehehe, ni dah habis.. kitaorang memang dah lapar dan melantak je..
Seronoknya masa ni dah kenal dengan kru-kru dan bakat lain. Boleh lah berkenalan!

Maaf muka nampak pelik disitu. Semua ni tengah makan dengan gembiranya. 

Ingat dia siapa tak? Hahaha gambar kat atas tu lah.. Alhamdulillah
saya ditemukan kembali dengan Wani untuk penggambaran video pulak.
Wani dah kawen ye. HAHAHAHA.. muka dia macam Hanis Zalikha.  Nampak tak, bila
dah berkenalan, kitaorang dah jadi kawan betul-betul. Tak lah kekok.

Tu lah produk tersebut. Tengah Wani paling kanan Zaqyah. Zaqyah baru je kenal. Tapi masa
hari tu kiteorang boleh ambik gambar suka-suka je. Macam dah lama kenal. Jika ada kesempatan
berkerjasama, mudah serasi dan tak rasa kekok dalam lokasi atau studio. Ingat kena bergaul! Lagipun
agak penting mana tau anda atau model lain perlukan pasangan model dia boleh pilih anda dan anda
boleh pilih mereka!


Terima kasih sudi membaca. Ini yang dapat saya kongsikan hari ni.

Tata!