Wednesday 1 September 2021

KULIM Sasar Menjadi Peneraju Agribisnes Menjelang 2025


Kulim (Malaysia) Berhad atau ringkasnya Kulim baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-88. Oleh itu taklimat media secara virtual sempena ulang tahun ini telah berlangsung pada 1hb September 2021 yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kulim, Encik Mohd Faris Adli Shukery. Rangka utama sidang taklimat ini berfokuskan kepada pelancaran pelan transformasi lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes.

Pengarah Urusan Kulim, Encik Mohd Faris Adli Shukery

Sebahagian daripada rancangan pelancaran ini, Kulim mensasarkan beberapa langkah seperti memperkukuhkan perniagaan teras, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

Mohd Faris Adli Shukery memulakan taklimat dengan kenyataan bahawa antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat.

Ujarnya lagi, "Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang," 

Mohd Faris turut menyatakan pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.

Di samping itu, rancangan lain ialah seperti mengembangkan perniagaan Huluan, menanam tanaman bernilai tinggi dan meneroka kawasan pertumbuhan baharu - khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga akan meneroka hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.

Tanaman Sawit

Penternakan

Tanaman bernilai tinggi

Pemprosesan bahan mentah

"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental, dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi.

Kami menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan, operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera," katanya lagi.

Beliau berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja-pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam pada itu, Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya.

Antara sedutan taklimat

Dalam taklimat ini juga, Encik Mohd Faris turut meluahkan prinsip Kulim, “Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. 

Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021".

Dengan itu taklimat sidang media berakhir dengan penjelasan yang mampat dengan misi dan visi syarikat. Pengakhiran majlis dimulakan dengan perasmian  logo dan video korporat baru Kulim sebagai tanda usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol selaku salah satu ahli Korporat Malaysia.


Logo Kulim (Malaysia) Berhad yang baharu.

Maklumat tambahan, Kulim telah melancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Kempen #kulim88 ini telah pun berakhir pada 29 hb Ogos manakala kempen #kulimpeduli bermula bulan ini sehingga akhir Disember. Kedua-dua kempen ini telah dijayakan dengan kolabarasi pelbagai pertubuhan seperti Yayasan Jcorp, MyFundAction dan agensi stratergik lokal Johor yang lain.

Akhir sekali, sempena bulan kebangsaan Malaysia, marilah kita sokong syarikat dari Malaysia.

Laman rasmi Kulim (Malaysia) Berhad : http://www.kulim.com.my/            

[BACA - Kempen #kulim88 Kulim (Malaysia) Berhad ]                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Tuesday 10 August 2021

Saya buka kedai di Shopee - Zandra Personal Shop

Hai semua,

Pada bulan julai lepas, saya telah membuat keputusan untuk menjual sebahagian daripada barangan yang saya perolehi secara percuma atas tiket sebagai seorang blogger di media sosial. Kebanyakkan barang ini saya dapat dalam bilangan lebih di mana barangan yang dipersetujui untuk ulasan daripada klien sudah pun saya pakai dan dibuat review.

Jadi tiada wujudnya istilah 'review untuk buat duit je, tak jujur sebab tak pakai pun'. Sebagai seorang blogger, saya cuba sebaik mungkin membuat artikel agar bermanfaat kepada pembaca. Tidak berkat kalau saya cuma memikirkan keuntungan semata-mata.

Selain daripada barangan yang masih baru dan tidak dipakai, saya juga turut menjual barangan preloved lain yang bakal dimuat naik secara berkala seperti baju-baju, beg dan topi. Oleh itu saya menjemput anda untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee.

Ini ialah pautan kepada kedai saya -->  Zandra Personal Shop (Shopee)

Zandra Personal Shop


Antara barang yang dijual

Bagi Zandra Personal Shop di Shopee, saya hanya membuat penghantaran belian barang pada hari ahad saja kerana hanya pada hari tersebut sahaja. Harap semua bersabar dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

Mungkin ada yang tertanya kenapa tak buat 'give away' ataupun bagi kepada orang lain? Jawapan saya seperti berikut:

1. Saya tidak berapa aktif di media sosial semenjak COVID-19 melanda atas sebab peribadi. Jadi tiada masa untuk membuat 'giveaway'.

2. 'Giveaway' agak sulit dibuat untuk saya kerana terpaksa memilih hanya beberapa pemenang daripada ramai-ramai orang. Setelah itu, agak rumit untuk menghubungi pemenang yang kurang bekerjasama.
 
3. Saya memang akan bagi kepada orang terdekat dahulu baru lah saya akan memutuskan pilihan yang lain. Barangan yang saya terima juga adalah dalam kuaniti yang banyak.

Oleh sebab alasan di atas, saya memutuskan untuk menjual barangan yang ada dalam harga lebih rendah daripada pasaran. Biarlah orang yang betul-betul memerlukan membuat pembelian. Tidak lah ada pembaziran dilakukan.

