Friday 21 April 2023

GUARDIAN ANJUR BENGKEL KEBERSIHAN DAN SUMBANG PRODUK MANDIAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH

Sebahagian daripada Kempen Khidmat Masyarakat Guardian 

‘Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’

 

Shah Alam, 12 April 2023:

 

Kira-kira 200 pelajar Tahun 2 dan pelajar Berkerperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Shah Alam baru-baru ini, telah menyertai Bengkel Kebersihan Guardian interaktif anjuran Guardian Malaysia yang merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya di seluruh negara, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”, yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.



 

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; 

 

“Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Di Guardian, kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber untuk membeli produk kebersihan, lebih-lebih lagi selepas Covid-19 kerana keutamaan diberikan kepada menyediakan makanan untuk anak-anak mereka.”  

 

“Inilah sebab tercetusnya Kempen ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’ Guardian yang dilancarkan dengan sasaran untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, bukan hanya di Malaysia, tetapi di semua negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Ini adalah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat yang merentasi seluruh rantau operasi Guardian.” 

 

Selain Bengkel Kebersihan, kanak-kanak sekolah itu turut menerima produk mandian Guardian percuma. Sebanyak 820 botol produk mandian dan pencuci tangan disumbangkan kepada mereka. 

 


Dalam pada itu, sukarelawan Guardian juga telah turut serta untuk melukis sebuah mural yang menampilkan Beruang Guardiancares yang menggambarkan kepentingan kebersihan dan amalan mandi di sekolah tersebut.

 

Guru Besar SK Shah Alam, Puan Hamidah Bt Shamsudin turut merakamkan ucapan terima kasih beliau di atas sumbangan Guardian.

 

“Kami sangat bersyukur di atas sumbangan yang bermakna dan usaha Guardian untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini. Kami juga sangat menghargai usaha Guardian untuk menceriakan lagi sekolah kami dengan lukisan mural yang berwarna-warni. Ia benar-benar memberi semangat kepada para pelajar,” kata Puan Hamidah.

 

Turut hadir, Dato’ Lawrence Low, Pengerusi dan Pengasas, MyPerintis & School of Life Malaysia, rakan kongsi NGO Guardian dalam program ini.

 

Soren menambah; “Di samping itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 senakan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharap agar pelanggan kami dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian.”



 

Sementara itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

 

 

#guardianmy

FedEx Gah Menyinari Menara Kuala Lumpur Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50!

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 19, 2023 – FedEx Express selaku subsidiari FedEx Corp. (NYSE: FDX) juga merupakan salah satu syarikat pengangkutan ekspress terbesar di dunia telah menyambut ulang tahunnya dengan menyalakan lampu menyinari Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur yang juga antara bangunan tertinggi di Asia Tenggara ini disinari dengan warna rasmi FedEx iaitu unggu dan jingga pada 17 April lepas.

Warna FedEx menyinari Menara Kuala Lumpur

Tahun ini menandakan sambutan ke-50 tahun FedEx peringkat global dan sambutan yang ke-30 tahun bertapak di Malaysia. Untuk menyambut peristiwa yang bermakna ini, FedEx memilih untuk menyinari Menara Kuala Lumpur untuk menyatakan komitmen dan rasa berterima kasih kepada pelanggan atas penerimaan mereka selama tiga dekad.

Menara KL

FedEx di Malaysia bertapak selama 3 dekad.

Sedikit sejarah mengenai syarikat pengangkutan ekspress ini, FedEx mula beroperasi pada 17hb April 1973 di Memphis, Tennessee di Amerika Syarikat dengan 389 orang pekerja dan 14 buah kapal terbang. Pada hari pertama sahaja, syarikat ini telah menghantar sebanyak 186 pakej ke 25 buah bandar seluruh Amerika Syarikat. Sekarang, FedEx mempunyai hampir 530,000 orang pekerja seluruh dunia dan menghantar sebanyak 16.5 juga pakej setiap hari secara global!

Seiring dengan masa, FedEx melebarkan sayap mereka dengan menambah destinasi antarabangsa dengan melancarkan servis antarabangsa pertama di Asia dan Eropah pada tahun 1984. Pada tahun 1993 pula, FedEx memperkenalkan servis secara langsung kepada pelanggan di Malaysia, dengan ini FedEx lebih mengukuhkan kebolehcapaian dan keupayaannya secara global. Pada tahun 1997 pula, FedEx Malaysia telah melancarkan servis “transpacific next day” di Pulau Pinang manakala pada tahun 2020, FedEx membuka fasiliti di Batu Kawan untuk menguatkan jaringan serta memenuhi permintaan pelanggan yang berterusan.

Dengan pencapaian yang berterusan, FedEx komited untuk sentiasa kehadapan dalam keluk rantaian bekalan dengan memberi tumpuan dalam inovasi “best-in-class” yang akan membuka laluan untuk masa hadapan.

Ahli FedEx terdiri dari Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (AMEA) dan Malaysia telah bergandingan bersama ahli seluruh global untuk menyambut ulang tahun ke-50 FedEx melalui 50 Days of Caring. Ahli FedEx secara sukarela akan memberi sokongan dan bantuan kepada komuniti daripada segi masa dan derma barangan kepada agensi yang memerlukan. Apa sahaja akan dilakukan sama ada membaiki sekolah atau hospital, membersihkan taman dan pantai asalkan bantuan ini memberi makna selari dengan budaya syarikat iaitu menyumbang semula.

Ahli FedEx di depan Menara KL ketika sambutan ulang tahun ke-50 global dan ke-30 di Malaysia.

Ringkasan 50 tahun bersama FedEx boleh lihat di infografik bahasa inggeris di bawah:

Infografik

Juga, FedEx telah mengumumkan mereka telah mencapai melebihi sasaran FedEx Cares 50 by 50 dalam membantu 50 juta orang sempena ulang tahun ke-50!

Untuk maklumat lanjut mengenai industri logistik, boleh layari:

Saturday 8 April 2023

Ayam Kilau - Menu The Chicken Rice Shop Sempena Bulan Mulia

Sabtu, 8 April - The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan berbesar hati memperkenalkan menu baharu sempena bulan ramadan dan raya ini iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup. Ayam Kilau ini sudah pun tersedia sejak bulan lepas sehingga 21 Mei 2023 di semua cawangan TCRS.

Ayam Kilau The Chicken Rice Shop

Ayam Kilau ini terinspirasi daripada perkataan kilau yang berkaitan dengan seni pertahanan diri kaum Melayu iaitu silat. Ayam Kilau ini dimasak dengan gabungan tempahan perapan secukupnya dengan rasa yang melambangkan keberanian, digandingkan pula dengan sambal Hijau Kilau yang mengasyikan.

Menu Ayam Kilau

Ayam Kilau TCRS ini datang dengan 3 set berbeza seperti dibawah:

Meal A (Set 1 orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (saiz kecil)
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 sup
  • 1 air minuman Slurpp Bandung*
  • Harga: RM28.90
Meal B (Set 2 orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Satu ayam hidangan saiz individu (Pilihan roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (saiz biasa)
  • Sup Sai To Fish Ball (saiz biasa)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (biasa) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (biasa)
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 sup
  • 2 Slurrrp Bandung*
  • Harga: RM63.90
Meal C (Set 4 Orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/2 ayam)
  • Ayam saiz 1/4 (Pilihan: roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (besar)
  • Penang Rojak (besar)
  • Penang Famous Chicken Rolls (3 keping)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (besar) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (besar)
  • 4 mangkuk nasi
  • 4 sup
  • 4 Slurrrp Bandung*
  • Harga: RM114.90
*Slurrrp Bandung ala carte beharga RM10.90 satu gelas
*Tambah boba untuk minuman pilihan anda dengan harga RM3 segelas

Untuk lebih berbaloi, guna aplikasi sedapZ untuk pembayaran dan jimat RM5 untuk pilihan set Meal B dan set Meal C. Aplikasi sedapZ ni juga menawarkan pelbagai tawaran hebat selain berfungsi untuk pengumpulan mata ganjaran.

Ini pula review saya:

Saya beli set Meal A untuk seorang dan tambah lagi satu Sambal Hijau ala carte.


Sirap bandung ada sedikit karbonat/gas. Ada cincau sikit dan beberapa agar-agar atau jelly yang warna warni tu. Saya kurang sikit dengan ni. Hehe.


Walaupun anda beli set Ayam Kilau, tetap akan dapat cili dan bawang TCRS. Set Meal A ni kira sangat sangat mengenyangkan untuk makan seorang. Harga RM28.90 lebih jauh berbaloi daripada bufet ramadan!


Saiz ayam yang diberikan memang 1/4. Perapan ayam memang rasa sampai ke dalam isi. Kriuk kriuk sedap, ayam pun rangup di luar lembut di dalam. Saya suka!

Oh ye, ayam ni rasa macam diperap dengan kunyit dan bahan ayam berempah sikit. Macam rasa ayam goreng ala Indonesia. Rasa ‘deep’ gitu.

Tauhu dan tempe pun digoreng segar. Semua rasa cukup. Siap dengan ulam segar. Lebih banyak sayur!

Sambal hijau bagi saya sedap tapi tak pedas. Sesuai lah untuk dimakan bagi semua. Berbaloi juga untuk tambah satu sambal hijau ala carte sebab satu tak cukup. Haha.

Banyak pujian kan? Sebab memang sedap~


Apa lagi? Jom ke The Chicken Rice Shop terdekat untuk mendapatkan Ayam Kilau ini! Berbaloi!

Maklumat lanjut:

IG: @thechickenriceshop https://www.instagram.com/thechickenriceshop/
FB: @The Chicken Rice Shop https://www.facebook.com/thechickenriceshop
TCRS website: https://www.thechickenriceshop.com/

#thechickenriceshop
#tcrsmy
#AyamKilau
#SambalHijauKilau

Saturday 1 April 2023

Beli Baju Raya 2023 Di Butik Chenta Lunar

Shah Alam, 1 April - Telah masuk 10 Ramadan umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah berpuasa. Maka dalam 20 hari lagi Syawal mendatang dan raya aidilfitri disambut meriah. Untuk perayaan hari raya di Malaysia pula, bukan orang Islam dan Melayu sahaja yang menyambutnya bahkan seluruh negara tanpa mengira agama dan kaum turut menanti.

Beli baju raya di Butik Chenta Lunar.

Oleh demikian, baju raya merupakan antara perkara yang terlintas difikiran. Nak beli baju raya yang mesra bajet tapi masih kelihatan cantik bergaya dengan potongan sopan? Jom tengok di Butik Chenta Lunar yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Butik Chenta Lunar menawarkan konsep “Celestial In Style” untuk semua yang membawa masked cakerawala a tau ‘heavenly’. Kaitannya ialah untuk memperkenalkan rekaan malar hijau yang terkini boleh diguna lama.

Kelebihan Membeli Baju Raya di Chenta Lunar:
- Terdapat baju raya wanita dan kanak-kanak perempuan sedondon
- Saiz baju wanita daripada saiz S sehingga 2XL
- Potongan baju tidak ketat dan sopan
- Jahitan kemas dan kain tidak panas
- Harga bermula daripada RM100!
- Pilihan rekaan biasa, berbunga dan elegan untuk baju raya
- Selain baju raya ada baju dress, office attire, casual, cardigan, jump suit, tudung, aksesori dan lain-lain lagi

Baju kanak-kanak pelbagai saiz bermula dari 2 tahun.
Baju kurta lelaki esklusif.

Rekaan baharu.

Antara baju raya wanita.

Pilihan Raya Butik Chenta Lunar:

Baju kurung potongan lurus dan sopan berbunga.

Baju kebarung rekaan ringkas sedondon ibu dan anak serendah
RM150.

Baju rekaan malar segar.

Benda menarik di Butik Chenta Lunar:
- Tempat persalinan disediakan untuk mencuba pakaian
- Tempat duduk yang banyak agar peneman boleh berehat
- Cermin banyak dan besar!
- Ada jualan kuih raya dan beberapa aksesori wanita juga
- Boleh guna kasut masuk ke butik!

Untuk raya ini juga, pihak butik berbesar hati memberi hadiah percuma berupa sampul raya dengan pembelian RM150 dan ke atas.

Sampul raya Chenta Lunar

Bagi memuaskan hati pelanggan membeli baju raya, pelanggan boleh membuat pesanan tambahan dengan segera untuk menambah manik, lace dan sebagainya. Bahkan pada hari biasa pun, butik Chenta Lunar memang menerima tempahan jahitan untuk baju nikah, baju bersanding, baju pengapit, baju graduation serta baju korporat. 

Kelebihan khidmat di atas sudah semestinya dilakukan oleh tenaga pakar butik sendiri yang berkebolehan dalam melakar dan menjahit tempahan khusus. 

Jom lihat video berkunjung ke Butik Chenta Lunar:
@zandra.zane Beli baju raya untuk satu keluarga yang sopan tapi tetap bergaya? Ada kat Butik Chenta Lunar.❤️ Bacaan lanjut di: https://thirteenpersona.blogspot.com/2023/04/beli-baju-raya-di-chenta-lunar-shah-alam.html? #bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung ♬ Raya Last Minit - Andi Bernadee & Ryan Bakery
 

Maklumat Lanjut:

Butik Chenta Lunar.

Chenta Lunar
Alamat: 65, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. (Terletak sebelah PKNS Biz Point Seksyen 7 Shah Alam)
Masa dan Hari Operasi: Selasa - Ahad (10 pagi-7 malam), Isnin tutup
Nombor telefon: 019-754 2705

Jom singgah ke Butik Chenta Lunar sekarang.