Tak elok jual pemberian orang kepada kita. Balasan saya seperti berikut:

1. Barangan yang dijual adalah dalam kategori barang hadiah yang lebih, tidak direview, sudah direview dan semestinya akan jadi pembaziran jika disimpan tanpa digunakan. Ada juga daripada cabutan bertuah dan 'door gift'.

2. Barangan yang dijual bukan dihadiahkan oleh orang persendirian tapi daripada klien.

3. Agak kontroversi sedikit jawapan saya tapi apabila kita bagi barang kepada seseorang, barang itu sudah menjadi milik orang tersebut. Atas hak orang tersebut hendak melakukan apa saja yang diniatkan. Tidak elok mengungkit. 

Walaupun demikian, tidak lah wajar untuk merosakkan barang atau menjual atas niat yang tidak elok. Contohnya klien bagi barang untuk review tapi barang dijual tanpa direview. Itu adalah biadap. Saya sendiri pun niatkan jual lebihan barang kepada orang yang lebih memerlukan. 

Kenapa jual di Shopee? Jawapan saya seperti berikut:

1. Memudahkan dari segi muatnaik barang di mana pembeli boleh lihat semua barang yang dijual secara tersusun. Proses pembungkusan dan pencetakkan pesanan juga lebih profesional.

2. Memudahkan saya daripada membalas mesej daripada pembeli. Pembeli yang berminat boleh terus membuat pembelian di Shopee dengan cara yang teratur. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian saja perkongsian saya. Saya akan memuatnaik barangan secara berkala, jadi jemput 'follow' untuk melihat barangan terkini. Akhir sekali, saya menjemput anda buat sekalian kali untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee. 

Anda boleh klik pautan ini untuk ke kedai --> Zandra Personal Shop (Shopee)

Terima kasih.

Sunday 8 August 2021

Kempen Derma RM 1 Kulim Berhad - #kulim88 di Media Sosial

Kulim (Malaysia) Berhad dengan kerjasama MyFundAction telah mengadakan kempen di Media Sosial yang bertajuk #kulim88 untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Sebagai pengenalan, Kulim (Malaysia) Berhad merupakan antara syarikat peneraju utama penaman sawit di Malaysia. Selain daripada tanaman sawit, Kulim (Malaysia) Berhad juga terlibat dalam penanaman nanas, kelapa dan tanaman komoditi lain. Walaupun agak sinonim dengan penanaman berskala besar, syarikat ini juga menjalankan perniagaan perladangan lembu untuk sektor halal.

Bagi MyFund Action pula, entiti ini merupakan entiti yang sudah terkenal di antarabangsa sebagai satu entiti Badan Kebajikan yang beroperasi secara global di beberapa tempat. MyFundAction yang berpusat di Malaysia turut beroperasi di negara dan kontinen seperti New Zealand, Mesir, Jepun, Indonesia dan Afrika.

Berbalik semula kepada Kempen #kulim88, anda dijemput menyertai kempen ini dengan memuatnaik hantaran gambar atau video dalam media sosial anda untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID19.

Cara untuk membantu mereka yang terjejas adalah sangat mudah iaitu dengan membuat hantaran seperti yang disebut. Setiap hantaran, Kulim (Malaysia) Berhad akan menyumbangkan RM1 ke MyFundAction dengan sasaran sehingga RM88,888 pada penghujung bulan. Kempen ini telah pun bermula pada 6hb Ogos yang lepas dan akan berakhir pada 22hb Ogos 2021.

**Kemaskini - Kempen dilanjutkan sehingga 29hb Ogos 2021.
Cara menyertai kempen #kulim88 dengan 3 langkah mudah: 1. Ikuti FB & IG Kulim (M) Berhad.

Facebook Kulim Malaysia Berhad

Instagram Kulim Berhad
2. Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad. Tiada had bilangan hantaran.
3. Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.

Mudah kan!

Selain daripada membuat hantaran gambar dan video untuk tujuan derma, hantaran yang mendapat komen dan likes terbanyak berpeluang menjadi salah seorang daripada 10 pemenang mingguan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 88. 10 PEMENANG SETIAP SESI!!!

Lebih mengujakan, terdapatnya hadiah utama berupa wang tunai RM 888 bagi pemenang utama untuk hantaran yang terpilih!! Pemenang utama ini akan diumumkan pada 25hb Ogos 2021 kelak.

Oleh itu, jom sertai kempen #kulim88 dengan segera serta jemput rakan-rakan dan keluarga anda untuk inisiatif ini. Mari lah sambil menderma, sambil berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

*Peringatan:

1. Anda boleh memuatnaik hantaran gambar atau video di Facebook atau Instagram tanpa had.
2. Sebarang hantaran boleh dimuatnaik. Tiada peraturan khusus untuk jenis hantaran mengikut kreativiti anda asalkan mempunyai mesej positif.
3. Pastikan hantaran anda boleh dilihat oleh penganjur.
4. Pemenang dipilih mengikut jumlah like sama ada facebook atau instagram. Tips, muatnaik di platform yang anda pasti anda boleh dapatkan like dan komen yang banyak.
5. Anda boleh menggunakan bahasa melayu ataupun bahasa inggeris.
6. Sila teliti semula syarat penyertaan sebelum membuat hantaran.

Kemaskini ---> 10 Pemang Mingguan sesi 1 sudah diumumkan di sini!!!

Maklumat lanjut: www.kulim.com.my

Thursday 11 February 2021

5 Kedai 'Healthy & Beauty -Drugstore' Di Shopee

Hampir setiap bulan ataupun setiap minggu pasti singgah ke kedai untuk membeli barang kecantikkan dan penjagaan diri seperti syampum, panadol , minyak panas, lipstik, tuala wanita dan sebagainya. Namun musim Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung, mesti kita nak kurangkan perjalanan keluar dari rumah bukan.

Kedai ini lah yang dinamakan Kedai 'Healthy & Beauty - Drugstore' ni atau dalam bahasa melayu boleh lah saya panggil kedai kecantikkan dan penjagaan diri (Kedai KPD). Kedai ni lah yang menjual barang mekap, ubat-ubatan ringkas, makanan dan minuman tambahan, alatan kesihatan, barang penjagaan diri dan segala macam yang berkaitan dengan kegunaan seharian kita. 

Untuk artikel kali ini lebih berfokus kepada Kedai KPD yang ada di Shopee memandangkan Shopee merupakan platform e-dagang pertama di Malaysia.

Jadi mari saya kongsikan 5 Kedai 'Healty & Beauty - Drugstore' di Shopee yang boleh memudahkan hidup anda!

1. Guardian


Guardian ni antara jenama yang paling terkenal untuk kategori kedai KPD ni. Walaupun tak ada kad ahli, kebanyakkan harga mereka lebih rendah berbanding persaingan mereka.

Beli-belah di Guardian, Shopee klik di sini.

2. Watsons


Kalau bukan jenama yang kat atas tu, mesti jenama ni. Turut menjadi salah satu kedai KPD yang terkenal di Malaysia dengan menampilkan Ayda Jebat sebagai duta rasmi mereka.

Beli-belah di Watsons, Shopee klik di sini.

3. Caring Pharmacy


Caring Pharmacy ni selalunya saya jumpa di Pusat Beli belah yang besar seperti Sunway Pyramid dan Aeon Mall. Selalu beli air minuman di kedai fizikal mereka sebab peti sejuk memang diletakkan di ruang masuk kedai.

Beli-belah di Caring Pharmacy, Shopee klik di sini.

4. Apex Pharmacy




Sejujurnya saya sendiri tak pernah menjejaki kaki ke Apex Pharmacy ni. Menariknya tiap kali saya membuat carian produk tertentu menggunakan laman sesawang, Apex Pharmacy selalu muncul di tempat pertama.

Banyak produk yang berkualiti dan bagus boleh didapati di sini yang tak ada di kedai KPD yang lain!

Beli-belah di Apex Pharmacy, Shopee klik di sini.

5. Cosmed Drugstore

Ini adalah kedai KPD yang saya baru sahaja pertama kali mengetahuinya. Berasal dari Taiwan. Barang yang dijual juga kebanyakkan tidak boleh diperolehi di kedai KPD yang lain. Agak menarik untuk mencuba barangan yang dijual.

Lagipun, Taiwan antara negara yang maju dari segi teknologi dan kesihatan. Bahkan mereka juga menitikberatkan produk mereka agar selari dengan negara antarabangsa lain.

Beli-belah di Cosmed Drugstore, Shopee klik di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan membeli barangan di Kedai KPD yang berada di Shopee ialah:

1. Semua kedai ini tersenarai dalam Shopee Mall yang sedia maklum amat selamat untuk membeli di sini untuk mengelakkan sebarang penipuan dan sebagainya.
2. Sambil membeli boleh kumpul syiling Shopee. Bahkan boleh guna syiling yang sedia ada untuk memotong harga. Jimat!
3. Penghantaran percuma dengan baucar 'Free Shipping' daripada Shopee.
4. Percuma baucar pembelian seperti di Watsons, Cosmed dan Caring. 

Kelemahan membeli barangan di Kedai KPD yang berada di Shopee ialah:

1. Barang yang disenaraikan tidak sebanyak yang ada di kedai fizikal mereka.
2. Segelintir harga produk sedikit tinggi berbanding membeli di kedai fizikal.

Kesimpulan yang saya boleh rumuskan, terdapat lebih banyak faedah apabila membuat pembelian di Shopee jika kebanyakkan barang yang diingankan ada di kedai tersebut. Bahkan, barangan yang tidak dapat diperolehi di sini boleh juga dicari di dalam Shopee itu sendiri.

Akhir sekali, buatlah pembelian yang bijak dan hanya keluar rumah jika perlu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pautan ulangan: